6 Jun 2009

TAZKIRAH HUJUNG MINGGU

Wahai anakku,

Ilmu tasawuf itu mempunyai dua unsur :

1. Istiqamah (tetap pendirian)
2. Baik kelakuan dengan makhluk

Maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya dengan manusia serta dia bergaul dengan lemah lembut maka orang itu ialah orang sufi.

Istiqamah
bermakna bahawa dia mengorbankan segala kehendak nafsunya untuk mendapatkan keindahan peribadinya.

Manakala baik kelakuan dengan manusia pula ialah bahawa engkau tidak memaksa manusia memperturutkan kehendakmu bahkan sebaliknya engkau paksakan dirimu untuk melayani kehendak mereka selama tidak ada di sana perkara yang menyalahi syarak.

Kemudian engkau bertanya kepadaku tentang hakikat ubudiah. Ubudiah itu mengandungi tiga perkara :

1. Menjaga hukum-hakam syariat
2. Redha dengan qada dan qadar dan pembahagian Allah Taala
3. Bahawa engkau mencari keredhaan Allah Taala walaupun engkau terpaksa meninggalkan keredhaan dirimu sendiri.

Dan engkau juga bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Taala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.

Riyak itu pula sebenarnya lahir daripada rasa membesarkan makhluk. Dan cara menghilangkannya ialah bahawa engkau melihat makhluk ini adalah diarahkan oleh takdir Tuhan dan engkau merasakan bahwa mereka itu tidak ubahnya seperti benda-benda yang beku yang tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk menyampaikan sebarang kerehatan atau kemudaratan, maka dengan itu engkau akan selamat daripada mengambil kira pandangan mereka tetapi jika engkau melihat kepada makhluk ini dan engkau merasaka bahawa mereka mempunyai kekuasaan dan kehendak maka sifat riyak itu tidak akan hilang daripada dirimu.

Dari RISALAH "WAHAI ANAKKU"
Oleh Hujjatul Islam :Al Imam Abu Hamid Al Ghazali RA.

-----------------

Sesungguhnya setiap butiran kata dari seorang guru mursyid ibarat kalimah mutiara yang terpancar dari sumber yang suci dan murni. Ilmu itu hidup menerangi dan menyegarkan jiwa setiap insan yang mahu menerimanya dengan rasa tawaduk dan kerendahan hati.

Ilmu daripada guru mursyid adalah ilmu yang sangat berharga dan wajib untuk setiap kita mencari guru mursyid agar pendidikan rohaniah dapat diperoleh dari sumber yang tepat. Amatlah berbeza antara guru yang benar-benar mursyid dengan hanya guru yang menyampaikan berdasarkan ilmu akal semata-mata, apatah lagi jika guru itu tidak pernah memberi ilmu ketasaufan kepada pengikutnya.

Ilmu guru mursyid adalah ilmu yang bersumberkan rantaian daripada ilmu-ilmu Allah yang suci yang di "link" dengan mereka menggunakan teknologi ROH.

Ia adalah ilmu yang mampu menjadi UBAT SEGALA PENYAKIT.

1 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Syukran atas Ilmu ini.