9 Jul 2009

BAHASA MELAYU AKAN DIMARTABAT SEMULA

Hari ini saya merasa gembira apabila membaca tajuk utama akhbar perdana yang menyatakan "Bahasa Melayu di Martabat, Bahasa Inggeris di Mantapkan" yang membawa kepada implikasi PPSMI akan dimansuh pada 2012, ia satu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT kerana saya adalah orang yang paling sedih satu ketika dahulu apabila Bahasa Melayu di anaktirikan sebagai bahasa akademik dalam bidang sains dan teknologi.

Saya kira keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah suatu keputusan yang baik dan berfikir secara jauh. Walaupun mungkin ada yang bersedih atau tidak bersetuju, namun ibarat roda, ada masanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah. Itu adalah pusingan dalam pengalaman kehidupan.

Saya bukan pembenci bahasa lain, namun ada banyak sebab mengapa saya merasakan bahasa Melayu tidak pernah kalah jika dibanding dengan bahasa-bahasa lain. Malah bahasa melayu sebenarnya, adalah satu bahasa yang indah, satu bahasa yang mempunyai sejarah yang panjang, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca perdagangan antarabangsa, satu bahasa yang pernah satu ketika dulu, ditulis di dalam buku-buk ilmiah, buku-buku keagamaan, buku-buku sastera dan terkenal dan diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain. Dengan kata lain, bahasa melayu itu pernah satu ketika GAH menjadi satu bahasa akademik di persada antarabangsa.

Jadi mengapa perlu ada inferiority complex terhadap bahasa secanggih ini?

Alasan menyatakan bahawa bahasa melayu tidak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa Inggeris untuk diungkapkan dalam bahasa sains dan teknologi adalah alasan produk mee maggi, yang lahir dari jiwa yang jumud, lesu, pemalas dan tidak mampu berfikir secara "big picture" dan "out of the box", dan ini bukanlah jiwa melayu yang sebenar. Jiwa melayu seebnar adalah jiwa yang penuh inovasi, invensi dan kreatif.

Mungkin kenyataan saya agak keras, namun mungkin ada yang tidak setuju, tetapi ibarat pepatah melayu, "hanya jauhari yang mengenal maknikam"...mungkin kalau di tangan orang yang tidak jauhari, intan sendiripun dikata kaca..begitulah perbandingannya.

Sains dan Teknologi adalah bidang pengajian dan bidang pekerjaan saya, jadi saya kira saya berkelayakan untuk memberi pendapat bahawa, bahasa melayu MAMPU menjadi bahasa sains dan teknologi. Malah pembelajaran yang berlaku di dalam ruang lingkup bahasa ibunda sebenarnya amat memainkan peranan kepada jiwa manusia itu sendiri. Ini yang sangat sukar difahami oleh orang yang sudah kehilangan jiwa yang mungkin lahir dari pendidikan yang tidak menghadirkan jiwa ke dalam ilmunya. Mungkin sepanjang pembelajaran mereka hanya mengejar GPA dan CGPA, yang hanya mengejar simbol-simbol bagi menjadi penanda aras keilmuan mereka. Sedangkan pengukuran itu hanya sekadar pengukuran yang mati, ia mati bersama sekeping sijil yang akan diterima tetapi jika pembelajaran itu berlaku bukan semata-mata mengejar simbol-simbol tersebut tetapi atas dasar tanggungjawab dan kesedaran bahawa ILMU itu adalah untuk beramal soleh dan mencari kebenaran dalam hidup, maka ilmu inilah ilmu yang berjiwa dan hidup. Jadi orang yang berjiwa ini sangat arif dengan jati diri mereka sendiri, mereka inilah jauhari yang mengenal maknikam.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang telah berjuang walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka namun perjuangan mereka ini akan dikenang sepanjang zaman dan akan tertulis di atas tinta emas sejarah negara kita.

Yang Kurik itu Kendi, Yang Merah itu Saga,
Yang Molek itu Budi, Yang Indah itu Bahasa.

Catatan :

Satu yang menjadi kemusykilan saya, saya fikir kerajaan perlu memikirkan kemartarbatan bahasa Melayu ini di implementasi kepada semua kaum, kerana bahasa memainkan peranan penting di dalam menambahbaikan perpaduan antara kaum.

p/s :

Salam semua,

Memartarbat BM bukan bererti meminggir bahasa lain, malah mempelajari bahasa lain amat digalakkan.

Saya sendiri menggunakan BI di dalam bidang pekerjaan dalam bentuk tulisan dan syarahan, 100 % BI (tuntutan polisi), tetapi saya tidak fikir bahawa kita perlu TUNDUK kepada BI hingga menjadikan ia bahasa pengantar sains dan teknologi di peringkat sekolah rendah atau tadika lagi.

Cuba jangan beremosilah, bila BM diguna semula sebagai bahasa pengantar, bukan bererti dah tak ada peluang nak belajar BI..penguasaan BI akan dimantapkan..cuba faham-faham betul guna akal, barulah rasional dan kewarasan berfikir akan berlaku di dalam memahami isu sebenar.

Nampaknya, ada yang kurang memahami maksud artikel saya. Hermmm...

9 ulasan:

Gedung Akal berkata...

Kah..kah..kah..
Melayu memang bebal dan bodoh.
Ada ke patut bahasa Inggeris tak mahu belajar..tak mau jadi bangsa maju ke?
kah...kah..kah..kah..
cuba tengok pilem tamil...tak kisah campur aduk bahasa tamil dan english...kah..kah..
adakah mereka nampak bodoh? tidak..mereka lebih bijak dari melayu...kah...kah..kah.. Lihatlah penutur Tamil di Malaysia ini...mereka lebih suka bercakap english dan mereka hebat! kah...kah..kah..kah..Melayu memang bodoh tolak bahasa inggeris dalam sains dan matematik.
Melayu nak jadi bodoh macam orang Perancis danJepun juga...Melayu tak mahu jadi orang Tamil yang bangga cakap english..Melayu bodoh..kah..kah..kah..

kahhh..kah..kah..Melayu bodoh

Dee berkata...

Salam Puteri

Saya tak nak komen bnyk cukup kalau saya katakan "Saya sokong PPSMI".

Masa sekolah dlu saya minat subjek B.I rasa terkilan pula masa saya sekolah dlu tak ada PPSMI..Saya bkn la pandai B.I cuma faham sikit saja.Masih saya ingat waktu disekolah dulu masa mula memahami serba sedikit B.I pantang masuk perpustakaan mesti pinjam novel B.I.Teruja baca novel B.I waktu itu rasa seolah olah saya membuka satu tingkap dunia asin.g dan baru bila dpt faham sedikit penulisan Org puteh ini.

Saya dpt rasakan waktu itu dgn membaca hasil tulisan org puteh seolah olah kita dpt membaca pemikiran mereka.. Minta maaf saya katakan disini dlm penulisan novel pn org puteh ini menulis dan berfikir jauh kedepan jika dibandingkan dgn hasil penulisan novel melayu.Ini pengalaman dan pendpt saya saja.

Pada pendapat saya disini jika ingin menguasai ilmu sesuatu bangsa itu kalau boleh pelajarilah bahasanya...

Wasalam. .

PUTERI berkata...

Salam semua,

Memartarbat BM bukan bererti meminggir bahasa lain, malah mempelajari bahasa lain amat digalakkan.

Saya sendiri menggunakan BI di dalam bidang pekerjaan dalam bentuk tulisan dan syarahan, 100 % BI, tetapi saya tidak fikir bahawa kita perlu TUNDUK kepada BI hingga menjadikan ia bahasa pengantar sains dan teknologi di peringkat sekolah rendah atau tadika lagi.

Nampaknya, ada yang kurang memahami maksud artikel saya. Hermmm...

Sofiya berkata...

Betul tu puteri, mereka baca ayat pertama aja, tapi tak baca ayat kedua. Di dalam berita ada menyebut pasal pengukuhan Bahasa Inggeris, masa ditambahkan dan guru2 dari luar negeri sebanyak 1,000 orang akan dibawa masuk. Ini seperti dulu2 di sekitar 30an hingga 60an, memang ramai guru dari luar negeri.

Agaknya yg suka BI ni, guru2 Melayu yg tak dapek elaun sobab eeh, dah tak dapek ngajar bahasa inggeris laei.. Gedung akal, ko guru ke? cian ek.. hehe

Ok, serius balik. hehe. Kerajaan tidak meminggirkan bahasa internasional, tengoklah skit lagi, bila amerika semakin melingkup, ada ke org2 nak pandang ke amerika lagi. Kan Bahasa Malaysia juga diguna. Tengok lah mana negara yg naik lepas ni.
Dulu-dulu bahasa melayu pun pernah jadi lingua franca. Aku salute Indonesia, jati diri yg kuat. Bahasa mereka tetap unggul.Dunia pun lebih mengenal Indonesia berbanding dengan Malaysia. Bukan apa, kerana jati diri mereka zaman berzaman yg masih tetap utuh dan unggul. Mereka tidak menjual jati diri mereka.

Senang cakap, omputih pun kalau nak lawat negara org lain, depa cari yg lain dari negeri depa, yg ada nilai2 tersendiri. Malaysia, itu pasal la susah mau terkenal, sebab, bahasa pun dah bertambah rojak, lagi ada setengah2 Melayu nak pinggir dan panggil Melayu lain bodoh.

Aku kalau aku ni omputih, aku salute la jenis2 manusia yg gini. I would say, "Hey what kind of people are you, eh" Nuthin interesting, coz the people themselves didnt put value to their ownself".

If I want to learn bahasa melayu, I would go to Indonesia to learn the language.

I pity you, gedung akal, it seems like not much of a gedung, anyway Could be gedung yang ditinggalkan, tunggu masa diruntuhkan.

Apa lagi memanggil Melayu lain bodoh, tak terasakah memanggil diri sendiri?

Sofiya berkata...

Tambahan

Aku kalau ni omputih, aku salute la jenis2 manusia yg gini, yg terus menjaga jati2 diri mereka.

Dee berkata...

Salam Puteri.

Memertabatkan bhsa Melayu,perkara ini saya sokong.. Tapi dgn mengajar hanya dua subjek B.I dan Math akan hilangkah mertabat bhasa melayu? Kalau nak memertabatkan bhsa melayu perkasakan subjek melayu itu sendiri. Puteri sendiri sebut inovasi,invensi dan kreatif .adakah bhasa yg puteri sebutkan tadi itu benar2 bhasa melayu atau english dimelayukan?.Ya bhasa melayu pernah menjadi bhasa lingua franca.Tapi pernah kah bhsa melayu menjadi bhasa sains dan teknologi?. Bahasa melayu memang indah dlm penulisan sastera tap tidak berkaitan dgn sains dan teknologi.

Terimah lah hakikat ketepikan sifat ego bhsa english itu amat luas dan menjadi bhasa utama dlm dunia skrg ini.. Kebanyakan ilmu yg membina ketamadun manusia pd masa ini tertulis dlm bhsa english..Ilmu sains moden yg berkembang pesat skrg ini bnyk tercetus hasil pemikiran dari golongan intelek pengamal bhasa english..

Kalau kita berilmu mahir dlm semua bidang menguasai bnyk bhsa tidak akan hilang jati diri. .Melayu tetap melayu hingga ke hari kiamat pn..

Suka saya sebutkan disini seperti puteri sebutkan melayu itu inovasi invensi dan kreatif sepatutnya ini dipergunakan oleh melayu untuk mengharungi cabaran dlm mendukong PPSMI..

Apa yg saya nmpk dgn pemansuhan PPSMI ini seolah olah melayu ini malas berusaha, malas berfikir tdak sanggup menghadapi cabaran hendakkan sesuatu yg mudah dan senang saja. PPSMI baru saja bermula kita dah mengalah.Inakah dikatakan Inovasi invensi dan kreatif?

Apa lagi langkah seterusnya untuk memperkayakan dan memperkasakan ilmu dikalangan org2 melayu ini? Dunia skg makin mencabar..kita masih lagi ditakuk lama..

PUTERI berkata...

Ye Dee....saya sengaja menggunakan tiga perkataan itu inovasi, invensi dan kreatif untuk mencuit akal-akal untuk berfikir.

Tidak ada salahnya berbeza pendapat di dalam hal furukiyah seperti ini, dan saya menghormati setiap pandangan yang diberikan.

Yang salah jika kita masing-masing membazir masa untuk membuktikan kebenaran pendapat masing-masing.

Merbawi Jr. berkata...

Salam.

Dee... mengapa kami tolak PPSMI. Bacalah banyak tulisan di sini. http://universitipts.com

http://universitipts.com/index.php/kita_tolak_ppsmi/

http://universitipts.com/index.php/khutbah_jumaat_pts_dasar_bahasa_penghantar_pendidikan_dalam_al_quran/

Bahasa Melayu tidak akan berkembang jiga dinafikan peranannya dalam sains dan teknologi. Pernahkah anda baca kitab-kitab lama karangan ulama Nusantara tentang sains dan teknologi? Baca dulu sebelum membuat kesimpulan bahasa bahasa Melayu tidak pernah menjadi bahasa sains dan teknologi.

Sofiya berkata...

Ada yang menolak PPSMI kerana statistik di sekolah rendah menunjukkan keputusan ujian murid-murid Melayu di sekolah amatlah mengecewakan, iaitu antara 0-40% sahaja. Tidak dinafikan ada Melayu yg execellent tetapi berapa sangatlah jumlahnya.

Saya berpendapat kita kena kaji mengapa terjadi sedemikian rupa, berdasarkan realiti dan pencapaian sebenar, bukan berdasar apa yg kita rasa patut. Lagipun, kita semua bukan di alam persekolahan lagi.

Jika saudara Dee dan lain2 yg telah menjadi ibu-bapa tentu tahu dan pantau kad kemajuan anak2. Atau semasa ibu-bapa ramai mengambil kad kemajuan anak2, cuba2lah bertanya ibu-bapa yang ada. Jangan sembang dengan yang naik kereta besar dan nampak macam org kaya2. Cuba tanya orang2 biasa. Selain fikir anak anda, fikir juga anak2 org lain, kerana penyumbang kepada negara, bukan anak anda sorang, tapi anak2 org Melayu yg lain yg ramainya dari golongan miskin ke sederhana.