30 Jun 2009
HIKMAH DALAM BERKRISIS
Tiada siapa yang mahu berkrisis atau mencari masalah. Tapi tiada siapa juga yang dapat lepas darinya. Demikian lemahnya manusia. Dan demikianlah kuasanya Allah SWT. Tapi Allah bukan bemmaksud untuk menganiayakan manusia melalui takdir-Nya itu.
Antara tujuan dan hikmah atau kebaikan yang didapati dari krisis itu ialah :
1. Sebagai ujian ke atas pertubuhan itu untuk menapis mana ahli yang ikhlas dan mana yang tidak.
2. Penghapusan dosa. Setiap kesusahan yang ditimpa pada individu atau pertubuhan adalah sebagai penghapusan dosa. Mungkin dalam hidupnya atau dalam perjuangannya ada dosa yang dibuat terhadap Allah atau terhadap manusia, maka untuk membersihkamlya di dunia Allah timpakan kesusahan yang seimbang dengan dosanya itu. Ini adalah berdasarkan sabda Rasul yang ertinya :
"Tidak ditimpakan kesusahan pada anak Adam walaupun tikaman duri, melainkan adalah kerana salah satu dari dua tujuan; kerana menghapuskan dosanya yang tidak terhapus melainkan dengan ujian itu. Atau untuk meningkatkan darjatnya di akhirat. "
3. Untuk mendidik rasa sabar, redha dan tawakal pada Allah SWT dengan ujian itu dan hasilnya ialah meningkatkan darjat di akhirat.
4. Untuk mematangkan kita supaya kita lebih pandai bertindak.
5. Untuk memisahkan orang cepat berputus asa dan lemah jiwa, yang tidak tahan sabar cabaran yang mudah lari meninggalkan jemaah kalau diri terancam.
6. Tapi kalau krisis ditimpakan pada orang yang tidak beriman maka Allah bermaksud untuk menghina dan mengutuk mereka.
Bagi mereka yang tahu maksud Allah itu, dapatlah mereka hadapi ujian dengan jalan-jalan yang ditunjuk dan dibenarkan oleh syariat Islam. Mereka tidak melatah dan tidak hilang pertimbangan.
Mereka tetap berpegang pada firman Allah :
Ertinya :
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(A1 Baqarah : 155)
Dan usaha untuk menghadapi ujian dilakukan dengan hikmah dan penuh tawakal. Tapi bagi orang-orang yang tidak faham atau tidak yakin dengan Islam sebagai mampu menyelesaikan semua masalah, maka bila tiba ujian atau kesusahan, mereka mahu segera lepaskan diri dari masalah itu dan ingin pula mengatasinya dengan mudah. Selalunya mereka ambil jalan yang mudah dan cepat, tapi bawa hasil yang mudharat.
Terjadi huru-hara dan kacau bilau dalam masyarakat. Bandingannya ialah seorang yang berhadapan dengan gumpalan tali yang kusut kerana mahu cepat mengungkai, dipotong-potongnya tempat yang tersimpul itu. Maka hasilnya ialah tali yang terputus-putus dan langsung tidak boleh digunakan. Walhal kalau dia sabar membuka simpulan itu satu persatu, hari demi hari, lama kelamaan dia akan mendapat seutas tali yamg panjang, yang banyak gunanya.
Pengalaman kita semua cukup banyak memberitahu bahawa orang-orang jujur, sabar, merendah diri dan benar dalam tindakan, orang itulah yang selamat dan berjaya. Sebaliknya mereka yang gopoh, sombong dan tamak serta keterlaluan dalam tindakan akan menyesal dan gagal dalam perjuangan mereka. Populamya sekejap saja, selalunya sebelum mati sudah dilupakan orang. Banyak contoh di negeri kita orang-orang yang pernah popular tapi kerana sikap yang gopoh tadi, masyarakat tidak boleh terima, akhimya dilupakan saja. Dicuba juga buat parti lain atau jemaah lain, tapi selalunya hidup segan mati tak mahu.
Tapi selalunya umat Islam hari ini tidak bijak berhadapan dengan ujian. Mereka menganggap ujian adalah penyeksaan dan kerana itu mahu segera bebaskan diri darinya. Hingga untuk itu terjadilah ketidak seimbangan di mana-mana dan terjadilah pertembungan yang membawa krisis demi krisis.
Catatan :
LANGKAH-LANGKAH praktikal yang boleh diusahakan untuk mengelak dari terjadinya krisis atau untuk menyelesaikan krisis yang terjadi adalah seperti berikut :
1. Membersihkan hati atau jiwa (dengan jiwa taqwa).
2. Mengadakan syura (muzakarah).
3. Kembali kepada petunjuk atau hukum yang benar dari Allah dan Rasul.
4. Jangan bertindak balas.
5. Suratkhabar jangan jualkan berita-berita yang boleh merusakkan masyarakat.
6. Jangan seret orang yang tidak tahu menahu lebih-lebih lagi dengan musuh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan