21 Jan 2013

PENGALAMAN SAYA SEORANG PESAKIT STROKE (2)

Malam itu, pertama kalinya saya tidur di bilik ICU, ia bukan bilik sebenarnya tetapi satu ruang luas yg setiap pesakit ada nurse yg akan memantaunya...saya masih terjaga walaupun jam sudah pukul 2 pagi..tiada siapa yg dibenarkan utk masuk ke dlm bilik ICU, jadi sy hanya bersama nurse..saya tidak mahu membebankan fikiran saya..saya beristighfar dan berselawat...terasa agak tenang dijiwa...sebenarnya sejak dari perjalanan ke hospital, saya istiqamah berzikir ....saya tahu saat itu saya perlu tenangkan jiwa saya, dan tidak fikir bukan-bukan...

Nurse datang setiap setengah jam sekali, memeriksa kondisi saya...sebenarnya doktor dah arahkan nurse utk meletakkan ubat tidur dalam drip air yg dimasukkan ke dlm badan saya...dalam keadaan yg tidak selesa kerana tidak dapat menggerakkan badan itu, saya dapat tidur-tidur ayam juga.

Alhamdulillah, azan subuh boleh didengar hingga ke dalam bilik ICU..saya hanya bersolat menghormati waktu..keadaan tidak mengizinkan utk saya berwuduk..namun begitu saya sedar, ingatan saya sedikit terjejas..saya lupa doa qunut..itu sebahagian dari kesan stroke sebenarnya..

beginilah bilik ICU




menjelang pagi, doktor datang dan menyampaikan berita bahwa otak saya tak perlu dibedah..Alhamdulillah..scar tersebut sgt dalam dan merbahaya utk dilakukan pembedahan. Dan yg menggembirakan saya, percakapan saya juga semakin baik..bermakna saya tak perlukan terapi percakapan...

Bagaimanapun doktor sebut, saya perlu 6 bulan utk pulih seperti biasa..hermm 6 bulan..fahamlah saya, kesan stroke saya bukan mild kerana ia menjejaskan banyak kemampuan saya untuk melakukan seperti org normal.

Hari-hari yg seterusnya saya habiskan di bilik ICU...hari keempat baru saya dimasukkan ke wad biasa..ramai rakan dan taulan yang datang ziarah, saya sangat hargai keprihatinan mereka..terimakasih...saya dimasukkan ke wad bilik seorang.




Minggu pertama saya habiskan di atas katil sahaja..tak mampu bergerak walaupun untuk ke tandas...bayangkan perasaan saya waktu itu..tetapi Alhamdulillah, saya positifkan hati dan akal saya.ia banyak membantu saya menjadi lebih bertenaga dan tenang..

Simptom org terkena stroke ialah rasa lemah, tak berdaya dan cepat letih..bila pelawat dtg, saya cuba utk bercakap, ia satu terapi utk saya pulih dan dpt bercakap seperti biasa..

Makanan?...hermm..kena pantang...hari-hari diberi bubur nasi...kurang garam, org pahang sebut "tawar habe"...




bersambung.

(saya tulis pengalaman ini kerana saya ingin kongsikan perasaan hati pesakit stroke agar lebih difahami dan menjadi panduan utk sesiapa yg senasib dgn saya..insyaAllah saya akan bukukan)

3 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Salam, Pasti Allah lebih mengetahui dan menguji hambanya diatas kemampuan hamba itu sendiri.

Sweet 's Collections berkata...

Smg hari2 yg dilalui, anda semakin tabah dan sabar dlm menempuh hidup... smg cepat sembuh 100%...

Unknown berkata...

Semoga lebih tabah dan tidak putus asa..Saya juga ada kisah dari Uncle Jitendra mengenai strok...semoga perkongsian ini berguna.