31 Dis 2009

2009 BERLALU DAN 2010 MENJELMA


2009 akan meninggalkan kita dengan kenangan pahit dan manis. Yang baik kita jadikan tauladan, yang jelek kita jadikan sempadan. Maka bersama-samalah kita bermuhasabah diri sendiri atas apa yang telah berlaku di sepanjang kehidupan yang telah berlalu. Malam ini sudah pasti bergema lagi sorakan ketika jam mula meninggalkan angka 12 malam dan bermulalah tahun baru 2010.

Saya kira kita terlalu menerapkan budaya hedonisme hingga merasakan bahawa satu keperluan untuk merayakan tahun baru dengan konsert-konsert dan pesta-pesta yang kadang-kadang membazir dan pastinya melanggar syariat Allah SWT. Saya kira sudah tiba masanya kita sebagai umat Islam, sama-sama menyedari akan "kesongsangan" ini, dan saya merasakan kalangan pemimpin harus memikirkan STRATEGI yang lebih berkesan dari semata-mata membawa BUDAYA lama yang meraikan sambutan tahun baru dengan konsert-konsert dan pesta-pesta hiburan yang selalunya cenderung kepada hiburan tanpa sempadan dan tidak membawa apa-apa faedah kepada pembangunan modal insan. Tidak salah kita berhibur, kerana hiburan itu adalah pelengkap naluri namun berhiburan biarlah berpada-pada, kita tidak perlu berhibur sehingga lupa kepada tuntutan dan syariat agama.

2009 juga menyaksikan kehangatan gelanggang politik di Malaysia dengan pelbagai peristiwa yang kadang-kadang kita sendiri tidak terfikir ia akan berlaku. Namun nampaknya, pembongkaran demi pembongkaran berlaku, rahsia sudah tidak menjadi rahsia, dan masyarakat saya kira sudah mula kenal permainan politik dan para politikus yang berperanan. Dalam hal berpolitik ini, saya kira kita tidak perlu fanatik atas dasar kepartian hingga mengugat perpaduan dan membawa permusuhan dan pergaduhan antara sesama kita. Politik bukan jaminan untuk ke syurga. Tetapi iman dan taqwa kita. Apakah kita harus jual Iman dan Taqwa hanya kerana fanatik kepada politik masing-masing? Sesungguhnya tidak ada syurga untuk kita di dunia dan diakhirat jika kita menjadi pengkhianat atau munafik kepada Allah dan RasulNya.

Sekian sekadar bicara di hujung senja 2009.

Selamat Tahun Baru 2010.

ANTARA SEBAB SESEORANG MENDAPAT HIDAYAH

Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari sanalah sebagai titik tolak seseorang itu masuk Islam. Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk mendapatkan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam. Atau seseorang Islam itu telah terbuka pintu hatinya untuk beramal maka dari situlah dia berusaha untuk mempelajari ilmu Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.” (AlAn’am: 125)

Kalau seseorang yang belum Islam, belum mendapat hidayah ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau masuk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang berketurunan Islam, jika hidayah belum didapati ertinya hatinya tidak akan terbuka untuk beramal dan memperjuangkannya.

Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untuk beramal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufik dari Allah Taala. Ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berkebetulan dengan kehendak Allah Taala. Maka sempurnalah Islam seseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung di situ di antara hidayah dengan taufik. Walau bagaimanapun setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah. Ini kerana dari hidayah itu pintu hati telah terbuka menjadi seorang Islam, atau seorang Islam telah terbuka pintu hatinya untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.

Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan semua orang mendapatnya atau memperolehinya. Walau bagaimanapun, untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang tidak sama di antara satu sama lain. Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab seseorang itu mendapat hidayah iaitu:

1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama, maka mereka mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari dan mengamalkan. Golongan itu amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah.

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat- lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan itu maka akhirnyamereka bertemu dengan kebenaran itu.

5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis majlis agama maka mereka sebahagiannya mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana Allah beri mereka mengalami alam kerohanian seperti mimpi melihat alam Barzakh, mimpi melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat Kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih, dan lain-lain lagi benda yang ajaib. Selepas itu mereka pun kembali kepada kebenaran.

8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri, ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu mereka sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluarga porak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doanya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia, seperti kisah Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

HIDAYAH DAN TAUFIK KENALAH JAGA

Hidayah dan taufik adalah merupakan intan berlian maknawi dan rohani. Ia adalah sangat berharga. Seperti jugalah intan berlian yang bersifat maddi (material). Sesiapa yang memilikinya, dia dianggap orang kaya dan mulia. Begitulah orang yang memiliki intan berlian maknawi dan rohani. Dia merupakan orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya. Sesiapa yang mempunyainya, hidupnya terpimpin. Akhlaknya mulia. Syariatnya terjaga. Imannya teguh dan bercahaya dan dia menjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat, hidayah dan taufik seperti jugalah barang yang berharga, umpama emas, intan, berlian, ia boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan pelihara sebaik-baiknya agar ia jangan hilang dari kita. Barang yang hilang dari kita, susah hendak memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas pulas berusaha mencarinya. Kalau tidak ia tetap terus hilang dari kita buat selama-lamanya.

Oleh kerana itulah Allah SWT mengingati kita di dalam AlQuran:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami petunjuk dan kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi.” (Ali Imran: 8)

MENJAGA HIDAYAH DAN TAUFIK

Bagaimana menjaga dan memelihara hidayah dan taufik agar ia kekal menjadi milik kita atau agar ia tidak hilang dari kita. Di antaranya ialah:

1. Kita syukuri nikmat Allah SWT yang paling berharga itu. Kita rasakan bahawa ia adalah nikmat dan pemberian yang tidak ternilai.

2. Kita istiqamah mengamalkannya dengan tekun serta penuh rasa bimbang kalau-kalau Allah SWT mengambilnya semula atau bimbang kalau Allah Taala tarik semula.

3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar. Terutama di waktu-waktu terasa malas hendak mengerjakan kebaikan dan terasa ringan hendak melakukan kemungkaran.

4. Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik. Ini sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.

5. Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Adanya pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat, tunjuk ajarnya serta ilmunya yang diberi dari masa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIK DITARIK SEMULA

Hidayah dan taufik kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Di waktu itu kita akan hidup terumbang-ambing. Tiada disiplin, tiada istiqamah, malas beramal, ringan saja dengan maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun punya kekayaan yang banyak dan serba ada. Di antara sebab-sebab hidayah dan taufik ditarik balik ialah:

1. Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya. Di waktu itu kita kehilangan pemimpin. Terumbang-ambinglah hidup kita.

2. Derhaka dengan dua ibu bapa. Kita sia-siakan kedua-duanya. Kita biarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga hingga terbiar kehidupan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi kalau dia marah atau rasa tidak senang dengan kita.

3. Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok atau telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan mula cuai, dengan halal dan haram mula tidak ambil kira, akhirnya takut dengan Allah SWT perlahan-lahan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya sekali.

4. Menzalim orang lain. Dengan sebab menzalim, rasa takut dengan Allah SWT sedikit demi sedikit dicabut. Selepas itu cuai pun datang. Malas beribadah. Kemungkaran dan maksiat sedikit demi sedikit sudah berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam di dalam maksiat.

5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat. Kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu. Kemudian terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan selepas itu terus hanyut dengan arus kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Allah SWT pun lenyap.

28 Dis 2009

Hidayah dan Taufik adalah Hak Allah

Setiap manusia boleh berusaha,
Usaha tidak memberi bekas,
Ia hanya diperintah oleh Allah Taala,
Tapi hidayah dan taufik adalah hak Tuhan,
Ia adalah sangat berharga dan mahal,
Ia adalah rahsia Tuhan,
Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka,
Hasil usaha manusia dia jadi pandai,
Tapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapat,
Sekalipun hafaz Al Quran, Hadis di dalam kepala,
Tidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan,
Menjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak Tuhan,
Ertinya orang alim pun belum tentu ilmunya menjadi panduan,
Siapa pun boleh menceritakan Islam,
Tapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannya,
Kerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati oleh orang yang boleh menceritakan,
Beberapa banyak para motivator Islam,
Hanya dia sebagai saluran mencari makan,
Namun tukang cakap tidak mesti mengamalkan,
Pensyarah Islam tidak semestinya dia muslim,
Orang Islam pun tidak mesti mengamalkan Islam,
Memanglah hidayah dan taufik itu sangat mahal,
Penentu kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat,
Ia adalah hak Tuhan,
Ia adalah rahsia Tuhan kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikan,
Oleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada Tuhan,
Kerana ia adalah aset yang paling berharga untuk keselamatan insan.

Nukilan : Mursyidku

Catatan :

Membaca kisah para sahabat RSAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Usman Affan, Saidina Ali KWJ, Bilal, dan yang lain-lainnya sentiasa membuat hati merasa terharu dan terkesima dengan pengorbanan, kesungguhan dan kecintaan mereka kepada Allah, RSAW dan Islam.

Beruntunglah yang mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, kerana beroleh harta yang sangat bernilai dunia dan akhirat.

26 Dis 2009

PERBEZAAN AHLI ROHANI DAN AHLI FALSAFAH

Ahli rohani atau tasawuf dapat menggunakan hujah akal untuk menguatkan hujah kerohanian. Tapi ahli fikir atau falsafah tidak dapat menggunakan hujah kerohanian untuk menguatkan hujah akalnya.

Ahli rohani di masa hidupnya terutama tokoh rohani, semua peringkat masyarakat suka menziarahinya. Ini tidak berlaku kepada ahlli fikir atau falsafah. Kalaupun ada yang menziarahinya adalah di kalangan cerdik pandai sekular sahaja. Golongan bawahan tidak ada.

Ahli fikir atau falsafah hanya dapat memikirkan alam lahir ini semata-mata tapi tidak dapat memikirkan alam ghaib atau alam rohani. Ahli rohani dapat memikirkan kedua-duanya sekali.


Ahli-ahli rohani ada yang diberi berita-berita ghaib sebelum terjadinya sesuatu peristiwa. Ini tidak berlaku kepada ahli fikir atau falsafah.

Ahli fikir atau falsafah kalau dia pergi ke mana-mana tidak ada orang datang menghormatinya seperti mencium tangannya atau mengiringinya. Tapi ahli rohani di mana pergi, diiringi orang, dihormati orang, tangannya dicium dan orang berebut-rebut untuk menjadi tetamunya.

Kematian ahli rohani ditangisi, ramai manusia yang sedih dan dirasai satu kehilangan besar kepada manusia. Ini tidak dirasakan atau tidak berlaku kepada ahli fikir atau falsafah.

Ilmu ahli rohani lebih diminati, disebarluaskan kepada seluruh manusia. Tapi ini tidak berlaku kepada ilmu ahli fikir. Sebarannya sangat terbatas kerana umum manusia tidak minat.

Ahli rohani terutama di hari-hari tertentu seperti hari lahirnya, orang ramai mengadakan hari memperingatinya. Ini tidak dilakukan kepada ahli fikir atau falsafah.

Ahli fikir datang ke dunia walaupun sedikit sebanyak ada membawa kemajuan tetapi kedatangan mereka lebih banyak membawa kerosakan di bumi. Tapi kedatangan ahli rohani ke dunia membaikkan semula dunia ini termasuk apa yang telah dirosakkan oleh ahli fikir.

Ahli fikir atau falsafah adalah lambang keangkuhan dan kesombongan di dunia tapi ahli rohani adalah lambang tawadhuk dan akhlak yang mulia.

Ahli fikir tidak pernah berjaya membaikkan nafsunya dan nafsu manusia tapi ahli rohani berjaya membaikkan nafsunya sendiri terutamanya dan juga nafsu orang lain.
Ramai orang berjaya mendidik akalnya, tapi sedikit sekali yang berjaya mendidik jiwanya. Kerana itulah dunia penuh dengan orang-orang pandai yang jahat.

Kekacauan dan huru-hara yang berlaku di dunia bukan kerana kekurangan orang pandai memikirkannya, bukan kerana para pemimpin tidak bijak mengatasinya, tapi kerana terlalu ramai manusia yang telah rosak jiwanya termasuk cerdik pandai. Para pemimpin yang jiwanya sudah rosak, hendak memikirkan masyarakat yang sudah rosak, bertambah lagilah rosak masyarakat.

Ahli-ahli fikir dan falsafah bagaimana pintarnya sekalipun, belum pernah berlaku di dalam sejarah dapat membangunkan akhlak manusia. Mereka hanya berjaya memberi kepandaian kepada manusia. Tapi ahli rohani seperti para rasul dan ulama ul amilin dapat memberi kepandaian kepada manusia serta berjaya membangunkan akhlak manusia.

Tokoh-tokoh ahli fikir jarang makamnya diziarahi orang, tapi tokoh-tokoh rohani, makamnya setiap hari diziarahi orang.

Ahli fikir dan cerdik pandai hanya berjaya membangunkan tamadun material, tapi ahli rohani berjaya membangunkan tamadun rohani.

Kalaulah manusia ini, matlamat hidupnya hanya dunia semata-mata, cukup setakat ahli fikir sahaja. Tapi Allah mahu manusia ini mengenal Zat-Nya yang Maha Agung. Dan agar manusia mengenal kehidupan yang martabatnya lebih tinggi lagi, iaitu Akhirat. Kerana itulah Allah utuskan para rasul dan para nabi.

Ahli-ahli fikir hanya berjaya mengenalkan manusia kepada kehidupan dunia yang rendah dan murah serta akan binasa. Tapi para rasul dan nabi berjaya mengenalkan manusia kepada kehidupan yang tinggi dan kekal abadi di Akhirat.

Di antara kemuliaan para rasul dan para nabi, mereka lebih dicintai dan disebut-sebut oleh manusia setiap hari dibandingkan ahli-ahli fikir dan falsafah.

Para rasul dan para nabi adalah lambang pemujaan manusia terhadap Allah SWT yang wajib disembah, tapi ahli fikir dan falsafah adalah lambang pemujaan manusia terhadap tamadun kebendaan dan dunia.

Para rasul dan para nabi dianggap manusia yang suci dan sempurna di kalangan manusia tapi ahli fikir dan falsafah tidak disebut begitu rupa.

Ahli fikir dan ahli falsafah melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi tapi para rasul dan para nabi melahirkan agama. Di antara dua ajaran ini payah hendak ditemukan.

Hari ini umat Islam lebih menyanjung ideologi daripada agama. Perjuangan mereka itu bukan agama lagi tapi adalah ideologi.

Hari ini ideologi telah menjadi agama. Agama telah menjadi barang antik maknawi yang hanya tersimpan di dalam kitab yang diletakkan di almari untuk dibuat hiasan.

Di Barat, Allah Taala istimewakan dengan lahirnya ramai ahli-ahli fikir dan ahli falsafah, tapi di Timur diistimewakan dengan lahirnya ramai para rasul dan nabi.
Setelah umat Islam berpegang dengan ideologi dan memperjuangkannya, maka tidak ada lagi perpaduan di kalangan umat Islam. Kalau ada pun parti yang memperjuangkan Islam, tapi tekniknya dan metodologinya seperti pejuang-pejuang ideologi. Akibatnya rasa bertuhan dan rasa kehambaan tidak wujud atau telah nipis.

Ahli-ahli rohani yang haq tidak pernah ditimpa penyakit jiwa, tapi ahli fikir dan ahli falsafah pernah ditimpa penyakit jiwa.

Ahli-ahli rohani, semakin bersih atau tajam jiwanya, semakin takut atau cinta dengan Tuhan. Tapi ahli fikir atau ahli falsafah jika fikirannya bersendiri, makin tajam fikirannya, kemuncaknya menafikan kewujudan Tuhan.

Ahli-ahli rohani yang sejati mampu mempertajamkan akalnya dan boleh berlaku jiwanya kuat, akalnya kuat. Tapi ahli fikir atau ahli falsafah tidak boleh mempertajamkan atau tidak boleh menguatkan jiwanya.

Ahli-ahli fikir atau ahli falsafah setakat teorinya dikagumi oleh manusia tapi tidak ada pengikut setia tapi ahli rohani mempunyai pengikut yang setia.

Ahli-ahli rohani adalah manusia yang memuja Tuhannya, tapi ahli fikir atau ahli falsafah memuja akalnya atau mentuhankan akalnya.

Ilmu ahli rohani mudah difahami bahkan menyejukkan hati, tapi ilmu ahli fikir atau falsafah susah difahami bahkan adakalanya menyakitkan kepala dan menggelisahkan jiwa.

Biasanya teori ahli fikir, orang lain mengamalkannya, tapi ilmu ahli rohani dia sendiri yang paling mengamalkannya.

Ahli rohani meyakinkan orang dengan Tuhan, tapi ahli fikir menjadikan orang ragu dengan Tuhan.

Ahli fikir hendak menerima sesuatu pendapat mesti berdasarkan logik, tapi ahli rohani menerima sesuatu dengan iman dan keyakinan sekalipun tidak logik.

Pendapat ahli fikir semata-mata atas dasar logik, tapi pendapat ahli rohani ada yang boleh diterima atas dasar logik dan atas dasar tidak logik.

Ahli fikir atau ahli falsafah ada yang memuja arak dan mabuk arak, tapi ahli rohani memuja Tuhan dan mabuk Tuhan.

Biasanya atau kebanyakan ahli fikir atau ahli falsafah hanya mengumpul ilmu atau teori tapi orang lainlah yang mengamal dan memperjuangkannya tapi ahli rohani mereka sangat mengamalkan dan memperjuangkannya.

Ahli falsafah, teori mereka selalunya dibatalkan oleh teori ahli falsafah yang datang kemudian. Ini tidak berlaku kepada ajaran ahli rohani kerana ajaran ahli rohani dari sejak Nabi Allah Adam a.s. hingga kepada Nabi Muhammad SAW, ajaran aqidahnya sama, tidak berubah.

Ahli fikir atau ahli falsafah selalunya sombong dan ego, berlainan sekali dengan ahli rohani. Mereka adalah golongan yang tawadhuk, berakhlak tinggi dan mulia.
Ahli fikir atau ahli falsafah, orang ramai mengkagumi pendapatnya atau ilmunya, tidak mengkagumi peribadinya. Berlainan sekali dengan ahli rohani, mereka mengkagumi ilmu dan juga peribadinya.

Ahli-ahli rohani, orang yang sayang, sayang sangat. Yang benci pula benci sangat. Berlainan pula ahli fikir atau ahli falsafah. Orang yang sayang tidaklah sayang sangat, begitu juga orang yang benci, tidak pula benci sangat.

Setelah pengaruh fikiran ahli falsafah Yunani masuk ke masyarakat Islam, maka lahirlah mazhab Muktazilah di kalangan umat Islam yang sangat bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Di antara kesesatan ahli falsafah, mereka menganggap bahawa alam ini qadim seperti qadimnya Tuhan.

Ahli fikir atau ahli falsafah biasanya tidak suka bergaul dengan masyarakat. Berlainan sekali ahli rohani, mereka bergaul dengan masyarakat.

Ahli fikir atau ahli falsafah tidak mendidik masyarakat, tapi ahli rohani mendidik masyarakat.

Ahli fikir atau ahli falsafah kalaupun tahu penyakit masyarakat, tapi tidak tahu hendak mengubatnya. Berlainan sekali dengan ahli rohani, di samping kenal penyakit masyarakat, mereka tahu pula mengubatinya.

22 Dis 2009

PESANAN BUAT PEJUANG ISLAM

Setiap para pejuang-pejuang Islam

tunjukkanlah bukti, jangan banyak cakap

Kalau cakap saja kebenaran menjadi slogan

buat tidak, orang kafir pun boleh cakap

Kebenaran itu adalah pada perbuatan dan sikap

cakap hanya mentafsirkan sikap

Dengan perbuatan dan sikap

barulah orang ramai mendapat manfaat

Kalau pejuang-pejuang kebenaran benar-benar haq, contohilah para Sahabat

Mereka setiap hari memasukkan orang kepada Islam

Islam berkembang cepat

Perpaduan mereka ibarat susunan batu-bata yang kuat

Setiap hari berkhidmat dengan masyarakat

masyarakat dapat manfaat

Mereka itu di malam hari

menjadi abid-abid memuja Allah

siangnya bagaikan singa

Sibuk berjuang dan berkhidmat

Apakah pejuang-pejuang Islam hari ini

macam Sahabat?

Jangan-jangan ada yang tidak bersembahyang

Perpaduan hanya omong kosong

kenyataannya atau realitinya tidak ada

Mereka itu berlemah lembut tapi tegas

Sikap pejuang-pejuang Islam hari ini

keras bukan tegas

Pejuang-pejuang hari ini banyak bercakap

tidak berbuat, orang ramai tidak hormat

Role model tidak ada pada ibadah mereka

akhlaknya, perpaduannya, ekonominya

kebudayaannya, kebersihannya, masyarakatnya

Orang yang tidak berjuang

adakalanya lebih baik dari mereka

Masyarakat pejuang hari ini tidak ada yang indah

Sesama mereka tidak ada bela-membela

Pemimpin mereka tidak ditaati

hanya pengikut-pengikutnya sahaja fanatik membabi buta

Tanya mereka berapa ramai orang masuk Islam di tangan mereka?

Yang sudah Islam dapat ditingkatkan kualiti keislamannya setiap masa berlakukah?

Pejuang kebenaran berlaku di dalam jemaahnya khawariqul adah yang luar biasa, kalau tidak ada bukan kebenaran namanya

Ujian banyak tapi bantuan Tuhan lebih banyak dari ujian

Di dalam ujian ada hiburan

Ujian tidak menyekat kemaraannya, itulah kebenaran

Nampak pengikutnya sedikit tapi pengaruhnya besar

dan merebak tidak boleh disekat

Pejuang kebenaran daerah perjuangannya tidak terbatas

bersifat sejagat kerana Islam itu untuk sejagat

Tapi yang kita lihat hari ini pejuang Islam

hanya bersifat ‘local’, dunia tidak kenal

Itu pun sudah memperlihatkan perjuangan itu tidak haq

bahkan tertolak

21 Dis 2009

KISAH KELAPA TUA


Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknyadengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu. Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.

Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti. Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar.
Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut. Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?” Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama. Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.” “Oh! Sedap ikan bawal ni.” Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Allah!

11 Dis 2009

ISLAM ADALAH HIDUP MATIKU

Islam adalah hidup matiku
Lebih kusayang dari diri sendiri
Aku tidak dapat membezakan Islam dgn diriku
Dgn darahku dengan akal fikiran dgn jiwaku

Dari kecil ku didik begitu
Kalau ku miskin biarlah dengan Islam
Islam adalah darah dagingku
Aku mesti perjuangkan Islam setiap waktu
Rasa lapang dan luas dgn Islam

Sesungguhnya agama yang diredhai
Disisi Tuhan adalah Islam,
Islam adalah hidup matiku
Tetapkanlah hatiku dengan Islam

Kalau aku diasing kerananya uzlahlah aku
Kalau aku dibuang berkelanalah aku
Disamping menulis buah fikiranku

Aku tidak terasa susah dengan Islam
Bahkan ku rasa senang dengannya selalu
Sekalipun fizikalku lahirku adakala susah dan terlarang
Islam adalah hidup matiku
lebih kusayang dari diri sendiri
Islam adalah hidup matiku
Lebih ku sayang dari diri sendiri

Wahai Tuhan dekatkanlah hatiku
Dengan Islam hidupkan aku dengannya
Susah dan payah miskin dan kaya biarlah dengannya
Berkawan dan bermusuh kerana Islam
Penutupnya hidupku dgn Islam

Islam hidup matiku, begitulah harapanku pada-Mu wahai Tuhan
Kabulkanlah permintaanku wahai Tuhan
Islam adalah hidup matiku
Kabulkanlah wahai Tuhan...

(Nukilan Mursyidku...)

24 Nov 2009

PERIBADI WAHABI ITU PELIK!!!!

Sebenarnya apabila kita cuba belajar memahami karekter pendokong wahabi totok, dan dikalangan yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulamak atau pemimpin, kita akan temui satu karekter dari tindakan, perbuatan dan pengucapan awam mereka. Mereka menongkah arus atau cuba bermain ombak dengan menyeru kepada perkara-perkara yang mencarik kebiasaan masyarakat aka PELIK dan menyatakan inilah "TAJDID". Jika hal itu berupa perkara furukiyah atau ranting fekah maka tidaklah menjadi hal. Namun apa yang dibawa mereka amat menyongsang dari syariat dan tauhid, maka ia bukan lagi perkara kecil. Apatah lagi jika mereka ini dianggap idola atau orang "maksum" di kalangan perkumpulan atau kepartian mereka, maka apa yang diseru dan diperkatakan itu sudah dianggap bagaikan FATWA untuk pegangan perkumpulan mereka. FATWA yang dianggap mereka itulah sebenarnya yang diajar dari Al Quran dan Sunnah padahal hakikatnya tidak "jurus" dengan ijmak ulamak ASWJ.

Izinkan saya menyatakan di sini, penilaian saya selama ini kepada Nik Aziz sebenarnya tidak salah, cuma kerana saya hanyalah penulis blog marhaen yang tidak dikenali, maka saya seringkali di "tegur" dan di "nasihat"kan untuk tidak mempersoalkan apa yang Nik Aziz lakukan kerana beliau adalah tuk guru terkenal seantero Malaysia. Namun begitu, walaupun ilmu saya hanya sekelumit cuma, saya merasa bertanggungjawab untuk memberi ruang kepada pendapat saya sendiri di blog ini untuk menyatakan apa yang saya rasa dan fikirkan. Ini bukan soal politik, kerana saya tidak pernah menjadi mana-mana ahli pertubuhan politik, tetapi atas dasar tanggungjawab saya sebagai hambaAllah.

Apa-apapun, saya berterimakasih kepada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan kerana berani menyuarakan pendapat mereka. Namun, saya kira Nik Aziz memikirkan bahwa beliau sudah boleh berlepas diri dari mendapat sokongan Persatuan Pondok Negeri Kelantan, dan menganggap mereka ini hanya seperti bunyi-bunyian nyamuk sahaja. Nik Aziz fikir pengaruh dia sudah hebat dan masyarakat di Malaysia ini, sudah menganggap beliau telah mantap dianggap sebagai Tuk Guru seMalaysia.

Sila renungi petikan di bawah :

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.


Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.


Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.


''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.


"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.


"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.


Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.


Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.


Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.


"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.


"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.


"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita,"
katanya.


Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.


Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.


"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.


"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.


"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.


Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


--------------------------------------------------------------------------

Saya harap tidak ada orang mempolitikkan isu ini dan menuduh persatuan Pondok Kelantan sebagai sudah di UMNO kan hanya kerana mereka memberi teguran secara terbuka kepada Nik Aziz. Mereka sudah melakukan secara berhemah dan tertutup sebelum ini, sebelum melakukan secara terbuka. Namun mungkin mereka memikirkan bahawa tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat itu lebih penting kerana mengetahui bahawa bahaya seorang ulamak suk itu lebih bahaya dari singa yang terlepas dari kandangnya.


Pelik Wali khawariqul adah,
Pelik Wahabi mencarik akidah.


Sekian.

12 Nov 2009

WIBAWA UMAT ISLAM SUDAH HILANG ?

Hari ini banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam. Di antaranya ialah ilmu dan hikmah, kasih sayang, perpaduan, empayar, jemaah dan ummah. Mungkin kerana itu hilanglah wibawa umat Islam.

Bila umat Islam tidak ada wibawa ertinya tidak ada kekuatan, lemah dan lumpuh. Akhirnya umat Islam seluruh dunia hari ini macam kain buruk atau debu-debu yang berterbangan yang tidak ada harga satu sen pun atau ibarat buih-buih di laut yang dipecah belahkan oleh ombak laut. Itulah yang sedang berlaku pada dunia Islam hari ini, akibat dari itu umat Islam menjadi hina. Hina disebabkan dijajah tapi jajah bentuk baru bukan bentuk lama. Penjajahan bentuk lama bersifat fizikal, tapi bentuk baru ini, kalau orang itu tidak kuat rsa bertuhan, tidak prihatin, bukan sahaja awamul muslimin, ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, bahkan ulama dan pemimpin Islam sudah anggap kita sudah merdeka hari ini padahal kalau kita prihatin umat Islam hari ini dijajah bentuk baru. Penjajahan secara bentuk baru inilah yang umat Islam termasuk pemimpin dan ulama tidak faham.

Penjajahan bentuk baru yang sedang berlaku pada umat Islam hari ini yang besar-besarnya ialah:

1. Ideologi telah menjajah syariat atau ideologi telah menjadi syariat. Semua negara Islam menggunakan ideologi dari yahudi menggantikan syariat Islam.

2. Pendidikan sudah dijajah. Daripada pendidikan yang bertunjangkan iman di tukar kepada pendidikan sekular yang tidak dikaitkan dengan iman yang tidak bertunjangkan wahyu Allah.

3. Ekonomi dunia dahulu dikuasai umat Islam yang bersifat khidmat, bersih dari riba, monopoli dan penindasan kini dijajah oleh ekonomi yang besifat riba, penzaliman, penindasan dan monopoli,

4. Kebudayaan Islam yang bersih sudah dijajah oleh kebudayaan yang kotor, maksiat, bahkan sesetengah hal, telah diganti oleh kebudayaan yang lucah.

Penjajahan yang berbetuk rohani dan maknawi ini bukan sahaja umat Islam tidak faham tapi ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, sebab itu umat Islam hari berbangga umat Islam merdeka tapi hakikatnya belum merdeka, sebab sebenarnya penjajahan sekarang bertukar dari penjajahan bentuk lama ke bentuk baru. Kalau dahulu berbetuk fizikal tapi sekarang berbentuk maknawi dan rohani. Ini hakikatnya yang sedang berlaku pada umat Islam pada hari ini.

Bagaimana untuk keluar dari kehinaan ini?

Tuhan dengan rahmat dan nikmatnya di bekalkan pada umat Islam, Quran dan Sunnah, kalau kita faham Quran dan Sunnah, bagaimana terhinanya umat Islam, bagaimana terjajahnya umat Islam pasti ada jalan keluar. Pokoknya kita faham atau tidak, kalau kita faham Quran dan Sunnah ada jalan keluar. Tapi hingga hari ini para ulama termasuk pemimpin Islam seluruh dunia tidak nampak jalan keluar dan ubat yang Allah SWT datangkan. Mereka tidak nampak lagi padahal ubat yang Allah bekalkan merupakan jalan keluar dari kehinaan. Kalau kita faham Quran dan Sunnah, hayati dan applykan dalam perjuangan kita maka Allah akan bela kita kembali sebagaimana yang pernah berlaku di zaman sahabat, tabiin, tabii tabiin sekitar 300 tahun selepas Rasulullah.

Apakah ubat dan jalan keluar daripada kehinaan yang umat Islam tanggung apabila dijajah oleh barat dan yahudi secara maknawi dan rohani ini?

Allah ada menyebut di dalam Quran yang bermaksud;

Terjemahan; “Akan didatangkan kehinaan itu di mana sahaja mereka berada kecuali tidak terhina orang-orang yang membuat perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia”

Ayat di atas kalau kita tidak dapat fahami, tidak hayati dan tidak dapat perjuangkan maka tidak adalah jalan keluar bagi umat Islam bagi menghadapi kehinaan ini, moga-moga kita dapat faham, hayati dan perjuangkannya.

Kalau ayat ini dihayati dan diperjuangkan insya Allah akan selesai masalah umat Islam. Kita akan dapat kekuatan dari Allah bukan dari kita. Kalau kita amalkan dan perjuangkan ayat ini, walaupun pendek sahaja tapi besar maksudnya, beerti kita mendapat 90% kekuatan dari Tuhan. Kita hanya buat 10% sahaja manakala 90% lagi Allah akan buatkan.

Walaupun ayat ini pendek dan mudah terjemahannya, sebenarnya ini ialah intan berlian, ini adalah jalan keluar dari Allah, inilah rahmat dan nikmat dari Tuhan, ianya panduan besar untuk umat Islam di sepanjang zaman.

Kalau pemimpin dan ulama faham dan diperjuangkan semula, umat Islam akan keluar dari kehinaan ini. Di saat umat Islam terhina, tidak ada wibawa, segala-galanya punah ranah, kalau hendak di bangunkan semula, ada jalan, Allah tunjukkan jalan iaitu dengan cara
1. hubungkan balik dengan Tuhan
2. hubungkan balik sesama manusia

Ayat ini kalau tidak difahami ilmunya tidak ada erti apa-apa. Moga-moga dari ayat inilah Allah akan pulihkan wibawa kita dan umat Islam akan diberi kekuatan semula, supaya semua yang hilang itu Tuhan akan kembalikan semula. Kalau yang hilang itu dapat dimiliki semula musuh-musuh Islam seperti Amerika dan Yahudi sudah jadi kecil. Allah yang maha besar. Mari kita hurai ayat ini. Kalau kita hendak berwibawa semula hubungkan diri dengan Allah dan sesama manusia.

PESANAN UNTUK PEJUANG

Di dalam jemaah perjuangan Islam,
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya
Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi
payah sampai ke hujung perjuangannya
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran
Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan atau pemimpin
Biasanya orang yang boleh kekal di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya
Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego
Yang mudah memberi taat dan setia
Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan

9 Nov 2009

PERJUANGKAN ISLAM DENGAN KASIH SAYANG

Di akhir zaman ini, kita takut kalau-kalau hanya pada lahirnya saja kita lihat para pemimpin umat Islam benar-benar memperjuangkan Islam. Apatah lagi mereka pun sering membahas Al Quran dan hadits di dalam perjuangan mereka serta selalu menyerukan slogan-slogan Islam dengan tujuan mengajak orang banyak mengikuti perjuangan mereka. Tetapi peribadi dan sikap mereka senantiasa bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi orang-orang yang tidak faham Islam dengan sebenarnya serta dengan menyeluruh, akan ikut dengan kata-kata mereka. Akhirnya, orang ramai akan terjebak. Sesuai dengan hal itu, Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita di dalam sebuah haditsnya seperti berikut:

Maksudnya:

Dari Abu Huzaifah bin Al Yaman r.a.
dia berkata ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW dari hal kebaikan tetapi aku bertanya kepadanya dari hal kejahatan karena aku khuatir kejahatan itu akan mengejar aku, maka aku pun berkata,


“Ya Rasulullah, sesungguhnya kami ada di dalam kejahilan dan kejahatan, lantas Allah mendatangkan kepada kami kebaikan (Iman dan Islam). Maka apakah sesudah kebaikan itu ada kejahatan ? “ Rasulullah bersabda, “Ya!” Kemudian aku bertanya, “Dan apakah sesudah kejahatan itu ada kebaikan?” Rasulullah menjawab, “Ya, dan di dalamnya ada kekeruhan (kejahatan).” Dan aku bertanya, “Apakah kekeruhan (kejahatan) itu ? “ Jawab Rasulullah, “Kejahatan Itu ialah orang-orang yang menjalankan hal yang lain dari sunnahku dan mengikuti petunjuk yang lain dari petunjukku. Engkau ketahui dari mereka itu dan engkau ingkari.” Aku bertanya lagi, “Apakah ada lagi kejahatan?” Jawab Rasulullah, “Ya, mereka itu adalah penyeru-penyeru yang berada di atas pintu-pintu neraka dan barang siapa menyahut seruan mereka itu, mereka terjebak ke dalam neraka.” Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, tunjukkan sifat mereka itu kepada kami. “ Jawab Rasulullah, “Mereka itu dari bangsa kami dan mereka berbicara dengan bahasa kami.” Aku pun berkata, “Maka apakah nasihatmu kalau aku menemui hal demikian?" Sabda Rasulullah, “Tetaplah kamu pada jemaah kaum muslimin dan imam mereka.” Aku bertanya, “Maka sekiranya tidak ada jemaah dan imam?” Sabda Rasulullah, “Hendaklah kamu keluar menjauhi semua golongan-golongan itu walaupun kamu mesti menggigit pada pohon-pohon hingga kematian mengejar kamu. Kamu mesti tetap demikian.


Nyata sekali di dalam hadits itu betapa Rasulullah mengingatkan kita tentang bentuk perjuangan akhir zaman ini yaitu akan ada orang-orang yang mengatakan kebaikan sedangkan di dalam kebaikan itu ada kekeruhan dan kejahatan. Mereka itu pada lahirnya berjuang menegakkan Al Quran dan sunnah tetapi sikap dan tindak-tanduk mereka bertentangan dengan Al Quran dan sunnah. Misalnya, mereka menentang sistem riba yang dijalankan oleh kaum kapitalis sedangkan mereka sendiri mengamalkan riba .

Mereka membahas sistem pendidikan sekular tetapi mereka terlibat di dalamnya. Kemudian mereka membahas hukum Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya, seperti anak isteri mereka masih membuka aurat. Mereka membahas corak cara hidup Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam. Mereka adalah orang Islam yang pintar menyebut Al Quran dan hadits. Tetapi seandainya kita menyahut seruan mereka itu, kita akan terjerumus ke dalam neraka jahanam kerana mereka sebenarnya sedang berdiri di hadapan pintu neraka.

Untuk mengelakkan diri kita dari terjebak ke dalam perangkap mereka, Rasulullah menyuruh kita supaya mengikuti satu jemaah kaum Muslimin serta ketua atau pemimpin jemaah itu. Jemaah yang dimaksudkan itu adalah jemaah yang mengikuti sunnah dan pemimpin itu adalah pemimpin yang menegakkan Al Quran dan sunnah. Dan sekiranya sudah tidak ada lagi jemaah atau pemimpin yang digambarkan oleh Rasulullah itu, maka umat Islam hendaklah keluar dari pimpinan golongan tersebut. Itulah satu peringatan Rasulullah SAW yang mesti kita jadikan panduan di dalam perjuangan kita di akhir zaman ini.

Kerana asas penilaian, kayu uji atau skill kita dalam menilai suatu firkah atau badan perjuangan sudah jelas yaitu bahwa setiap tujuan perjuangan Islam mesti menurut pandangan Al Quran dan sunnah Rasul. Dan untuk peringkat awal ini, marilah kita tinjau lebih dahulu tentang tujuan perjuangan Islam menurut pandangan sebagian pejuang Islam hari ini baik melalui jemaah, firkah-firkah ataupun pandangan secara individu.

Ada umat Islam berjuang kerana menegakkan bangsa. Supaya bangsa yang diperjuangkan itu terus hidup dan jaya di semua lapangan kehidupan, maka dengan penuh kegigihan, pejuang- pejuang itu berusaha menghidupkan kebudayaan dan adat istiadat, ekonomi dan pendidikan bangsa mereka walaupun yang diperjuangkan itu bertentangan dengan Islam. Dan untuk menarik perjuangan semua pihak, mereka meniupkan semangat kebangsaan (nasionalisme).

Sebenarnya, Islam secara tegas menolak perjuangan yang berbentuk nasionalisme. Sebab semangat nasionalisme di dalam perjuangan dapat menimbulkan perpecahan antara bangsa-bangsa di dunia. Misalnya, satu bangsa boleh membenci bangsa yang lain, di mana bibit kebencian ini lama-kelamaan berbunga dan berbuah yang pada akhirnya akan menyebabkan perkelahian dan perselisihan tanpa batas. Hal ini dapat kita perhatikan di dalam sejarah Jerman di bawah kekuasaan Hitler. Dia begitu bangga dengan darah bangsanya yaitu bangsa Aria. Dan prioriti perjuangannya ialah untuk menegakkan bangsa Aria tersebut. Akhirnya semangat nasionalisme itu telah meninggalkan peperangan yang berkelanjutan sepanjang zaman.

Cuba perhatikan juga bangsa Yahudi. Mereka begitu mengutamakan kepentingan bangsanya dengan menganggap bahwa mereka adalah bangsa pilihan, sedangkan bangsa-bangsa lain di dunia ini tidak berguna. Dan kerana itu mereka menjadi perosak keamanan dunia pada hari ini.

Sebab itulah perjuangan seperti itu sangat dilarang di dalam Islam. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya:

“Bukanlah dari golongan kami mereka yang menyeru kepada semangat nasionalisma. “

Dan sabdanya lagi, Maksudnya:

“Tidak ada faham nasionalisme di dalam Islam. “

Kemudian ada juga satu golongan umat Islam yang mengutamakan perjuangan ekonomi dalam Islam. Mereka berjuang menegakkan ekonomi umat Islam kerana dengan demikian mereka percaya umat Islam tidak akan lapar. Jadi dapat juga kita katakan bahwa mereka berjuang untuk mendapatkan makan dan minum. Mereka menjadikan nilai kejayaan dan kemajuan untuk umat Islam ialah jika umat Islam memperoleh keuntungan-keuntungan di dalam ekonomi, sehingga umat Islam dapat menjadi penguasa dalam pembahagian ekonomi dunia, menjadi terkenal yang pada akhirnya semua bangsa di dunia akan tunduk pada kekuasaan ekonomi umat Islam. Inilah pandangan mereka.

Kerana itu, golongan yang merasa bahwa ekonomi adalah asas di dalam perjuangan menegakkan Islam, melancarkan usaha-usaha yang hebat ke arah itu. Mereka tidak memberi penilaian apakah usaha-usaha mereka itu bertentangan dengan ajaran Islam atau tidak. Mereka tidak menghiraukan halal dan haram di dalam usaha mereka.

Misalnya Islam melarang pengamalan riba dalam perniagaan, tetapi kerana tujuan mereka ingin melahirkan kekuatan ekonomi secepat mungkin, mereka melibatkan diri dengan sistem riba . Selain dari itu di dalam peringkat pelaksanaan, mereka tidak menitik beratkan pada syariat Islam. Karena itu, dapatkah Islam menerima perjuangan seperti ini?. Tidak sepatutnya Islam sanggup menjatuhkan diri ke taraf haiwan yang hidupnya tanpa syariat dan peraturan.

Kemudian kita tinjau pula golongan yang berpandangan bahwa kekuatan perjuangan umat Islam ialah ketika banyak umat Islam yang terkenal karena mempunyai kedudukan pangkat dan nama. Ertinya, kalau banyak umat Islam yang memegang tampuk kekuasaan dan berkuasa karena pangkat dan nama yang mereka sandang, maka Islam akan kuat kerana banyaknya umat Islam yang mempunyai keahlian lebih dari umat-umat lainnya. Karena itu mereka berjuang untuk merebut pangkat dan nama serta menceburkan diri dalam semua bidang, jabatan dan iktisas. Dan demi mencapai tujuan, mereka menuntut ilmu pengetahuan yang dapat menjadi ukuran dan nilai untuk pangkat dan nama yang hendak mereka kejar itu. Sedangkan ilmu pengetahuan yang mereka tuntut ada yang bertentangan dengan ajaran Islam atau pelaksanaan ilmu pengetahuan yang mereka kejar itu bertentangan dengan syariat. Mereka kejar ilmu-ilmu itu sampai ke negeri orang, hingga kehidupan mereka pun dapat dijajah oleh orang lain karena fikiran mereka yang telah terjajah.

Apakah benar-benar menjadi kenyataan bahwa dengan banyaknya umat Islam berpangkat dan bernama, maka Islam akan dapat ditegakkan? Sebaliknya, yang menjadi kenyataan hari ini ialah semakin banyak umat Islam yang terkenal dengan pangkat dan nama, agama ini semakin pudar kerana mereka hidup mengikuti kehendak nafsu masing-masing serta lebih mementingkan diri sendiri. Dan kalaupun mereka bergaul, hidup mereka berkasta-kasta atau mengikuti pangkat dan nama yang disandang. Kerana itu, apakah dapat kita terima perjuangan seperti itu?

Selain dari itu, kita dapatkan pula golongan umat Islam yang berjuang karena kepentingan kumpulan atau golongan masing-masing. Mereka ingin mendapatkan kekuatan untuk golongan mereka agar golongan mereka itu terkenal. Dengan demikian, Islam akan terkenal dan tegak karena mereka merasakan bahwa Islam dan golongan (kelompok) mereka adalah saudara kembar. Bagi mereka, bila kelompok atau golongan mereka kuat, maka Islam akan kuat kerana mereka adalah umat Islam. Walaupun sebenarnya dari segi pengetahuan Islam yang ada atau dari segi amalan Islam yang mereka laksanakan serta kehendak Islam yang diperjuangkan oleh golongan mereka tidak selaras dengan Al Quran dan Sunnah Rasul.

Itulah perjuangan riyak, dan kerana ingin mendapat nama. Sebab itu kalau kita teliti betul-betul, golongan ini lebih menonjolkan individu-individu, karena itulah kelompok atau golongan mereka akan terkenal. Dan kerana itulah dalam pelaksanaannya, mereka akan mengutamakan individu-individu yang layak dan berkaliber dalam melancarkan perjuangan mereka. Mereka percaya bahwa individu-individu seperti itu dapat menjadi tenaga penggerak yang kuat untuk kelompok dan perjuangan Islam, walaupun pengamalan Islam pada individu itu serta keluarganya tidak selaras dengan A1 Quran dan sunnah. Yang penting bagi mereka ialah kecakapan dan kepintaran individu.

Cuba kita teliti dengan sehalusnya apakah mereka itu benar-benar berjuang untuk menegakkan Islam karena Allah? Bukankah dalam bentuk lahirnya mereka memperjuangkan kepentingan-kepentingan manusia yang akan bersikap sombong, takabur dan bongkak. Kerana itu, dapatkah seluruh umat Islam menerima perjuangan seperti itu? Bukankah perjuangan seperti ini berlawanan dengan sunnah? Betapa tidak, sedangkan Rasulullah SAW lebih menitik beratkan golongan fakir miskin dan papa serta anak-anak yatim. Kerana itu Rasulullah berdoa, “Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang miskin. Hidupkanlah aku bersama dengan orang yang miskin. Matikanlah aku dalam suasana miskin dan masukkanlah aku ke dalam syurga bersama orang miskin. “

Jadi sangat keliru kalau kita berjuang menegakkan Islam sedangkan golongan kita terdiri dari orang-orang yang cakap, pintar serta berkaliber saja.

Ada pula di antara umat Islam hari ini berpandangan bahwa dengan keberanian, Islam akan tegak kembali di muka bumi ini. Kerana itu mereka menunjukkan keberanian mereka dalam segi apapun iaitu berani mati, berani merampas harta orang, berani membunuh, berani merebut kekuasaan, dan seterusnya. Barangkali dengan sedikit kekuatan yang Allah anugerahkan kepada mereka, lantas mereka gunakan untuk menindas dan menzalimi orang lain yaitu dari golongan lemah.

Golongan itu sanggup naik ke tengah-tengah masyarakat di atas kejatuhan orang lain. Dan bila mereka naik, mereka akan balas dendam. Jelas sekali menunjukkan bahwa perjuangan mereka begitu bertentangan dengan ajaran Islam. Perjuangan mereka itu sama halnya seperti perjuangan binatang-binatang buas di dalam rimba seperti singa, harimau, serigala dan lain-lain. Seperti halnya binatang-binatang ini sering menanti peluang untuk mencekik mangsanya seperti pelanduk, rusa dan sebagainya, maka demikian juga pejuang-pejuang yang merasakan kekuatan, kegagahan dan keberanian mereka dapat digunakan bila-bila saja ke atas sasaran mereka.

Kalau demikian, apakah umat Islam dapat memilih pejuang-pejuang seperti itu sebagai contoh mereka dalam memperjuangkan agama Allah yang Maha Suci dan Murni ini.

Nampaknya sampai sejauh ini kita telah mengemukakan beberapa contoh pandangan terhadap tujuan perjuangan umat Islam hari ini yang tidak selaras dengan A1 Quran dan sunnah. Dan yang nyata, semua bentuk perjuangan yang dibentangkan itu hanya membawa manusia ini ke dalam keadaan huru-hara dan berperang antara satu sama lain. Akibatnya, hilanglah keselamatan dan keamanan dalam kehidupan umat manusia. Logiknya, kita akan menolak perjuangan seperti itu kerana memperjuangkan Islam bererti kita memperjuangkan agama kemanusiaan, agama keselamatan dan agama persaudaraan.

Memperjuangkan Islam bererti kita memperjuangkan kasih sayang dan perpaduan. Mana mungkin kita dapat menerima perjuangan yang menuju kepada perpecahan dan peperangan. Apatah lagi kalau perpecahan itu dikalangan orang Islam sendiri.

6 Nov 2009

ISU WAHABI : KAJILAH SECARA HOLISTIK


Isu Wahabi kini tiba-tiba menjadi antara isu yang menonjol di akhir-akhir ini, ia bagaikan satu SARINGAN atau TAPISAN untuk umat Islam di negara ini. Mengapa begitu? Kerana jika isu ini diambil lewa dan hanya bertaklid buta, maka amatlah ruginya kita. Memahami apa itu fahaman wahabi bukan soal picisan, kerana fahaman ini sudah beratus tahun dan usaha untuk menjenamasemula fahaman ini oleh pihak yahudi dan musuh Islam tidak pernah surut. Usaha hidden hand ini bukan diserahkan kepada orang-orang bukan muslim sebagai pejuangnya tetapi usaha hidden hand ini menggunakan orang-orang islam sendiri malah di kalangan sarjana Islam sebagai juak-juak mereka. Orang awam bagai teruja dengan istilah-istilah baru yang digunakan oleh fahaman ini, contohnya islam progresif, tajdid dan sebagainya. Ia hanyalah satu usaha rebranding fahaman wahabi agar dilihat dalam fesyen yang berlainan sahaja, tetapi hakikatnya tetaplah juga isinya, kaedahnya atau firqahnya yang sama.

Jika saudara-saudari pernah membawa artikel saya yang sebelum ini, menyatakan bahawa sarajana-sarjana Islam dan malah ada institusi Islam, universiti-universiti Islam yang terlibat sebagai penyokong usaha hidden hand, maka apa yang saya rujuk itu adalah kepada fahaman wahabi. Namun, mungkin pada waktu itu pembaca masih belum dapat memahami persoalan yang saya sampaikan, nah hari ini, isu tersebut sudah menonjol dan fikirkanlah sendiri akan kebenaran kenyataan saya itu. Hidden Hand sangat berjaya di dalam hal ini, dan amatlah menyukarkan sekali kepada orang awam untuk memahami akan BAHAYA wahabi ini kepada akidah dan umat Islam umumnya, kerana ia sudah dipelopori oleh para-para sarjana Islam yang condong ke arah kewahabian, walaupun selalunya mereka bermati-matian menafikan mereka berfahaman wahabi.

Sarjana-sarjana Islam ini bukan calang-calang sijil mereka kerana kebanyakan mereka adalah lulusan pascasiswazah pengajian Islam (yang sudah diserap oleh fahaman wahabi), satu kesamaan yang ada pada mereka adalah mereka sangat pandai berhujah mantik aka logik tentang masalah-masalah fekah dan pandai mengambil hati masyarakat yang cenderung kepada keduniaan dan memberikan banyak kemudahan kepada masayrakat awam mengikut akal fikiran dan logik akal sendiri dalam beragama. Para sarjana Islam wahabi ini mempelopori dan memperkenalkan kaedah baru kepada masyarakat awam iaitu menjadikan diri sendiri sebagai pentajdid dan pengijtihad perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan syariat asal sahaja mereka dapat dengan sendiri menemui nas-nas dalam Al Quran dan hadis mengikut tafsiran yang mereka sendiri fahami. Tafsiran Al quran menurut sarjana Islam wahabi ini milik semua orang, dan semua orang boleh mentafsirkan mengikut akal dan logik sendiri. Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bermazhab dan tidak perlu mengikut ijmak ulamak. Inilah antara bahaya tersirat kepada umat Islam yang mengundang perpecahan dan kekeliruan yang sangat kritikal.


Modus operandi golongan sarjana islam wahabi ini turut memberi persepsi negatif dan secara halus mencucuk jarum stigma di fikiran orang Islam bahawa tasawuf, ahli sufi dan krberkatan RSAW itu suatu bidaah. Mereka amat benci kepada ulamak-ulamak ASWJ yang muktabar, dan seringkali menuduh ulamak-ulamak ini dengan tuduhan-tuduhan yang menjatuhkan kredibiliti ilmu mereka. Maka masyarakat awam yang sudah jauh dan tidak kenal dengan ualamak-ulamak ASWJ, sudah tidak tahu apa itu fahaman ASWJ dan bezanya dengan fahaman wahabi, yang sudah tidak faham apa itu tasawuf dan tidak kenal apa itu ahli sufi dan sangat TAKSUB dengan logik akal sahaja adalah makanan RANGUP kepada sarjana-sarjana ISlam wahabi ini. Malangnya golongan masyarakat awam seperti inilah yang paling ramai di dalam lingkungan umat Islam.

Di sini, saya kongsikan denagn pembaca semua satu artikel dari seorang sarjana Islam yang amat memahami apa itu fahaman wahabi. Mungkin dengan hujah ilmiah beliau ini dapat membuka pintu hati pembaca semua di dalam memahami isu wahabi ini. Artikel ini dipetik dari blog http://al-ashairah.blogspot.com/


Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1 Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2 Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3 Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4 Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5 Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6 Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7 Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8 Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10 Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11 Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12 Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13 Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspekti Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14 Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15 Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.

Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16 Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Isu Wahhabi: Jangan Jadi Seperti “Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah”SILA KLIK DI SINI UNTUK KE BLOG TERSEBUT

1 Nov 2009

BERSATULAH MELAYU ISLAM MALAYSIA !!!!


Usahlah dipolitikkan perpaduan sesama islam kerana ia tidak menguntungkan sesiapa kecuali mereka yang ada kepentingan peribadi untuk mendapat habuan dunia. Artikel ini saya tujukan kepada semua tanpa mengira apa kecenderungan politik masing-masing.

Perpecahan dan persengketaan adalah lahir dari hati yang tidak cenderung kepada perpaduan dan kasih sayang, itulah hakikatnya. Hati yang tidak cenderung kepada perpaduan dan kasih sayang adalah hati yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya, itulah hakikatnya.

Tidak perlu menjadi munafik atau memberi seribu alasan, kerana wadah perjuangan rasulullah sudah memberi panduan mengenai kepentingan perpaduan dan hidup berkasih sayang ini. Rasulullah dilahirkan di tengah masyarakat Arab yang berpecah belah dan bersikap dendam mendendam, beliau membawa perdamaian dan kasih sayang di dalam perjuangan. Apakah ini bukan contoh terbaik yang perlu diikuti?..atau kita mahu ikut ulamak yang dilabel sebagai tok guru sebagai panduan kita daripada kita mencontohi RSAW?

Ingat, ini akhir zaman, lebih ramai ulamak suk atau ulamak jahat dari ulamak yang baik. Indikatornya, di zaman yang serba jahat dan gelap ini, memang logiknya ulamak yang suk atau ulamak yang jahat menjadi IDOLA masyarakat. Ini adalah satu teori yang sangat LOGIK kerana kecenderungan masyarakat adalah lahir dari hati yang diluahkannya dalam tindakan. Maka di akhir zaman ini, oleh kerana ramai masyarakat yang ramai cintakan dunia, yang mahu merebut sebanyak mana habuan dunia, maka ulamak suk atau ulamak jahat dan buruk lah yang akan menjadi IDOLA mereka dan dilabel sebagai tuk guru, mursyid dan sebagainya. Justifikasi ini adalah berdasarkan kepada hadis RSAW juga yang menerangkan perihalan akhir zaman.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: "Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.(Riwayat al-Hakim).

Sabdanya lagi "Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi).


"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW, dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas,
Rasulullah SAW bersabda kepadaku "Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).'' Kemudian baginda membaca ayat ini:
"Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31).
Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu."
Nabi pun bertanya: "Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah?
Maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?''
Saya menjawab "Betul ya Rasulullah.''
Maka baginda pun menjawab: "Demikian itulah yang di namakan ibadah (menyembah ) kepada mereka.''

Menolak perpaduan dengan memberi seribu alasan dan lebih memualkan lagi menggunakan pula wahyu Allah untuk menjustifikasi kerja jahat mereka, adalah satu perbuatan yang benar-benar mengajak masyarakat menyembah golongan mereka dari menyembah Allah. Teringat saya tentang artikel MKJ bahawa golongan ini sudah mencederakan akidah masyarakat. Memang benar hujah pak Meli Kapak Jangak itu.

Mengharamkan perpaduan dan berkasihsayang adalah satu perbuatan yang jahat lagi melaknatkan dan menurut kesongsangan yang dibawa oleh pihak ini adalah bagaikan menyembah golongan mereka sebagai pendasar hukum dan bukan menurut hukum yang telah Allah tetapkan.

Inilah yang di sebut oleh sabda Rasulullah SAW yang benar lagi membenarkan.


Rasulullah pernah bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.'' (Riwayat Baihaqi ).

Mari kita berdoa agar kita tidak ditimpa fitnah oleh ulamak yang suk ini.

20 Okt 2009

MUSIM HAJI TIBA LAGI

Untuk renungan bersama :


Balik dari Mekah
Jangan hanya tamar
Dan air zamzam yang dibawa pulang
Lebih-lebih lagi janganlah igal
Dan barang yang mahal dibawa bersama
Bukan ini semua yang penting dibawa
Tapi pengajaran dan hikmahnya
Yang patut dibawa pulang
Ole-ole dari haji
Bukan bersifat material
Yang dibawa pulang
Tapi yang bersifat maknawiyah
Dan rohaniah
Yang lebih penting pengalaman luas
Akhlak yang tinggi di dalam diri kita
Inilah buah haji yang mabrur
Lagi sejati yang hakiki
Buanglah perangai yang buruk
Gantikanlah dengan perangai yang mulia
Tanamkalah keinsafan diri dengan agama yang suci
Jadikanlah agama hidup mati kita
Sesuai dengan semangat haji
Kemuncak rukun Islam yang lima
Kebanyakan jemaah haji
Pulang ke tanah air tidak berubah
Sifat-sifat mazmumah
Yang lama masih dibawa pulang
Perjuangan tidak berlaku
Pengorbanan tidak bertambah
Yang bertambah cinta dunia, mabuk pangkat
Suka glamour
Kalau itulah yang dibawa
Tanda haji yang dibuat tidak berbuah
Mengikut kitab Haji
Yang tidak berubah perangai
Haji Mardud
Yang dapat hanya susah
Yang dapat hanya payah
Letih badan
Pahala tiada berdosa pula

14 Okt 2009

BERHATI-HATI MENGENAL ULAMAK

Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya ilmu itu dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi kaku. Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak, tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya. Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu. Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu.

Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Tidak serupa orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat. Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada orang jahil yang taat. Orang yang jahil itu adalah seteru Allah.Ilmu itu ibarat obor yang menyuluh. Dengan ilmu, kita dapat melihat jalan-jalan yang patut ditempuh. Dengan ilmu, kita dapat melihat mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah; mana jalan yang baik dan mana yang buruk; dan mana jalan yang hak dan mana jalan yang batil. Orang yang mempunyai ilmu itu ibarat orang yang mempunyai obor di malam yang gelap gelita.

Dia boleh menerangkan kegelapan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.dengan ilmunya. Hanya setakat tahu, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.

Akan tetapi, ilmu semata-mata tidak menjamin apa-apa. Kalau banyak pun ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu, tidak bermakna dia akan selamat dari terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Seperti juga orang yang mempunyai obor, tidak semestinya dia tidak akan sesat atau tidak akan tersungkur.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:“Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Dia akan memberinya faham tentang agama.”

Tidak dikatakan “… akan diberinya ilmu tentang agama.”

Jadi, orang yang mempunyai ilmu itu tidak semestinya dia faham dan tidak semestinya dia dapat beramal, sesuai dengan ilmunya. Hanya setakat tahu sahaja, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada orang yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.

Di samping ilmu, apa yang sebenarnya kita perlukan ialah taufiq iaitu pimpinan Allah. Dengan taufiq, segala amal perbuatan kita akan setentang atau tepat dengan ilmu. Barulah ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita dan dapat kita menjadi orang yang beramal dengan ilmunya. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal.

Tanpa taufiq inilah maka kita sering lihat orang yang amalannya tersimpang dari ilmunya. Tidak kurang kita lihat orang yang mengajar ilmu tauhid tetapi dia sendiri tidak mampu berjiwa tauhid. Atau orang yang alim tentang hukum sembahyang, tetapi dia sendiri tidak mendirikan sembahyang. Atau ulama-ulama yang secara terus-menerus terlibat dengan dosa-dosa besar.

Atau ulama-ulama yang mengubah hukum hakam untuk menjaga kepentingan pangkat, jawatan dan kedudukannya, dan yang menggunakan ilmunya untuk membenarkan tindak-tanduknya yang salah.

Malahan ada manusia yang bertaraf profesor di universiti universiti di Barat yang hafaz Al Quran dan hafaz beribu-ribu hadis, lengkap dengan perawinya, bahkan pula layak memberi ijazah dan Phd. pengajian Islam kepada graduan-graduan Islam, tetapi mereka sendiri tetap kufur dan tetap tidak beriman kepada Allah.

Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan masuk Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala. Dan di kalangan ulama ada yang digelar ulama “suk” atau ulama jahat yang kerjanya melarang manusia menuju kepada Tuhan dan menyusahkan manusia membuat kebaikan dan kebajikan. Maksiat dan kemungkaran tidak pula dilarang atau ditegurnya.

Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya lari dari ulama jahat seperti ini seperti mana kita lari dari singa yang ganas. Dunia telah masuk dan bersarang di dalam hati-hati mereka. Mereka merosakkan agama di atas nama agama. Ilmu itu amanah Allah. Kalau kita diberi ilmu, kita bertanggungjawab.

Kita perlu mengamalnya, menyampaikan atau mengajarnya dan memperjuangkannya. Di Akhirat nanti, kita akan disoal tentang ilmu yang ada pada kita itu.

11 Okt 2009

KRISIS UNDANG BALA



(Gambar Pakatan Rakyat bertindak kasar menghalang laluan awam di Bagan Pinang)


Negara kita sedang dilanda krisis. Kian hari kian meruncing. Masyarakat berpecah-belah. Perpaduan dan kesefahaman sudah tidak ada. Demonstrasi selalu berlaku. Masyarakat sudah tidak bersatu. Sudah tidak boleh bekerjasama. Keamanan dan keselamatan tergugat. Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat meluap-luap. Perselisihan pendapat dan perbezaan fahaman politik amat ketara.

Apabila ditanya kepada pihak-pihak tertentu tentang hal ini mereka berkata ini perkara biasa. Krisis itu membawa rahmat. Sayidina Ali k.w. dan Sayidina Muawiyah r.a. pun berkrisis. Apa sungguhkah ini benar? Sungguhkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat hingga boleh disamakan dengan krisis yang berlaku di antara Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah? Semasa mereka berkrisis, orang tetap berbondong-bondong masuk Islam. Walaupun mereka berkrisis, Islam bertambah kuat dan tanah jajahan Islam semakin meluas dan berkembang. Ekonomi Islam semakin kukuh. Ibadah dan akhlak masyarakat Islam tetap baik dan terpelihara.

Berbeza dengan krisis yang kita hadapi. Semakin berkrisis, semakin ramai orang Islam jadi murtad. Semakin berkrisis, ekonomi Islam semakin merosot dan kuasa ekonomi berpindah ke tangan orang lain. Huru-hara semakin banyak berlaku. Jenayah bertambah-tambah. Keamanan dan keselamatan Negara tergugat. Moral dan akhlak muda mudi merosot. Ibadah dan akhlak masyarakat rosak.

Di mana rahmatnya?
Di mana baiknya?
Di mana untungnya?

Yang jelas, krisis yang kita hadapi ini sangat merugikan dan merosakkan. Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah berkrisis dalam kebenaran. Nafsu mereka dan sifat-sifat mazmumah tidak berperanan. Kita berkrisis dalam kebatilan dan kemungkaran. Nafsu dan sifat-sifat mazmumah mereka kita bercakaran.

Apa benarkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat?

Atau apakah ia satu bala bencana yang Allah turunkan kepada kita kerana dosa, kemungkaran dan keangkuhan kita?

Ini harus kita kaji dan teliti betul-betul. Malanglah bangsa yang menganggap bala bencana itu sebagai rahmat tanpa melihat kepada dosa-dosa yang menyebabkan kemurkaan Tuhan dan tanpa bertaubat dari dosa-dosa tersebut.

9 Okt 2009

KENALILAH CIRI-CIRI PEJUANG KEBENARAN

Pejuang kebenaran itu sungguh unik, sungguh aneh dan sungguh pelik. Dia lain daripada yang lain. Sifat dan watak yang ada padanya tidak ada pada manusia lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang ideologi atau isme. Lebih-lebih lagilah tidak ada pada pejuang-pejuang yang nyata membawa kebatilan dan kerosakan.

Orang lain berjuang hendak untung. Hendak habuan. Hendak tambah harta. Lagi berjuang lagi kaya. Pejuang kebenaran pula, habis wang ringgit dan harta bendanya dikorbankan untuk perjuangannya. Lagi dia berjuang, lagi dia jadi miskin. Apa sahaja yang dia ada habis dihalakan untuk perjuangannya.

Orang lain berjuang hendak nama. Hendak glamour. Hendak dipuji dan dipuja. Hendak disanjung sebagai wira bangsa. Hendak menempa nama dalam sejarah. Setidak-tidaknya hendak diiktiraf. Hendak gelaran itu dan ini. Bintang itu dan ini. Darjah itu dan ini. Tetapi pejuang kebenaran tidak peduli itu semua. Dia tidak takut dan tidak risau kalau dia dicaci atau dikeji. Dia tidak terjejas dengan pandangan dan anggapan
manusia. Dia tidak rasa terhina dengan cacian dan tidak pula rasa mulia dengan pujian manusia. Dia hanya ambil berat tentang apa yang Tuhan anggap terhadap dirinya.
Orang lain berjuang kerana kepentingan. Khususnya kepentingan yang bersifat material atau duniawi. Sama ada kepentingan untuk diri, keluarga, kelompok, parti, bangsa,
negara dan sebagainya.

Pejuang kebenaran pula berjuang untuk kepentingan Akhirat manusia sejagat. Untuk membawa kebenaran kepada seluruh umat manusia. Untuk menyelamatkan manusia. Supaya manusia boleh berbahagia di dunia dan berbahagia di Akhirat. Perjuangannya bersifat universal. Tidak dibatasi oleh keluarga, kumpulan, kelompok, parti, bangsa atau negara.

Orang lain berjuang kerana mahukan pengaruh. Bila sudah berpengaruh, boleh dapat jawatan dan kuasa. Dengan pengaruh dan kuasa yang dimiliki, macam-macam boleh jadi. Boleh beraja di mata dan boleh bersultan di hati. Pejuang kebenaran pula tidak menginginkan selain keampunan, kasih sayang dan keredhaan Tuhan. Baginya, ini mengatasi segala-galanya. Baginya, kalau dapat Tuhan, dapat semua. Kalau hilang Tuhan, hilang semua.

Bagi pejuang kebenaran, banyak perkara yang ’contradictory’ dalam dirinya. Waktu malam dia ibarat rahib yang tersungkur, sujud menyembah Tuhannya. Pada waktu siang, dia ibarat singa lapar yang gigih dan berani. Bagi pejuang kebenaran, dirinya tidak penting. Dia sanggup menjadi lilin yang membakar diri asalkan masyarakat dapat
cahaya. Dia sanggup menderita, disisih, dibuang, dihalau, dikurung hatta dirinya terkorban asalkan matlamat perjuangannya tercapai.

Pejuang kebenaran menghapuskan kegelapan dengan membawa cahaya. Dia membasmi kekufuran dengan membawa iman. Dia mengubah kejahatan dengan membawa akhlak. Digantikan rasa putus asa dengan rasa bergantung harap dengan
Tuhan.


Walaupun sifatnya lemah lembut, dia tegas dalam perjuangan. Walaupun dia banyak menyerah pada Tuhan, dia tahan diuji. Kalau ditimpa berbagai ujian, bertambah keyakinan nya, bertambah optimisnya dan bertambah sangka baiknya dengan Tuhan. Jiwanya kukuh dan kental.

Apa sahaja yang diperjuangkannya, ditegakkan pada dirinya terlebih dahulu. Kita boleh buat apa yang dia buat. Kita boleh amal apa yang dia amal. Dia boleh jadi contoh. Tidak
macam pejuang lain. Dia suruh kita buat apa yang dia suruh.

Jangan buat apa yang dia buat. Sebab dia pun tahu yang dia jahat. Pejuang kebenaran boleh dijadikan teladan. Pejuang lain perlu dijadikan sempadan.

Pejuang lain menyelesai masalah dengan akal, walaupun masalah itu bersabit dengan hati dan jiwa manusia. Oleh itu masalah yang kecil jadi besar, masalah sedikit jadi banyak, masalah mudah jadi rumit, masalah setempat tersebar ke tempat lain. Pejuang kebenaran merujuk segala-galanya kepada Tuhan. Dibawa manusia kepada Tuhan. Dibawa manusia kepada Akhirat. Dipupuk rasa cinta dan kasih sayang sesama manusia. Bila Tuhan berada di hati, bila Akhirat menjadi matlamat hidup dan bila terasa dikasihi dan mengasihi, maka manusia akan menjadi manusia semula. Hidup fitrah mereka. Subur keinsanan mereka. Mudah bagi mereka menjadi baik dan mengabdi diri kepada Tuhan.

Pejuang kebenaran, kalau dikurung atau dipenjarakan, dia berkhalwat. Kalau dihalau, dia bermusafir. Kalau dibuang, dia beruzlah. Apa pun terjadi, hatinya tetap dan sentiasa dengan Tuhannya. Mudah bagi mereka menjadi baik dan mengabdi diri kepada Tuhan.

Perjuangannya ibarat air. Mengalir dan terus mengalir. Kalau diempang, dia akan menyusup ke bawah. Kalau disekat di bawah, dia akan mengalir ke sisi. Kalau disekat di sisi, dia akan bertakung. Sampai masa, dia akan melimpah dan mengalir juga ke atas. Seperti air, ia tenang dan tidak mendesak.

Tetapi ia tetap akan mengalir. Ia mengikut dan menyesuaikan diri dengan bentuk bumi. Kehadirannya natural dan semula jadi. Perjuangannya dirasakan seolah-olah ia sebahagian dari kehidupan. Seperti air juga, perjuangannya sangat diperlukan. Sangat
memberi manfaat kepada manusia. Sangat menyejuk dan menyegarkan. Sangat menenang dan mententeramkan hati-hati manusia.

Tidak seperti perjuangan lain yang ibarat api yang mengganas dan membakar. Yang marak dan mencemaskan manusia. Yang memusnahkan segala-galanya. Yang
menyebabkan huru-hara. Akhirnya yang tinggal hanya abu, arang dan bara. Manusia terseksa, menderita, sengsara.

6 Okt 2009

ISLAM LIBERAL ITU CIPTAAN YAHUDI


Apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim adalah modus operandi Islam Liberal atau Islam Moderat. Salah satu agenda Yahudi adalah memperkenalkan kefahaman Islam Liberal atau Islam Moderat kepada umat Islam dengan sasarannya agar dapat melemahkan umat Islam dengan menekankan kepada KEADILAN dan KESAKSAMAAN di kalangan manusia. Maka hujahnya, untuk berlaku ADIL dan SAKSAMA maka kita menghormati PERBEZAAN walaupun perbezaan itu bermaksud hingga kepada melangkaui SYARIAT agama. Ia bisa sahaja kerana menurut mereka, semua manusia boleh berijtihad menggunakan Al Quran. Maka berijtihadlah orang-orang Islam yang terpedaya dengan modus operandi mereka ini dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang aneh-aneh yang dipanggil sebagai gerakan MEREFORMASIKAN Islam atau gerakan MENULENKAN ajaran Islam.



Sayang sekali, mereka tidak pernah belajar tentang syarat-syarat BERIJTIHAD itu, padahal ia hanya milik para ulamak-ulamak muktabar bukan milik semua orang Islam yang kadang-kadang hanya memberi pendapat dengan merujuk kepada terjemahan Al Quran di dalam Bahasa English atau Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Namun lagak mereka seperti mereka berpengetahuan setaraf Imam Al Ghazali atau Imam Syafei. Sedangkan jika mereka cuba memperuntukkan sedikit masa untuk kenal ulamak-ulamak muktabar ini, mereka akan terkedu dan ternganga memikirkan betapa hebatnya ilmu yang ada di akal dan hati mereka dan betapa tawaduknya mereka ini dengan ilmu dan betapa berakhlak dan beradabnya mereka dengan ilmu. Sayang kemuliaan para ulamak ini mereka sangsikan tetapi yang mereka puja ialah para orientalis yahudi dan nasrani yang mereka iktiraf sebagai guru mereka di dalam memahami Islam.

Mereka juga para penganut Islam Liberal dan Islam Demokrat ini kadang-kadang menggunakan nama pejuang Islam yang tulen seperti Hassan Al Banna, dan menfitnah beliau sebagai pelopor kepada gerakan meliberalkan Islam. Sedangkan Hassan Al Banna adalah penganut fahaman ASWJ yang tulen dan dibesarkan di dalam lingkungan kehidupan masyarakat Islam yang sangat tradisi dan seadanya. Bacalah riwayat Hassan Al Banna, anda akan merasa sangat terharu dengan pejuangannya. Beliau seorang yang sangat berakhlak, sangat tinggi disiplin dan berjiwa tegar di dalam memperjuangkan Islam, namun atas kesilapannya melibatkan diri di dalam politik, maka ia membawa kehancuran kepada perjuangannya. Allah SWT menyayangi beliau, dan menyelamatkan beliau dari membawa perjuangannya bersekongkol dengan sistem politik yang tidak islamik. InsyaAllah, kematian beliau itu adalah yang terbaik untuknya.



Tidak ada orang yang lebih memahami perjuangan Ikhwan Muslimin seperti Hassan Al Banna sendiri. Maka tanpa kehadirannya, perjuangan Ikhwan Muslimin kini seakan kehilangan arah. Pelbagai versi fahaman sudah berleluasa di dalam Ikhwan Muslimin itu sendiri. Maka, ia hanya tinggal sebagai nama gerakan sedangkan roh perjuangan sebenar yang mahu dititip oleh Hassan Al Banna sudah tiada.

Berbalik kepada fahaman Islam Liberal sebagai ciptaan Yahudi yang saya hujahkan itu, diMalaysia ini, Anwar Ibrahim adalah jentera atau alat yang digunakan oleh Yahudi untuk memastikan bahawa Islam Liberal ini dapat mencengkam pemikiran orang Islam di Malaysia ini. Dengan kuasa politik pembangkang yang ada di tangan Anwar Ibrahim, maka beliau telah memastikan bahawa setiap parti di dalam pakatan pembangkang mempunyai anak-anak didiknya bagi menyuntik fahaman Islam Liberal ini kepada orang-orang Islam yang jumud dan tersihir dengan fahaman Islam Liberal ini.

Maka perkara yang pelik-pelik dan aneh-aneh yang berlaku sekarang ini dan disebut TIDAK APA-APA atau BUKAN ANCAMAN atau ATAS SEMANGAT PAKATAN adalah kejayaan manis Anwar Ibrahim mengkeldai dan mengkudakan pemimpin-pemimpin Islam tersebut.

Rujuk rantaian artikel di bawah :

NIK AZIZ : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA PERKATAAN ALLAH

ISU BAGAN PINANG

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

Namun, lihatlah nanti, saya percaya Anwar bukan dijatuhkan orang ISlam yang sudah jadi kuda dan keldainya tetapi Anwar Ibrahim akan ditakdirkan dibuang oleh para pencipta dan tuannya Yahudi itu kerana "terlalu meroyan" untuk menjadi PM. Anwar yang digelar Sesumpah oleh media Yahudi akan dimakan SUMPAH.

3 Okt 2009

AYAT-AYAT ALLAH DAN KAITANNYA DENGAN GEMPA DI PADANG

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!”

Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT.

Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58):

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):

(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Dengan adanya berbagai “kebetulan” yang Allah SWT sampaikan dalam musibah gempa kemarin ini, Allah SWT jelas hendak mengingatkan kita semua.

Apakah semua “kebetulan” itu sekadar sebuah “kebetulan” semata tanpa pesan yang bererti ?

Apakah pesan Allah SWT itu akan mengubah kita semua agar lebih taat pada perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya ?

Atau malah kita semua sama sekali tidak perduli, bahkan mentertawakan semua pesan ini sebagaimana dahulu kaum kafir Qurais menertawakan dakwah Rasulullah SAW?

Semua berpulang kepada diri kita masing-masing. Wallahu’alam bishawab.

source : eramuslim

------------------------------------------------------------------


Catatan : Orang yang beriman akan mengakui dengan penuh keyakinan, tidak ada KEBETULAN di dunia ini melainkan semuanya adalah di dalam pengetahuan dan perancangan Allah SWT.