10 Jun 2009

APA GUNA MUJADALAH DAN MUBAHASAH?


BIASANYA bermujadalah susah menjaga ego dan megah
Suka berbahas-bahas biasanya menebalkan ego,
riyak dan mencari nama
Selalunya di dalam bermujadalah dan bermubahasah
Ingin mahu menang, tidak mahu rasa kalah
Payah menerima kebenaran
Sekalipun terpaksa menegakkan benang basah
Begitu juga di dalam majlis forum
Payah hendak mengelak daripada menunjuk-nunjuk
dan bermegah-megah
Malu rasanya kalau tidak pandai berhujah
Berbunga hati jika pandai berhujah dan bercakap petah
Hadirin yang bertanya pula, menyoal kerana megah
Agar orang ramai menganggap dia
orang yang pandai mencungkil masalah
Kalau panel tidak pandai menjawab, itulah yang dia hendak
Supaya orang ramai menganggap dia lebih pandai
dari ahli panel atau penceramah

Apa sudah jadi majlis forum dan ceramah?
Penceramah atau ahli panel dengan para pendengar
Sama-sama hatinya rosak dan punah
Masing-masing tidak dapat menjaga dirinya
Daripada bermegah-megah dan riyak
Kerana itulah di dalam Islam
Bermujadalah dan bermubahasah sangat ditegah
Lantaran dari sinilah timbulnya riyak, megah,
glamour, cari nama dan berpecah-belah
Kerana itulah di dalam kitab dikatakan

“Tidak akan rosak sesuatu kaum itu
Kecuali apabila didatangkan mujadalah”

Mujadalah dan mubahasah bukan mendatangkan kebaikan pada umat
Tapi dari sinilah akan suburnya mazmumah yang ditegah
Tapi malangnya para ulama
Mujadalah dan mubahasah telah dijadikan budaya
Budaya yang mengajak umat Islam berlalai-lalai dan bermegah-megah
Di dalam Islam, yang disuruh bermesyuarat dan muzakarah
Itu pun ada mempunyai disiplin,
adab dan tata tertib
Agar ia berjalan dengan penuh ukhwah
Agar jadi ibadah

2 ulasan:

hatiminda berkata...

Key Jahatan (KJ) dan Husam menari dan berjoget di pentas politik atas arahan ketua yang sama?

PUTERI berkata...

Bijak...