21 Jun 2009

APA UBAT UNTUK UMAT ISLAM BERKASIH SAYANG?

Orientalis Barat sehingga kini mash tertanya-tanya formula apakah yang digunakan oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya merubah kehidupan masyarakatnya di waktu itu. Perubahan ini menjadi tanda tanya kepada mereka.

Apakah rahsianya sehingga manusia yang pada mulanya begitu jahat dan jahil tetapi selepas dididik oleh Rasulullah, mereka sudah tidak mahu lagi meminum arak, sudah tidak mahu lagi menerima serta memberi riba, sudah tidak mahu lagi berzina dan wanita yang pada mulanya hanya untuk memuaskan nafsu kaum lelaki, mendapat pembelaan hingga mereka diletakkan sebagai golongan yang dijaga dan dihormati. Wanita dijaga, dibela, dihormati dan maruah mereka dipertahankan habis-habisan.

Dari sebuah masyarakat yang menjadi pemuja berhala tiba-tiba berubah kepada masyarakat yang terlalu memuja Tuhan. Tuhan dibesarkan dan diagungkan. Begitu juga dari masyarakat yang suka bergaduh dan berperang antara satu sama lain akhirnya menjadi masyarakat yang begitu berkaslh sayang yang sangat luar biasa sekali.

Bahkan lahir juga peribadi yang menyerah diri untuk dihukum. Kalau ada yang mencuri, datang bertemu Rasulullah minta dipotong tangannya; yang membunuh menyerah diri minta dibunuh; yang minum arak minta dirotan sementara yang berzina minta agar dihukum rejam. Tetapi disebabkan hukuman zina itu berat, Rasulullah sering mengelak-elak untuk tidak menghukum dan merejam. Namun mereka bersungguh- sungguh mengaku dan melahirkan buktinya.

Yang menjadi tanda tanya kepada kita, kenapakah mereka begitu sekali takut sehingga rela menyerah diri sedangkan ketika itu polis tidak ada dan undang-undang masih belum begitu ketat lagi. Apakah yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku? Apakah faktor yang merubah dan membaiki masyarakat di zaman Rasulullah yang pada mulanya serba berpenyakit?

Mengikut pendapat tokoh-tokoh Islam terutamanya ulama-ulama di bidang Tasawuf, timbulnya penyakit masyarakat atau kemungkaran itu disebabkan tiga perkara yang terbesar:

a. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis ataupun dalam erti kata yang lain, perasaan tauhid sudah berkurangan.

Apabila seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan terhadap Tuhan, atau mempercayai bahawa adanya Tuhan dan tidak adanya Tuhan sudah sama banyak, maka di waktu itu manusia tidak takut kepada sesiapa lagi. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang ditakuti. Dia akan menjadi manusia yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai. Dia sanggup mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol atau melakukan apa sahaja. Dengan itu maka merebaklah penyakit masyarakat.

b. Oleh kerana manusia sudah tidak yakin lagi dengan adanya Akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan, namun keyakinan itu sudah nipis.

Apabila manusia sudah tidak yakin lagi dengan hari Akhirat ataupun dia mempunyai keyakinan tetapi keyakinannya itu sudah nipis, maka Akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita-citanya. Dengan itu hilanglah sifat mahu berjuang atau berjihad untuk Akhirat kerana fikirannya sudah tertumpu untuk dunia semata-mata. Dia mencari wang untuk dunia, mencari pangkat untuk dunia dan mencari segala-galanya untuk dunia. Kadang-kadang urusan Akhirat pun dijadikan untuk dunia. Dunia menjadi matlamat hidupnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk dunianya tidak kira haram atau halal, baik atau jahat, betul ataupun salah.

c. Disebabkan manusia terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri.

Apabila manusia itu telah terlalu cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan-kawan sendiri. Dalam usaha mahu membela nasib untuk kepentingan diri sendiri maka adakalanya terpaksa melanggar hak asasi orang lain, terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang-kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terpaksa merugikan orang lain. Akhirnya tercetuslah pergaduhan, perbalahan, peperangan, kekacauan, tindas-menindas dan lahirlah perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang berpanjangan.

Inilah gambaran mengapa kehidupan umat Islam sekarang sudah kacau bilau, hilang arah dan tidak indah lagi padahal di zaman RSAW dan para sahabatnya dulu, Islam itu sangat cantik, indah, gemilang serta dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Kita perlulah mengulang kembali apa yang telah dilakukan oleh RSAW dan mengambil suri tauladan dari baginda, apa yang baginda lakukan adalah dengan :

1. Rasulullah SAW menanamkan rasa tauhid.

Rasulullah membina dan menanam kembali rasa tauhid yang sudah begitu nipis di kalangan masyarakat jahiliah ketika itu.

Rasulullah mengenalkan kembali Tuhan kepada manusia supaya manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kehebatan Tuhan dan keperkasaan Tuhan. Rasulullah membacakan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah itu Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Pencipta. Allah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang memberi nikrnat kepada orang yang baik dan Dialah yang akan mengazab orang yang jahat.

Hasilnya manusia kembali kenal dan takut kepada Tuhan. Mereka rasa gerun dengan kekuasaan Tuhan. Mereka merasai kehebatan Tuhan. Ramai di kalangan para Sahabat yang gementar apabila mendengar nama Allah atau apabila mendengar orang menyebut-nyebut tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.

2. Rasulullah menanamkan rasa cintakan Akhirat.

Selepas itu Rasulullah menanamkan pula rasa cinta kepada Akhirat. Beliau tekankan bahawa Akhirat itu ada dan pasti. Beliau ceritakan tentang kedatangan hari Qiamat. Tentang kehebatan Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka. Beliau membacakan ayat-ayat tentang Akhirat, antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: "Katakan sesungguhnya kebendaan duniawi ini kecil (sedikit) dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. " (Surah An-Nisa`: 77)

Rasulullah berjaya melahirkan manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat, rindu dengan Akhirat dan seronok dengan Akhirat. Bahkan sesetengahnya menjadi terlalu ingin agar cepat balik ke Akhirat. Bukan sahaja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan untuk Akhirat. Mereka mahu cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mahu mati syahid dan menjadi para syuhada.

Ada yang berlumba-lumba dan berkejar-kejaran untuk ke Akhirat. Sebolehnya apa sahaja yang ada pada mereka hendak diberikan kepada orang lain sebagai bekalan mereka di Akhirat nanti. Begitulah hebatnya perasaan rindu mereka kepada negara yang kekal abadi di Akhirat itu hingga apa sahaja usaha ikhtiar mereka lakukan demi untuk mendapat nilai di sisi Allah sebagai bekalan di Akhirat.

3. Rasulullah menanam kasih sayang sesama manusia

Rasulullah kemudian menanam semangat dan perasaan cinta terhadap sesama manusia terutamanya terhadap sesama umat Islam. Ini semata-mata untuk mengikis sikap terlalu cintakan diri sendiri iaitu perasaan dan kecenderungan untuk membela diri sendiri, keluarga sendiri dan kawan-kawan sendiri sahaja.

Mari kita lihat beberapa contoh Hadis yang menggalakkan manusia supaya mencintai dan mendahulukan orang lain lebih dari diri sendiri:

a. "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri. "
b. "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia lain."
c. "Barangsiapa yang menunaikan sesuatu hajat saudaranya, Tuhan akan menunaikan untuknya 70 hajat."

Dengan cara beginilah maka tumbuh di hati-hati para Sahabat perasaan bahawa kesenangan orang lain seperti kesenangan diri sendiri. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasai nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, tubuh orang lain seperti tubuh mereka sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri dan nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.

Rasulullah menimbulkan unsur-unsur yang boleh mendatangkan ukhwah. Rasulullah sendiri mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Quran hingga tercetus perasaan kasih sayang sesama umat Islam. Beliau duduk bersama manusia, bersembahyang bersama-sama, jalan bersama, baring bersama, makan bersama, bahkan boleh menegur kesalahan orang tanpa ada rasa sakit hati atau rasa tersinggung. Ditanamkan di dalam hati para Sahabat betapa perlu dan pentingnya ukhwah dan kasih sayang di antara mereka.

Rasulullah berjaya mendidik kaumnya sehingga lahir peribadi yang sangat mengkagumkan kita. Dalam sejarah diceritakan bagaimana Sayidina Ali dan Siti Fatimah yang terkenal hidup dalam keadaan miskin dan melarat tetapi masih dapat memikirkan hal orang lain dan dapat membela nasib orang lain. Mereka membela fakir miskin, janda-janda dan anak-anak yatim di sekeliling rumah mereka. Mereka yang terbela itu tidak menyangka Sayidina Ali dan isterinyalah yang menghantar barang-barang makanan ke beranda-beranda rumah mereka di waktu malam, ketika mereka sedang nyenyak tidur. Setiap pagi ada sahaja makanan diletakkan di situ. Betapa hebatnya peribadi didikan RSAW ini.

Begitulah panduan yang telah diberikan oleh RSAW kepada kita semua. Inilah UBAT kepada segala penyakit JIWA dan HATI manusia.


Catatan :

1. Nik Aziz bukanlah ulamak yang mencontohi RSAW di dalam perjuangannya walaupun berjuang di dalam parti yang ada perkataan Islam di dalamnya. Kekeliruan yang dibawa olehnya menerusi fatwa2 politik beliau hanya menambahkan kekacauan dan perpecahan di dalam masyarakat Islam sendiri.

2. Anwar Ibrahim adalah master of spin dalam sejarah politik Malaysia, dia ingat dia akan selamat, tapi saat kejatuhan dan kehancurannya semakin hampir, dia akan dimalukan sehingga selepas ini nama beliau menjadi satu sebutan "perumpamaan yang tidak elok" yang akan tercatat menjadi sejarah negara. Anwar Ibrahim sudah terlalu jauh dibawa oleh kesombongan dan keangkuhan diri sehingga untuk mendapatkan kuasa, dia sanggup korbankan segala-galanya.

3. Kepada pemimpin-pemimpin lain, bersatulah dan jalinkan kembali ukhwah atas nama Islam, contohilah RSAW sebagai pemimpin, dan pilihlah di kalangan kamu yang paling beriman, bertaqwa dan berakhlak sebagai ketua di kalangan kamu. Sudah cukup sistem demokrasi berpilihanraya membawa segala kebejatan kepada agama, bangsa dan negara, mungkin sudah tiba masanya kita kembali sepenuhnya kepada sistem pemerintahan yang mengembalikan kekhalifahan Islam.

Sekian.

6 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Mudah je bro,
Tg pertama Bubarkan aje Pas tuh.Islam akan kembali menyinar di Malaysia.Untuk perpaduan kaum pula Bubarkan Dog and Pig(DAP) dan PariKelentong Rakyat(PKR) tuh.Selamatlah Malaysia selepas itu.

Sangtawal Sakranta berkata...

Salam puteri.

sudah pasti mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut di zaman nabi tidak akan tangguh-tangguh lagi hari perbicaraan mereka.
itu tandanya mereka betul-betul rasa berdosa dan bersalah dan pastinya mereka akan bertaubat selepas itu...

lain pula ceritanya dengan pemimpin kita yang sorang tu...

suka tangguh-tangguh perbicaraan,tidak mahu bersumpah,suka berbohong,
dan sudah pasti berasa tidak bersalah atau berdosa...belum apa-apa lagi dah kata konspirasi...term konspirasi ni dah lapuk la ....

dan jauh sekali untuk bertaubat...

jadi,pemimpin seperti inikah yang kita mahu?

wasslam.

azlishukri berkata...

tulisan yg baik

Gedung Akal berkata...

Tuan.
Ubatnya sama sekali bukan seperti saran Rahman,Ahchong,Muniandy itu!
kah..kah.kah..kah..kah
Itu akal politik lama..
itu gaya politik perkauman..
kheh..kheh..kheh..
Gaya politik ini bukan kerana Allah
Politik ini kerana perut dan kemaluan hah...hah..hah..

Sila baca tentang politik baru, tentang komunis, tentang demokrasi dan tentang bola dalam blog saya:

Tentang politik baru:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html
Tentang Blogger Gaya Lama:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/06/blogger-selak-kain-blogger-gaya-lama.html

Dee berkata...

Salam Puteri..

Saya cuba mencari titik pertemuan diantara apa yg saudari utarakan dlm artikel anda dgn apa Nik Aziz selalu ucapkan dlm suratkhabar,blog dan petikan2 ceramahnya nyata skali bnyk perbezaannya.. Boleh lah saya simpulkan disini bahawa Nik Aziz bertindak hanya sbgai ahli politik biasa bkn sebagai ulamak yg menyemarakan syiar Islam walaupun Nik Aziz bergelar ulamak dan berdiri diatas sebuah parti yg ada nama islam terterah didlmnya.

Apakah makna semua ini?? Nyata sekali Nik Aziz menggunakan kedudukannya sbgai ulamak dan parti islam nya untuk memenuhi tuntutan politik bkn tuntutan agama...

Wasalam..

P/s: Artikel saudari membuka minda teruskan menulis. .

PUTERI berkata...

Salam Dee,

Terimakasih kerana cuba menganalisis maksud penulisan saya di blog ini.

Saya gembira kerana ada yang memahami maksud yang ingin saya sampaikan.

Syukran. Alhamdulillah.