20 Jan 2013

JANGAN TAKUT DENGAN MASALAH

Masalah dan ujian mendorong kita kembali kepada Tuhan.Ia menyedarkan dan menginsafkan kita. Ia dapat membantu kita kembali kepada rasa berTuhan, mengadu, bergantung harap, merintih dan meminta tolong kepada Tuhan. Ujian dan masalah boleh menyuburkan sifat-sifat hamba kita. Masalah dan ujian meningkatkan iman. Malahan ia adalah syarat untuk mendapatkan iman. Oleh itu, kalau kita benci atau tidak suka diuji dan kita tidak senang dengan masalah,takut-takut kita tidak termasuk golongan orang yang Tuhan akan campakkan iman ke dalam hati-hati mereka. Ini kerana Allah SWT ada berfirman:
Maksudnya: "Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan `Kami telah beriman,` sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan dia mengetahui orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Tiada ulasan: