Tujuan saya menulis di dalam blog ini kerana saya ingin berkongsi pengalaman sendiri...pertama untuk pesakit stroke itu sendiri, dan kedua untuk rakan dan taulan pesakit agar mereka dapat membantu pesakit.Pengalaman saya bukanlah terbaik tetapi mungkin ada manafaatnya untuk orang lain.
Sebenarnya saya berhajat untuk menulis buku tentang pengalaman ini, jadi catatan di blog ini saya jadikan tempat untuk saya mengumpul info sebelum diterjemahkan ke dalam bentuk buku.
Baiklah, kita sambung cerita.
Minggu yang pertama saya habiskan di atas katil, kaki kanan saya sangat berat dan saya tidak boleh menggerakkan badan. Bagaimana saya lalui saat itu?...
Pertama, KITA MESTI REDHA.
Kedua, SABAR
Ketiga, Banyakkan berdoa, jangan tinggalkan solat, banyakkan zikir.
Keempat, Mesti positif dan jangan berputus asa.
Kita sendiri yang harus kuat semangat untuk melalui saat getir itu..cuba bayangkan dari kondisi normaal kemudian langsung tidak berkeupayaan utk mengurus diri sendiri...NAMUN JANGAN JADIKAN ITU SEBAGAI SEBAB UNTUK MENYALAHKAN TAKDIR...APATAH LAGI MENYALAHKAN ALLAH ATAS APA YG TERJADI...
Ingatlah bahawa setiap musibah atau ujian sakit itu, tanda Allah masih sayang kepada kita..ia sebagai penghapusan dosa atau peningkatan darjat kita disisiNya..
Maka kerana itulah Allah berfirman:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(Al-Ankabut: 2-3)
Alhamdulillah, saya rasa tenang dan bahagia walaupun dalam keadaan fizikal yg lemah..Apabila kawan datang, saya ceria dan masih bergelak ketawa..itu semua terapi yg baik...saya tidak menangis, kerana saya perlu kuatkan hati dan tidak boleh stress...
Seminggu itu saya di diagnosis semula, dan tekanan darah tinggi saya kembali normal dan kolesterol juga turun ketahap normal..memang sampai sekarang saya masih jaga makan dan mengambil suplemen yang sesuai untuk tekanan darah dan kolesterol.
ok nanti saya akan ceritakan perihal penjagaan makanan saya sebagai seorang pesakit stroke dalam siri seterusnya...TUNGGU!!!!...
8 ulasan:
assalammualaikum w.b.t..ayah saya juga menderita strok hampir 2 tahun lepas dan sampai sekarang masih belum boleh berjalan lagi. umur ayah saya 62 tahun dan saya begitu risaukan beliau kerana saya merasakan ayah saya sudah patah hati atau berputus asa. saya sentiasa mencari bahan bagaimana unutk menjaga ayah saya nanti apabila balik ke sabah nanti dan saya menemui blog tuan ni..saya harap tuan tidak keberatan untuk memberi kata-kata semangat pada ayah saya supaya tidak berputus asa dan berperang dengan diri sendiri. menurut kata mak saya, ayah saya tidak memperdulikan kata-kata dan arahan doktor dimana ayah saya sentiasa mahu melakukan ikut kata hatinya sahaja. buat pengetahuan tuan, ayah saya ada sakit asma. saya begitu risaukan ayah saya, saya mahu ayah saya kembali seperti dulu dan dapat berjalan semula dan dapat bersolat walaupun hanya duduk. ayah saya lebih suka berbaring dan tidak suka bergerak. selepas makan dia akan minta untuk ditidurkan. diharap tuan dapat memberi kata-kata semangat kepada ayah saya. saya juga berharap tuan cepat sembuh, saya harap ayah saya bersemangat seperti tuan..
Wsm
Setiap pesakit stroke mempunyai kes yg berbeza...mungkin ayah sdr mgalami stroke yg kuat dan menjejaskan keupayaannya...memandangkan umurnya sudah 62 thn, agak payah utk pulih kerana tenaga yg kurang...sy baru berusia 43 thn, selalunya faktor umur juga mempengaruhi cepat atau lambat utk pulih .
Walauapapun, ayah sdr masih ada harapan utk sembuh...yg penting jgn putus asa dan jaga solat wpun dlm keadaan baring....solat adalah kekuatan dan kuasa pyembuhan kpd setiap pyakit..begitu juga zikir..kaum keluarga juga perlu mendoakan pesakit tanpa putus..
Selain itu ikhtiar spt acupuncture, bekam, fisioterapi dan urut perlu dicuba..jaga mkn dan ambil supplement...sy buat semua itu...sekrg dah 4 bulan lebih, alhamdulillah dah blh jln, tinggal jari shj yg belum pulih...
Saya mendoakan ayah sdr sembuh dari stroke..sebenarnya yg blh bantu ialah kekuatan dlm diri utk sembuh...tk blh sesekali putus asa..Allah akan sentiasa kabulkan harapan dan doa kita selagi kita bersangkabaik padaNya..
Penyakit ini sebenarnya satu hikmah, itu tanda Allah syg pada kita...bila di uji kita akan dekat padaNya..sakit juga menghapuskan dosa dan jika redha dan sabar, Allah akan tingkatkan darjat kita di sisiNya, insyaAllah...kita kena positif..kena redha atas sakit yg menimpa...jgn merungut dan jgn persoalkan takdir Allah..Dia lebih mgetahui apa yg terbaik utk kita.
Sy pun masih dlm usaha utk pulih sepenuhnya...sy harap sy dpt pulih...di saat bgini, sy tk mahu fikirkan apa2 yg negatif, memg kena positif dgn harapan Allah pemberi kesembuhan.
Sampaikan sAlam sy pada ayah sdr..Katakan padanya, Allah menguji mgikut kemampuan hambaNya..Ayah sdr mampu utk pulih semula...teruskan ikhtiar, usaha dan doa, insyaAllah..
pada tahun lepas emak sy juga pernah kna stroke sbwlah kanan.mak tak boleh berjalan ,makan dan taangan kanan juga tak boleh beegerak aktif.bahagian mulut sbelahbkanan jga jd swnget dan berair.seminggu selepas itu dr mengesahkan pula mek mengalami masalah buah pinggang stage 4.dan mek sy terpaksa buat pd utk cuci buah pinggang.hampir dua tahun mek sy terlantar akibat strokw dan buahbpinggang.namun sy adik beradik tak pernah berhenti berdoa agar mek pulih seperti sediakala.swhinggalah ada sworang kawan dr k.l meminta sy mwmberi mek makan getah arab yg di import dr sudan.sbgai ikhtiar sy membeli getah arab tersebut dan alhamdulillah berkat makanan dr syurga terssebut mek sy bukan shj boleh berjalan seperti org biasa.masalah buah pinggang mek juga kembali normal dan tak perlu dealisis.terima kasih Ya Allah.kepada seseiapa yg ahli keluarganya ada masalah stroke ,darah tinggi dan buah pinggang boleh lah mencuba getah arab atau al manna.sekiranya anda ingkn membuat sebarang pertanyaaan sy sedia berkongsi .anda boleh hubungi sy 0195491600.
Kawan-kaawn sekalian, sudikanlah menghubungi saya,, Hubungi saya di 010-9333205, insya'allah saya akan bantu..
asalamualaikum akak dah sembuh sepenuhnye ke dari stroke saya diserang stroke bln 3 2013 dah masih belum pulih lagi lumpuh sebelah kiri dan tangan masih belum bergerak2 lagi akak ade berubat dimana2 ker untuk sembuh kembali klu boleh kongsi pengalaman akak berubat dengan siapa
asalamualaikum akak dah sembuh sepenuhnye ke dari stroke saya diserang stroke bln 3 2013 dah masih belum pulih lagi lumpuh sebelah kiri dan tangan masih belum bergerak2 lagi akak ade berubat dimana2 ker untuk sembuh kembali klu boleh kongsi pengalaman akak berubat dengan siapa
Assalam suami sy kena minor stroke usia 41 thn dapat MC 3 bulan...dia buat rawatan urut , bekam skrg keadaan semakin baik dan bole bergerak kaki dan tangan ...soalan saya jika suami saya sembuh sepenuhnya bolekah suami sy bekerja spt biasa sebelumnya...kerana saya takut ia akan berulang kembali...sekian terima kasih
Getah Arab tu apa fungsi dia? Elok ke untuk strok? Pelbagai usaha juga dilakukan untuk ayah tersayang.
Catat Ulasan