tag:blogger.com,1999:blog-79794889390636239992024-03-14T15:53:54.307+08:00AHLAN WA SAHLANUnknownnoreply@blogger.comBlogger236125tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-44445178133418085552018-05-25T16:43:00.001+08:002018-05-25T16:43:14.475+08:00FAKTA BUKAN DUSTA PERIHAL PKR PENYOKONG LIBERAL/LGBTQ
PKR ni terbukti ahli Liberal International. Nampaknya tudung WAWI dan Izzah tak dpt menghalang mereka dari mengkhianat Islam dan ummatnya..
Harap rakan rakan sedar sekrg..
Gay dan Lesbian, biasanya ditulis sebagai LGBT. Ada orang kata saya bodoh sebab tulis LGTBQ. Bagi dia/mereka, saya bodoh sebab tersalah tambah Q di belakang LGBT. Ayat dia/mereka, "Ada PhD tapi bodoh, tak reti nak menulis." Sampai hati kata saya bodoh... :(
Untuk pengetahuan semua, nama penuh bagi LGBT adalah LGBTQQIP2SAA.
L: Lesbian, wanita minat wanita.
G: Gay, lelaki minat lelaki.
B: Bisexual, lelaki atau wanita yang minat kedua-dua lelaki dan wanita sekaligus.
T: Transgender, lelaki tukar jantina ke wanita atau wanita tukar jantina ke lelaki.
Q: Queer, orang yang tak kisah dianggap sebagai lelaki, atau wanita, atau kedua-duanya ikut situasi, atau tiada jantina.
Q: Questioning, mempersoalkan, tak pasti jantina sendiri, masih ambil masa mengenali diri sendiri, tak mahu ikut cara orang lain mengkategorikan jantina melalui jenis kemaluan.
I: Intersex, seseorang yang mempunyai kedua-dua alat kemaluan seperti khunsa dan mahu melakukan hubungan seksual dengan kedua-duanya.
P: Pansexual, orang yang tidak mengakui Kinsey Scale (ujian untuk tahu kecenderungan seksual biasa iaitu lelaki kepada wanita, wanita kepada lelaki). Juga membantah homoseksualiti atau heteroseksualiti kerana mereka berpendapat mereka tidak ada kecenderungan.
2S: Two-Spirit, iaitu golongan minoriti/asli yang merasakan diri mereka mempunyai kedua-dua 'ruh' lelaki dan wanita dalam satu badan tidak kiralah mereka mempunyai zakar atau faraj.
A: Asexual, orang yang tak setuju dirinya dikatakan lelaki kerana mempunyai zakar, tak setuju dirinya dikatakan wanita kerana mempunyai faraj, tidak cenderung kepada wanita, tidak cenderung kepada lelaki.
A: Allies, golongan yang menyokong kecenderungan jantina dan seksual orang lain tanpa ikut peraturan (seperti mengkategorikan alat kemaluan) asalkan kehidupan menggembirakan.
Sebelum ini ditulis sebagai LGBT, tetapi SEKARANG terma ini lebih popular ditulis dengan LGBTQ. Mudah faham, mudah tulis dan mewakili kesemua LGBTQQIP2SAA.
Dunia sekarang menghadapi ancaman besar kerana golongan ini mempunyai rangkaian di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Saya pernah tengok mereka adakan program mereka di institusi pendidikan dan universiti tempatan. Bahkan, perihal mereka wujud dalam Tuntutan COMANGO.
Aktivis-aktivis yang menyokong LGBTQ adalah seperti YB Maria Chin Abdullah adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya (PH, menang majoriti dalam PRU14), Siti Kasim, Ambiga dan juga Sisters in Islam (SIS) yang diterajui oleh Datin Paduka Marina Mahathir sebagai salah seorang ahli Board of Director. INI BUKAN POST POLITIK.
Kenapa saya sebut nama mereka? Supaya kalau mereka nak anjur program di sekolah atau kolej, KITA semua boleh sekat, bantah, jangan anjurkan, jangan benarkan.
Tak apalah orang kata saya bodoh, asalkan saya tak kata orang lain bodoh.
Kata orang sebagai bodoh tak menjadikan kita cerdik pun.
Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
Abu Syafiq PAN pun dah bising..
Tak sedar lagi values kita sebagai seorg islam sudah PKR khianati??
Dr mesia Gerakan dan PKR AHLINYA bertaraf Observer..
Ini buktinya
Nampaknya benarlah PH sekrg dah jd sarang peliwat liberal..
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-77374692651094078622018-05-15T13:44:00.001+08:002018-05-15T13:44:08.483+08:00JADUAL TUHAN
Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku.
Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)
Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-89698876240113045652018-05-14T16:45:00.001+08:002018-05-14T16:45:31.746+08:00SISTEM KHALIFAH AKAN MEMERINTAH SEMULA DI AKHIR ZAMAN
Setiap orang yang mengaku beragama Islam, mahu tidak mahu pasti inginkan Islam memerintah negara ini khususnya, dan dunia ini amnya. Namun ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah caranya Islam dapat naik semula untuk memerintah dunia ini. Masih ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya Islam boleh muncul sebagai kuasa baru dunia itu. Dan masih terlalu ramai yang tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam naik. Selain itu, masih ramai yang keliru dengan kaedah kebangkitan Islam seperti yang disebut oleh RSAW 1500 tahun yang lampau.
Dari Nukman bin Basyir katanya,
“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?”
Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan).
Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.
Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”
Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Ia juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.
Akibat daripada itu, ramailah yang mengikut-ikut sahaja cara yang sedia ada. Ramailah yang taklid buta dan yang mentaklidbutakan orang, sedangkan pada masa yang sama mereka sibuk mengajak orang ramai supaya jangan bertaklid buta, kononnya tidak akan maju sampai bila-bila. Masing-masing masih tidak jelas apa itu pemerintahan Islam yang sebenar, dan jika dikatakan kepadanya bahawa Islam naik tidak melalui kaedah politik yang digunakan pada hari ini, tiba-tiba sahaja mereka akan garu kepala yang tidak gatal. Tidak kurang pula yang terus menolak tanpa berfikir lagi dan sebagainya.
Setelah itu, timbul pula beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab dengan penuh saksama dan tepat menurut kehendak ajaran Islam yang tulen. Antara persoalan utama yang selalu diajukan jika diberitahu kepadanya bahawa Islam tidak naik melalui sistem yang sedia ada ialah, apakah kaedah itu adalah:
1. Kaedah politik Barat, yang menekankan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi yang diasaskan oleh Barat, sistem politik ala-Barat atau menggunakan gabungan antara sistem demokrasi yang disesuaikan dengan Islam (separuh demokrasi dan separuh lagi Islam )?
2. Kaedah rampasan kuasa seperti yang pernah digunakan di Pakistan, Afghanistan, Libya dan Iran?
3. Kaedah jihad terhadap yang berlainan agama seperti mengebom gereja-gereja, menyerang kuil-kuil dan membunuh pengikut-pengikut mereka seperti oleh KMM, Al-Ma'unah, GAM dan MILF?
4. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu pengetahuan seperti yang sering dilaung-laungkan oleh para sarjana dan cendekiawan Islam di hampir setiap puncak menara gading?
5. Kaedah penguasaan ekonomi seperti yang dicanang dan dipraktikkan oleh para usahawan dan koperat Islam?
6. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam yang menekankan penghayatan secara tebuk-tebuk seperti yang pernah cuba diterapkan ke dalam sistem
pentadbiran dan perbankan kita suatu ketika dahulu?
7. Atau adakah cara lain lagi, selain daripada yang di atas, yang boleh digunakan untuk membolehkan Islam naik semula memerintah dunia ini? Jika ada, apakah nama cara itu? Siapa pengasasnya? Di mana tempatnya? Apakah orang itu sudah ada pada masa kita ini? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmunya? Apa nama partinya jika dia orang politik? Jika dia bukan orang politik, apakah nama gerakannya? Militankah dia?
Islam tidak akan dan tidak pernah berjaya jika dinaikkan menggunakan kaedah yang lain daripada kaedah Islam itu sendiri. Diumpamakan kita membasuh kain yang terkena tahi ayam dengan menggunakan arak. Itulah umpamanya orang yang cuba menegakkan Islam dengan menggunakan kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu sendiri. Ada yang berkata, kita naik dahulu dengan cara Barat, dan selepas mendapat kuasa nanti, kita tukarlah sistem Barat itu dengan sistem Islam. Cara ini juga tidak betul kerana apabila kita menggunakan kaedah yang selain dari Islam, pastilah hasilnya akan melencong pula dari yang disasarkan.
Kaedah rampasan kuasa tidak akan berjaya kerana bukti-bukti sejarah yang terang jelas menunjukkan bahawa kaedah ini sentiasa gagal membawa keamanan kepada sesebuah negara itu, malah rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang didirikan secara kekerasan dan rampasan kuasa.
Kaedah jihad seperti yang cuba dilaksanakan oleh beberapa pihak sebenarnya bukanlah bentuk jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ada banyak bentuk jihad yang lain yang lebih sesuai diterapkan kepada orang ramai, sama ada kepada yang beragama Islam sendiri, mahupun kepada orang yang bukan Islam. Jihad dengan senjata bukanlah kaedah yang pertama dan utama yang patut kita gunakan. Lagipun kaedah ini tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis mengenai peristiwa akhir zaman.
Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu seperti yang selalu disebut-sebut di hampir setiap forum dan seminar sebenarnya bukanlah kaedah yang terbaik untuk membangunkan Islam. Ilmu yang tidak disertakan tauhid, roh Islam dan amalan hati pasti akan gagal juga. Apatah lagi jika guru yang mengajar agama Islam itu adalah orang yang tidak tentu akidahnya, orangnya fasik ataupun orang kafir. Jika benar dengan memperkasakan ilmu-ilmu agama dapat membangunkan ummah, kenapa sehingga kini universiti masih gagal menunjukkan bahawa merekalah pelopor terhadap kebangkitan semula Islam di rantau sebelah sini? Setakat artikel ini ditulis, tidak pernah lagi ada orang yang berkata bahawa kebangkitan semula Islam pada zaman ini di Timur ini, bermula di universiti, dibangkitkan oleh para pensyarahnya. Kaedah penguasaan ekonomi juga menunjukkan hasil yang hampir sama jika dilihat secara umum, menurut kaca mata orang ramai.
Kaedah penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan perbankan juga tidak menunjukkan bahawa kaedah ini mampu menjadi peneraju kebangkitan semula Islam pada zaman ini. Malah sebenarnya kaedah ini lebih banyak menghasilkan orang-orang yang berpura-pura dan bersikap berketrampilan (serba boleh). Maksudnya, orang itu akan mempermain-mainkan Islam sama ada secara sedar atau tidak. Misalnya mereka berpakaian biasa yang terdedah sana dan sini pada hari-hari biasa, manakala pada hari Jumaat, bertudung litup. Kemudian pada hari lain, buka semula seperti biasa. Atau contoh lain ialah orang itu boleh menjadi imam sembahyang pada satu masa, manakala pada masa yang lain, dia juga mampu menjadi imam semasa berjudi atau minum arak.
Memang persoalan seperti ini pernah ditimbulkan oleh orang ramai. Pada hari ini, umat Islam sudah mula frust dan fed up terhadap sistem politik yang ada dan digunakan pada hari ini. Mereka bukan tidak mahukan Islam itu naik, tetapi jemaah-jemaah yang kononnya mendukung perjuangan menegakkan sebuah negara Islam masih belum juga menampakkan sebarang persediaan untuk menyambut tugas yang maha besar itu. Mereka masih lagi sibuk dengan cara dahulu juga iaitu bertempik dengan penuh semangat sambil mencerca pihak lawan yang kononnya tidak mahukan Islam, tidak nampak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari mereka, yang menjurus ke arah itu, sedangkan canangannya sudah begitu lama diwar-warkan.
Sebenarnya memang benar bahawa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini, dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeza daripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini mahupun pada masa lalu.
Jika begitu, persoalannya, bagaimanakah islam akan naik untuk gemilang kali keduanya?
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-64415237345934293022015-03-20T08:46:00.003+08:002015-03-20T08:49:04.614+08:00JOM TWEET HATI
Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu.
Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu.
Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-58992493469660755052015-03-06T19:31:00.002+08:002015-03-06T19:31:42.467+08:00CARA MEMIMPIN HATI (9) - RASA TAKUT
Contoh 3: Rasa Takut
Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk
mengikut suasana yang dihadapi. Contohnya, takut jin,takut harimau,
takut ular, takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut
menegakkan kebenaran, takut maksiat dan takutkan Allah.
Di antara rasa-rasa takut yang disenaraikan di atas, ada rasa takut yang
dilarang syariat dan ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu
diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati
manusia dalam satu masa. Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada
dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat, tidak akan bertapak di
hati. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruangan hati,
maka hilanglah pula rasa takut yang dilarang syariat.
Tujuan melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang
segala rasa takut yang dilarang, untuk diganti dengan rasa takut yang
disuruh. Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa
takutkan Allah, dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan oleh
Allah di dunia apalagi di Akhirat.
Untuk itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok
misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita
mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa Allah
sahaja yang layak kita takuti. Yang lain-lain hanyalah makhluk seperti
kita dan tidak ada apa-apa kuasa. Untuk lebih berkesan, cuba di waktu
tengah malam, kita pergi sendirian ke tanah perkuburan atau ke
tempat-tempat yang menyeramkan. Masya-Allah! Tentulah takut. Takut
itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman dan ilmu. Yakin bahawa
tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi kesan melainkan kuasa dan
keizinan Allah. Waktu itu, isikan hati dengan zikrullah.
Sedar dan
yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dan Allah sangat hampir dengan
kita. Allah Maha Melihat dan sedang melihat apa yang kita lakukan. Allah
Maha Mendengar dan sedang mendengar apa yang kita katakan. Allah Maha
Mengetahui segala masalah yang sedang melanda hati kita. Allah penentu,
Allah pemutus, Allah penolong, Allah pembantu, Allah penyelamat dan
Allah Maha Kasihan Belas pada hamba-hamba-Nya yang mahu mengikut
jalan-Nya.
Maksudnya: “Mereka yang bermuhajadah (berjihad untuk mencari keredhaan
Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.
Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Lakukan latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar
Allah merestui dan memudahkan perjalanan kita. Buangkan rasa takut itu
dan gantikan dengan ingatan serta keyakinan hanya pada-Nya.
Bagi orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang,
takut dihina, takut dibuang kerja, takut ditangkap, takut dijel, takut
dibenci dan diketepikan, juga wajib bermuhajadah.
Lawanlah rasa takut yang begitu dengan bertindak melakukan amalan
tersebut. Misalnya kita takut hendak menghantar anak ke sekolah yang
terjamin ada pendidikan Islam, dengan alasan takut tidak dapat kerja,
takut gelaplah masa depannya di samping takutkan sikap hidup yang konon
ketinggalan zaman.
Cara melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah yang ditakuti
itu. Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak
pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan itu kita lawan.
Jangan dilayan. Tawakal dan berdoa kepada Allah semoga usaha itu
direstui dan semoga Allah bukakan jalan-jalan kemenangan kepada kita di
dunia dan Akhirat.
Bagi orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat
bertambah. Malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak,
mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan
Allah di dunia dan Akhirat.
Sebenarnya apa yang ditakuti itu, baik jin, mahupun kemiskinan atau
penghinaan dari orang lain, pada hakikatnya tidak begitu. Adakah selama
ini jin yang mencekik dan membunuh orang? Benarkah orang yang
berpendidikan Islam itu miskin dan hina? Benarkah orang yang
berpendidikan sekular terjamin hidup dunianya? Cubalah renung dan
fikirkan hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman Allah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong Allah,
Allah akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu.”
(Muhammad: 7)
Demi Allah yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahawa setiap usaha
yang bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan
dimuliakan. Seperkara yang harus kita sedar bahawa Allah yang Maha
Pemurah dan Maha Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa
sahaja dari hambahamba-Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk
mendidik hati, menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan
hawa nafsu, maka Allah sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk
berbuat demikian.
Mehnah atau ujian dari Allah yang selalu menimpa kita seperti miskin,
sakit, kematian, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan
bodoh, kata nista, hasad dengki orang, bencana alam dan lain-lain kesusahan serta penderitaan itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita bermujahadah.
Lagi tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang Allah datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian
orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia
selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat
agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut
agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)
Apabila jiwa dihimpit dengan kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu
tercabar. Nafsu bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu
menjadi sakit dan terseksa setiap kali ditimpa ujian. Sesiapa sahaja
sama ada orang Islam atau bukan Islam, asalkan dia hamba Allah, pasti
merasakan hal ini.
Bagi orang-orang yang beriman, dia sedar maksud Allah
berbuat begitu.
Setiap kali ditimpa ujian dia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa
kalau ia sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu
dari dua yakni:
1. Penghapusan dosa atau
2. Kasih sayang Allah dan pangkat darjat di Syurga
Apabila diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu
tentu akan sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa
tidak ada apa-apa dengan penderitaan itu. Kalau kita miskin, maka
pujuklah hati untuk tidak sedih dan susah hati dengan kemiskinan.
Kajilah kebaikan yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di
Akhirat. Misalnya di dunia kita beruntung, tidak payah mengurus, tidak
payah bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan
dikurangkan dan dipercepatkan masuk ke Syurga.
Kemudian ajaklah hati untuk menerima pemberian Allah itu dengan redha,
tanpa kesal dan buruk sangka dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah cukup
tahu kenapa kita perlu miskin. Kita pula sangat lemah untuk memahami
hakikatnya apalagi untuk menangkisnya. Ibarat baju kita yang mana ia
tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok,
kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadang-kadang dibuang.
Maka begitulah kita yang jahil tentang rahsia diri dan hati sendiri.
Amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah
kepada kita.
Memang di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati.
Hanya jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit-ungkit, tidak
mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan Allah. Kalau sifat ini
dapat dikekalkan, insya-Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah
besar. Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah dan
gelisah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan Allah,
bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan
di Akhirat yang amat sangat.
Untuk pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa bagi orang-orang
muqarrobin dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih
senang hidup dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan
kekurangan daripada kecukupan. Sebagai bukti cuba kita lihat doa
Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Wahai Tuhan, hidupkan aku di dalam kemiskinan, matikan aku
dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang-orang
miskin.” (Riwayat At Tirmizi)
Sayidina Ali dalam sejarahnya pernah ketika dia hanya ada sebiji kurma
untuk berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan,
terus diberikannya kurma yang sebiji itu.
Seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW, yang punya tiga anak lelaki,
sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika
anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang tetapi
menangis bila diberitahu anak bongsunya juga syahid. Bila ditanya kenapa
dahulu senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab: “Aku sedih kerana
tiada lagi anak yang boleh aku korbankan untuk jihad fisabilillah.”
Nafsu kita juga selalu membuatkan kita kelu dan takut untuk bercakap
bila berhadapan dengan orang-orang besar atau raja. Sedangkan bercakap
benar di hadapan raja yang zalim itu adalah dituntut.
Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya: “Jihad yang paling utama itu berkata benar kepada penguasa yang zalim.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Oleh itu kita mesti berusaha dapatkan sifat berani. Untuk melakukannya,
mesti biasakan bercakap kebenaran bila semajlis dengan orang-orang
besar. Memanglah di permulaannya kita akan rasa gementar tetapi lama
kelamaan rasa takut pada makhluk itu pasti hilang. Yang timbul hanya
rasa takut pada Allah sahaja.
Tanpa latihan tidak mungkin kita boleh buat peningkatan.Sedangkan
latihan itu memang sulit. Kerana kita dihalang oleh nafsu. Rasa takut
dan rendah diri itu sudah lama mendarah mendaging. Jadi dengan jiwa
tauhid yang kuat dan ampuh bertunjang di hati saja, kita mampu menolak
nafsu-nafsu takut dan hina diri itu. Terutama bila berhadapan dengan
orang besar atau orang yang berkuasa.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-48188565792921274072015-03-05T10:44:00.006+08:002015-03-05T10:45:11.807+08:00CARA MEMIMPIN HATI (8) - BERTAFAKUR, BERGAUL DAN PIMPINAN MURSYID
C. BERTAFAKUR
Seterusnya kita lalui jalan berfikir (tafakur). Banyak ayat Al Quran yang menganjurkan kita berfikir. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?” (Rom: 8)
Maksudnya: “Apakah kamu tidak memikirkannya?”
(Al An’am: 50)
Maksudnya: “Pada diri kamu mengapa kamu tidak memerhatikannya.”(Az Zariyat: 21)
Berfikir yang dimaksudkan di sini ialah merenung dengan hati dan akal
tentang ciptaan Tuhan hingga datang rasa insaf dan terasa kelemahan
diri. Misalnya memikirkan rahsia ciptaan alam sehingga terasa kebesaran
Allah dan timbul rasa gerun pada kekuasaan-Nya. Seterusnya memikirkan
rahsia perjalanan hati yang bergelombang antara berbagai alunan rasa
mazmumah dan mahmudah. Yakni tanpa dikontrol oleh kita, dapat kita
rasakan satu pentadbiran Yang Maha Agung sedang mengawasi diri kita.
Kesannya kita akan rasa sungguh takut untuk menderhakai Allah. Merenung
dan berfikir tentang mati, yang tidak pernah ada seorang pun dapat
mengelak darinya sehingga timbul rasa ingin beramal secara serius,
sekaligus mahu membuat persiapan ke arah itu. Berfikir terus tentang itu
semua, insya-Allah hati kita akan dimasuki sifat-sifat mahmudah.
Jadi untuk memiliki sifat-sifat mahmudah mestilah seseorang itu membuat
latihan-latihan berfikir seperti berfikir tentang kesalahan diri,
tentang dosa dan tentang mazmumah dalam diri. Bawa tafakur dan merenung
barulah terasa betapa buruknya mazmumah. Ketika itu barulah mahu
menyerah dan menghina diri kepada Allah.
Kesannya akan mendorong kita
untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan perintah-Nya. Mendorong kita
menjadi tawadhuk, rendah diri, berlemah-lembut sesama manusia dan
memiliki lain-lain sifat mahmudah. Jadi berfikir juga salah satu cara
boleh membaiki diri seseorang.
D. BERGAUL
Tarbiah dan didikan juga boleh didapati melalui pergaulan.Imam Al
Ghazali r.hm. ada berkata, di antara cara-cara yang praktikal untuk
membaiki diri, hendaklah kita bergaul dengan orang ramai. Melalui
pergaulan dapat dikesan sifat-sifat buruk kita.
Manusia umum biasanya
lebih memperkatakan tentang keburukan kita daripada kebaikan kita yang
kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu itu satu
kejahatan. Jadi bila kita dikata orang, barulah kita tahu akan kejahatan
diri. Maka di waktu itu mudahlah untuk membaikinya.
E. PIMPINAN MURSYID
Cara membaiki diri seterusnya ialah melalui pimpinan. Pemimpin atau guru
mursyid itu mampu memimpin kerana kelebihannya yakni dia lebih tahu
tentang kecacatan dan kelemahan muridnya lebih daripada muridnya
mengenali dirinya sendiri. Mengetahui tentang sir dan batin muridnya.
Tahu pula membaca hal-hal halus yang ada pada hati seseorang.
Pemimpin
yang soleh atau guru mursyid itu juga nampak dan boleh menunjuk
kelemahan diri kita. Boleh mendidik dan menunjuk ajar. Biasanya cara ini
lebih berkesan dan lebih cepat untuk kita membuat perubahan diri.
Asalkan kita dapat memberi kepatuhan kepadanya tanpa berbelah lagi.
Biasanya dia sentiasa buat teguran kepada pengikut-pengikutnya atau
murid-muridnya sama ada secara langsung dengan lisan mahupun dengan
perbuatan secara tidak langsung.
Jadi pimpinan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada
latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu.
Walau bagaimanapun pelbagai macam latihan lagi boleh dibuat.
Terpulanglah kepada kesedaran dan kemampuan kita.
Begitulah ilmu tentang roh atau ilmu rohani. Ia adalah ilmu untuk dapat
mengesan sifat-sifat roh sama ada yang mahmudah untuk disuburkan mahupun
yang mazmumah untuk ditumpaskan supaya roh kita ini bersih dan murni.
Membersihkan roh atau hati itu mestilah melalui dua peringkat.
Peringkat
awal dengan mengetahui ilmu dan peringkat kedua melalui latihan.
Setelah menempuh kedua-dua jalan ini, dengan hidayah dan taufik daripada
Allah, hati atau roh itu akan bersih. Sedangkan hati ini merupakan raja
dalam kerajaan diri. Dialah yang mengarah, dialah yang menahan, dialah
yang menyuruh dan sebagainya.
Bila mana roh dan hati ini menjadi raja dalam diri, kalau raja sudah
bersih, ertinya raja itu sudah baik, maka segala anggota lahir atau
jawarih seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan lain-lainnya,
akan mematuhinya. Walaupun terasa berat, bila hati sebagai raja dalam
negara diri sudah memerintah, maka seluruh rakyat dalam dirinya akan
mematuhinya.
Ditegaskan sekali lagi, anggota-anggota lahir itu adalah ibarat rakyat
dalam negara diri dan hati adalah rajanya. Bila raja baik, seluruh
rakyat akan baik.
Maknanya seluruh anggota lahir kita ini akan baik.
Tetapi bila raja itu jahat, maka dikerahkan pula anggota lahir kita ini
untuk buat kerja-kerja jahat. Bila raja dalam diri baik, baiklah seluruh
jawarih, maka jawarih kita ini akan tunduk kepada perintah Allah.
Itulah anggota manusia yang bersyariat. Jadi anggota lahir ini boleh
bersyariat kerana hati itu bersyariat. Anggota lahir kita ini baik,
kerana hati itu baik. Anggota lahir kita ini boleh rukuk dan sujud,
kerana hati itu sudah rukuk dan sujud. Anggota lahir ini walau bagaimana
susah pun, dia sanggup juga tunduk kepada Allah kerana hati sudah
tunduk.
Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik
daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia.
Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman
bin Basyir)
Begitu besarnya peranan hati atau roh ini. Ia adalah raja dalam kerajaan
diri. Sebab itu Allah memerintahkan hati atau roh mesti dibersihkan.
Bersihkan mazmumahnya digantikan dengan mahmudah melalui takhalli,
tahalli dan tajalli, sepertimana yang telah dibahaskan.
Jadi baru kita tahu anggota lahir kita ini akan bersyariat bila hati itu
bersyariat. Anggota lahir itu baik bilamana hati itu baik. Bila anggota
lahir itu tidak patuh kepada Allah atau tidak bersyariat, itu
menunjukkan hati tidak baik. Jahatnya berpunca dari hati yang tidak
baik.
Ertinya raja dalam kerajaan diri ini sudah khianat dan sudah zalim
hingga dia menzalimi semua rakyatnya yang ada dalam dirinya, iaitu
anggota lahir atau jawarih kita itu. Jadi kalau hati yang menjadi raja
dalam kerajaan diri sudah baik, maka dia akan kerahkan anggota lahirnya
sebagai rakyat dalam diri membuat baik.
Maka Allah berkata dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan
hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya.”
(As Syams: 9-10)
Jadi Allah sebut orang yang hatinya baik, dia akan berjaya atau menang
dalam hidup. Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat. Mendapat
kemenangan di dunia dan mendapat kemenangan di Akhirat. Sebaliknya,
kalaulah hati seseorang itu sudah rosak, hatinya kotor hingga
mazmumahnya subur, mahmudahnya kurus, maka hati yang kotor itulah yang
akan mengecewakan manusia di dunia lagi. Hidupnya lintang-pukang,
haru-biru, tidak ada kasih sayang, tidak ada kemesraan, selalu bergaduh,
bergeseran dan krisis hingga membawa peperangan. Maka dengan kerosakan
itu tidak ada lagi keamanan di dunia ini.
Ini semua adalah hasil atau kesan daripada roh atau jiwa atau hati yang
tidak dibersihkan. Akibatnya gagallah hidupnya walaupun dia seorang
kaya, seorang raja, seorang pembesar atau seorang alim. Orang yang gagal
di dunia, akan gagal di Akhirat. Orang yang kecewa di dunia, akan
kecewa di Akhirat. Di Akhirat terjun ke Neraka.
Sebab itu dalam ajaran Islam, membersihkan roh itu amat penting sekali
bahkan diwajibkan yakni dengan cara mempelajari ilmu rohaniah atau ilmu
mengetahui tentang sifat-sifat roh atau hati. Roh itulah hakikat diri
manusia.
Ia adalah penentu baik atau jahatnya seseorang itu. Oleh itu
bila roh manusia baik, ertinya manusia itu kembali kepada hakikatnya
iaitu bersifat seperti manusia. Kalau rohnya diabaikan hingga penuh
dengan sifat mazmumah, maka dia tidak kembali kepada hakikatnya.
Walaupun rupanya manusia tetapi sifatnya mungkin haiwan atau mungkin syaitan.
Begitulah pentingnya roh atau hati dalam Islam. Begitu penting
mempelajari ilmu rohani supaya kita tahu tentang sifat-sifat roh itu.
Yang mahmudahnya hendak kita suburkan manakala yang mazmumahnya hendak
kita tumpaskan dan dicabut buangkan.
Perbincangan atau perbahasan ini hanya ada di dalam ilmu tasawuf.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-13869894779845885172015-03-04T09:37:00.005+08:002015-03-04T09:38:31.595+08:00CARA MEMIMPIN HATI (7) - ISTIQAMAH
B. ISTIQAMAH
Sikap istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat.
Seseorang yang memiliki sikap ini sebenarnya telah mendirikan benteng
untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya, tanpa sikap
ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk masuk
ke hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Telah dikatakan berulang kali bahawa tujuan ibadah serta membersihkan
hati itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu,
ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan
akhlak itu adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara
tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati
kita.
Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan sekali sekala
dan tidak berterusan, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin
keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan,iman akan tinggi tetapi
ketika amalan itu ditinggalkan, iman akan menurun atau merosot.
Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal
adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara
dan menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan
syaitan. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang
berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak
mampu berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit, asal dikekalkan
(istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal.
Contohnya,
membaca Al Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap
hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali.
Sembahyang sunat pula, cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada
seratus rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar
hanya 10 sen setiap hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.
Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
1. Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air
kalau terus-menerus memukul batu, lama kelamaan akan melekukkan batu.
Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang tetapi hanya sekali
datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
2. Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur.
Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi
kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan sentiasa
dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
3. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada
memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang pertahanan kita
terhadap musuh-musuh itu. Maknanya kita juga tidak pernah berehat
mempertahankan iman dan akhlak kita.
Imam Al Ghazali pernah mengingatkan, “Banyakkanlah olehmu akan amalan
yang terasa berbekas di hati.” Lain orang lain hatinya, maka lain
pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada orang seronok dengan zikir
‘alhamdulillah’. Maknanya bila sebut ‘alhamdulillah’ terasa di hati
lazatnya zikir itu. Maka untuk orang ini banyakkanlah zikir itu. Orang
lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka banyakkanlah puasa sunat. Begitu
juga ada orang yang terasa lazat dengan berfikir. Bila berfikir terasa
bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.
Kebaikan dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan
dengan suka dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang
yang beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan atau secara jahil dan
tidak faham falsafah ibadah itu, tidak akan memperolehi apa-apa kesan
baik.
Sebaliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan
putus hati dengan Allah. Bila putus hubungan hati dengan Allah, bermakna
orang itu sedang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam
Hadis Qudsi:
Maksudnya: “Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?”
Allah SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada
kita tetapi mengapa kita tidak mempedulikan-Nya? Untuk mengelak dari
sikap itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana
ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita,
kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai. Barulah dilakukan
amalan itu. Kalau tidak, lama-kelamaan penyakit jemu beramal akan
menyerang kita.
Bila jemu, banyaklah perkara yang boleh berlaku. Ada
yang langsung meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci
dengan Islam. Ada yang kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggalkan.
Sebab itu, banyak berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi
meneruskan hidup yang sesuai dengan kehendak nafsu dan syaitan.
Dalam beramal elok dipraktikkan teori: “Biar sedikit tetapi banyak jenis
daripada banyak tetapi satu jenis.” Mencari keuntungan Akhirat samalah
seperti mencari keuntungan di dunia. Di dunia macam-macam yang kita buat
seperti berniaga, tanam padi, tanam sayur, tangkap ikan, ternak kambing
dan lembu. Kalau satu daripada usaha-usaha itu mengalami kerugian, kita
masih boleh bergantung pada usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja
kita satu jenis sahaja, katakanlah berniaga sahaja, tiba-tiba kita rugi,
akan menderitalah kita waktu itu.
Begitulah juga halnya dalam mencari keuntungan hidup di Akhirat. Elok
kita beramal banyak jenis selain yang difardhukan seperti sembahyang,
puasa, sedekah, zikir, baca Quran, tolong menolong, berkhidmat,
berdakwah dan lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Katalah ada di
antara amalan itu tidak diterima oleh Allah, waktu itu masih ada lagi
amalan yang lain boleh kita harapkan.
Tetapi kalau satu jenis sahaja
amalan, tiba-tiba yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh
diharapkan? Oleh itu cuba jangan tumpukan amalan kita pada satu jenis
sahaja. Usahakan supaya banyak jenis. Biarlah sedikit asalkan istiqamah.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-80404653949187318932015-03-02T17:10:00.003+08:002015-03-03T14:47:22.657+08:00CARA MEMIMPIN HATI (6) - ERTI TAJALLI
3. TAJALLI
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli , kita akan
memperolehi tajalli. Iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa
memerlukan usaha lagi. Agak sukar untuk dituliskan atau digambarkan
dengan bahasa.
Apakah yang dikatakan tajalli?
Yang sebenarnya ia adalah sejenis perasaan yang bersifat maknawiah
(zauk), yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang mengalami
dan merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak akan dapat digambarkan
secara tepat.
Tajalli secara ringkas, secara asas dan secara mudah difahami ialah
perasaan rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi. Hati seakan-akan
celik, hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan rindu penuh
tertuju pada Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-Nya atau dalam
mencintai-Nya dengan tidak putus-putus lagi. Harapan dan pergantungan
hatinya tidak lagi pada yang selain dari Allah. Dirasakan oleh hatinya
bahawa seluruh amal bakti yang dibuatnya, adalah kerana dan untuk Allah
semata-mata. Atau hadiah daripada Allah kepadanya.
Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia.Tidak ada
pun kesusahan dalam hidupnya. Sebab semua itu dirasa pemberian dari
Kekasihnya, Allah SWT. Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman,
dunia ini sudah terasa bagaikan Syurga. Kebahagiaan mereka adalah
kebahagiaan sejati dan kebahagiaan abadi iaitu kebahagiaan hati.
Setakat ini yang mampu saya gambarkan rasa tajalli yang agak rasional
yang boleh dihuraikan secara ilmiah. Yang selebihnya, lemahlah tinta
untuk menulisnya. Hanya siapa yang dapat, dia akan merasakannya dan
tidak dapat berkongsi dengan orang lain pula. Kalau cuba juga
diceritakannya, akan menimbulkan fitnah di sisi orang-orang yang jahil.
Sementara orang-orang yang hasad dengki pula akan mengambil peluang
menuduhnya sesat, kafir atau zindik.
Dalam soal ini ada seorang Sahabat
Rasulullah SAW pernah berkata:
“Kalau aku luahkanlah apa yang terasa dalam hati ini, orang akan menuduh aku kafir dan lantas membunuh aku.”
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-85837011511478236892015-03-02T17:05:00.002+08:002015-03-02T17:09:20.849+08:00 CARA MEMIMPIN HATI (5) - ERTI TAHALLI
2. TAHALLI
Tahalli bererti menghias. Yakni perkataan lawan bagi takhalli.
Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati darisifat-sifat terkeji
atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat
terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami, cuba gambarkan hati kita
sebagai sebuah mangkuk yang kotor. Kemudian mangkuk itu dibersihkan.
Setelah bersih, jangan dibiarkan ianya kosong. Isikan dia dengan
barang-barang yang berharga dan makanan yang lazat. Begitu jugalah
dengan hati yang telah dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah tadi.
Janganlah dibiarkan ianya kosong. Mestilah diisi dengan sifat-sifat
mahmudah pula.Untuk mengisi hati dengan sifat mahmudah, sekali lagi kita
perlu mujahadah. Saya tegaskan sekali lagi, bahawa dalam peringkat
mujahadah ini, kita masih berasa berat dan susah. Susahnya memerangi
hawa nafsu itu kerana hakikatnya kita terpaksa memerangi diri kita
sendiri. Bukankah sebelum ini kita katakan nafsu itu sebahagian dari
jasad kita, iaitu jasad halus kita (jismul latif). Maknanya belum ada
ketenangan dan kelazatan yang sebenar.
Bagaimana hendak lazat kalau
terpaksa memerangi diri sendiri. Insya-Allah, kalau kita
bersungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati, di waktu
itu akan terasalah lazatnya. Kerana setelah kita bersungguh-sungguh,
Allah akan membantu sepertimana janji-Nya dalam Al Quran.
Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk
takhalli. Macamlah juga orang yang buat latihan senaman untuk sihatkan
badan. Peringkat awal tentulah terasa letih, menjemukan dan sakit-sakit
badan. Tetapi akhirnya nanti, dia akan rasa seronok dan terhibur dengan
senaman itu.
Begitulah juga dalam riadatunnafsi ini. Ertinya, kita bersenam secara
rohaniah. Peringkat awal tentulah jemu dan terseksa tetapi akhirnya ia
akan mesra dengan tabiat diri kita.
Misalnya, kita mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah. Maka kita
mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita, terutama yang kita
suka dan sayang, untuk diberi pada yang memerlukannya. Mulanya tentu
terasa berat dan payah. Tetapi jangan menyerah. Kita lawan. Ingatkan
hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapatkan
pahala sedekah. Sayidatina Aisyah r.ha. di waktu tiada apa yang hendak
dimakan, beliau cuba juga mendapatkan walau sebelah kurma untuk
disedekahkan. Begitu kuat keinginan mereka pada pahala dan rindunya dengan Syurga.
Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT:
Maksudnya: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang
baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya,
dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)
Setiap kali kita rasa sayang pada harta, setiap kali itulah pula kita
keluarkannya. Insya-Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat
pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti kasih
sayang, berani, tawadhuk dan sebagainya, perlulah kita miliki. Untuk
itu kenalah bermujahadah. Jika tidak, iman juga turut hilang. Sebab iman
itu terdiri di atas sifat-sifat mahmudah.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-64888563525019884622015-02-27T11:54:00.004+08:002015-02-27T11:54:42.658+08:00 CARA MEMIMPIN HATI(4)
Contoh 3: Rasa Takut
Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk
mengikut suasana yang dihadapi. Contohnya, takut jin,takut harimau,
takut ular, takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut
menegakkan kebenaran, takut maksiat dan takutkan Allah.
Di antara rasa-rasa takut yang disenaraikan di atas, ada rasa takut yang
dilarang syariat dan ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu
diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati
manusia dalam satu masa.
Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada
dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat, tidak akan bertapak di
hati. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruangan hati,
maka hilanglah pula rasa takut yang dilarang syariat.
Tujuan melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang
segala rasa takut yang dilarang, untuk diganti dengan rasa takut yang
disuruh. Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa
takutkan Allah, dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan oleh
Allah di dunia apalagi di Akhirat.
Untuk itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok
misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita
mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa Allah
sahaja yang layak kita takuti. Yang lain-lain hanyalah makhluk seperti
kita dan tidak ada apa-apa kuasa.
Untuk lebih berkesan, cuba di waktu
tengah malam, kita pergi sendirian ke tanah perkuburan atau ke
tempat-tempat yang menyeramkan. Masya-Allah! Tentulah takut. Takut
itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman dan ilmu. Yakin bahawa
tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi kesan melainkan kuasa dan
keizinan Allah. Waktu itu, isikan hati dengan zikrullah. Sedar dan
yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dan Allah sangat hampir dengan
kita. Allah Maha Melihat dan sedang melihat apa yang kita lakukan. Allah
Maha Mendengar dan sedang mendengar apa yang kita katakan. Allah Maha
Mengetahui segala masalah yang sedang melanda hati kita. Allah penentu,
Allah pemutus, Allah penolong, Allah pembantu, Allah penyelamat dan
Allah Maha Kasihan Belas pada hamba-hamba-Nya yang mahu mengikut
jalan-Nya.
Maksudnya: “Mereka yang bermuhajadah (berjihad untuk mencari keredhaan
Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.
Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Lakukan latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar
Allah merestui dan memudahkan perjalanan kita. Buangkan rasa takut itu
dan gantikan dengan ingatan serta keyakinan hanya pada-Nya.
Bagi orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang,
takut dihina, takut dibuang kerja, takut ditangkap, takut dijel, takut
dibenci dan diketepikan, juga wajib bermuhajadah.
Lawanlah rasa takut yang begitu dengan bertindak melakukan amalan
tersebut. Misalnya kita takut hendak menghantar anak ke sekolah yang
terjamin ada pendidikan Islam, dengan alasan takut tidak dapat kerja,
takut gelaplah masa depannya di samping takutkan sikap hidup yang konon
ketinggalan zaman.
Cara melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah yang ditakuti
itu. Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak
pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan itu kita lawan.
Jangan dilayan. Tawakal dan berdoa kepada Allah semoga usaha itu
direstui dan semoga Allah bukakan jalan-jalan kemenangan kepada kita di
dunia dan Akhirat.
Bagi orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat
bertambah. Malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak,
mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan
Allah di dunia dan Akhirat.
Sebenarnya apa yang ditakuti itu, baik jin, mahupun kemiskinan atau
penghinaan dari orang lain, pada hakikatnya tidak begitu. Adakah selama
ini jin yang mencekik dan membunuh orang? Benarkah orang yang
berpendidikan Islam itu miskin dan hina? Benarkah orang yang
berpendidikan sekular terjamin hidup dunianya? Cubalah renung dan
fikirkan hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman Allah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong Allah,
Allah akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu.”
(Muhammad: 7)
Demi Allah yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahawa setiap usaha
yang bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan
dimuliakan. Seperkara yang harus kita sedar bahawa Allah yang Maha
Pemurah dan Maha Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa
sahaja dari hambahamba-Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk
mendidik hati, menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan
hawa nafsu, maka Allah sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk
berbuat demikian.
Mehnah atau ujian dari Allah yang selalu menimpa kita seperti miskin,
sakit, kematian, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan
bodoh, kata nista, hasad dengki orang, bencana alam dan lain-lain kesusahan serta penderitaan itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita bermujahadah.
Lagi tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang Allah datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian
orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia
selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat
agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut
agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)
Apabila jiwa dihimpit dengan kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu
tercabar. Nafsu bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu
menjadi sakit dan terseksa setiap kali ditimpa ujian. Sesiapa sahaja
sama ada orang Islam atau bukan Islam, asalkan dia hamba Allah, pasti
merasakan hal ini. Bagi orang-orang yang beriman, dia sedar maksud Allah
berbuat begitu.
Setiap kali ditimpa ujian dia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa
kalau ia sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu
dari dua yakni:
1. Penghapusan dosa atau
2. Kasih sayang Allah dan pangkat darjat di Syurga
Apabila diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu
tentu akan sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa
tidak ada apa-apa dengan penderitaan itu. Kalau kita miskin, maka
pujuklah hati untuk tidak sedih dan susah hati dengan kemiskinan.
Kajilah kebaikan yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di
Akhirat. Misalnya di dunia kita beruntung, tidak payah mengurus, tidak
payah bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan
dikurangkan dan dipercepatkan masuk ke Syurga.
Kemudian ajaklah hati untuk menerima pemberian Allah itu dengan redha,
tanpa kesal dan buruk sangka dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah cukup
tahu kenapa kita perlu miskin. Kita pula sangat lemah untuk memahami
hakikatnya apalagi untuk menangkisnya.
Ibarat baju kita yang mana ia
tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok,
kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadang-kadang dibuang.
Maka begitulah kita yang jahil tentang rahsia diri dan hati sendiri.
Amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah
kepada kita.
Memang di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati.
Hanya jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit-ungkit, tidak
mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan Allah. Kalau sifat ini
dapat dikekalkan, insya-Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah
besar. Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah dan
gelisah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan Allah,
bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan
di Akhirat yang amat sangat.
Untuk pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa bagi orang-orang
muqarrobin dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih
senang hidup dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan
kekurangan daripada kecukupan. Sebagai bukti cuba kita lihat doa
Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Wahai Tuhan, hidupkan aku di dalam kemiskinan, matikan aku
dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang-orang
miskin.” (Riwayat At Tirmizi)
Sayidina Ali dalam sejarahnya pernah ketika dia hanya ada sebiji kurma
untuk berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan,
terus diberikannya kurma yang sebiji itu.
Seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW, yang punya tiga anak lelaki,
sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika
anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang tetapi
menangis bila diberitahu anak bongsunya juga syahid.
Bila ditanya kenapa
dahulu senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab: “Aku sedih kerana
tiada lagi anak yang boleh aku korbankan untuk jihad fisabilillah.”
Nafsu kita juga selalu membuatkan kita kelu dan takut untuk bercakap
bila berhadapan dengan orang-orang besar atau raja. Sedangkan bercakap
benar di hadapan raja yang zalim itu adalah dituntut. Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya: “Jihad yang paling utama itu berkata benar kepada penguasa yang zalim.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Oleh itu kita mesti berusaha dapatkan sifat berani. Untuk melakukannya,
mesti biasakan bercakap kebenaran bila semajlis dengan orang-orang
besar. Memanglah di permulaannya kita akan rasa gementar tetapi lama
kelamaan rasa takut pada makhluk itu pasti hilang. Yang timbul hanya
rasa takut pada Allah sahaja.
Tanpa latihan tidak mungkin kita boleh buat peningkatan.Sedangkan
latihan itu memang sulit. Kerana kita dihalang oleh nafsu. Rasa takut
dan rendah diri itu sudah lama mendarah mendaging. Jadi dengan jiwa
tauhid yang kuat dan ampuh bertunjang di hati saja, kita mampu menolak
nafsu-nafsu takut dan hina diri itu. Terutama bila berhadapan dengan
orang besar atau orang yang berkuasa.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-40287688251313380982015-02-26T08:50:00.003+08:002015-02-26T08:51:16.211+08:00CARA MEMIMPIN HATI(3) Contoh 2: Sifat Takabur
Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini. Untuk membuangnya,amat susah sekali.
Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya.Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan sifat sombong atau takabur itu.
Latihan yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat. Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan.
Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”
Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Dan ingatlah selalu firman Allah:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri.” (Luqman: 18)
Allah berfirman lagi:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Al Hujurat: 11)
Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit.
Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri.”
Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong,hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan.
Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
Latihan ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya.
Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.”
Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya,orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama,ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi.
Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya.Kita kena lakukan latihan ini sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.
Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang telah kita sebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya bukan mudah. Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya.
Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah.Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah.
Allah berfirman:
Maksudnya:"Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut:69)
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-75395741160099260912015-02-25T16:17:00.001+08:002015-02-26T08:51:27.136+08:00CARA MEMIMPIN HATI (2)
Untuk lebih jelas, biar kita senaraikan peringkat-peringkat
nafsu manusia. Sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat,
begitu juga nafsu. Seseorang yang dapat mengalahkan
nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah
seterusnya sehingga nafsu manusia itu benar-benar dapat
ditundukkan kepada perintah Allah.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang saya senaraikan
mengikut aturan tingkatannya:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah
Orang yang imannya di taraf iman ilmu, nafsunya berada
di taraf yang kedua iaitu nafsu lawwamah.
Kita mesti berjuang
melawan nafsu itu hingga ia mahu tunduk sepenuhnya pada
perintah Allah iaitu paling minima, nafsu mutmainnah. Nafsu
mutmainnah ada pada orang yang memiliki iman ayan. Di
peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri
daripada seksaan Neraka.
Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT
dengan firman-Nya:
Maksudnya:
“Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah),
kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas
lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-
Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr:
27-30)
Di sini diperpanjangkan lagi, bagaimana mahu membersihkan
sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati itu.
Sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati sepertilah daki
yang melekat di badan. Kalau kita malas menggosoknya, akan
bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan. Sebaliknya
kalau kita rajin meneliti dan menggosoknya, maka akan
bersihlah badan. Begitulah mazmumah (daki) hati. Jika kita
rajin meneliti dan membersihkannya, maka bersihlah hati itu,
malah ia bercahaya.
Bagaimanakah cara membuang sifat-sifat mazmumah dari
hati? Tentulah tidak sesenang membuang daki di badan. Ia
memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang
berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru mursyid.
Yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya
sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya
itu. Malangnya di akhir zaman ini kita ketiadaan guru mursyid.
Ini dinyatakan sendiri oleh baginda Rasulullah bahawa di akhir
zaman yang banyak adalah mubaligh tetapi sukar mencari guru
mursyid.
Nasib kita hari ini umpama anak ayam kehilangan ibu. Tiada
yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin
kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai
keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, dia
tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang yang boleh mendidik
dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi
kesempurnaan diri dan hidupnya, sekadar yang termampu.
Untuk jelasnya saya buat beberapa contoh, cara membersihkan
hati yang jahat ini:
Contoh 1:
Rasa Bakhil
Biasanya nafsu mendorong kita bersifat bakhil. Sedangkan bakhil itu dikeji dan dibenci oleh Allah. Kerana Allah mahu kita jadi
pemurah. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah SAW bersabda
Maksudnya:
“Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah
daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al Khatib)
Oleh itu kita mesti melawan kemahuan nafsu itu. Paksalah
hati memberi atau menderma selalu, terutamanya waktu rasa
bakhil itu menguasai diri. Yang paling baik, waktu duit tinggal
sedikit, waktu itulah kita latih berkorban kerana waktu itulah
nafsu rasa paling tercabar. Itulah waktu yang sebaik-baiknya
untuk menundukkan nafsu. Sedangkan waktu kita kaya, fungsi
menderma tidaklah sebagai riadah melawan nafsu tetapi perbuatan
itu sekadar dapat pahala.
Katakanlah kita sedar bahawa pada diri kita ada sifat bakhil.
Kita pun tahu bahawa Allah tidak suka pada orang yang bakhil.
Kerana itu kita berazam untuk mengikis sifat yang terkutuk itu.
Maka kita perlu cuba membiasakan dan membanyakkan sedekah,
memberi hadiah dan lain-lain amalan yang berupa pemberian
hak kita kepada orang lain. Agar sifat pemurah menjadi subur
dan sebati seterusnya menjadi tabiat kita.
Sebagai pendorongnya,
kita hendaklah selalu membaca firman-firman Allah dan Hadis-
Hadis yang banyak menganjurkan kita berkorban. Di sini dipetik
beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menunjukkan Allah
dan Rasul-Nya sangat menganjurkan sifat pemurah itu.
Firman Allah SWT:
Maksudnya
: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-
Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah
menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang
beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian dari
hartamu, memperolehi pahala yang besar.”
(Al Hadid: 7)
Maksudnya:
“Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat
gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan
memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)
Bersabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
“Orang yang membantu perempuan janda
dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah
dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa
siang hari tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari)
Sebenarnya sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya
dan berharta bahkan orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi
penyakit ini. Kerana itu dalam Islam bukan sahaja sedekah
itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi boleh juga dilakukan
dengan cara yang lain. Cara-cara ini dapat mendidik akhlak
mulia bagi semua orang, memberi peluang pada orang miskin
mengikis sifat bakhil selain turut mendapat pahala sedekah.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf,
lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang
menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi
Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263)
Rasulullah SAW pernah memberikan garis-garis panduan
berikut dalam satu riwayat Hadisnya:
Maksudnya:
“Segala perbuatan yang baik itu sedekah.”(Riwayat Ahmad dan Bukhari dari Jabir)
Maksudnya:
“Senyuman kepada saudaramu itu adalah
sedekah.” (Mashabi Assunah)
Maksudnya:
“Aku khabarkan kepadamu, yang lebih
tinggi dari darjat puasa, sembahyang dan sedekah. “Khabarkanlah,”
kata Sahabat-Sahabat. “Mendamaikan dua golongan
yang bergaduh itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dari
Abi Dardak)
Dengan menggunakan panduan-panduan di atas, orang yang
menyedari ada padanya sifat bakhil, bolehlah cuba melatih diri
untuk mengubatnya. Bila ada saja peluang untuk sedekah dan
sebagainya, jangan dibiar begitu sahaja. Paksalah hati untuk
mengeluarkan harta atau bertindak memberi kebaikan kepada
orang lain dengan bermacam-macam cara itu.
Di waktu rasa bakhil itu terasa kuat bergantung di hati, waktu
itulah perlawanan mesti dihebatkan. Keluarkan apa-apa yang
disayangi itu dengan segera dan sebanyak-banyaknya. Latihan
ini akan jadi lebih berkesan kalau kita sanggup mengeluarkan
harta itu semasa kita sendiri kekurangan. Katakanlah kita didatangi
oleh peminta derma di waktu kita hanya ada RM5 di
poket. Waktu itu, paksakan hati supaya mengeluarkan separuh
yang ada. Tentulah hati rasa berat tetapi keluarkanlah juga.
Insya-Allah, kalau ini dibuat dan sanggup kita buat selalu, kita
akan jadi seorang yang pemurah dan rasa bakhil akan lenyap
terus dari hati kita. Katakanlah kita ada duit RM10,000 tetapi
yang kita dermakan hanya RM10 sahaja, tentu tidak akan berkesan
apa-apa di hati kita. Di waktu duit sedikit, rasa bakhil sangat
kuat maka waktu itu kita akan rasa berat untuk menderma. Ketika
itulah kita perlu lawan sifat bakhil itu. Itulah yang dikatakan latihan. Itulah caranya untuk suburkan sifat-sifat pemurah.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-13287989491334459382015-02-25T09:53:00.002+08:002015-02-26T08:51:38.797+08:00CARA MEMIMPIN HATI (1)
"Bukan mudah hendak kontrol hati yang ada perasaan.
Perasaannya pula sering bertukar ganti .Perasaannya yang bertukar ganti itu
hendak ditadbir atau hendak didisiplin sungguh sulit sekali. Sedangkan hati
adalah raja di dalam diri .Baik hati, baiklah seluruh rakyat di dalam diri
(anggota lahir)"
<o:p></o:p>
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana
membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh
kehidupan lahirnya.
Di antara cara-cara memimpin hati ialah: <o:p></o:p>
Pertama :
Ada ilmu tentang hati atau roh. <o:p></o:p>
Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan
yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan
dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat
mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan. <o:p></o:p>
Kedua :
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
<o:p></o:p>
a. Mujahadatunnafsi <o:p></o:p>
b. Istiqamah <o:p></o:p>
c. Tafakur <o:p></o:p>
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik <o:p></o:p>
e. Pimpinan mursyid <o:p></o:p>
A. MUJAHADATUNNAFSI <o:p></o:p>
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan
menempuh tiga peringkat iaitu: <o:p></o:p>
1. Takhalli - mengosongkan, membuang atau menyucikan
daripada sifat-sifat yang keji. <o:p></o:p>
2. Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat
terpuji. <o:p></o:p>
3. Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau
sentiasa rasa bertuhan. <o:p></o:p>
Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan
mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi. Yakni latihan melawan atau
memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa
nafsu. <o:p></o:p>
Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak
kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti
berikut: <o:p></o:p>
1. TAKHALLI <o:p></o:p>
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang
dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat)
dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci,
memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi
itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
<o:p></o:p>
Rasulullah SAW bersabda: <o:p></o:p>
Maksudnya: “Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau
yang terletak di antara dua lambung engkau.” (Riwayat Al Baihaqi) <o:p></o:p>
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan
diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. <o:p></o:p>
Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:
<o:p></o:p>
Maksudnya: “Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang
mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah
berdasarkan ilmu-Nya.” (Al Jasiyah: 23) <o:p></o:p>
Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak
akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah,
Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha
melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia adalah
satu jihad yang besar. <o:p></o:p>
Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat- Sahabat ketika
baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:
<o:p></o:p>
Maksudnya: “Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil
untuk memasuki peperangan yang besar.” <o:p></o:p>
Bila para Sahabat bertanya: “ Peperangan apakah itu?” <o:p></o:p>
Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al
Baihaqi) <o:p></o:p>
Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu
itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan
membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir
bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi
sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana
itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti
dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.<o:p></o:p>
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-66865420821523275572015-02-08T22:48:00.003+08:002015-02-08T22:51:36.241+08:00PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN
Saya ingin menawarkan perkongsian sama rata sama rasa. Jika tuan puan sudi menjadi agen AFFILIATES memasarkan enovel MAHAR CINTA, kita akan berkongsi rezeki dengan pemberian komisen kepada tuan puan sebanyak 50% dari harga produk.
Tuan puan hanya perlu promosi pada kawan-kawan di fb atau sosial media sahaja dan jika ada pembeli, sebagai agen affiliate, komisen akan dibayar terus ke dalam akaun bank tuan puan.
Mudahkan?
jadi langkah pertamanya, tuan puan kena lakukan adalah :
1. daftar sebagai agen di url, http://www.drhapiza.com/affiliates/
2. isi borang beserta maklumat yang diberikan, dan anda akan dapat satu link khusus untuk anda buat marketing kepada bakal pembeli, setiap satu jualan, anda akan dapat komisen.
Sekian, selamat berAFFILIATE.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-63298331942208137542015-01-31T13:36:00.001+08:002015-01-31T13:36:56.922+08:00E-NOVEL MAHAR CINTA : COMING SOON
"Selagi ia bernama kenangan, akan ada rasa rindu yang berbaur dan tidak terjangkau oleh akal, ia adalah bicara hati yang tidak ada sempadannya"
Novel ini berkisar mengenai watak utama bernama Seri. Seri ialah seorang wanita yang bekerjaya sebagai pensyarah di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Seri merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 17 tahun bernama Sofea Nafisah.
Suatu ketika dulu, Seri pernah mempunyai seorang kawan baik bernama Yazid yang pernah sekampus dengannya sewaktu pengajian degri. Mereka berkawan baik dan banyak kenangan manis yang masih terpahat di ingatan Seri sewaktu bersama Yazid.
Mereka terpisah setelah menamatkan pengajian degri di mana Yazid telah melanjutkan pelajaran sarjananya ke luar negara dan Seri pula masih di universiti yang sama di dalam negara. Kejauhan yang sebegitu menyebabkan terbit rasa rindu dan tersulam rasa cinta di antara mereka.
Apa yang diharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Sekembalinya Yazid dari luar negara, beliau telah membawa berita yang sangat mengejutkan Seri. Yazid telah memilih Syiah sebagai fahamannya.
Walaupun cinta antara mereka masih utuh, mereka memilih untuk berpisah kerana tidak mahu berlaku konflik yang lebih rumit di kemudian hari. Yazid kembali berkelana ke luar negara untuk mendalami fahaman Syiahnya.
Empat tahun berlalu, Seri kini telah berkahwin dengan Azman dan mempunyai seorang anak perempuan. Dengan tidak disangka-sangka, satu hari, Seri menerima emel dari Yazid dan Yazid memberitahu dia akan kembali ke Malaysia untuk meneruskan pengajian PhDnya yang berkebetulan sama dengan universiti di mana Seri juga melanjutkan pelajaran PhD beliau.
Berlaku konflik dalam diri Seri kerana dia tidak pernah melupakan Yazid yang pernah melukakan hatinya tetapi dalam masa yang sama, Seri tidak pernah melupakan kenangan yang pernah tercipta bersama Yazid suatu waktu dulu.
Apakah yang akan berlaku dengan perhubungan Seri dan Yazid? Adakah Seri akan terus mengambil keputusan untuk membuang Yazid terus dari hidupnya? Atau adakah Seri akan menyambut huluran persahabatan Yazid?
Seri akhirnya memilih untuk bersikap rasional dan menerima Yazid sebagai kawan kembali. Namun konflik yang berlaku kini lebih rumit. Sukar bagi mereka untuk melupakan kenangan lama dan dalam masa yang sama mereka dihantui rasa bersalah kerana belum benar-benar mampu mengosongkan hati dari tidak menyimpan sebarang perasaan yang melebihi batas seorang kawan.
Terperangkap dalam situasi yang rumit sebegitu, akhirnya menyebabkan Seri dan Yazid mengambil keputusan untuk berpisah dan menghentikan perhubungan mereka. Mereka tidak mampu menipu diri sendiri dengan beralasan atas nama persahabatan. Mereka akhirnya memilih untuk berpisah untuk kedua kalinya. Yazid kembali ke luar negara dan sejak itu, mereka terputus hubungan sama sekali.
Selepas 13 tahun, Seri datang ke Cape Town. Seri mengambil cuti seminggu untuk berada di Cape Town.Tujuan Seri datang ke sana adalah untuk membincangkan kerjasama projek penyelidikan bersama di Universiti Cape Town(UCT).
Seri merancang untuk mengambil cuti sabatikal dan bermastautin sementara di Cape Town jika perbincangan itu berjaya.
Dengan tidak disangka-sangka, Seri terjumpa Yazid di Cape Town.
Apa mungkinkah Cape Town akan menjadi saksi dan Tanjung Harapan menyuburkan kembali harapan mereka?
Ikutilah kesudahan novel ini. Selamat membaca.Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-45126630055879338922014-05-27T14:41:00.002+08:002014-05-27T14:43:48.533+08:00KISAH KEDAI KOPI : ANTARA ROKOK DAN CADBURYKISAH KEDAI KOPI : ANTARA ROKOK DAN CADBURY
Di sebuah kedai kopi dihujung bandar, seorang lelaki berumur pertengahan abad, berkopiah putih kelihatan berbual-bual bersama rakan-rakannya.
Pagi itu, cuaca agak panas, walaupun jam di dinding kedai itu menunjukkan pukul 11 pagi.
Kedengaran suara garaunya berkata,
"Ni haram jadah betul, JAKIM ni tak buat kerja, makan rasuah apa..coklat Cadbury ni puluh tahun jual ada cop HALAL ..tapi gapo ada babi?"
Kelihatan terjuih-juih mulutnya bercakap sambil sepotong rokok tersepit dimulutnya.
Kawan-kawan disekelilingnya mengangguk-ngangguk bersetuju mengiyakan pendapatnya.
Seorang dari mereka mencelah,
"Tu laa kerajaan ni tak boleh pakai, menipu rakyat siang malam, tau nya nak naik cukai je, kerajaan ni ngok, hampehhh"
Tiba-tiba ada seorang anak muda datang menghampiri kumpulan mereka sambil memegang telefon bimbitnya. dan
dengan selamba anak muda itu berkata.
"Pak cik, cuba tengok dalam fb saya ni, ada artikel tentang rokok ada darah babi, tu yang pak cik tengah dok hisap tu pun ada babi.."
Seraya menyambung percakapannya dengan nada sinis,
"Rokok tu dah terang-terang difatwa haram, sekarang ada darah babi pula, pak cik masih sanggup berhabis duit beli...dah beli, siang malam pula bergayut kat mulut, pak cik cermin dulu diri pak cik sebelum sibuk maki orang lain...".
"Patutnya pak cik yang dakwah diri pak cik dulu yang ketagih benda haram sebab di akhirat nanti pak cik bukan kena jaga kubur orang lain..pak cik jaga kubur pak cik sendiri saja".
Merah padam muka lelaki tersebut mendengar kata anak muda tersebut dan berkata dengan sombongnya,
"Siapa kau nak nasihat aku, kau penyokong UMNO ye,,,pergi mampuslah..$%^&@@%@%..
Anak muda itu hanya tersenyum dan berkata,
"Pak cik, patutnya orang tua macam pak cik menasihati anak muda, tetapi nampaknya dunia akhir zaman ini, dah terbalik, jangan pak cik fikir dengan kopiah putih atas kepala jadi lesen untuk pak cik rasa lebih baik dari orang lain, islam itu bukan terletak pada kopiah dan janggut pak cik tetapi pada iman pak cik...soal iman dilihat pada tindakan kita, adab dan akalbudi kita ..bukan sekadar cakap dan pakaian sahaja..
maaf ye pak cik jika pak cik terasa hati dengan cakap-cakap saya..saya mohon permisi..nak balik rumah dulu".
Anak muda itupun berlalu sambil disoroti dengan tenungan yang tajam dari pak cik itu dan kawan-kawannya.
Demikianlah sebuah kisah di kedai kopi.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-14156508270818455642014-03-12T09:08:00.002+08:002014-03-12T09:18:52.235+08:00MISI MENCARI #MH370 : KITA PERLU TEAM SEPERTI #SKYLABMalam semalam, saya melihat tv3 dalam slot MISI MENCARI MH370.
Ada temuramah bersama pakar pengimejan iaitu Prof Dr Kamaruddin Jusoh.
Beliau pernah terlibat dalam dua ekspedisi pencarian pesawat udara yang hilang iaitu di Bario dan di Karak, Pahang.
Beliau mengakui bahawa teknologi pengesan pengimejan yang digunakan di Bario selama 16 hari walaupun paling canggih hingga dikatakan boleh mengesan syiling 20 sen di dalam tanah dari udara tetap tidak mampu mencari helikopter tersebut.
Ringkasnya, segala Peranti dan segala alatan paling canggih tidak berfungsi sama ada diguna dan di darat.
Dengan bantuan pihak team #skylab pada hari ke17, berlakulah perkembangan yang positif dalam misi pencarian.
Rupanya helikopter tersebut ada dalam kawasan hutan Bario malah team teknologi (tentera dan pakar-pakar dalam dan luar negara) sebelum ini sudah cuba mencari ditempat yang sama malangnya ia bagaikan "ditutup" dari segala pandangan zahir dan sebrg alatan canggih teknologi.
Team #skylab bukan bomoh. Tetapi peralatan mereka adalah menyediakan diri dengan mensucikan diri dgn amalan zikir, solat sunat malam dan sedekah serta menjaga syariat lahir dan batin secara istiqamah.
Dengan panduan dari guru mereka, Abuya Ashaari Muhammad, team #skylab dengan izinNya dapat mengesan helikopter tersebut dan pada hari ke 20 pesawat dan penumpang dijumpai. Semua penumpang telah meninggal walaupun dilihat dari kesan yang ada, pilot helikopter seperti belum meninggal semasa pesawat itu jatuh.
Ini kerana mayatnya berada di luar helikopter dan kawasan mayat kelihatan bersih dan berbau kapur barus. Beliau seorg sahaja yg beragama islam di kalangan penumpang pesawat tersebut.
Pesawat tersebut tidak terhempas teruk hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Ia juga tidak terbakar walaupun didapati minyaknya masih penuh.
Apa yang tragisnya, pasukan penyelamat menemui tulisan "MENGAPA LAMBAT SANGAT SELAMATKAN KAMI?..
Apa yang saya ingin kongsikan di sini, jangan kita menjadi hamba teknologi hingga lupa bahawa ada teknologi lain yang mampu untuk menyelesaikan masalah.
Bukan juga bomoh dan amalan khurafat yang menggunakan jin jin yang mampu membantu kita.
Tetapi TEKNOLOGI ROH atau SPIRITUAL satu teknologi yang sudah dilupakan.
APA ITU TEKNOLOGI ROH?
TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS
TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (2)
Wallahualam.
Note: team #skylab juga terlibat dalam pencarian Adam.Air di Indonesia.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-84606508831655767552013-03-23T17:46:00.000+08:002013-03-23T17:53:30.313+08:00APA ITU PARTI ALLAH?
Perlu diingatkan bahawa beza antara ciri Parti Allah dan parti sekular ala Barat ini bagaikan langit dan bumi. Walaupun sesetengah jemaah itu menamakan partinya parti Islam, namun kalau tanpa ciri-ciri yang sepatutnya, ia bukan Parti Allah. Dasarnya, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lain lagi, serba-serbinya sangat berbeza sama sekali. Perbezaannya macam siang dan malam.
Walaupun memang sulit dan sukar untuk mencari Parti Allah di zaman ini, namun kita tidak boleh berjuang melalui politik sekular dengan alasan kita tiada pilihan lain. Kalau kita buat juga, yakni menggunakan politik sekular untuk lawan politik sekular (matlamat mahu menghalalkan cara), dengan harapan untuk menegakkan Islam, nescaya kita tidak dapat tewaskan musuh.
Hanya Parti Allah yang mampu menundukkan parti sekular Barat yang anti Islam itu. Marilah kita bina Parti Allah seperti yang telah dicontohkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin serta para mujaddid.
A. CIRI-CIRI PEMIMPIN PARTI ALLAH.
Pemimpinnya disebut wakil atau khalifah Allah. Dilantik atau ditunjuk oleh Allah sama ada melalui wahyu, Hadis, ilham atau oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Rasul-rasul ditunjuk oleh wahyu. Khulafaur Rasyidin ditunjuk oleh Hadis dan Ahlul Halli wal Aqdi. Para mujaddid ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Tholut dan Zulkarnain ditunjuk oleh wahyu. Muhammad Al Fateh ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Nabi Isa a.s. ditunjuk oleh Al Quran dan Hadis. Imam Mahdi ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Putera Bani Tamim juga ditunjuk oleh Hadis dan ilham.
Terdapat juga pemimpin-pemimpin kecil yang bertaraf wali dan orang-orang soleh yang kelahiran dan kepimpinan mereka ditunjuk oleh ilham. Khalifah atau wakil Allah ini memulakan kepimpinan mereka bukan melalui pilihan raya atau undian. Bahkan mereka tidak lalui apa-apa kaedah pun.
Mereka diterima oleh orang di sekitarnya kerana ibadah, taqwa, akhlak, ilmu, pengorbanan, pimpinan, khidmat dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat. Sekalipun orang yang bukan Islam tidak masuk Islam, tapi mereka senang dengan kepimpinannya. Mereka ditunjuk oleh hati bukan oleh jari. Begitulah Allah menaikkan orang-orang-Nya.
Pemimpinnya diberi ilmu oleh Allah sama ada melalui wahyu atau ilham atau ilmu laduni. Wahyu hanya untuk rasul dan nabi, manakala pemimpin yang bukan rasul dan nabi mendapat ilham.
Ilham itu membawa makna baru tentang tafsiran dan kefahaman mengenai wahyu dan syariat. Setiap mujaddid membawa ilham (minda) tersendiri yang sesuai untuk zamannya. Mindanya adalah ilmu yang baru, yang berbeza dari sebelumnya. Namun ia bukan syariat yang baru.
Ilmu ini bukan dipelajari dari sistem pembelajaran semasa tetapi khusus dan memang diberi oleh Allah kepadanya. Kepada rasul, Allah beri 100 peratus. Kepada wali-wali Allah, diberi sebahagian untuk menambah sebahagian yang sudah dipelajarinya. Kadang-kadang ilmu para wali itu hasil ijtihad mereka. Dengan kehebatan ilmunya itulah agama yang rosak di zamannya dapat dihidupkan kembali.
Setiap mujaddid membawa minda yang berbeza. Ini kerana mereka hidup di zaman yang berbeza dan menghadapi permasalahan yang berbeza. Kerosakan di setiap zaman itu tidak sama. Ini menunjukkan wahyu itu dapat ditafsirkan dan dihidupkan dengan pelbagai kaedah untuk berbagai zaman. Sebab satu-satu ayat Al Quran itu mempunyai 70 pengertian. Itulah rahmat Allah.
Imam Sya’rani telah menulis tentang hal ini di dalam kitabnya: "Wahyu membawa syariat baru. Ilham membawa pengertian baru." Barangkali kerana pembawaan yang terbaru dan berbeza dengan yang lama inilah maka para mujaddid ditentang oleh ulama-ulama sezaman yang masih terikat dengan pandangan yang lama.
Dengan tafsiran baru yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin wakil Allah ini, mereka membuat motivasi dan mendidik manusia dari seorang ke seorang. Pendekatan inilah yang diambil untuk mengumpul pengikut atau menambah keahlian. Sesiapa yang menerima dan melaksanakan serta bersedia berjuang bersamanya, itulah ahli parti atau ahli jemaah. Tiada borang dan yuran keahlian untuk jadi ahli. Tetapi komitmen kepada Islam menjadi syarat.
Mereka tidak bergerak secara pilihan raya atau cara berpersatuan.
Konsep jemaah seperti itulah yang menjadi asas Parti Allah.
Kepada pengikut-pengikut Parti Allah, pemimpin adalah guru, ayah, sahabat dan rakan seperjuangan. Peribadi dan sikap serta akhlak pemimpin adalah cermin tempat pengikut melihat dirinya. Khalifah Allah adalah bayangan Rasulullah. Sebab itu sebagaimana Sahabat-Sahabat memberi cinta kepada Rasulullah, demikian pengikut Parti Allah ini mencintai pemimpin mereka. Mereka menjual segala-galanya untuk ‘membeli’ Allah dan Rasul.
Orang yang tidak faham keadaan ini mengatakan mereka kumpulan fanatik dan taksub kepada pemimpin. Tapi yang sebenarnya tuduhan seperti itu dibuat oleh ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin serta mereka yang iri hati kerana tidak dapat pengikut yang cinta dan taat kepada mereka.
Pemimpin Parti Allah ialah ahli parti yang paling miskin atau termasuk golongan miskin. Ini kerana kekayaannya dikorbankan habis-habisan ke jalan Allah. Walau bagaimanapun hidupnya seperti orang yang paling kaya kerana setiap keperluannya sama ada untuk diri, keluarga atau jemaah (parti) diperolehi. Dia mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga, yang Allah janjikan untuk orang yang bertaqwa.
Dengan sifatnya sebagai pemimpin, para khalifah Allah ini bukan saja mampu mengajar hal-hal keagamaan dan membaiki manusia, tetapi juga mempunyai ilmu kemasyarakatan, tamadun duniawi dan pembangunan material.
Mereka memandu pengikut berekonomi, menjalankan pendidikan, sosial, kesihatan, pertanian, perhubungan, media massa, budaya, senibina, ilmu perang (sesuai dengan zaman) dan lain-lain kemajuan duniawi seeara Islam.
Itu semua bukan mereka pelajari di mana-mana pusat pengajian tinggi, namun mereka ada idea (ilham) bagaimana membangunkan tamadun duniawi di dalam parti (jemaah) yang sesuai di zamannya. Mereka dapat imbangkan antara pembangunan insan dan material. Terserlah sekali kemampuan kepimpinan mereka di kedua-dua aspek insan dan material ini.
Merekalah bapa pembangunan sufi dan teknologi, yang dapat mendidik dan memimpin manusia menjadi abid dan singa Allah yang tidak berlaku kepada ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin lain.
Oleh kerana kenaikannya secara nature, bukan hasil lobi-melobi, maka pemimpin Parti Allah adalah pemimpin seumur hidup sama ada parti itu bertaraf toifah, negeri, negara atau empayar (ummah). Tidak ada tukar ganti pemimpin nombor satu dalam Parti Allah. Tidak ada undi tidak percaya padanya dan tiada pencabar yang dapat menjatuhkannya.
Kepimpinannya tidak disukat -sukat oleh masa. Sebab dia memang mampu selagi tidak ada uzur syarie atau wafat.
B. CIRI-CIRI PENGIKUT PARTI ALLAH.
Biasanya bilangan ahli-ahli jemaah atau parti Allah ini tidak ramai tapi berkualiti dan pengaruhnya besar. Yang ramai ialah simpati. Barangkali kerana syarat-syaratnya memang berat untuk dilaksanakan, lalu ramailah orang yang tidak dapat melayakkan diri ke dalamnya.
Hikmahnya ialah supaya Allah dapat memperkenalkan diri-Nya dan menunjukkan kebesaran-Nya bahawa parti-Nya yang kecil bilangan keahliannya itu dapat mengalahkan kumpulan musuh yang jauh lebih besar jumlahnya.
Dengan itu benarlah firman Allah:
“Berapa banyak terjadi, kumpulan kecil dapat mengalahkan kumpulan besar dengan izin Allah.” (Al-Baqarah:249)
Peringkat-peringkat golongan atau masyarakat yang ada di dalamnya datang dari berbagai golongan. Golongan bawahan, pertengahan, tinggi, sepertilah petani, siswa-siswi, hakim, peguam, ahli perniagaan, ahli politik, polis, tentera, pegawai kerajaan, artis, ulama, jutawan, menteri dan lain-lain lagi.
Kebanyakan mereka menjadi ahli sepenuh masa, bekerja di bidang-bidang kepakaran masing-masing. Anggota parti Allah yang berada di merata pelosok negara di dunia, walaupun sesetengahnya tidak kenal-mengenal kerana tinggal berjauhan, namun terdapat kesamaan dan keselarasan fikiran, watak, identiti, akhlak dan rentak perjuangan antara mereka. Seolah-olah mereka itu datang dari satu ibu dan ayah. Hal ini adalah kerana aliran didikan yang datang dari satu sumber, mengalir ke segenap ruang di mana ada anggotanya, melalui saluran-saluran yang siap dibina.
Ikatan hati dan kasih sayang di antara pengikut parti atau jemaah bagaikan batu-bata yang tersusun rapi dan rapat. Tidak ada peluang dan ruang, atau susah sekali bagi musuh untuk mencelah. Ramah mesra dan kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu di antara mereka terserlah, hasil meniru peribadi pemimpin. Juga kerana ukhwah dijadikan asas kekuatan jemaah sesudah iman.
Itulah ciri khusus yang dimiliki mereka yang bertarekat. Yang mana hati mereka diikat oleh mursyidnya satu sama lain, lalu dipegang hati-hati mereka oleh guru mursyid. Tali itu ialah iman dan kasih sayang hasil, zikrullah yang tidak dapat dilakukan oleh ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin yang lain.
Ciri umum pengikut Parti Allah itu; Menjadi abid di malam hari dan menjadi singa di siangnya. Mereka tidak meninggalkan dunia dan tidak juga Akhirat. Dunia dan Akhirat diimbangi. Ia menjadi satu yang tidak terpisah dan lazim-melazimi.
Orang-orang Parti Allah, walaupun tidak ada kuasa negeri dan negara, namun dapat berdikari. Dalam semua hal kehidupan, mereka tidak bergantung kepada orang lain. Apalagi kepada musuh Islam.
Biasanya pemerintah di zamannya cemburu, iri hati dan mencurigai. Mereka tidak bekerja makan gaji dengan sistem bukan Islam kecuali sebahagian kecil daripada mereka yang berbuat demikian kerana strategi perjuangan. Mereka mempunyai sistem hidup Islam yang lengkap, yang menyediakan peluang-peluang kerja kepada ahli-ahli parti. Itu pun mereka bekerja bukan untuk gaji tetapi kerana memenuhi tuntutan perjuangan di jalan Allah.
Jemaah atau parti menyediakan wang maasy untuk sara hidup mereka. Sesetengah daripada mereka mengusahakan sendiri pendapatannya.
Ahli-ahli parti begitu ghairah dengan amalan syariat atau cara hidup Islam, yakni Sunnah Nabi. Mereka ghairah mengamalkan sekecil-kecil Sunnah hingga sebesar-besarnya. Dari hal-hal peribadi hingga kepada soal-soal kemasyarakatan. Pakaian mereka seperti seragam kerana mengikut cara Rasulullah berpakaian. Manakala wanitanya pula berusaha meniru pakaian isteri-isteri Rasulullah, yakni fesyen besar dan longgar yang menutup aurat.
C. CIRI-CIRI PARTI (JEMAAH) ALLAH atau PARTI ALLAH.
Zahir di dalamnya cara hidup Islam yang syumul.
1. Apa dalam jemaah itulah kebenaran, yakni cara hidup Islam yang syumul. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem pertanian Islam dan lain-lain sistem hidup sama ada bertaraf toifah, negeri, negara atau empayar (ummah). Semua itu berlandaskan syariat dan berteraskan iman (rohnya iman).
2. Wujud di dalamnya pembangunan insan dan material sekaligus (serentak)
Bezanya Parti Allah dengan bukan Parti Allah ialah wujudnya kedua-dua pembangunan insan dan material. Ibarat dacing, ia seimbang kerana ada kedua-dua timbangannya. Inilah faktor mengapa boleh terjadi keamanan, kemakmuran dan keampunan Allah di dalam parti ini. Kerana pembangunan lahiriah itu dipunyai oleh orang yang baik-baik. Lalu mereka benar-benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-hukum Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan dan tidak lagi membiarkan Islam terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.
3. Pengaruhnya bersifat sejagat
Parti Allah mendapat pengaruh yang bersifat sejagat. Pelbagai bangsa dari berbagai negara menganggotai parti ini. Pembawaannya dapat mengisi keinginan umat Islam yang cintakan kebenaran walau apa pun bangsanya. Ia mampu mengisi fitrah manusia; yang memang setiap manusia itu dilahirkan dengan fitrah yang sama; walaupun mereka dari berbagai bangsa dan etnik.
Bukan Parti Allah namanya kalau sesuatu parti itu hanya dianggotai dan diberi simpati oleh satu bangsa dari satu negara sahaja. Atau oleh satu golongan sahaja seperti orang muda sahaja, wanita sahaja, ulama sahaja, petani sahaja, buruh sahaja, ahli sastera sahaja, ahli perniagaan sahaja dan lain-lain lagi.
4. Berlaku perpaduan sejagat
Berlaku perpaduan sejagat atau kesatuan umat di dalam Parti Allah. Dengan kata lain, Parti Allah adalah tempat berpadunya umat dari seluruh dunia, yang masing-masing mengamalkan satu sistem hidup yang sama. Semuanya berpaut pada hukum Allah. Inilah yang Allah maksudkan dengan firman-Nya:
“Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103)
Hukum-hukum Allah itu, seolah-olah tali yang siapa memegangnya (menyertainya) maka mereka terangkai kepada satu sumber rujukan iaitu Allah. Itulah bersatu namanya. Inilah yang berlaku dalam parti Allah.
5. Ada sistem hidup tersendiri dan orang lain bersandar kepadanya.
Parti Allah tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan saja mampu menaungi ahlinya, tetapi mampu menjadi tempat bersandar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam. Pernah dunia tunduk pada Islam yang ditaja oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Ertinya, parti Islam itu menjadi tempat orang bernaung dan orang merujuk soal pendidikan, kewangan, masalah hidup, berita dan serba-serbi, sekalipun oleh orang yang bukan Islam.
Allahlah yang menguatkannya. Hingga ia tidak perlu mengemis dari orang lain. Bahkan orang bukan Islam pun bersandar padanya dengan penuh sukaria tanpa dipaksa-paksa.
6. Ada kekuatan tersendiri. Parti Allah, kalaupun belum atau tidak bertaraf sebuah kerajaan, namun ia seolah-olah sebuah kerajaan keeil dalam sebuah kerajaan besar. Atau sebuah sistem kecil di dalam satu sistem besar. Dan ia tidak dapat diikat oleh kerajaan besar kerana ia ada kekuatan tersendiri. Selalunya, kerajaan-kerajaan besar takut padanya kerana pengaruhnya hebat. Namun banyak juga kerajaan yang menerimanya kerana kebenaran dan potensinya.
7. Orang yang sayang, terlalu sayang. Orang yang benci, terlalu benci
Allah itu, orang yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci. Dengan itu terjadilah keadaan di mana terdapat satu golongan yang amat menjunjung dan menyanjungnya. Manakala satu golongan lain sangat membenci dan menekannya.
Bila ini terjadi, akan terserlahlah kebenaran dan terserlah juga kemungkaran. Senanglah masyarakat menilai dan membuat pilihan. Demikianlah kebijaksanaan Allah mengkategorikan hamba-hamba-Nya.
8. Ia tidak dapat dirosakkan oleh musuh. Walau bagaimana dahsyatnya kebencian dan tekanan musuh sekalipun di medan perang namun Parti Allah tidak dapat dirosakkan. Kecuali jika ada diantara pengikutnya yang tidak mengikut disiplin, contohnya sepertimana yang berlaku dalam peperangan Uhud.
Parti Allah tidak akan dapat dirosakkan sama ada dalam peperangan senjata mahupun peperangan dingin. Mungkin boleh dicacatkan fizikalnya tetapi akidah dan syariatnya tidak dapat dirosakkan. Lebih-lebih lagi jemaah atau parti itu tidak dapat dibubar atau diharamkan. Tidak juga dapat dipecahbelahkan oleh musuh-musuh dalam selimut. Musuh tidak dapat menipu dan mempermain-mainkannya. Ini kerana parti ini mempunyai benteng yang cukup kuat dan kukuh.
Kekuatan parti ini adalah kekuatan dalaman bukan luaran. Kalau di luar dapat dicacatkan tapi di dalam tidak dapat dicacatkan. Yang di dalam itu ialah iman dan keyakinan. Bahkan musuhlah yang kucar-kacir dan tertipu selalu. Akhirnya musuhnya tewas dan jatuh. Parti Allah-lah yang menang.
9. Jemaah kaya, individunya miskin.
Segala kemajuan pembangunan material yang berlaku dalam jemaah adalah di atas pengorbanan anggotanya yang cintakan hidup miskin. Demi mengkayakan jemaah, individu rela miskin. Dan bila jemaah kaya, individu-individu itu jugalah yang mengecapi nikmat tersebut. Nikmat bersama namanya. Nikmat bentuk ini tidak dihisab di Akhirat.
Demikianlah cara Parti Allah membangun. Satu kaedah yang selamat lagi menyelamatkan. Individu-individunya tidak punya apa-apa tetapi anehnya segala keperluan hidup mereka ada.
10. Mendapat bantuan dari Allah.
Oleh kerana Parti Allah adalah kepunyaan Allah, maka ia sentiasa mendapat bantuan yang tidak diduga dari Allah. Kalau ketuanya bertaraf rasul, pertolongan itu dinamakan mukjizat. Kalau pemimpinnya bertaraf wali, bantuan itu dipanggil karamah. Paling tidak, Parti Allah itu akan mendapat maunah sekiranya pemimpin atau ketuanya bertaraf orang soleh.
Mukjizat, karamah dan maunah itu ada yang lahir dan ada yang batin. Dalam keadaan usaha-usaha lahir tidak lagi ada untuk membantu atau menyelamatkan jemaah, maka Allah pun menurunkan tentera-tentera-Nya secara ghaib.
Bantuan mungkin dalam bentuk ilmu, strategi, kaedah, rezeki, tentera dan lain-lain sama ada secara wahyu, ilham, mimpi yang benar, kasyaf, yaqazah, hatif, firasat dan sebagainya. Bila Allah sudah tolong, tidak ada lagi kuasa lain yang boleh menentangnya. Sebab itu Parti Allah pasti menang!
11. Orang bukan Islam menerimanya dan memberi kerjasama
Disebabkan kebenaran dan kebaikan serta kejayaan yang dicapainya dalam pembangunan insan dan material, maka orang bukan Islam pun suka dan senang menerima kehadiran Parti Allah. Walaupun mereka tidak sanggup menukar agama tetapi mereka senang bernaung dan bekerjasama serta menolong Parti Allah ini. Mereka dikatakan golongan zimmi parti (zimmi jemaah) atau zimmi negara Islam. Mereka akui kehebatan dan kebenaran Islam dan taat pada pemimpinnya. Cuma mereka tidak sanggup menukar akidah. Golongan zimmi ini dinaungi oleh Parti Allah.
12. Kenaikannya melalui cara yang tidak diduga.
Bagaimana Parti Allah mengembangkan sayap ke taraf negara dan ummah? Caranya murni sekali. Bukan dengan peperangan atau rebutan kuasa atau bergaduh dalam pilihan raya, tetapi melalui cara yang tidak diduga. Iaitu rakyat yang rindu, cinta pada kepimpinan yang adil serta pembangunan insan dan material yang seimbang, telah meminta supaya mereka dinaungi oleh Parti Allah itu. Kalaupun terpaksa berlaku peperangan, ia disebabkan penentangan kelompok musuh yang bimbang kepentingan mereka tercabar bila Parti Allah memerintah. Kelompok itulah yang mengundangnya ke medan perang. Sedangkan hati rakyat berada di pihak parti yang benar.
Sebab itu musuh tersebut mudah kalah kerana rakyatnya sendiri tidak menyokongnya bahkan membencinya. Kenaikan Parti Allah dialu-alukan oleh rakyat, sekalipun yang bukan Islam. Sebab itu Islam pernah memerintah di tiga perempat dunia.
13. Ahli-ahlinya mestilah bertaqwa.
Bilamana ahli-ahli sudah kurang taqwa, kurang ibadah, tidak berakhlak, kurang berkorban dan kurang berjuang menegakkan hukum Allah, Parti Allah mula malap. Ia hidup di atas ketaqwaan manusia-manusia yang mendukungnya.
Demikianlah ciri-ciri jemaah atau Parti Allah. Ia membawa rahmat dan kemenangan pada umat Islam. Ia bukan parti politik pilihan raya yang membawa pergaduhan dan perpecahan. Parti politik pilihan raya, kalau mereka kata mereka memperjuangkan Islam, adalah parti Islam sekular namanya.
Bezanya dengan Parti Allah ini bagaikan langit dengan bumi. Parti Islam sekular itu tunjangnya ideologi sama ada yang disedari atau tidak. Ia bergerak di atas landasan sekularisme, bukan agama.
Umat Islam mesti bersedia membetulkan kekeliruan dan pembohongan tentang konsep berpolitik ini. Dalam Islam memang ada parti yang berpolitik. Tetapi bukannya yang dibina di atas platform perjuangan musuh Islam. Parti Allah ada platform sendiri, diasaskan sendiri oleh umat Islam. Politik Islam tidak ada campur aduk sedikit pun dengan sistem politik Barat.
Sepertimana sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, penerangan, sosial, pertanian dan lain-lain lagi, yang oleh Islam didirikan di atas tapak Islam, demikianlah juga sistem politik Islam ini. Ia mempunyai tapak dan rangka yang tersendiri. Bolehkah parti atau jemaah Allah mendapat kuasa dalam negara majmuk?
Itulah soalan yang dijadikan alasan oleh umat Islam untuk ikut sama dalam politik kotor Barat itu. Sebenarnya jawapannya, boleh, insya-Allah!
Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-58049375776124382752013-03-17T18:40:00.001+08:002013-03-17T18:40:31.319+08:00KISAH SEDIH CUCU KEPADA UMAR MOKHTAR "LION OF THE DESERT"
Zahrati dengan beraninya bertanya, “Apa kesalahan Sirun masuk ke penjara ini?”
Dia diam malu dan tunduk memandang lantai. Beberapa saat kemudian dia menyelak baju putihnya sambil menunjukkan tatoo lambang salib di pergelangan tangan kirinya kepada kami. Kristian rupanya, hati kami mula berbisik-bisik.
“Panjang cerita tentang hidup saya,” Sirun memulakan cerita.
Dia semakin mesra. Kami semua mengerumuninya dan sangat berminat untuk mendengar ceritanya lebih lanjut lagi.
“Saya berasal dari Jerman. Saya bukan bangsa Arab. Tetapi setelah lima belas tahun di dalam penjara menyebabkan saya fasih berbahasa Arab. lbu ayah saya orang besar kerajaan. Sewaktu usia saya dua tahun, saya telah meninggal dunia kerana sakit jantung yang saya hidapi sejak dari lahir. Sewaktu semua keluarga sedang meratapi kematian saya,tiba-tiba datang seorang lelaki tua memakai pakaian serba putih mendekati dan meletakkan Al Quran kecil yang diambil dari poketnya ke dada saya. Tiba-tiba saya menangis. Semua yang ada di situ terkejut dan gembira terutama ibu bapa saya. Belum sempat mereka mengucapkan terima kasih kepada lelaki tua tadi, lelaki tua itu berkata, “Jaga budak ini baik-baik, dia akan memeluk agama Islam satu hari nanti.”
Dalam keadaan semua orang sedang terpinga-pinga, lelaki tua tadi terus menghilangkan diri. Di sebabkan ibu bapa saya orang besar kerajaan, dan keluarga saya termasuk dalam golongan orang yang kuat memperjuangkan agama Kristian, maka saya dihantar untuk dibesarkan di gereja. Saya dididik untuk bencikan Islam. Saya dilatih sebagai’fidai’ pejuang kristian berani mati. Ketika usia saya enam belas tahun saya mula dihantar ke merata tempat, termasuk Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Sebagai pendakyah Kristian ada waktu kami menyerang tempat-tempat Islam.
Satu hari kami dihantar ke India atas misi untuk menyerang Islam di India. Saya tersilap langkah, lalu ditawan oleh tentera Islam. Saya dipenjarakan oleh tentera India Muslim itu di dalam sebuah kotak kayu yang sangat sempit. Di dalamnya hanya boleh memuatkan saya berdiri tanpa boleh menoleh ke kiri dan kanan apalagi untuk duduk. Dua minggu saya melalui kehidupan seperti itu. Setiap hari datang kepada saya tentera India Muslim bernama Muhammad menceritakan kepada saya tentang Islam, tentang Tuhan, tentang Nabi Muhammad dan diselit juga tentang akhir zaman, Imam Mahdi dan Islam akan menang katanya.”
Kami tercengang-cengang mendengar cerita Sirun. Sangat menarik sekali. Sirun kemudian menyambung lagi.
“Saya telah jatuh hati dengan apa yang disampaikan oleh Muhammad. Saya bertanya padanya bagaimana kalau saya masuk Islam dan di mana saya boleh mendalami Islam?”
Muhammad menjawab,” Kamu pergi ke Mesir dan cari Syeikh Al Azhar.”
“Dua minggu kemudian saya dibebaskan dan saya pulang ke Jerman. Saya dapati ibu dan ayah saya tiada di rumah. Mereka berdua ke Perancis atas urusan kerajaan. Sewaktu di rumah, saya mengambil peluang mendekati nenek yang sangat jarang saya temui. Dia suka menyendiri di biliknya di tingkat atas dan kurang bergaul dengan masyarakat begitu juga keluarga kami. Saya sendiri sejak dari kecil tidak pernah berpeluang bermesra dengannya. Saya membuka pintu bilik dan alangkah terkejutnya saya kerana mendapati nenek saya sedang sujud bersembahyang. Baru saya tahu yang nenek saya adalah seorang Islam yang disembunyikan kelslamannya. Dia juga tergamam bila melihat saya berada didalam biliknya.
Nenek sudah berusia hampir sembilan puluh tahun lebih. Wajahnya masih kelihatan muda dan bercahaya melambangkan kebersihan hati dan jiwanya. Saya rasakan ada satu rahsia yang disimpan selama hayatnya. Saya terus bertanya, “Nenek Islam?” Dia mengangguk perlahan. Saya terus tersenyum padanya dan saya berkata saya juga akan Islam. Saya terus memeluknya dan menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap saya selama berada di India.
Nenek sedikit pun tidak terperanjat dengan cerita saya malah memberitahu saya dia memang menunggu saat ini. Dari neneklah saya tahu sejarah hidup saya sewaktu kecil yang pernah meninggal dunia dan datang lelaki tua kepada saya memberitahu saya akan Islam. Nenek pun menceritakan asal usul riwayat hidupnya. Rupanya nenek adalah salah seorang dari bekas isteri pejuang Libya iaitu Omar Mokhtar. Dia dilarikan oleh salah seorang General yang terlibat menentang Omar Mokhtar.
“Kamu pernah tonton filem Omar Mokhtar?” tanya Sirun sambil memandang kepada kami yang semakin berminat untuk mendengar kisah hidupnya seterusnya.
“Pernah,” kami menjawab serentak.
“Di saat Omar Mokhtar di tali gantung, ada lakonan seorang general yang tabik hormat pada jenazah Omar Mokhtar setelah beliau mati di tali gantung. Dialah yang membawa lari nenek saya ke Jerman. Waktu itu nenek tidak ada siapa yang membela dan menghalang. Jadi dia terpaksa ikut walau hatinya menderita.”
“Ooooooo…” jawab kami semua tercengang-cengang mendengar cerita Sirun.
“Nenek saya dulu sangat cantik.Dia dibawa ke Jerman dan dipaksa berkahwin. Nenek bagi syarat kalau hendak berkahwin dengan dia, zuriat yang lahir darinya mesti diletakkan nama Mokhtar. Oleh kerana itulah nama ibu saya Sima Mokhtar dan nama saya Sirun Mokhtar. Begitu juga nama adik-beradik ibu saya semuanya digandingkan dengan Mokhtar di belakangnya walaupun semuanya bukan Islam. Nenek sangat bersyukur dan merestui pemergiaan saya ke Mesir. Dari neneklah terbuka rahsia bahawa orang tua yang datang kepada saya dihari kematian saya itulah datuk tiri saya Omar Mokhtar.
Saya bergegas ke Mesir.Dua bulan saya di Mesir, saya mencari Syeikhul Azhar seperti yang dinasihatkan oleh Mohammad. Saya hampir putus asa kerana Syeikhul Azhar sangat sibuk orangnya. Disebabkan saya telah jatuh hati dengan Islam, saya sanggup menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya Tuhan izinkan dan saya Islam di tangan Syeikhul Azhar.
Setelah memeluk Islam saya terus ke Jerman kerana takut ibu ayah mencari saya. Saya tidak memberitahu mereka ke mana saya pergi. Saya pulang ke Jerman dan menyembunyikan kelslaman saya. Rangkaian Persatuan Kristian Sedunia mempunyai hubungan yang kuat dengan keluarga saya kerana ibu ayah adalah antara orang yang paling terbanyak sponsor kewangan untuk kegiatan Kristian. Akhirnya sampailah berita kepada ibu dan ayah saya laporan yang saya telah memeluk agama Islam di Mesir hasil laporan dari perisik Kristian Mesir. Mereka tidak pernah berehat untuk mendapatkan maklumat tentang perkembagnan Islam di Mesir.
Saya dikurung, dipukul, diugut dan diseksa oleh ibu dan ayah, walaupun sebelum ini mereka sangat menyayangi saya. Setiap jam mereka menghantar ketua-ketua Paderi bergilir-gilir untuk memberi motivasi agar saya kembali ke agama asal. Namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan telah menetapkan iman saya kepada Tuhan dan Nabi Muhammad itu Nabi yang diutuskan-Nya. Mereka merasa sangat malu kerana kelslaman saya sedangkan mereka penganut setia Kristian. Pakcik saya pula adalah Ketua Paderi Negara. Pada mereka, lebih baik saya mati dari saya hidup sebagai Islam.
Oleh kerana tidak tahan lagi dengan penyeksaan yang mereka lakukan terhadap saya, dengan pertolongan sulit dari nenek, saya dapat berhubung dengan persatuan Agama Islam Jerman. Saya meminta bantuan mereka untuk menguruskan saya keluar dari Jerman dan lari ke Mesir. Saya di larikan oleh kawan-kawan Islam dari rumah ke airport. Tetapi ibu ayah saya dapat mengesan.
Di waktu saya masuk ke airport ada seorang lelaki datang kepada saya dan memberi bungkusan berbentuk hadiah.Tanpa saya tahu apa isinya, saya terus membawa bungkusan tersebut sampai ke Mesir. Di airport Mesir saya ditahan. Rupanya hadiah yang saya bawa tadi berisi dadah yang dikirimkan oleh ibu ayah saya. Mereka telah merancang agar saya ditangkap dan dihukum gantung kerana mereka mengharapkan saya mati dari hidup.
Saya ditahan polis Mesir dan dijatuhkan hukuman mati. Cubalah kamu bayangkan bagaimana keadaan saya di waktu itu.Tanpa kenalan, keluarga dan saya sendiri tidak faham Bahasa Arab. Saya merayu tapi tidak ada seorang pun yang boleh membantu saya sebagai saksi bahawa saya tidak bersalah. Saya pasrah kepada Tuhan dan Nabi Muhammad. Tiba-tiba saya teringat Syeikhul Azhar. Dari Syeikh Azhar inilah saya merayu untuk mendapatkan bantuan.
Dengan bantuan Syeikh Azhar, saya diringankan dari hukuman gantung kepada dua puluh lima tahun penjara. Saya sempat memakai pakaian merah seperti mereka yang dihukum gantung. Di penjara ini saya kena buat kerja keras untuk menyara keperluan saya. Saya tidak ada keluarga yang menjamin dan menanggung saya. Cuma yang pastinya saya ada seorang bapa saudara di Mesir ini.
Dia bertugas sebagai Ketua Paderi Kristian di lskandariah. Dia selalu menghantar wakil untuk mengintip saya apakah saya masih Islam atau sudah kembali ke agama mereka. Saya bahagia bila bertemu kalian semua. Sebelum ini saya telah bermimpi tentang kedatangan kalian. Ada segerombolan manusia membawa cahaya ke penjara ini dan Tuhan hantar kamu semua untuk saya.”Unknownnoreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-88959802722010306912013-03-05T10:19:00.001+08:002013-03-05T10:20:11.716+08:00PERSIAPAN YAHUDI MENUNGGU DAJJAL.
Kita sedang berperang dengan dajjal yang berasal dari keturunan Yahudi yang senjatanya cukup canggih. Apakah senjata kita kalau bukan teknologi roh? Ianya adalah benar bahkan semua itu adalah kekuatan utama zaman tiga kurun selepas Rasulullah S.A.W. bilamana mereka berhadapan dengan perang. Semua itu adalah cara hidup orang roh atau teknologi roh yang Allah rezkikan untuk mereka dapat berhubung dengan kerajaan ajaib.
Ketahuilah bila umat Islam menolak teknologi roh tersebut, konon kembali pada Quran dan Hadis saja, sesungguhnya adalah kerana mereka telah dipesongkan daripadanya. Padahal dalam Quran dan Hadis terlalu banyak yang membenarkan hal-hal rohiyah atau ghaibiah ini. Siapa yang kata Quran menolak hal-hal ghaib ini ertinya, dia telah telah dipengaruhi Yahudi yang sesat itu.
“Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Abdullah Ibn Umar RA, sabda Nabi S.A.W. : "Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata." (Hadis riwayat Bukhari)
Dari Ali R.A. berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa nabi S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Doa berlindung dari fitnah Dajjal :
اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal." (HR. Muslim No. 923)
Setelah kewafatan Nabi S.A.W., yahudi telah merancang usaha-usaha untuk menghina baginda sekaligus menghina Islam. Mereka berdendam dengan Allah yang tidak mengutus rasul terakhir dikalangan mereka, bahkan diutus kepada bangsa arab. Bagi mereka, ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Sejak itu dengan rasminya mereka berperang dengan Allah!
Apa sahaja yang datang dari yahudi samada nampak baik atau memang buruk keadaannya, semua itu adalah dalam rancangan mereka. Sepertilah iblis yang berdendam dan menghasut untuk membawa manusia bersamanya ke neraka, yahudi begitulah.
Yahudi tahu kebenaran bersama Islam. Jadi mereka merancang untuk mempersiapkan kedatangan satu makhluk dari keturunan mereka juga, yang dijanjikan ditangannya manusia kafir beramai-ramai! Ya, itulah dajjal yang ditunggu-tunggu mereka.
Umumnya sejarah dunia telah dirubah mereka, mengikut gaya dan citarasa mereka. Tujuannya adalah untuk memisahkan agama dan manusia. Hakikatnya nak merosakkan hubungan manusia dengan Tuhan.
Kalaulah umat Islam mengetahui sejarah Islam yang sebenar, roh umat Islam akan terbina sekaligus Islam akan mulia di mana-mana. Dengan sejarah yang dirubah pun umat Islam mendapat kekuatan, betapalah kalau roh sejarah itu masih ada, akan lahirlah masyarakat Islam sepertimana yang wujud di zaman Rasulullah dan para sahabat!
Sejarah moden juga diputarbelitkan, sedangkan semua ini rancangan mereka sejak kewafatan Nabi Muhammad lagi. Perang dunia pertama, kedua, perang dingin, perang teluk, huru-hara di Mesir sekarang ini, semua ini dalam pelan mereka.
Lakonan mereka cukup berjaya. Walaupun ribuan nyawa melayang itu bukan masalah. Bahkan nilai nyawa manusia selain bangsa yahudi adalah ibarat binatang, sebab itulah diperlakukan sesuka hati. Semua ini adalah persiapan untuk kedatangan dajjal.
Kalaulah kedatangan Imam Mahdi dipersiapkan, begitu juga dengan kedatangan dajjal, dan yahudilah yang mempersiapkannya!
Peristiwa 11 September, Osama bin Laden, ini adalah rekaan yahudi.Osama bin Laden tu tak wujud pun! Entah siapalah yang diambil wajahnya, dibubuhlah nama Osama. Keluarga Bin Laden pula dibayar dengan dunia untuk digunakan nama buruk mereka. Maka Islamlah yang dihina. Itulah tujuannya. Seolah-olah ini ajaran Quran, ajaran Nabi Muhammad.
Setakat dua buah bangunan yang dihancurkan dengan dua buah kapal terbang, apalah sangat nilainya bagi yahudi demi kedatangan dajjal. Dengan slogan anti-pengganas, misi keamanan, Osama bin Laden, Al-Qaeda, 11 September dan lain-lain, ini hanyalah sebahagian dari pelan kedatangan dajjal. Muncullah stesen Aljazeera seolah-olah wira yang menyampaikan berita dari tengah medan perperangan, rupa-rupanya itupun milik yahudi yang bertopengkan Islam juga.
Di Baitul Maqdis, kerja-kerja musuh Islam semakin rancak. Mereka bekerja 24 jam bagi memastikan usaha mereka tidak terganggu. Orang Islam di Palestin sedikit pun tidak menggugat mereka. Malah bridged Al-Qassam sedikit pun tidak menggangu mereka. Kerana mereka tahu yang akan merosakkan plan mereka adalah bangsa berhidung peset! Bangsa hidung mancung kini bukan zaman mereka lagi.
Pelan kedatangan dajjal hampir ke kemuncaknya. Yahudi hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa dan pada masa yang sama sedang mendirikan Haikal Sulaiman di bawahnya. Orang-orang mereka telah dipersiapkan diseluruh dunia, dipelbagai bidang. Semuanya berperanan di bidang masing-masing demi misi mereka ini.
Saddam Hussein asalnya adalah boneka yahudi, digunakan untuk 'Devide & Rule' di Timur Tengah. Namun Saddam berpaling tadah dan semenjak itu dia diancam. Begitulah juga yang berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana boneka yahudi, temasuk Anwar. Kalau tidak patuh dan taat pada mereka, rahsia peribadi akan dibongkar, dan kemuncaknya dibunuh.
Perang antara Hizbullah dan Israel, itu pun lakonan semata. Yang terkorban adalah puak sunni. Di depan manusia berperang di belakang tidur sebantal dengan musuh. Itulah yang berlaku di Lubnan selama ini. Begitu jugalah yang sedang berlaku di Syria sekarang ini. Yang terkorban adalah puak sunni, dan yang musnah juga bandar-bandar dan perkampungan sunni.
Malah, boleh dikatakan peristiwa di Syria sekarang ini sepertilah Nazi di zaman moden. Bahkan gaya atau cara tabik hormat Nazi dan Syiah adalah sama. Kerana kedua-duanya adalah rekaan dan ciptaan yahudi.
“Kalau bukan kerana orang-orang Iran (bantuan mereka), Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! “ Bekas Presiden Iran yang ke 4, Akbar Hashemi Rafsanjani.
“Selepas serangan 9/11 Amerika telah menyertai satu pasukan pakatan untuk menggulingkan Taliban. Pakatan itu termasuk India, Russia, Iran dan Pakatan Utara. Dengan bantuan Amerika, pakatan itu telah berjaya menggulingkan Taliban. Itulah sebenarnya yang berlaku” James Dobbins, bekas duta Amerika di kesatuan Eropah.
"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di Bumi AFGHANISTAN. Seharusnya Amerika mengetahui jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!" Akbar Hashemi Rafsanjani.
Sebelum ini, Suara Haramain membongkar kejahatan yahudi, dimana mereka itu kerjanya memisahkan hubungan manusia dengan Tuhan, sekalipun ada yang menyembah batu, itu pun akan dirosakkan mereka.
Sudahlah bermusuh dengan Tuhan, malah mengambil selain Allah sebagai Tuhan dan anutan. Sebentar berpisah dengan Nabi Musa, dibuatlah tuhan lembu daripada tanah dan disembah. Itulah yahudi. Di barat, kelihatan banyak monumen atau patung-patung aneh berupa binatang gabungan atau jin, itulah pujaan mereka. Ini semua ada kaitan dengan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Bahkan segelintir umat Islam sendiri mengambil itu sebagai hiasan.
Apa kaitan lembu Samiri yang disembah yahudi dengan dajjal? Ketahuliah! Bahawa ibu bapa dajjal adalah daripada sebahagian mereka yang selamat dikejar firaun bersama Nabi Musa dan menyembah patung lembu Samiri. Dan patung-patung yang dibina sekarang adalah lambang hormat kepada dajjal dan penghargaan kelahirannya.
Monumen Washington, sebuah tiang yang hujungnya bersegi tiga, adalah lambang pemujaan syaitan. Tiang itu dijadikan kebanggaan mereka, kononnya memperingati sejarah Amerika. Sebenarnya itulah peringatan dan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Sepertilah umat Islam melihat Kaabah dan mendapat kekuatan darinya, begitu juga dengan yahudi dan mereka yang menunggu kedatangan dajjal. Kalau umat Islam melontar batu ke tiang (jamrah), dengan niat membaling syaitan (merujuk sejarah Nabi Ibrahim), mereka memuliakan tiang tempat berkumpulnya syaitan itu.
Pope yang meletakkan jawatan baru-baru ini dan meninggalkan Vatican, ini pun adalah sebahagian daripada persiapan yahudi menyambut ketibaan dajjal.
Kalau begitu sekali persiapan mereka, maka munasabahlah persiapan untuk kebangkitan Islam kedua ini pun sangatlah hebatnya. Percaturannya, perjalanannya, tempatnya, semuanya adalah tersusun dan terpimpin. Sesuailah hebatnya persiapan ini dengan persiapan yang dibuat oleh yahudi.
Janji Tuhan dan Rasul akhir zaman, Islam pasti gemilang dan takkan kalah-kalah lagi.
Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-91803752066417036642013-03-04T23:58:00.001+08:002013-03-04T23:58:43.135+08:00SIAPA KIRAM YG SEBENAR?Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.
Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM...
sila baca di sini..
SIAPA KIRAM SEBENAR?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-65052771637605112442013-03-04T23:53:00.004+08:002013-03-04T23:53:31.967+08:00KIRAM TIDAK SEDAR BAHAWA MEREKA TELAH DIBUANG OLEH TAUSUG KERANA ...?
Kerana...
Mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah FILIPINA. Satu kenyataan yang generasi muda dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat. Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina. Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi ENTITI SENDIRI sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan dibawah ketiak Filipina....
Kami generasi muda Tausug lebih rela SABAH dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina dibawah tapak kaki Filipina. Daripada terhina dibawah tapak kaki filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah. Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina. Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah, kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.
Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan SULTANIYAH SULU DARUL ISLAM (SSDI) dibawah pimpinan para Datu dan syarif dibawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami dah tak tahan dengan demokrasi... kami rindukan DARUL ISLAM.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-63239988316820952422013-02-23T11:12:00.000+08:002015-02-26T09:56:07.628+08:00ASAL USUL MELAYU : DARI BANGSA ISRAEL ?
Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti.
Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.
Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.
Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,
“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”
Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.
Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.
“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”
Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul.
Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.
Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-31156539570733847992013-02-21T07:26:00.001+08:002013-02-21T07:26:49.885+08:00WAHABI ADALAH MUKTAZILAH DAN KHAWARIJ MODEN.
Ketika berada di negara Saudi, kita akan merasakan banyak amalan yang terkait dengan Rasulullah SAW akan terasa asing. Bila kita mendoakan Rasul SAW di depan makam, nanti akan terdengar suara "Ruh! Ruh!" Bila kita teruskan berdoa nanti Mutawwa (gelaran pegawai agamanya) akan halau kita atau pukul dengan tongkat yang sedia ada di tangannya. Berkunjung di tempat kesan sejarah Nabi Muhammad meraka akan kata tiada dalam Sunnah. Istilah yang sangat popular yang mereka gunakan ialah Bidaah.
Berhadapan dengan mereka ini kita tunjukkan sikap dan model kehidupan Islam. Bagi lahirkan pendirian yang lebih tegas, kita buat tindakan praktikal. Contoh yang pernah dibuat oleh Imam Abu Hasan Asaari ketika berdepan dengan puak muktazilah. Mereka berpendapat syaitan dicipta dari api dan tidak terasa sakit bila di dalam neraka. Setelah selesai muktazilah tersebut berhujah, Imam Abu Hasan ambil tanah lalu dikepal-kepal dan dibaling kepada orang tadi. Dia yang kesakitan lalu marah dengan tindakan beliau. Kata Imam Abu Hassan, dia bertindak mengikut hujah muktazilah tadi. Katanya, manusia diciptakan daripada tanah. Kalau manusia sakit dibaling tanah, samalah macam syaitan yang disiksa di dalam neraka, walaupun ia berasal dari api.
Bagi mereka yang telah belajar Islam yang syumul, akan melihat skop bidaah dengan lebih luas. Bidaah adalah sesuatu yang diada-adakan dalam urusan agama. Perbuatan bidaah selalu dikaitkan dengan persoalan ibadah asas atau Fadhoil A'mal (amalan-amalan utama). Bidaah dalam urusan agama mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah cara hidup. Bila disebut cara hidup maka selain daripada cara hidup yang Islam adalah bida'ah. Ertinya, jika ada yang memilih cara hidup selain Islam, dia telah melakukan bidaah.
Mengikut cara hidup yahudi, tidak pula meraka terasa satu kesalahan. Merasakan ia bukan bidaah bahkan dibenarkan. Bahkan terlalu cintanya dengan Amerika dan barat hingga merasakan ianya adalah betul dan benar. Perkara tersebut sebenarnya antara bidaah terbesar iaitu mengatur hidup menurut hawa nafsu dan akal fikiran. Dalam istilah lain ialah mengambil ideologi tertentu sebagai amalan politik dan melaksanakan pentadbiran dan peraturan hidup, tidak berpandukan Tuhan. Hanya semata-mata menurut hawa nafsu. Ini adalah bidaah sebenar dan bidaah terbesar.
Sepatutnya menyusun hidup dan menentukan bagaimana sesebuah pemerintahan atau pentadbiran patut dilaksanakan ikut cara yang Tuhan kehendakki Bukan sebaliknya, seperti apa yang berlaku sekarang pemerintah pula yang menentukan bagaimana Islam patut dilaksanakan!
Umat Islam perlu tahu, yahudi sangat menggunakan Islam untuk merosakkan umat Islam. Dipilih ayat-ayat tertentu lalu ditukar maknanya, diajar kepada pelapis-pelapis pejuang mereka yang beragama Islam sendiri. Lalu diketengahkan wakil-wakil mereka yang bertopengkan ulama, lalu menyesatkan kebenaran dan membenarkan kebatilan. Apa sahaja yang menguatkan Islam, itulah bidaah! Jadi amalan dan ilmu yang disampaikan kepada umat Islam, adalah yang telah ditapis dan disaring oleh yahudi. Namun ini sukar diterima oleh umat Islam, walaupun yahudi sendiri yang mengakuinya. Ini kerana berjayanya umat Islam ditipu dan diperalatkan oleh yahudi.
Apa kata yahudi tentang cerdik pandai di dalam Islam sekarang.
"Orang yang pandai dan hebat, yang ada gelaran di depan mereka seperti profesor, doktor dan lain-lain itu, atau dengan kata-kata yang lain penuh ilmu dan fakta, dan teori yang hebat-hebat itu adalah rancangan kami 700 tahun yang lalu"
"... Kemudian kami hasilkan orang yang diangkat dan dijulang seperti profesor, doktor, dan mereka semua itu, kebijaksanaan mereka tidak akan lari dari tujuan ilmu. Itulah yang kami hasilkan. Jadi, seluas mana pun ianya berkembang, sebenarnya di bawah tujuan kami. Hanya mata mereka melihat ia berubah-rubah."
"Kamilah yang mengatur kehidupan umat Islam, dan kerja-kerja ini bermula setelah kami dihalau keluar dari Mekah dan Madinah. Kami merancang ratusan tahun lamanya, bahkan ribuan tahun. Kami belajar dari kekalahan kami dengan Salahuddin. Kami belajar dengan kejatuhan kami di Turki. Dan kini semua usaha-usaha kami berhasil. Lihatlah umat Islam sekarang sangat bergantung dengan kami."
"Semua cerdik pandai dunia yang kamu sanjung adalah ciptaan kami dan orang-orang kami. Merekalah yang melahirkan cerdik pandai dikalangan umat Islam. Bagaimana Islam mahu mengalahkan kami?!"
'Kami reka keadaan yang seolah-olah ilmu itu muncul secara spontan, kami mahu manusia rasa ilmu itu bukan datang dari agama. Ya! Itulah matlamat kami, memisahkan Tuhan daripada manusia. Sekalipun yang menyembah berhala, kami akan sesatkan mereka. Hingga Tuhan menjadi tiada dalam jiwa mereka."
Kata-kata yahudi ini adalah Protokol Yahudi No. 4 dan Protokol Yahudi No. 9. Mereka menyesatkan manusia dengan memisahkan hati-hati dari Tuhan dan perkara rohani. Mereka menggantikan hukum lojik akal dan keinginan terhadap benda-benda lahir supaya apa sahaja berkaitan dengan Tuhan dan roh, akan ternafi.
Cara hidup yang yang mencontohi Rasulullah seperti hal keyakinan, ibadah, akhlak, perdagangan, pendidikan, pentadbiran, ekonomi, politik, kesihatan, pertanian, kebudayaan, bermasyarakat, pergaulan, kenduri kendara, dan seluruh aspek hidup adalah bidaah. Antara bidaah yang amat besar adalah mentadbir agama Islam menurut akal fikiran. Ertinya undang-undang dan akta yang digubal oleh manusia dan dijadikan kononnya undang-undang Islam. Ianya dikuat-kuasakan melebihi undang-undang dan peraturan Tuhan!
Lahirlah wahabi di zaman ini, yang merekalah muktazilah dan khawarij moden. Sunnah dan jemaah Rasulullah disesatkan, amalan-amalan Islam diakal-akalkan, hal-hal seni dalam Islam dihapuskan. Jadilah bangsa wahabi yang terkenal dengan kasar, bengis, keras dalam beragama.
Inilah didikan yahudi yang bertopengkan Islam!
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7979488939063623999.post-86790430421929167082013-02-05T09:23:00.001+08:002013-02-05T09:23:25.536+08:0015 PERKARA YG PERLU ANDA KETAHUI MENGENAI SYIAH dan KHOMEINI
1. Tentang ibadah sembahyang. Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.
2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah.
3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan embatalkan sembahyang. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu sunat saja.
4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah () ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah (). Dan selepas mengucapkan Haiyya 'Alal fallah () ditambahkan lagi dengan"Haiyya AlaKhairil 'Amal"( ).
5. Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.
6. Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.
7. Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk () dia pun seru kuat-kuat: "Rukuk ()". Kalau berdiri dia seru:"Qiyam! ()". Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.
8. Di mana-mana juga samada di jalan, dalam bas, di rumah, suasana begitu tegang. Barangkali kerana semangat revolusi masih meluap. Tempikan dan sorakan mudah meletup. Selalunya kalau ada yang menyebut Rasulullah, nanti yang lain menyahut dengan solawat () untuk Rasulullah satu kali. Tapi kalau tersebut Khomeini maka bergemalah solawat ( )sebanyak tiga kali.
9. Setiap pagi hari Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan. Di Syiria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam,meratap-ratap dan mengongoi menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Setengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.
10. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi. Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu di dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar "Imam Mahdi" sedang tidur.
Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah. Dan kita tidaklah sampai ke tahap melukiskan gambar. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah khilaf dalam menentukan siapa Imam Mahdi. Tapi tidaklah sampai meletakkan gambar.
11. Hotel tempat kami peserta-peserta muktamar adalah asalnya kepunyaan Raja Muda. Tapi juru kemas hotel ialah perempuan-perempuan. Bagaimana sebuah negara Islam membenarkan perempuan masuk kawasan lelaki dalam keadaan tidak lengkap penutupan auratnya? Semasa muktamar di tingkat bawahnya ada disediakan hoggah (sejenis hisapan, dihisap) yang boleh ketagih (seperti rokok). Para pejuangan Islam hisap hoggah?
12. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa; berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.
13. Saya bertemu ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam muktamar tersebut. Mereka dari Baluchistan. Diam saja, tidak berperanan apa-apa. Nampak macam ketakutan. Mungkin dipaksa datang, tujuan hendak nampakkan persatuan Syiah dan Sunni. Dari mulut mereka saya dapat tahu ramai di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditangkap (dijail) oleh Khomeini. Salah seorang yang tertangkap ialah bertaraf mujtahid. itulah satu cara orang Iran hendak yakinkan dunia bahawa mereka bukan perjuangkan Syiah atau Sunniah tapi perjuangkan Jumhuriah Islamiah selari dengan laungan:"Tiada Syiah. Tiada Sunni, tapi Jumhuriah Islamiah." yang dilaungkan di mana-mana di Iran. Maka mereka jemput Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudah dibelenggu (untuk program mereka). Mereka "brain wash" siapa juga untuk jadi macam mereka.
14. Hampir tiap-tiap malam dan tengah malam kami diganggu oleh ketukan di pintu. Kemudian masuk seorang bertanyakan apa pandangan tentang revolusi atau komen tentang Khomeini atau komen tentang Iran. Hingga kami tidak rehat-rehat. Demikian gopohnya mereka meminta kami jadi seperti mereka. Padahal cara memaksa-maksa begitu bukan kaedah terbaik untuk menawan fikiran dan perasaan manusia.
15. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri, meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Sayidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pemah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.
Menyaksikan dan mendengar 15 perkara di atas, BOLEH DIKATAKAN muktamadlah sudah yang orang Syiah bukan pejuang kebenaran. Sebaliknya mereka telah mempermain-mainkan Al Quran dan Sunnah. Perjuangan mereka sebenamya perjuangan politik. Bukan untuk Allah dan Rasul tapi untuk kepentingan mereka saja. Perjuangan rakyat Iran sebenarnya perjuangan politik mereka. Bukan perjuangan fisabilillah yang bertujuan menegakkan hukum-hakam Allah. Apa yg terjadi Syria adalah permulaan puak Syiah untuk membunuh puak Sunni..Mereka bersekongkol dengan Yahudi untuk membunuh org Islam Sunni. SEDARLAH KITA BAHAYA SYIAH BUKAN SEKADAR MAZHAB TETAPI IA ADALAH SATU AKIDAH SESAT
Unknownnoreply@blogger.com4