24 Nov 2009

PERIBADI WAHABI ITU PELIK!!!!

Sebenarnya apabila kita cuba belajar memahami karekter pendokong wahabi totok, dan dikalangan yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulamak atau pemimpin, kita akan temui satu karekter dari tindakan, perbuatan dan pengucapan awam mereka. Mereka menongkah arus atau cuba bermain ombak dengan menyeru kepada perkara-perkara yang mencarik kebiasaan masyarakat aka PELIK dan menyatakan inilah "TAJDID". Jika hal itu berupa perkara furukiyah atau ranting fekah maka tidaklah menjadi hal. Namun apa yang dibawa mereka amat menyongsang dari syariat dan tauhid, maka ia bukan lagi perkara kecil. Apatah lagi jika mereka ini dianggap idola atau orang "maksum" di kalangan perkumpulan atau kepartian mereka, maka apa yang diseru dan diperkatakan itu sudah dianggap bagaikan FATWA untuk pegangan perkumpulan mereka. FATWA yang dianggap mereka itulah sebenarnya yang diajar dari Al Quran dan Sunnah padahal hakikatnya tidak "jurus" dengan ijmak ulamak ASWJ.

Izinkan saya menyatakan di sini, penilaian saya selama ini kepada Nik Aziz sebenarnya tidak salah, cuma kerana saya hanyalah penulis blog marhaen yang tidak dikenali, maka saya seringkali di "tegur" dan di "nasihat"kan untuk tidak mempersoalkan apa yang Nik Aziz lakukan kerana beliau adalah tuk guru terkenal seantero Malaysia. Namun begitu, walaupun ilmu saya hanya sekelumit cuma, saya merasa bertanggungjawab untuk memberi ruang kepada pendapat saya sendiri di blog ini untuk menyatakan apa yang saya rasa dan fikirkan. Ini bukan soal politik, kerana saya tidak pernah menjadi mana-mana ahli pertubuhan politik, tetapi atas dasar tanggungjawab saya sebagai hambaAllah.

Apa-apapun, saya berterimakasih kepada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan kerana berani menyuarakan pendapat mereka. Namun, saya kira Nik Aziz memikirkan bahwa beliau sudah boleh berlepas diri dari mendapat sokongan Persatuan Pondok Negeri Kelantan, dan menganggap mereka ini hanya seperti bunyi-bunyian nyamuk sahaja. Nik Aziz fikir pengaruh dia sudah hebat dan masyarakat di Malaysia ini, sudah menganggap beliau telah mantap dianggap sebagai Tuk Guru seMalaysia.

Sila renungi petikan di bawah :

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.


Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.


Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.


''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.


"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.


"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.


Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.


Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.


Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.


"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.


"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.


"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita,"
katanya.


Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.


Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.


"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.


"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.


"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.


Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


--------------------------------------------------------------------------

Saya harap tidak ada orang mempolitikkan isu ini dan menuduh persatuan Pondok Kelantan sebagai sudah di UMNO kan hanya kerana mereka memberi teguran secara terbuka kepada Nik Aziz. Mereka sudah melakukan secara berhemah dan tertutup sebelum ini, sebelum melakukan secara terbuka. Namun mungkin mereka memikirkan bahawa tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat itu lebih penting kerana mengetahui bahawa bahaya seorang ulamak suk itu lebih bahaya dari singa yang terlepas dari kandangnya.


Pelik Wali khawariqul adah,
Pelik Wahabi mencarik akidah.


Sekian.

6 ulasan:

Musafir Kelana berkata...

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:
“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

SERUAN UNTUK BLOGGER2 DI
catatanhamba.blogspot.com

gagasan_warisan berkata...

Elok juga tok guru pondok menegur TOK GURU SEANTERO MALAYSIA INI....biar dia sedar sikit.

Tapi yang selalu buka aib org dan menuduh org itu dan ini adalah TOK GURU NIK AZIZ ni laaa..........mungkin nik aziz lupa tentang hadis yang saudara al fakir coretkan ini

gagasan_warisan berkata...

Elok juga tok guru pondok menegur TOK GURU SEANTERO MALAYSIA INI....biar dia sedar sikit.

Tapi yang selalu buka aib org dan menuduh org itu dan ini adalah TOK GURU NIK AZIZ ni laaa..........mungkin nik aziz lupa tentang hadis yang saudara al fakir coretkan ini

Musafir Kelana berkata...

Betul teguran itu dan memang kena tegur jika pemimpin itu membuat kesalahan dan kesilapan cuma cara,teknik dan kaedah sahaja yang perlu baiki.
Sama juga pemimpin pembangkang hendaklah menjaga adab dan akhlak dalam menegur kerajaan. Setiap teguran bukan untuk menjatuh/menghina/menjijikkan individu tetapi atas dasar keimanan dan kasih sayang agar pemimpin tadi tidak terus lalai dan membuat kesilapan......

Benar kemungkinan pemimpin yang anda sebutkan itu sudah terlalai dan terleka dan perlu ditegur dan dingatkan dengan penuh adab dan akhlak. Umpama seorang anak menegur si ayah, atau seorang kawan menegur kawan...ada adab di situ yang perlu kita semua fahami dan pelajari.

firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai manusia, kamu ni lemah dan sangat berhajat kepada-Ku."

catatanhamba.blogspot.com

gagasan_warisan berkata...

Ermmm teguran dgn cara hikmah......itu lah yang selalunya sgt sukar untuk di lakukan. Sama2 merendahkan hati dan muhasabah diri dalam mencari titik pertemuan.

Tanpa Nama berkata...

...Tok Guru Hj Lah, anda seorang tok guru yang hebat yang berani menongkah arus..tidak gentar dengan amukan pentaksub PAS..berani menegur walau pun pahit sekali pun terhadap tokoh ternama iaitu Tok Guru Semalaya..kalau kita orang jahil sesat kita hanya sesat seorang diri tetapi kalau orang kelas tok guru jadi sesat maka ramailah yang sesat..

..ramai tok guru, tokoh ugama yang lulusan didalam dan luar negara yang telah capai kelulusan tertinggi hingga peringkat Bapa Sarjana tapi tidak berani menegur..jauh sekali untuk mengambil apa-apa tindakan sekiranya benar dia telah tersilap jalan..bangun !!! jangan tidur lagi wahai bijak pandai Islam..berdosa kita kalau biarkan masyarakat Islam terkeliru dalam urusan ugama..

BANGUN...JANGAN TIDUR LAGI !!!!!

Hj Markoko