6 Nov 2009

ISU WAHABI : KAJILAH SECARA HOLISTIK


Isu Wahabi kini tiba-tiba menjadi antara isu yang menonjol di akhir-akhir ini, ia bagaikan satu SARINGAN atau TAPISAN untuk umat Islam di negara ini. Mengapa begitu? Kerana jika isu ini diambil lewa dan hanya bertaklid buta, maka amatlah ruginya kita. Memahami apa itu fahaman wahabi bukan soal picisan, kerana fahaman ini sudah beratus tahun dan usaha untuk menjenamasemula fahaman ini oleh pihak yahudi dan musuh Islam tidak pernah surut. Usaha hidden hand ini bukan diserahkan kepada orang-orang bukan muslim sebagai pejuangnya tetapi usaha hidden hand ini menggunakan orang-orang islam sendiri malah di kalangan sarjana Islam sebagai juak-juak mereka. Orang awam bagai teruja dengan istilah-istilah baru yang digunakan oleh fahaman ini, contohnya islam progresif, tajdid dan sebagainya. Ia hanyalah satu usaha rebranding fahaman wahabi agar dilihat dalam fesyen yang berlainan sahaja, tetapi hakikatnya tetaplah juga isinya, kaedahnya atau firqahnya yang sama.

Jika saudara-saudari pernah membawa artikel saya yang sebelum ini, menyatakan bahawa sarajana-sarjana Islam dan malah ada institusi Islam, universiti-universiti Islam yang terlibat sebagai penyokong usaha hidden hand, maka apa yang saya rujuk itu adalah kepada fahaman wahabi. Namun, mungkin pada waktu itu pembaca masih belum dapat memahami persoalan yang saya sampaikan, nah hari ini, isu tersebut sudah menonjol dan fikirkanlah sendiri akan kebenaran kenyataan saya itu. Hidden Hand sangat berjaya di dalam hal ini, dan amatlah menyukarkan sekali kepada orang awam untuk memahami akan BAHAYA wahabi ini kepada akidah dan umat Islam umumnya, kerana ia sudah dipelopori oleh para-para sarjana Islam yang condong ke arah kewahabian, walaupun selalunya mereka bermati-matian menafikan mereka berfahaman wahabi.

Sarjana-sarjana Islam ini bukan calang-calang sijil mereka kerana kebanyakan mereka adalah lulusan pascasiswazah pengajian Islam (yang sudah diserap oleh fahaman wahabi), satu kesamaan yang ada pada mereka adalah mereka sangat pandai berhujah mantik aka logik tentang masalah-masalah fekah dan pandai mengambil hati masyarakat yang cenderung kepada keduniaan dan memberikan banyak kemudahan kepada masayrakat awam mengikut akal fikiran dan logik akal sendiri dalam beragama. Para sarjana Islam wahabi ini mempelopori dan memperkenalkan kaedah baru kepada masyarakat awam iaitu menjadikan diri sendiri sebagai pentajdid dan pengijtihad perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan syariat asal sahaja mereka dapat dengan sendiri menemui nas-nas dalam Al Quran dan hadis mengikut tafsiran yang mereka sendiri fahami. Tafsiran Al quran menurut sarjana Islam wahabi ini milik semua orang, dan semua orang boleh mentafsirkan mengikut akal dan logik sendiri. Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bermazhab dan tidak perlu mengikut ijmak ulamak. Inilah antara bahaya tersirat kepada umat Islam yang mengundang perpecahan dan kekeliruan yang sangat kritikal.


Modus operandi golongan sarjana islam wahabi ini turut memberi persepsi negatif dan secara halus mencucuk jarum stigma di fikiran orang Islam bahawa tasawuf, ahli sufi dan krberkatan RSAW itu suatu bidaah. Mereka amat benci kepada ulamak-ulamak ASWJ yang muktabar, dan seringkali menuduh ulamak-ulamak ini dengan tuduhan-tuduhan yang menjatuhkan kredibiliti ilmu mereka. Maka masyarakat awam yang sudah jauh dan tidak kenal dengan ualamak-ulamak ASWJ, sudah tidak tahu apa itu fahaman ASWJ dan bezanya dengan fahaman wahabi, yang sudah tidak faham apa itu tasawuf dan tidak kenal apa itu ahli sufi dan sangat TAKSUB dengan logik akal sahaja adalah makanan RANGUP kepada sarjana-sarjana ISlam wahabi ini. Malangnya golongan masyarakat awam seperti inilah yang paling ramai di dalam lingkungan umat Islam.

Di sini, saya kongsikan denagn pembaca semua satu artikel dari seorang sarjana Islam yang amat memahami apa itu fahaman wahabi. Mungkin dengan hujah ilmiah beliau ini dapat membuka pintu hati pembaca semua di dalam memahami isu wahabi ini. Artikel ini dipetik dari blog http://al-ashairah.blogspot.com/


Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1 Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2 Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3 Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4 Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5 Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6 Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7 Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8 Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10 Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11 Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12 Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13 Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspekti Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14 Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15 Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.

Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16 Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Isu Wahhabi: Jangan Jadi Seperti “Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah”SILA KLIK DI SINI UNTUK KE BLOG TERSEBUT

7 ulasan:

Arif Omar berkata...

APALAH NAK GADUH SESAMA ISLAM. ADAKAH SYURGA UNTUK SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA. ADAKAH UMAT ISLAM DI ARAB SAUDI ITU AKAN KE NERAKA, ADAKAH SYIAH DI IRAN ITU MASUK NERAKA, ADAKAH ISLAM DI AFRIKA PUNAKAN MASUK NERAKA. ASWJ AJE KE LAYAK KE SYURGA? KALAU BEGITU KOSONGLAH SYURGA TU. INI SEMUA MASALAH CABANG SAHAJA. SAYA PUN ASWJ. APA NAK SALAH MENYALAH SESAMA SIALM. IA BUKAN SENTUH PERKARA RUKUN . IA BERBEZA DARI SEGI RANTING AJE. ASWJ JUGA ADA PERBEZAAN SESAMA MEREKA. JADI IA SEMUA ADA HIKMAH. BERBINCANG CARA BAIK . PEGANG PADA TALI ALLAH. APA NAK SESATKAN SESAMA ISLAM YANG LAIN. TAK ADA KERJA LAIN KE ORANG ISLAM INI ASYIK BERGADUH DALAM PERKARA REMEH TEMEH DANB ODOH DARI MENGEMBANG ISLAM PADA YANG KAFIR. BEGINI KE CARA NAK CONTOHI ISLAM PADA sIKAFIR. KALAU MACAM TU, TAK BERGERAK DAN TAK MAJU LAH ISLAM. SEBAB ITU ISLAM MASIH BEGINI DAN TERUS DITINDAS. CARI LAH CARA LAIN. SEMUANYA ISLAM. APA NAK LEBIH-LEBIH.

Tanpa Nama berkata...

salam Puteri.

Saya berbesar hati dapat singgah di blog tuan puteri.

Saya mohon dipinjamkan artikel ini untuk tatapan pembaca blog saya.

Harap tak mengapa ye.

PUTERI berkata...

Ustaz Moden, dipersilakan. Saya juga selalu ke blog tuan.


Tuan Ariff Omar, RSAW sendiri berpesan agar kita berpegang teguh kepada fahaman ASWJ, itu adalah peringatan dari RSAW. Maka sabda siapakah yang wajib kita ikuti, sedangkan ada para munafik yang berselindung dengan ayat-ayat retorik membawa fahaman Islam progresif yang kononnya bersandarkan Al Quran dan Sunnah, namun hakikatnya menentang jalan kebenaran yang sudah ditempuh oleh para rasul, nabi, dan orang-orang mukmin yang terdahulu.

Ini adalah akhir zaman. Kebenaran itu akan dikatakan fitnah, dan fitnah itu dilihat sebagai kebenaran.

Wallahualam.

C L J berkata...

Tahniah kerana berkesempatan dan berjaya mencapai pandangan ilmiah dan berguna ini. Hamba memohon izin untuk menyimpan catatan ini dalam peti simpanan hamba supaya satu masa yang dirasakan sesuai boleh ikut serta menyebarkannya dengan harapan ia dapat menjadi jariah kita semua. Inshaallah.

Musafir Kelana berkata...

puteri, Good artikel ini.


Saya juga bersetuju dgn tn arif omar...
kadangkala kita terlupa dan terlalai serta mengeraskan hati dengan membuka pintu "perdebatan". Jika perdebatan itu dibuat dengan penuh kasih sayang bukan hawa nafsu.
NAMUN HAKIKATNYA...TIADA SIAPA YANG TAHU MELAINKAN ORANG YANG ARIFIBILLAH.

catatanhamba.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

fahaman wahabi ini sudah menular sekian lama namun ramai yg tidak memahami da mengerti betapa serious nye isu ini. ini kerana fahaman ini sudah sekian lama di seludup masuk ke negara kite. begitu juga dengan sikap org melayu yg sangat2 saya kesalkan yg tidak mengambil endah sejarah Islam.

Wahabi is funded by the US dan kroni zionist mereka untuk memecahbelahkan umat2 Islam seperti mana yg telah di lakukan pada agama Kristian yg mana mereka memecah belahkan kepada byk mazhab seperti katolik, protestant, dan sbgnye.

Kini kecoh kesah Dr Asri di Malaysia. Ingin saya katakan di sini utk mempelajari ilmu hadis seseorang itu hendak la mencari guru hadis, guru yg menghafal smp beribu2 hadis. kalau kite belajar ilmu agama seperti kite belajar ilmu keduniaan yg lain seperti law dan accounting misalannye x perlu pergi klas boleh ambik exam. duduk bilik baca buku sudah. tetapi apabila ilmu agama ini di belajar dari buku tanpa guru yg betol2 bertauliah kite belajar dgn syaitan yg sentiasa menyesatkan anak2 Adam as.
Bagi seseorang bergelar mufti tidak wajar utk beliau memperlehkeh kan ulama2 yg lama yg telah byk berjasa.

Tanpa Nama berkata...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!