18 Jun 2009

ULAMAK SEJATI ITU BAGAIKAN SALINAN RSAW



Entah mengapa hari ini terasakan hati begitu tersentuh. Terasa betapa saya bersama-sama merasakan satu kerinduan yang sangat dalam. Kerinduan yang begitu menggetarkan jiwa. Kerinduan yang bagaikan begitu mencengkam hati dan perasaan, ibarat musafir yang berada di tengah padang pasir yang kontang. Begitulah yang dirasakan.

Saya merindukan kehadiran ulamak sejati, ulamak yang mengembalikan perpaduan di kalangan umat Islam di nusantara ini mahupun seluruh dunia. Satu figur yang berwatak umarak dan ulamak. Yang bila memandang akhlaknya, kita merasakan beliau seperti salinan kepada akhlak RSAW...ya Allah, rindunya hati kepada figur ini.

1500 tahun telah RSAW tinggalkan kita di alam ini, kita adalah umat akhir zaman, tiada lagi nabi dan rasul sesudahnya. Namun, jarak dan masa serta sempadan alam, bukanlah penghalang untuk kita sentiasa merasakan RSAW sentiasa di hati. RSAW itu sentiasa hidup di hati insan yang celik hakikat dan makrifatnya dan tepat syariat dan tarikatnya.

Melihat gambar-gambar para ulamak ahlulbait seperti di bawah ini, sungguh meruntun jiwa. Membaca kisah perjuangan mereka, menyedarkan kita betapa hebat musuh Islam dan orang munafik cuba memusnahkan mereka yang membawa kembali sinar Nur Muhammad itu ke alam ini.



As Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki Al Hasani



Habin Anis Al Alwi Al Habsyi



(Sayyid Ahmad Zaini Ad Dahalan al Hasani)


Sedangkan RSAW sendiri sudah berpesan :


Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut :

"Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"

Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut :

"Bintang-bintang merupakan keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis."

Mungkin jika di hati kita masih ada rasa cinta pada RSAW bukan sekadar ungkapan kosong, namun benar-benar menyimpan di hati cinta itu, maka akan difahamkan kepada kita, RSAW memberi pesanan yang penting kepada umat Islam di akhir zaman.

Carilah ahlulbaitnya yang bertaqwa, ikutilah mereka di dalam perjalanan hidupmu.

Tak perlulah kita menunjukkan pandai dengan mengatakan itu dan ini, yang kadang-kadang tanpa kita sedar sebenarnya kita secara tidak langsung menghina RSAW. Memang bnar, manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah manusia yang paling bertaqwa. Jadi, usahlah berlaku cerdik bodoh dengan menyatakan

"Nak ikut ahlulbait, merekapun sama dengan kita...sama-sama manusia juga"

"Akupun keturunan nabi, nabi Adam..hehehhe...,

"Ye ke, aku tengok ada yang perangaipun lebih teruk dari kita...".

Itu jawapan standard yang selalu kita dengar...Sombongnya kita...tapi masih tak sedar lagi..

Cuba bawa bertenang, fikir dalam-dalam, masakan RSAW merujuk hadis tersebut kepada individu yang tidak bertaqwa, tentulah yang RSAW suruh ikut kerana ketaqwaan mereka. RSAW lebih mengetahui mengapa beliau berpesan begitu. Tentu ada sebab dan musababnya, tentu ada kelebihan kepada keturunan RSAW di dalam memegang amanah agama Allah ini. Jika tidak masakan, para musuh Islam dan orang munafik begitu membenci ahlulbait RSAW. Janganlah pula kita termasuk di dalam yang bersekongkol bersama para musuh islam dan orang munafik untuk sama-sama menafi dan meremeh-remehkan pesan RSAW itu. Bertaubatlah.



(Para Habib ahlulbait sedang berdoa)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Ya, kita mmg disuruh mencari ahlulbait dan mengikuti mrk.Dalam hal ini kita mesti faham bhw ahlulbait itu ramai.Bukan setakat yg blogger tunjukkan di sini.DI akhir zaman ini ahlulbait yg wajib kita cari dan baiah kpdnya ialah yg di gelar Syuaib bin Soleh.Dialah kekasih Rasulullah di akhir zaman ini.Dialh juga yg dikatakan Putera Bani Tamim.Hanya pd dia yg Allah dan Rasul memahamkan kaedah menaikan Islam utk kali kedua.Dialah yg akan membela ahlulbait dlm erti kata yg sebenarnya.Dialah yg akan serahkan kekuasaan kpd ALMahdi.Kesemua ahlulbait wajib mndatanginya.