30 Jan 2013

MALAYSIA TAPAK KEBANGKITAN ISLAM KEDUA?

Apa yang diperbentangkan dalam artikel ini, saya tidak minta untuk percaya seratus peratus, namun segalanya berkemungkinan..saya hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan...tanpa mengira kita berada di pihak mana...

Alkisahnya,


Kita kena ingat sebenarnya, Insaniah manusialah yang akan membentuk negara Islam. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Mesir sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?

Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada. Perkara seperti ini sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menandakan kedatangan pemimpin yang ditunggu-tunggu sudah terlalu dekat.

Golongan Politik di Malaysia sudah gagal dan tidak mampu. Sekali lagi diingatkan, Pilihanraya Umum ke 13 ini mungkin takkan berlaku seperti yang diharapkan. Ia takkan berlaku, kalau terjadi juga kerajaan terpaksa hadapi risiko yang sangat besar!

Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya menguasai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan pemimpin mereka dan satu sama lain. Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.


Apapun, Islam akam menang dan terus menang. Hijrah 1434 tidak memberi mata kepada Yahudi dan sangat merugikan mereka. Apa-apa perancangan musuh-musuh ini sekarang akan menguntungkan Islam! Sesungguhnya ia akan membuatkan boneka-boneka Yahudi di seluruh dunia panik. Datuk Sri Anwar Ibrahim, buat apa pun tidak menjadi, malah makin jauh daripada sasaran yang dia harapkan. Ada golongan yang mengharapkan revolusi di Malaysia akan menjadi seperti di Mesir, nampaknya tak berlaku.

Rakyat Malaysia yang telah mendapat sentuhan Islam yang sebenar, hati-hati mereka tidak menerima cara kekerasan dan kotor ini. Sekejap-sekejap bolehlah, nak sampai seminggu berkumpul di Stadium Merdeka, itu bukanlah ciri-ciri rakyat Islam Malaysia.

Yahudi nampaknya kecewa dengan ayam sabungnya yang sudah cukup terlatih ini. Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke dua. Jadual Tuhan sedang menuju ke destinasinya, iaitu mengarahkan Malaysia bersamanya. Masyarakat dunia sedar atau tidak, Malaysia akan jadi Negara Islam dan tapak empayar Islam.

Tunggu dan lihat!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Suku ataupun wilayah

Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://khilafahislam.de.pl

Abu Maryam Mohammad berkata...

Dalam meniti gelombang kebenaran perlulah diwaspadai syahwat&subhat(syok sendiri) agar tidaklah kita menang sorak aqidah yang tergadai. Wallahu musta'an...
Fenomena 'over-thinking' masih berlaku di kalangan pemuda-pemudi Muslim yang bersemangat namun masih leka dengan hiburan.