Kesibukan menghambat masa di sepanjang minggu ini. Menjadika saya tidak dapat menghantar sebarang artikel di blog ini.
Membaca komentar dari seorang anon, yang menyebut mengenai kebangkitan IMAM MAHDI aka ahlulbait menyebabkan saya ingin menyentuh sedikit hal ini walaupun pada sesetengah orang ini, isu ini agak sensitif dan dikatakan mengarut sahaja.
Jika kita bercakap dari segi ilmunya, mudah. Telah dikumpulkan segala hadis berkenaan dengan akhir zaman ini oleh seorang ulamak hadis bertaraf Grand Muhaddith iaitu Prof. Dr Abdullah bin Sadeq yang berasal dari Fezz, Morocco, juga seorang ahlulbait berketurunan RSAW yang menyuburkan bumi sebelah Afrika. Keluarga ahlulbait ini datang ke bumi Afrika setelah berlaku peristiwa hitam di mana keluarga ahlulbait dihambat oleh Wahabi dari bumi Haramain satu ketika dulu.
Kebejatan wahabi memang sudah sedia dimaklumi dan saya rasa tidak perlulah saya bercakap panjang mengenai hal ini, dan apa yang berlaku di Malaysia ini juga cukup menarik akhir-akhir ini, di mana kita menyaksikan peristiwa saman berlaku antara Dr Ustaz Azwira terhadap Ustaz Zamihan al Ghari.
Apa yang ingin saya katakan, adalah dari segi keyakinan kita terhadap kebangkitan Islam di akhir zaman ini. Jika kita melihat betapa porak perandanya umat Islam di akhir zaman ini, tentu sekali dalam akal kita, mustahilnya ini adalah zaman di mana Islam akan bangkit kembali menjadi gemilang.
Mungkin kita perlu merenung, dengan renungan makrifat bukan lagi dengan renungan akal yang selalunya tidak tepat.
Bagi yang sering mengkaji, dan menyelusuri tanda-tanda akhir zaman, maka mereka amat faham bahawa berlakunya kemuncak sesuatu kerosakan adalah petanda kepada suatu pembaharuan atau reformasi.
Di dalam hal ini, akan berlaku tolak menolak yang kuat, antara reformasi yang batil atau reformasi yang haq. Reformasi yang batil berusaha agar mereka mampu meningkatkan level kebatilan mereka manakala reformasi yang haq, adalah untuk melenyapkan reformasi yang batil ini. Perlawanan ini kelihatannya dizahirkan oleh reformasi yang batil dan dapat diperhatikan daripada sudut lahiriah kesannya, namun Allah mempunyai caranya sendiri untuk menipu daya mereka ini dan perjuangan reformasi yang haq itu berjalan tanpa disedari, kerana sesungguhnya teknologi ROH itu adalah teknologi paling canggih mengatasi segala teknologi yang pernah diwujudkan manusia di dunia ini.
Saya secara peribadi merasakan hal mengenai Imam Mahdi ini hanya boleh diperbincangkan dengan orang-orang yang sudah mempunyai ilmu dan keyakinan dan bersedia mengambil hikmahnya namun hal ini tidak sesuai dijadikan isu yang diperdebatkan secara umum. Apapun, saya tertarik dengan pesan di bawah ini :
Nilailah Sejarah Melalui Iman
“Sesungguhnya seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan sesebuah binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain.
“Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang mujarab melainkan setelah dia bertanya si pesakit akan puncanya, makanan, minuman dan lain-lain.
“Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu akidah dan segala yang terpancar daripadanya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud.
“Ini kerana dibimbangi akan memesongkan di belakang hawa nafsu dan huraian salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh pula daripada kefahaman yang hakiki.”
(Mahmud Syakir, Al-Muntalaqul Asasi fit Tarikhul Islami)
Sekian. wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan