Setiap para pejuang-pejuang Islam
tunjukkanlah bukti, jangan banyak cakap
Kalau cakap saja kebenaran menjadi slogan
buat tidak, orang kafir pun boleh cakap
Kebenaran itu adalah pada perbuatan dan sikap
cakap hanya mentafsirkan sikap
Dengan perbuatan dan sikap
barulah orang ramai mendapat manfaat
Kalau pejuang-pejuang kebenaran benar-benar haq, contohilah para Sahabat
Mereka setiap hari memasukkan orang kepada Islam
Islam berkembang cepat
Perpaduan mereka ibarat susunan batu-bata yang kuat
Setiap hari berkhidmat dengan masyarakat
masyarakat dapat manfaat
Mereka itu di malam hari
menjadi abid-abid memuja Allah
siangnya bagaikan singa
Sibuk berjuang dan berkhidmat
Apakah pejuang-pejuang Islam hari ini
macam Sahabat?
Jangan-jangan ada yang tidak bersembahyang
Perpaduan hanya omong kosong
kenyataannya atau realitinya tidak ada
Mereka itu berlemah lembut tapi tegas
Sikap pejuang-pejuang Islam hari ini
keras bukan tegas
Pejuang-pejuang hari ini banyak bercakap
tidak berbuat, orang ramai tidak hormat
Role model tidak ada pada ibadah mereka
akhlaknya, perpaduannya, ekonominya
kebudayaannya, kebersihannya, masyarakatnya
Orang yang tidak berjuang
adakalanya lebih baik dari mereka
Masyarakat pejuang hari ini tidak ada yang indah
Sesama mereka tidak ada bela-membela
Pemimpin mereka tidak ditaati
hanya pengikut-pengikutnya sahaja fanatik membabi buta
Tanya mereka berapa ramai orang masuk Islam di tangan mereka?
Yang sudah Islam dapat ditingkatkan kualiti keislamannya setiap masa berlakukah?
Pejuang kebenaran berlaku di dalam jemaahnya khawariqul adah yang luar biasa, kalau tidak ada bukan kebenaran namanya
Ujian banyak tapi bantuan Tuhan lebih banyak dari ujian
Di dalam ujian ada hiburan
Ujian tidak menyekat kemaraannya, itulah kebenaran
Nampak pengikutnya sedikit tapi pengaruhnya besar
dan merebak tidak boleh disekat
Pejuang kebenaran daerah perjuangannya tidak terbatas
bersifat sejagat kerana Islam itu untuk sejagat
Tapi yang kita lihat hari ini pejuang Islam
hanya bersifat ‘local’, dunia tidak kenal
Itu pun sudah memperlihatkan perjuangan itu tidak haq
bahkan tertolak
5 ulasan:
Tuan,
Kalau jalan menuju kampong abadi secantik gambar hiasan ini, gerenti semua orang senang masuk syurga.
Sungguh aman tenteram gambar itu.
Salam,
Kita masih mendambakan pejuang islam sebagaimana dalam sajak yang penuh bermakna di atas ni.. -harimau
Dal,
org yg layak untuk ke syurga ialah org yg mempunyai hati sedamai itu dengan dunia..kerana ujian di sisi Allah SWT itu adalah nikmat untuk orang yang bertaqwa dan bukan penderitaan untuk mereka. Kerana itu ramai yang tidak dapat masuk ke syurga kerana tidak mampu redha, sabar dan merasa nikmat dan bersyukur dengan ujian Allah SWT.
Malah jika diberi nikmat di dunia, kita tidak pandai pula menjadikan nikmat dunia itu sebagai bekal untuk akhirat, maka tetaplah juga jadi ujian kepada kita.
Bagi org bertaqwa, nikmat dan ujian itu tidak ada bezanya. Mereka tetap merasa damai dan tenang walau apa sekalipun takdir yang Allah timpakan ke atas mereka.
Wallahualam.
Benar Sdra merah_s, pejuang Islam yang seperti di dalam sajak ini, amat kecil bilangannya...kalaupun ada, mereka tdk dikenali mungkin juga dimusuhi.
Salam Puteri;
Saya terima kata mutiara dan nasihat Puteri dengan segala rendah hati.
Bagi saya gambar yang menampilkan suasana aman tenteram di sini, sedikit sebanyak menggambarkan hati yang memilih gambar tersebut.
Maka saya sekedar menempel menumpang nikmat kedamaian itu.
Terima kasih.
Catat Ulasan