16 Jun 2009
PERPADUAN YANG TERURAI
Hari demi hari, perpaduan di kalangan umat Islam semakin meruncing, entah apalah BALA dan sebabnya hal seperti ini berlaku ke atas kita. Ada yang sudah tidak sanggup melihat kedamaian yang semakin hilang ini, namun semuanya menemui jalan buntu. Rintihan-rintihan ini seakan-akan menjerit di dalam kalbu masing-masing. Ya Tuhan, bantulah kami yang lemah ini.
Apakah punca perselisihan dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam?..dan bagaimana pula caranya untuk menyelesaikan masalah perpecahan dan perselisihan itu? Dua persoalan inilah pencinta-pencinta Islam hari ini gagal untuk memberikan jawapan yang tepat. Masing-masing bersandar pada teori masing-masing. Maka berlakulah berbagai cara dalam usaha menyelesaikan masalah perpecahan umat ini.
Sebuah sabda RSAW yang bermaksud :
"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu (dikeronyok) beramai-ramai oleh musuh-musuh kamu sebagaimana orang mengeronyok makanan dalam suatu hidangan. Seorang sahabat bertanya : apakah disebabkan bilangan kami sedikit waktu itu? RSAW menjawab : Bahkan bilangan kamu banyak. Tapi kamu tidak ubah seperti buih-buih dipermukaan air sewaktu musim banjir. Akan mencabutkan ketakutan daripada hati musuh kamu dan sebaliknya dicampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit al wahan. Seorang sahabat bertanaya : Apakah ya RSAW, al wahan itu? RSAW menjawab : ialah CINTA DUNIA DAN TAKUT MENGHADAPI MATI"
(Riwayat Abu Daud dari Sauban)
Ya punca utama perselisihan berlaku di kalangan umat Islam adalah kerana jiwa-jiwa mereka telah diserang penyakit cinta dunia dan takut mati. Penyakit cinta dunia ini menyebabkan umat Islam jika berpolitik, menjadi gila kuasa, bila berekonomi menjadi gila duit, bila bersosial menjadi gila hiburan, bila bekerja menjadi gila pangkat dsbnya. Dengan penyakit ini umat Islam bukan saja berselisih sesama mereka tapi kemiskinan dan kehinaan tertimpa di mana-mana! Musuh-musuh pula sedang mengeronyok umat Islam semau-maunya. Apa yang berlaku di Palestin adalah contoh yang paling jelas kepada kita...Umat Islam dikeronyok semahu-mahunya walaupun berada di tengah negara-negara Islam sendiri.
Sesungguhnya apa yang RSAW sebut itu, dan rujuk itu, ialah di zaman kita inilah..inilah zamannya yang mana kita ramai tapi tidak berguna langsung bilangan yang ramai itu...harus dan wajib sebenarnya kita menangis bersama-sama mengenangkan ketelanjuran kita yang tidak lagi menjadi umat Muhammad yang membela agamanya sendiri.
Umat Islam hari ini menjadi satu umat yang paling lemah, paling miskin dan paling hina. Kenapa ? Tidak lainlah sebabnya selain daripada umat Islam telah lupakan Allah, maka Allah lupakan kita dan membiarkan kita pada musuh untuk di apa-apakan.
Kalau dapatlah diubati penyakit-penyakit jiwa umat Islam kemudian dapat pula diganti dengan jiwa-jiwa yang cinta akhirat dan cinta Allah serta sanggup berkorban untuk agamanya maka saya kira itulah dia satu penyelesaian kepada masalah umat Islam. Dan detik itu adalah detik awal bermulanya perpaduan dan kekuatan umat Islam. Muga-muga akan tercatat satu ERA BARU bagi kehidupan kita. Mudah-mudahan akan tergolonglah kita dalam golongan yang dimaksudkan oleh RSAW dalam hadis baginda :
"Sentiasalah ada satu golongan yang dapat melahirkan kebenaran, tidak memberi mudarat akan mereka itu oleh orang-orang yang menentang, hingga datanglah perintah Allah (hari kiamat)"
Golongan ini adalah golongan yang dihati mereka tidak ditimpa penyakit Al wahan, walaupun tentu sahaja di zaman ini jumlah itu amat sedikit, sedangkan majoriti masyarakat berpenyakit al wahan, tidak kiralah ulamak ke, pemimpin ke, rakyat ke, pemerintah ke, semua ditimpa penyakit yang disebut RSAW itu. Al Wahan, penyakit paling berbahaya di dunia dan di akhirat.
Di dunia, penyakit al wahan ini boleh merosakkan akidah, merosakkan akhlak, merosakkan pergaulan dan menyebabkan berlakunya krisis nilai di kalangan ilmuwan yang tersohor, maka prioriti perjuangan hendaklah di arahkan kepada pembentukan jiwa dan pembinaan perpaduan di kalangan umat Islam.
Kefahaman, keyakinan dan sikap umat Islam hendaklah di usaha arahkan kepada cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Keselarasan dalam faktor-faktor ini adalah modal terbesar kepada lahirnya golongan atau toifah yang disebut oleh RSAW sebagai golongan yang melahirkan KEBENARAN.
Inilah jalan kita, inilah masanya untuk kita BERUBAH, kita belum terlambat, Allah dan RSAWnya sudah bentangkan ubat untuk mengubati penyakit AL WAHAN ini. Marilah kita bersama-sama meREFORMASIkan diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan benar-benar menurut jalan yang RSAW sudah pandukan buat kita.
Inilah jalan yang LURUS. Iaitu kita kembalilah secara berjemaah, dan janganlah tertipu bahwa jemaah yg bernaung di bawah sebarang parti yang tunduk kepada sistem politik sekular itu adalah jemaah Allah, ia hanyalah tipuan kepada orang-orang yang berpenyakit AL WAHAN sahaja.
Namun jemaah Allah itu adalah jemaah yang benar-benar lurus hatinya dan samiqna wa ataqna dengan mengambil keseluruhan perintah Allah, bukanlah mereka yang hanya mengikut sekadar yang sesuai dengan nafsu mereka.
Ingatlah pesan RSAW yang sama-sama kita cintai :
" Wajib atas kamu dengan jemaah. Sesungguhnya jemaah (bersatu dan berpadu) itu adalah rahmat dan berpecah belah itu azab (Riwayat Muslim).
" Barangsiapa yang berpecah, maka ia bukanlah daripada golongan kami (Umat RSAW). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah. Dan sesungguhnya serigala hanya mahu memakan kambing yang menyendirikan diri"
Jemaah itu maksudnya bersatu dan berpadu atas nama ISlam, bukan jemaah yang disatu atas nama parti ISlam atau lain-lain, jemaah yg bersatu atas nama parti dan menipu ahli parti bahawa mereka adalah jemaah yg RSAW sebutkan di dalam hadis, adalah penipuan yang nyata. Teramatlah songsangnya jika dikeluarkan pula fatwa bidaah, mengundi mereka itu tiket ke syurga. Golongan ini bersandiwara dipentas politik sekular dengan slogan "matlamat menghalalkan cara".
Kita semua harus sedar hal ini...BALAnya telah merebak kepada kita semua, umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu padu..seharusnya mereka ini patut ada malu pada Allah dan RasulNya....cukuplah segala kebejatan yang berlaku ini..
Marilah kita benar-benar kembali berjemaah atas nama Allah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Puteri,
sangat setuju dengan tulisan puan.
teruskan penulisan anda.
wassalam.
Catat Ulasan