27 Jan 2013

MANAFAAT BAWANG PUTIH

Selama ini bawang putih banyak dikenal oleh masyarakat sebagai penyedap untuk masakan, namun dibalik itu ternyata bawang putih menyimpan berbagai manfaat kesihatan yang mungkin tidak kita ketahui sebelumnya.




Sejak puluhan tahun yang lalu banyak orang yang memanfaatkan bawang putih untuk kesihatan dan untuk terapi pengubatan berbagai penyakit, seperti tekanan darah tinggi (hipertensi), kolesterol tinggi (hiperkolesterol), penyakit jantung, serangan jantung, dan penyempitan pembuluh darah (aterosklerosis). Selain itu, bawang putih juga mempunyai manfaat yang baik untuk kecantikan, perawatan kulit serta untuk mengubati jerawat.

Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa bawang putih dapat menurunkan tekanan darah pada orang dengan hipertensi sebanyak 7% sampai dengan 8%. Namun penggunaanya tidak boleh berlebihan, karena meskipun tekanan darah telah dalam batas normal, bawang putih akan tetap menurunkan tekanan darah yang dapat mengakibatkan hipotensi.

Sebagai Antiseptik Dan Antibiotik Semulajadi
Dalam kedua Perang Dunia bawang putih digunakan sebagai antiseptik untuk mencegah gangrene. Para peneliti mengatakan ada suatu bahan dalam bawang putih yang mempunyai fungsi 100 kali lebih efektif daripada beberapa antibiotik popular untuk memerangi bacteria campylobacter, salah satu penyebab paling umum dari penyakit usus.

Hiperkolesterol
Penelitian telah menunjukkan bahwa mengambil 600 mg bawang putih setiap hari, menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh.

Kesihatan Kulit

Kemampuan Bawang putih untuk melawan infeksi dan bakteri membuatnya menjadi ubat yang efektif untuk kutil dan masalah kulit lainnya.

Peredaran Darah
Bawang putih juga dapat membantu anda meningkatkan peredaran darah dan juga membantu memanjangkan ereksi.

Diabetes

Bawang putih dipercaya dapat membantu diet orang dengan penyakit diabetes dengan cara mengatur kadar gula darah dengan meningkatkan pelepasan insulin pada penderita diabetes.

Ubat Sakit Gigi
Bawang putih mempunyai 2 efek yang sangat berguna untuk orang yang sedang mengalami sakit gigi, iaitu kesan tahan sakit yang membantu mengurangkan rasa ngilu dan efek dari kandungan antibiotik yang dapat menyembuhkan sakit gigi.

Arthritis
Terapi penyakit arthritis yang paling umum adalah penggunaan ubat anti-inflamasi, sejenis ubat yang dapat mengurangi radang pada persendian. Dan perlu anda ketahui, bawang putih juga mempunyai efek yang sama dengan ubat tersebut, iaitu sebagai anti-inflamasi, sehingga boleh digunakan untuk meringankan gejala penyakit arthritis.

Menjaga Kesihatan Kulit dan Mengubati Jerawat.
Jus satu bawang putih, campurkan dengan sedikit cuka makan epal dan minum 2 kali sehari untuk menghilangkan dan mengubati jerawat. Selain itu, jus bawang putih juga membantu menghilangkan bekas jerawat lama serta menghilangkan bekas luka terbakar secara semulajadi.

2 ulasan:

Arya Teja berkata...

Salam.
puan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog puan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG SANTAI DAN PANAS. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

Arya Teja berkata...

Salam
Puan, terima kasih memberi laluan PAUTAN pada web blog puan. Semoga TUHAN memberi RAHMAT ke atas puan. Terima kasih.