30 Jul 2009

TAZKIRAH : PERPADUAN YANG HAKIKI

NAPOLEON Bonaparte yang beriaya menggemparkan dunia dengan kewibawaannya menyatu-padukan kaumnya, akhirnya tumbang juga. Hitler seorang genius di dalam ketenteraan dan kepimpinan hingga dapat melahirkan satu kesatuan bangsa yang kuat dan gagah, akhirnya kecundang juga.

Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin dunia moden hari ini samada dari dunia Islam mahupun dari dunia bukan Islam, guling-mengguling antara satu sama lain sering berlaku. Mereka semuanya mengakui menjadi juara dalam menyatukan bangsa dengan berbagai-bagai konsep perpaduan yang mereka bawa. Tetapi tidak ada satu negarawan pun yang dapat melahirkan bangsa yang hakiki.

Kita dipaparkan melalui sejarah bangsa betapa mereka yang mengaku menjadi juara dalam menyatupadukan bangsa, telah membawa bangsa dan negaranya ke dalam kancah huru-hara dan kacau-bilau. Begitu banyak sekali nyawa yang terkorban dan tidak wujud lagi kedamaian dan keamanan di tengah-tengah kehidupan manusia. Me-ngapakah hal demikian boleh teriadi sedangkan mereka sendiri yakin bahawa konsep bersatu yang mereka bawa boleh membawa keamanan dan kedamaian.

Puncanya ialah manusia-manusia yang memperiuangkan konsep bersatu dengan menggunakan fahaman-fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan laintii7iu adalah manusia-manusia yang tidak takut kepada Allah S.W.T, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cinta kepada syurga Allah. Kerana itu mereka tidak mampu berhadapan dengan hawa nafsu yang sentiasa meruntun manusia berbuat kejahatan. Firman Allah S.W.T:

Maksunya:
"Sesungguhnya, nafsu itu sangat menyuruh membuat kejahatan. " - Yusuf 53.

Kerana manusia-manusia ini tidak dapat melawan hawa nafsu, maka mereka tidak akan dapat mengeiakkan diri daripada mementingkan diri sendiri, hasad dengki, ego, riak, sombong dan takbur, hina menghina, sifat dendam, tamak, bakhil , tidak bertimbang rasa dan lain-lain nya. Dan begitu jugalah dengan menggunakan kebudayaan dan adat istiadat sebagai ikatan.

Mereka bukan mengutamakan kebesaran Allah S.W.T hingga gerun kepada neraka-Nya serta cintakan syurga-Nya. sebab itu, walaupun kebudayaan dan adat istiadat yang mereka bawa bercanggah dengan syariat, namun tetap mereka pertahankan.

Umpamanya, ada setengah-setengah kaum yang menganggap persentuhan antara lelaki dan perempuan dua beradik sepupu tidak salah dari segi adat. Kerana itu, adat ini mereka pertahankan walaupun dari segi syariat adalah salah. Akibatnya maksiat menjadi-jadi. Manusia tidak takut melanggar perintah Allah.

Dengan demikian, jelaslah kepada kita bahawa konsep bersatu yang diperjuangkan oJeh pemimpin-pemimpin hari ini tidak boleh menjamin kedamaian dan keamanan hidup malah lebih banyak menimbuJkan perselisihan, pergeseran, pertarungan, guling-mengguling yang akhirnya membawa kepada peperangan. Dan bagi kita, tidak hairanlah mengapa berlakunya pergaduhan di antara anggota-anggota di dalam sesebuah persatuan atau di antara dua negara waJaupun mereka menganut fahaman yang sama iaitu samada samasama berfahaman sosialism atau komunisma atau nasionalisma dan sebagainya. Malah, di barat sana kita dapati satu negara yang rakyatnya sama-sama berfahaman demokrasi telah bergaduh dan berbunuh-bunuh sesama sendiri.

Dengan demikian juga, kaJau fahaman-fahaman ini digunakan untuk menyatu-padukan umat Jslam dengan tujuan untuk membawa umat Islam ini ke arah kesatuan atau ummah, maka tidak hairanJah kalau umat Islam yang menjadi anggota satu-satu organisasi atau anggota satu masyarakat atau daerah atau yang menjadi rakyat sesebuah negara Islam itu pun akan bergeser sesama sendiri hingga timbul di kalangan mereka krisis demi krisis, timbul perpecahan dan pergaduhan yang juga boleh mengakibatkan peperangan sesama sendiri.

Sedangkan kesatuan ummah yang dipimpin Rasulullah S.A.W adalah satu kesatuan ummah yang penuh keamanan dan kedamaian; yang tidak berpecah-belah; yang tidak bergaduh sesama sendiri; yang penuh dengan ukhwah dan kasih sayang dan sebagainya.

Apakah rahsia yang membawa umat Islam ketika itu dapat bersatu dalam kedamaian dan keamanan?

Ini adalah kerana umat Islam ketika itu dipersatukan oteh Rasulullah S.A.W atas dasar imap. Manusia ketika itu memang ada rasa bertuhan, dididik tahu bagaimana hendak menyembah Allah dengan cara yang betul. Mereka ini telah dapat dipimpin dan dipersatukan oleh Rasulullah dengan cara memperkenalkan Allah S.W.T kepada mereka dengan pengertian yang sebenarnya serta membawa mereka memperbesarkan Allah dan menyembah-Nya dengan cara yang betul hingga timbul di hati mereka rasa takut kepada Allah S.W.T. Dengan sendirinya, umat yang bersatu itu takut hendak melanggar setiap perintah Allah serta patuh kepada suruhan Allah S.W.T.

Kemudian Rasulullah S.A.W menambahkan kekuatan kesatuan umatnya dengan memperkenalkan negara akhirat dengan sebenar-benarnya hingga timbul di dalam hati masing-masing bagaimana gerunnya neraka Allah dan bagaimana hebatnya kuasa Allah S.W.T. Kerana itu, manusia takut melakukan perbuatan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka manakala mereka mudah melaksanakan perbuatan yang boleh membawa mereka ke syurga.

Hasil dari keyakinan ini, maka manusia dapat melawan nafsu dan syaitan yang mana kedua-dua inilah yang membawa kepada perpecahan, pergaduhan dan pergeseran hingga membawa kepada peperangan. Nafsu dan syaitan jugalah menyebabkan manusia menaruh sifat-sifat keji di dalam jiwa hingga mendorong manusia itu melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemaksiatan. Bilamana semua ini berlaku, maka bukanlah dinamakan persatuan dan perpaduan lagi.


Demikian, sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Rasulullah menyatu-padukan umat Islam. Kekuatan perpaduan umat Islam ketika itu tidak dapat dijejas dan digugat oleh sebarang ancaman dan penindasan. Ini jelas terbukti ketika Rasulullah dan pengikut-pengikutnya diasingkan oleh kaum Quraisy selama tiga tahun, yaitu mereka mengasingkan dengan tidak mahu berjual beli dengan pengikut-pengikut Rasulullah, tidak mahu kahwin mengahwini antara mereka dan menyekat barang-barang makanan kepada mereka. Namun demikian, kesatuan Rasulullah bersama pengikutnya masih teguh.

Bukan sekadar itu saja, penzaliman dan penindasan telah dilakukan oleh kaum musyrikin terhadap kesatuan Rasulullah S.A.W bersama pengikutnya yang telah beriman. Anggota mereka diseksa seperti Sayidina Bilal misalnya. Dia dijemu ditengah-tengah panas terik t npa makan dan minum dengan kedua kaki dan tangannya diikat. Namun mereka tetap berpegang teguh kepada Rasulullah S.A.W dan ajaran Islam.

Inilah bentuk perpaduan yang lahir hasil dari manusia takut kepada Allah, gerun kepada neraka Allah dan cinta kepada Syurga Allah.

Jadi di sini dapatlah kita fahamkan bahawa persatuan dan perpaduan itu ada hubungan dengan hati. Pertautan hati itu pula adalah lahir dari takut kepada yang satu serta mencintai hanya yang satu iaitu takutkan Allah dan mencintai Allah semata-mata. Inilah yang menjalinkan rasa persaudaraan dan ukhwah yang mana adalah tumbuh di dalam hati manusia yang ia pula berhubung langsung dengan Allah yang Maha Esa.

Dari kesatuan hati-hati manusia itulah maka timbulnya kesatuan yang lahiriah.


Maka tercetuslah perpaduan yang ada hubungannya dengan matlamat yang satu iaitu matlamat menuju kepada keredhaan Allah S.W.T. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda tetang kesatuan hati:

Maksudnya:
"Roh-roh (hati-hati yang menyintai Allah (mengingat) itu timbal-menimbal di antara satu sama lain."

Inilah yang dikatakan bersatu mengikut pengertian yang sebenarnya, iaitu bersatunya manusia itu berpunca dari kesatuan hati-hati yang sama-sama mengingati Allah, menyintai Allah dan sama-sama takut kepada-Nya.

Tiada ulasan: