Berjuang Dengan Mengata-ngata
Berjuang dengan mengata-ngata
Luahkan perasaan hati apa sahaja yang terasa
Mereka tidak adil!
Penzaliman berleluasa, hak asasi kita sudah tiada!
Maksiat, kemungkaran berlaku merata-rata!
Nipotism, kronism, rasuah amalan pihak berkuasa!
Diskriminasi, politik wang mesti dibasmi!
Kita menuntut keadilan
Kita mahu kebebasan
Demokrasi sudah mati
Reformasi, reformasi, reformasi!
Begitulah laungan yang selalu didengar terutama di waktu demonstrasi
Apakah cara ini perjuangan yang hakiki?
Bolehkah cara ini menyelesaikan segala masalah?
Rasulullah SAW dahulu menanamkan iman atau aqidah lebih dahulu
Hingga setiap orang cinta atau takut dengan Maha Pencipta
Cinta Syurga, takutkan Neraka
Setiap orang mendisiplinkan diri dengan syariat
Nampak syiarnya di mana-mana
Dihiasi diri dengan akhlak mulia
Kelihatan indah laksana bunga di taman bunga
Kasih sayang begitu nyata, bertolong bantu begitu ketara
Sepatutnya para pejuang mengusahakan ini semua
Pejuang yang berjaya boleh mendidik manusia sekalipun tiada kuasa
Apatah lagi jika ada kuasa
Allah Taala cinta agungnya, Rasul pemimpinnya
Akhirat menjadi matlamat hidupnya
Syahid menjadi cita-citanya
Mana? Mana? Pemimpin yang boleh buat ini semua?
Mana? Mana? Pemimpin peribadi dan pengikutnya menjadi role-model?
Kalau ada pasti Allah Taala bantu
Walaupun kena uji selalu, akhirnya kepada mereka akan diberi kuasa
Mana mereka itu? Siapa mereka itu?
Manusia sedang menunggu
Kerana manusia sudah jemu dengan pejuang-pejuang yang ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan