11 Jul 2009

KISAH BENAR : CARA PAS MEREKRUT PELAJAR SEKOLAH

Pengalaman seorang pemuda melayu islam Malaysia yang menceritakan pengalaman silamnya di sekolah mengenai kaedah PAS yang menghantar agen2 mereka ke sekolah-sekolah.

=================================

Pada awalnya saya hanya ingin bermuzakarah tentang kaedah usrah yang terbaik yang wajar dijalankan di sekolah.Namun akhirnya saya mendapati matlamat kami berbeza dalam menjalankan usrah.

Saya sememangnya cenderung kepada usrah imam hassan al banna. Dan saya bersetuju bahawa gerakan islam wajar menjalankan usrah agar ahli gerakan dapat bersatu hati dan berjuang dengan semangat ukhuwah dan bergerak secara berjemaah dengan tersusun.

Namun, golongan pelajar yang menjadi kelompok sasaran adalah pelajar-pelajar tingkatan satu yang ada di kalangan mereka yang tidak tahu membaca al quran pun,dan ada yang bersolat pun tunggang langgang. Sebagai senior badan dakwah,saya menganggap tugas XXXX adalah membimbing pelajar junior untuk mengenal islam dengan lebih dekat.Supaya ajaran islam menjadi cara hidup pelajar seratas.Itu yang menjadi objektif usrah dalam kepala saya.

Namun, ejen PAS itu lain pula tujuannya. Pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh (SBP)perlu ditanamkan akan pentingnya berjuang dalam islam.Dia percaya bahawa pelajar-pelajar SBP dan maktab rendah sains mara (MRSM) adalah kelompok pelajar-pelajar elit yang bakal menjadi profesional islam. Lalu dia mengatakan pentingnya pelajar-pelajar ini diberikan pendedahan awal tentang menggabungkan diri dalam jemaah islam dengan kemuncak usrah adalah upacara bai'ah.Beliau meneruskan bicaranya bahawa pelajar-pelajar yang telah berbai'ah akan secara otomatik kekal dalam perjuangan islam dengan berjuang dalam kelompok persatuan mahasiswa islam di universiti dan kemudian apabila keluar dari universiti akan menggabungkan diri dengan jemaah islam yang sebenar.

Saya bertanya kepada abang ejen itu, jemaah manakah yang dikatakan jemaah islam sebenar itu? Maka dia yang pada awalnya menganggap saya satu fikrah dengannya terus saja menyebut,jemaah islam sebenar ialah Parti Islam Semalaysia.

saya terus menolak segala bentuk kaedahnya dan tujuannya.Beliau yang terpinga-pinga agak terkejut dengan reaksi saya.Saya berkata kepada beliau,jemaah islam sebenar ialah ahlus sunnah wal jamaah.

Lalu barulah beliau tidak dapat menjawab lagi,apabila segala macam plan beliau untuk merekrut pelajar sekolah untuk menjadi ahli PAS secara bai'ah dalam keadaan mereka tidak tahu langsung sejarah politik negara adalah sesuatu yang kejam.

Beliau tidak mengetahui,bahawa sebelum saya masuk ke XXXXX pada tahun XXXX,saya telah mengkaji politik dan memang tahu tikam menikam pakat berpakat dalam politik,dan saya memang menyedari ada kelompok yang berjuang dalam politik bukan dengan pemikiran mendalam ke atas perjuangan ulama ahlus sunnah wal jamaah,tetapi politik mereka adalah politik untuk menang pilihanraya dan menjadi kerajaan.

Saya tidak berkata,bahawa mereka adalah semuanya begitu. Saya memang tahu dalam UMNO,ada pejuang yang memperjuangkan jalan ahlus sunnah wal jamaah,dalam PAS juga ada yang berjuang dengan jalan ahlus sunnah wal jamaah.Dan saya fikir kelompok UMNO dan PAS bukan berbeza agama atau mazhab tetapi hanya berbeza pendekatan politik.

Saya juga tidak menafikan ada kelompok sekular dalam UMNO dan kelompok ala-ala khawarij dalam PAS.Menganggap PAS sebagai jemaah islam sebenar seakan-akan menafikan orang islam lain yang tidak menjadi ahli PAS sebagai tidak masuk dalam jemaah islam sebenar walaupun orang itu berpegang kepada pegangan ahlus sunnah wal jamaah.Dan fahaman inilah yang membuatkan pakcik-pakcik kedai kopi begitu mudah membutirkan kalimah kafir pada kelompok yang bukan dari kalangan mereka.Bukan menjadi jalan ahlus sunnah wal jamaah untuk mudah membutirkan orang lain sebagai kafir.

(baca kutipan di bawah untuk memahami maksud ayat di atas)

hh.lawak jugak ya saudara ini. jadi,apa pula idea pasal isu melayu berpecah?

ini isu paling saya minat. sebab isu ini bila orang-orang tua itu bersembang mesti panas. kadang kadang risau juga saya tengok. mereka macam nak bergaduh. mereka banyak cerita pasal politik.

oleh itu, pada saya ketika itu politik menjadi punca melayu tak bersatu. masa saya kecik saya cukup benci orang politik. sebab orang politiklah melayu tak bersatu.

saya banyak kali dengar orang UMNO ajak bersatu,malah lagu UMNO pun ada sebut bersatu,moto UMNO pun ada sebut bersatu. saya benci orang UMNO masa itu kerana mereka tak berusaha untuk bersatu dengan PAS.

pada masa awal-awal perbincangan orang tua itu banyak berkisar pasal PAS sebagai gerakan islam yang mulia. gerakan yang ikhlas berjuang kerana Allah. PAS sebagai kumpulan ulama.

oleh itu,saya rasa UMNO ini menolak islam.UMNO ajak bersatu,tapi patutnya UMNO pergilah jumpa orang PAS,cakap nak bersatu,tanak gaduh-gaduh.Sebab orang UMNO pun orang islam. Apa masalah untuk bersatu?

Masa itu saya fikirkan begitu.Sehinggalah satu masa saya mendengar ceramah orang PAS, mereka sebut,"lawan tetap lawan, sampai mati kita lawan UMNO! hancur UMNO!" sambil disertai gelak ketawa oleh hadirin. saya sedih waktu itu. rupa-rupanya ada orang PAS yang terhibur dengan perpecahan ini. saya cukup sedih waktu itu.

saya mendengar orang-orang tua PAS bersembang pula sejak itu. saya ingin tahu corak pemikiran mereka. sedih saya apabila salah seorang dari mereka mengatakan, "kafir orang-orang UMNO ini,tengoklah nanti, Allah turun bala atas UMNO".

rupa-rupanya agenda untuk bersatu dengan UMNO tak ada juga di dalam PAS pada pemikiran saya waktu itu.

Pada waktu itu, saya menganggap orang UMNO tak ingin bersatu dengan PAS dan hanya mahu PAS sertai UMNO. orang PAS juga tak mahu bersatu dengan UMNO,dan mahu orang UMNO sertai PAS.

jadi mereka berebut ahli untuk menjadi jaguh kesatuan. inilah beza pemikiran saya dengan mereka orang-orang tua itu. saya berpendapat parti dan jenama kesatuan itu tiada makna. pada saya melihat melayu bersatu itu lebih utama. sebab saya cukup yakin sehingga sekarang saya masih yakin, orang melayu akan gagah bila kita bernaung dalam kelompok yang sama. Jika membubarkan UMNO dan PAS itu mampu menyatukan orang melayu,maka saksikanlah saya orang pertama akan hancurkan tembok kepartian itu!

wahh.. ekstrim juga ya idea saudara ini. jadi, waktu itu,saudara tolak politik seratus peratus?

yaa.. waktu itu saya tolak politik seratus peratus. dalam kotak pemikiran saya waktu itu,saya malas nak berfikir pasal politik. waktu itupun politik malaysia agak stabil. Walaupun hakikatnya,saya tak suka budaya politik melayu malaysia,yang melihat parti macam agama. Orang UMNO pandang PAS macam orang agama lain. Bagitu juga PAS memandang UMNO macam penganut agama lain. Padahal mereka berbeza aliran politik sahaja,bukan agama. agama sama. malah mazhab juga majoriti sama iaitu mazhab syafie. Itu yang buat saya jadi marah dengan orang politik. sebab mereka abaikan teras dalam islam iaitu persaudaraan islam yang dibina Rasulullah. itulah pandangan saya ketika itu.

==========================

Ini adalah cerita pengalaman dari seorang pemuda tentang alam kehidupannya dan pengalamannya dengan agen PAS dan pak cik-pak cik tukang lepak di kedai kopi di kampung-kampungnya, penyokong tegar PAS.

Nampaknya budak sekolahpun ada yang bijak menilai spesies PAS yang melalut meraban macam ni..memang jenis watak2 beginilah yang suka akan pemimpin jenis yang klu klek, atau bahasa canggihnya, flip flop atau spinner. Dan sememangnya PAS memang hanya akan dapat MEREKRUT spesies yang tidak suka berfikir dan sudah dibutakan mata hatinya walaupun telinga dan mata mereka tidak pekak dan tidak buta.

Catatan : Kredit diberikan kepada pengisah benar tersebut, semuga dia kembali ke Malaysia sebagai pejuang islam sejati..Ameen.

P/s : Pelikk...modus operandi PAS merekrut pelajar2 di sekolah SBP ini macam ala2 CIA pula..mungkin tuk guru mereka sama kot....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya berminat dengan artikel2 anda. syabas satu bentuk penilaian yang baru .... teruskan

Tanpa Nama berkata...

Sy juga setuju jika pandangan seperti ini dapat dibaca oleh semua orang, cuma sy disini juga berharap agar dlm blog ni walaupun berlainan pndapat agar tidak kata - mengata sesama sendiri...