30 Dis 2008

KEMBARA DI RANAH MINANG (2)

meh kita sambung lagi..ramai yang minta untuk tahu kisah yang sepenuhnya...ringkas-ringkas sahajalah ye..ni semester dah buka semula..kuliah dah jalan semula..bermula rutin balik..agak sibuk sekarang...

hari pertama dibumi minang aka pagar ruyung...

kami di bawa oleh pak supir dan pak erdy, melawat ke ngarai sianok, ke tasik singkarang, tabek patah, paya kumbuh dan pandai sikek. Jadi ada dua agenda pada hari tersebut, melawat tempat sulaman dan melawat tempat-tempat bersejarah.

Pagi bermula seawal 7 pagi dengan breakfast di Royal Denai Hotel Bukit Tinggi. Pukul 8 pagi kami bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ke kedai sulaman Hajjah Rosma di Kampung Baso. Di sepanjang jalan ke sana, kami melalui jalanraya yang terletak ditengah-tengah dua gunung yang terkenal iaitu Gunung Singgalang (2880m) and Gunung Merapi (2891m) Pemandangan memang sangat indah hingga saya kehilangan kata-kata untuk menceritakan keindahan pemandangan bumi pagar ruyung ini.





Mungkin gambar yang bisu dapat memberi jawapan kepada pembaca semua tentang keindahan pemandangan yang telah saya lihat disana. Malangnya saya bukan jurugambar yang berbakat yang dapat memantulkan keindahan itu ke dalam kamera yang digunakan.



Boleh juga akses di url ini untuk lihat gambar bumi minang dari jurugambar profesional.




Saya memang tertarik dengan sulaman yang terdapat di Kedai Hajjah Rosma ini kerana kehalusan dan keunikan corak sulamannya yang berbeza dari tempat-tempat lain. Orang minang memang terkenal dengan kepakaran dan bakat mereka di dalam sulam menyulam fabrik. Memang kalau pembaca datang ke sini, belilah barang sehelai dua hasil kerta tangan sulaman orang minang ini kerana bakat yang mereka warisi ini bukan bakat setahun dua tetapi warisan yang dipusakai ratusan tahun lamanya. Mungkin juga kerana bumi minang yang sejuk dan indah ini membentuk peribadi mereka hingga menyebabkan mereka hebat di dalam kerjatangan sulaman ini.

Sayang sekali gambar sulaman mereka tidak dapat saya pertontonkan di dalam blog ini kerana saya sibuk mengambil gambar-gambar sulama tersebut menggunakan handy cam sehingga saya terlupa menggunakan kamera untuk snap sulaman-sulaman tersebut. Saya cukup tertarik dengan sulaman yang dihasilkan, cukup halus dan berseni dan harganya untuk sehelai kain yang boleh dibuat baju kurung atau kebaya adalah di sekitar RM150-300 sepasang. Nampaknya saya hanya beli kain tersebut ke dalam handy cam saya sahajalah. Walaupun cantik, tetapi saya kira membazir pula untuk menghabiskan sehingga beratus-ratus ringgit hanya untuk sehelai baju...hehehe..Bukan apa, yang saya minat tu harganya lebih daripada itu..jadi, saya hanya membeli sehelai telekung yang harganya tidak sampai rm100 pun walaupun di Malaysia, telekung solat seperti itu harganya menjangkau rm150. Cukuplah sehelai untuk dijadikan kenang-kenangan dari sulaman Hajjah Rosma. Hajjah Rosma ini merupakan perintis awal perusahaan sulaman di Bukit Tinggi ini.




Perjalanan diteruskan lagi menyusuri desa paya kumbuh untuk ke tabek patah di mana di situ ada diusahakan perusahaan membuat kopi dan makanan ringan seperti pisang salai, kerepek, sagun, dan sebagainya.

Perjalanan ke tempat ini memang indah sekali kerana van kami menyusuri bukit-bukit dengan di bawahnya kelihatan lembah-lembah yang subur dengan tanaman terutamanya sawah padi yang di airi oleh sungai-sungai yang jernih airnya. Saya sempat turun menikmati pemandangan desa paya kumbuh.





mengapa saya mengambil gambar di depan kayu api?...sebenarnya itulah kayu kulit kayu manis yang banyak terdapat di bumi minang ini...mereka juga gunakan pokok ini sebagai kayu api untuk memasak. Mungkin juga kerana itu masakan rendang mereka memang cukup enak dan berlainan sedikit rasanya dengan rendang kita di Malaysia. Kalau orang Arab memasak menggunakan kayu zaitun, orang minang pula dengan kayu kulit manis.

Cuaca memang sejuk, sebab itu pashmina itu tidak bercerai dari saya..hehehe..

27 Dis 2008

KEMBARA DI RANAH MINANG

Nampaknya, saya terpaksa hentikan dulu sambungan artikel TEKNOLOGI ROH vs TEKNOLOGI SAINS kerana saya ingin menceritakan kisah kembara saya di RANAH MINANG secara ringkas sahaja adanya.

Perjalanan bermula pada 23 Disember 2008, dengan menaiki AIR ASIA ke Padang, Sumatera Barat. Bagaimanapun berlaku kelewatan penerbangan hingga menyebabkan tertunda selama hampir 3 jam di LCCT Airport. Sebenarnya tidak ada penerbangan terus ke Padang jika menggunakan MAS Airlines, jadi AIR ASIA adalah satu-satunya pilihan yang kita ada jika hendak ke bumi minang ini.

Kami sampai di Padang pada jam 3.15 (mungkin 3.13??) waktu Sumatera, ini bermakna di Malaysia adalah pada pukul 4.15 petang. Sesampainya di Bandara International Airport Padang, Pak Erdy sudah menunggu kami, beliau adalah pemandu pelancong kami selama 4 hari di sana, dan merupakan staf di RaunSumatra Travel Agency. Terus menaiki van KIA PREGIO ke Bukit Tinggi, perjalanan adalah selama 1 jam setengah. haha, PREGIO pulak, ...bukan PREGIO (itu jenama sos spagheti) tapi KIA PERGIO..

Dingin sudah terasa dan syukur ada pashmina yang menjadi teman setia sepanjang di bukit tinggi...jika tidak, memang sejuk di sini...namun begitu, nyaman sekali cuacanya...tidak perlu aircond di bilik hotel kerana suasana sekitar memang sudah semulajadi berhawa dingin...memang sesuai untuk tempat berhoneymoon...hehehe..

Ini makanan yang disajikan kepada kami di tengah perjalanan ke Bukit Tinggi, nama restorannya Pak Datuk Restoran, pernah dikunjungi oleh Presiden Indonesia, Pak Bambang. Jadi restoran ini sudah terkenal dan memang masakan minangnya memang enak sekali...terutama ikan bilis goreng, babat dan rendang dagingnya...tengok tu bukan main banyak makanan yang disajikan, dan kami apa lagi, bismillah, syukur pada Allah yang memberikan kami rezekiNya.



Sebelum itu, kami sempat singgah untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah dan solat di restoran LAMUN OMBAK. Di restoran ini ada murtabak yang sangat enak yang dinamakan MURTABAK MESIR..memang enak sekali...pencicahnya memang marbeles...ada juga jus adpokat aka avocado...inipun enak jua deh...alamak, mungkin selama 4 hari di sumatera, berat saya sudah bertambah 4 kilo lagi..hehhe..satu kilo sehari...



Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi saya dapat menikmati pemandangan yang sangat indah..dengan air sungai yang mengalir di celah bukit bukau dapat saya lihat dari kenderaan. Bagaimanapun, waktu itu hari hampir malam, suasana sedikit gelap...kami sempat singgah di air terjun Lembah Anai pada waktu maghrib...jadi gamabr-gambar yang diambil di situ agak gelap...dan yang sedikit memelikkan saya ada objek-objek pelik yang kelihatan di dalam gambar tersebut..mungkin biasan flash kamera dan percikan air membentuk objek2 tersebut.



Apapun, saya sempat merasai kedinginan air terjun tersebut dengan membasuh muka...kata Pak Erdy, nanti bisa awet muda kalo dbasuhkan muka...hehehe...memang segar air tersebut kerana ia merupakan air terjun yang turun dari gunung...maaflah gambar dah kabur sebab dah malam.



Kami sampai di hotel Royal Denai Bukit Tinggi hampir pukul 9.00 malam waktu sana. Hotel ini 2 star sahaja tetapi cantik juga, saya rasa lebih cantik dari hotel bertaraf tiga bintang yang ada di Malaysia ini, kalau mahu dibanding dengan De Palma Hotel atau Seri Malaysia, hotel ini lebih cantik dan selesa lagi. Ini gambar hotelnya.




Nampaknya perjalanan kami pada hari itu sampai kepenghujungnya dengan selamat. Syukur kepada Allah SWT kerana memelihara hamba-hambaNya. Hotel yang saya ini menginap ini tidak ada aircond malah kipaspun tak ada, tapi selesa juga, kerana suasana udara di sana memang dingin. Swimming pool hotel ini langsung tidak pernah saya nampak ia digunakan walaupun terjaga rapi, mungkin cuaca yang sejuk menyebabkan tetamu hotel tidak sampai hati untuk mandi manda di dalamnya.

Sehari telah berlalu, esoknya 24 Disember kami di bawa melawat tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi. Aktiviti bermula jam 7 pagi dengan sarapan di coffee house hotel. Makanan breakfast biasa sahaja, tetapi mengenyangkan. Lupakan diet dan sebagainya, nikmatilah makanan selagi termampu..hehehhe...

16 Dis 2008

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (3)

Untuk memudahkan pemahaman kita semua mengenai perbezaan TEKNOLOGI ROH dan TEKNOLOGI SAINS, saya kira elok kita letakkan beberapa fakta untuk membuatkan ia lebih jelas.

TEKNOLOGI SAINS adalah dari IDEOLOGI MANUSIA di mana alat/tools dibina oleh manusia menggunakan teknologi yang direkacipta.

TEKNOLOGI ROH adalah dari NUR MUHAMMAD yang diberikan oleh Allah SWT kepada makhlukNya yang beriman dan bertaqwa. Justifikasi penerima-penerima teknologi ini tidak ada pengukuran berbentuk MATERIAL walaupun kedapatan hasilnya boleh dizahirkan kepada pancaindera fizikal manusia.

Perlu diingatkan bahawa TEKNOLOGI SAINS ini tidaklah bermaksud bukan berasal dari Allah SWT kerana manusia itu sendiri adalah makhluk ALLAH SWT dan akal pemikiran mereka adalah dari pemberian Allah SWT jua. Cuma yang ingin diperbentangkan dan didiskuskan sekarang adalah TEKNOLOGI SAINS itu ada keterbatasan dan kemampuan untuk digunakan di dalam memahami dan menakrifkan pelbagai perkara di dalam dunia ini.

Tidak ada kesalahan kita menggunakan TEKNOLOGI SAINS kerana ia merupakan pemudahcara kepada manusia dalam kehidupan di dunia ini tetapi KEBERGANTUNGAN kepada SAINS hingga memandang SAINS adalah FAKTA untuk memahami segala kehidupan di dunia dan diakhirat adalah pemahaman yang akan membawa manusia TERSESAT di dalam pemikiran mereka.

Penulis ingin mencuit hati para pembaca semua agar tidak menganggap perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara GHAIB yang sukar untuk diterangkan dan diperjelaskan dalam bentuk TEKNOLOGI SAINS bukan bermakna ia tidak benar. Sebenarnya, kita sendirilah yang telah menyempitkan ISTILAH LOGIK tersebut kerana tersasar fikiran kerana tersimpang memahami TEKNOLOGI SAINS itu sendiri.

Ini kerana apabila TEKNOLOGI SAINS dan TEKNOLOGI ROH bertemu pada minda dan hati yang memahami konsep dan falsafahnya, keputusannya adalah TIADA MISTERI, Sesuatu yang kelihatan seperti MAGIK akan menjadi LOGIK, PELIK akan menjadi perkara biasa.

Jika kita benar-benar memahami TEKNOLOGI ROH ini, maka kita akan faham bahwa teknologi ROH inilah sebenar-benarnya LOGIK, THE TRUTH, malah KELOGIKANNYA adalah melebihi TEKNOLOGI SAINS itu sendiri.

Namun ibarat barang yang berharga, tentulah tidak mudah untuk kita mendapatkannya, memahami teknologi ROH ini dan meyakininya juga merupakan satu HIKMAH yang sangat berharga.

(bersambung)

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (2)

Apabila saya membuka tajuk ini, banyak idea yang ingin saya sampaikan. Bila saya menyebut satu fakta, ia terkait dengan pelbagai fakta lain. Ini sangat mengujakan, kerana saya membiarkan akal saya mengikut gerak hati untuk terus menulis (merapu barangkali?)..Yang bagusnya adalah ini blog persendirian, jadi tidak ada siapa yang dapat membataskan penulisan saya selagi saya tidak menyentuh isu-isu sensitif, betul begitu?

Ok kita sambung lagi.

Artikel sebelum ini saya ada menyentuh TEKNOLOGI yang digunapakai oleh ahli-ahli sihir, bomoh-bomoh berilmu hitam dan jin-jin yang kafir. Walaupun teknologi seperti ini juga tidak dapat dikesan oleh pancaindera fizikal manusia tetapi teknologi ini berasal dari tenaga API yang berada di dalam bentuk yang tidak nampak oleh PANCAINDERA kita. Ia bersifat panas dan membakar.

Adapun TEKNOLOGI ROH adalah teknologi yang saya jelaskan adalah dari sumber yang suci, yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhlukNya sama ada manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Oleh kerana kita tergolong di dalam makhluk yang dipanggil manusia maka ada dua bentuk teknologi ROH yang dapat diterima oleh manusia, satu yang khusus untuk para nabi dan rasul yang dipanggil MUKJIZAT dan kepada golongan biasa ia dipanggil KAROMAH dan MAUNAH. Kerana itu timbul, sebutan KERAMAT, ia berasal dari perkataan KAROMAH tersebut.

TEKNOLOGI ROH ini adalah bersumberkan tenaga CAHAYA. Jangan samakan ia dengan tenaga dari API. Tenaga CAHAYA ini bersifat dingin dan tenang. Allah SWT menyebut tidak dijadikan dunia ini jika bukan disebabkan NUR MUHAMMAD. Nabi Adam AS orang pertama di dunia ini sudah mengenali RSAW kerana beliau melihat NUR MUHAMMAD ini yang sudah wujud lebih awal daripada waktu beliau dicampakkan ke dunia, malah lebih awal dari beliau dijadikan sendiri. Nama MUHAMMAD itu sendiri adalah yang pertamakali digunakan oleh RSAW, sebelum itu tidak ada manusia sebelumnya yang memakai nama MUHAMMAD ini.

NUR MUHAMMAD inilah perantaraan dari ALLAH SWT kepada semua makhlukNya di dunia ini. Kerana itu di hari pengadilan nanti, RSAW yang akan mengetuai manusia di hari pengadilan dan dengan syafaat RSAW (Nur Muhammad) maka pengadilan dilakukan. Tidak ada nabi dan rasul lain yang dapat membantu umat manusia dan jin waktu itu kecuali dengan adanya syafaat dari RSAW.Kerana itulah umat Muhammad adalah umat yang pertama yang akan diadili di hari pengadilan itu nanti.

Konsep NUR MUHAMMAD ini sangat ditakuti oleh Yahudi sebenarnya. Malah ada dikalangan cendekiawan Islam yang berpegang kepada keyakinan bahwa mempercayai NUR MUHAMMAD itu sesat. Kita tidak menafikan ada yang menyalahgunakan istilah NUR MUHAMMAD ini dan membawa ajaran sesat tetapi itu tidak bermakna bahwa NUR MUHAMMAD itu suatu kepercayaan yang sesat. Ada bezanya, jangan terburu-buru menilai dengan dangkal. Begitu juga ada segolongan orang islam sendiri yang memandang serong TARIKAT dan memukulrata bahawa TARIKAT itu sesat. Alangkah mengigaunya mereka ini, kerana merujuk kepada ajaran TARIKAT yang sesat lalu terus menyesatkan semua pengamal TARIKAT.

Apapun, contoh golongan islam seperti ini yang suka sesat dan menyesatkan sesuatu dengan melulu adalah satu golongan yang dipanggil MUBTADIAH, pembawa bidaah namun berselindung dengan menyatakan diri mereka adalah penghapus BIDAAH.

(bersambung)

15 Dis 2008

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS

Kali ini saya ingin menulis dengan simple..bilamana saya menyatakan saya ingin menulis dengan simple itu bermaksud saya tidak akan menggunakan citation atau rujukan kepada mana fakta-fakta yang dirujuk. Memang saya sering didisiplinkan untuk menulis dengan citation apabila membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan ILMIAH tetapi kali ini saya ingin BEBAS menggunakan bahasa hati dan akal sendiri.

Subjek yang akan diceritakan ini adalah mengenai teknologi. Jadi bila disebut teknologi ia adalah berkaitan dengan sesuatu yang TEKNIKAL, berprosedur dan bermetodologi. Kenapa disebut TEKNOLOGI kerana ia adalah singkatan dari TEKNIKAL dan METODOLOGI. Untuk membincangkan sesuatu TEKNOLOGI ia adalah lebih kepada material dan fizikal tetapi kali ini mari kita membincangkannnya di sudut FALSAFAH dan METAFIZIKnya.

Sebenarnya TEKNOLOGI semestinya berlandaskan METODOLOGI. Bila kita menyebut TEKNOLOGI SAINS ia adalah berasaskan kepada METODOLOGI SAINTIFIK. Bila kita menyebut SAINTIFIK, ia adalah berkaitan dengan material yang boleh DIUKUR, DISUKAT dan DITENTUSAHKAN jisimnya. Ada PENILAIAN dan PENGUKURAN yang boleh dilakukan dalam bentuk material ini.

Ini adalah TEKNOLOGI yang digunakan untuk mengukur sesuatu material yang boleh dilihat dan dirasa oleh pancaindera kita dan boleh di DETECT oleh alatan teknikal yang ada.

Jadi, saya kira kita tidak ada masalah untuk kita memahami TEKNOLOGI jenis ini iaitu TEKNOLOGI SAINS.

Mengapa di dalam RUKUN IMAN kita ada KEPERCAYAAN KEPADA perkara yang ghaib?

Cuba kita ingati kembali, RUKUN IMAN yang ENAM itu.


1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada nabi dan Rasul Allah
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitab
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar

Jadi sebagai seorang muslim, ada banyak perkara yang ghaib yang tidak boleh diukur, disukat dan dicapai menggunakan alat teknikal dan saintifik untuk mengenalinya.

Jadi, itu BUKTINya, bahawa TEKNOLOGI SAINS ini ADA batasannya, tidak semua perkara di dunia ini boleh dilihat perspektifnya dari SUDUT SAINS semata-mata, di dalam konteks ini dari sudut SAINS yang teknologinya dibina oleh manusia. Ada keterbatasan dalam kemampuan MANUSIA untuk membina SISTEM ATAU ALAT yang boleh memahami sesuatu yang diluar konteks pancaindera jasad mereka.

Tentu kita kehairanan apabila membayangkan bagaimana Nabi Ibrahim dapat menahan diri dari mati terbakar setelah 40 hari 40 malam dicampakkan hidup-hidup ke dalam gaung yang dibawahnya dinyalakan api yang sangat besar. Diberitakan Nabi Ibrahim merasakan pada waktu itu ia berada di dalam tempat yang dingin dan selesa.

Tentu kita kehairanan bagaimana Maryam mendapat Nabi Isa AS tanpa melalui proses persenyawaan yang normal di dalam rahimnya.

Jadi apakah pada pandangan kita terhadap jenis TEKNOLOGI ini?..
Apakah namanya TEKNOLOGI begini?

Ini adalah contohnya TEKNOLOGI ROH.

Inilah TEKNOLOGI yang hanya mampu dimiliki oleh THE CHOSEN ONE, iaitu orang-orang yang terpilih dari kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Cuma perlu kita peringatkan dalam diri, Allah SWT juga mengajar kita bahawa di dalam dunia ini ada TEKNOLOGI GHAIB yang datang dari kuasa jahat yang dipinjamkan dan diajar oleh IBLIS dan SYAITAN kepada manusia seperti yang diberitakan oleh ALLAH SWT di dalam salah satu surah dalam Al Quran. walaubagaimanapun, semua TEKNOLOGI ini berada di dalam kekuasaan Allah yang MUTLAK.

Itulah yang berlaku apabila Nabi Musa dapat mengalahkan ahli-ahli sihir zaman FIRAUN yang sangat-sangat hebat ilmu sihir mereka itu. Sesungguhnya, Allah itu lebih HEBAT dari segala-galaNya. Kepunyaan DIA lah langit dan bumi ini.

Ilmu-ilmu ghaib yang jahat itu masih diwarisi oleh pengikut-pengikutnya hingga di zaman ini, siapa yang boleh CONFIRM pada saya dan tunjukkan bukti bahwa David Copperfield dan David Blaine tidak menggunakan warisan ilmu sihir itu di zaman ini?. See their eyes with your hearts..and you will understand what i mean..

inilah anak-anak DAJAL yang bernama DAVID, sedangkan Allah SWT sudah memberi kita penawar dan senjata untuk menghindarkan diri dari pengaruh mereka, hafallah dan amalkanlah surah Saba' ayat 10-11 dan Surah Al Hadid ayat 25. Di situ ada rahsia tersembunyi yang hikmahnya dapat menghubungkan kita dengan TEKNOLOGI ROH yang dapat melemahkan ilmu-ilmu ghaib DAJAL ini...

(bersambung)

10 Dis 2008

Kembara Mencari ERTI DIRI

Meminjam kata seorang kawan yang bernama MerahSilu (terimakasih kerana meletakkan URL blog saya di blognya yang sangat terkenal itu...kita ni menumpang populariti orang sahajalah..dan tidak lupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat kali keduanya...)

Katanya, KEMBARA MENCARI ERTI DIRI..

Sejak kecil saya berimpian untuk menjadi seorang pengembara, tetapi yang peliknya, saya sentiasa mengimpikan satu KEMBARA yang dapat memenuhi tuntutan curiosity dalam diri saya..saya rasa selagi saya tidak mengembara dan berjalan menjelajah bumi Allah SWT ini, hidup saya seperti tidak cukup sempurna...

Sememangnya, DUNIA ini adalah juga satu KEMBARA di dalam menuju NEGARA ABADI kita iaitu AKHIRAT.

Kesempatan di tahun ini, saya akan mengembara ke sebuah tempat yang diberi jolokan negeri minang. InsyaAllah pada 23 Disember ini saya akan ke sana bersama keluarga.



(budak ni ada rupa minang...)

Sebenarnya, dan kebetulannya, memang saya dan suami ada kaitan dengan ranah minang ini kerana keturunan kami adalah berasal dari Sumatera Barat.

Jika orang Malaysia sibuk ke Indonesia untuk membeli belah, saya rasa itu hanya sampingan aktiviti untuk saya. Saya lebih teruja untuk mengenal sejarah, seni dan budaya minang yang UNIK itu dan menelusuri jejak keturunan saya sejak ratusan tahun dahulu.

Pemandangan indah bumi Minang sudah ada dalam ingatan saya sejak saya mula kenal dengan buku-buku penulisan HAMKA. Apabila saya membaca buku karya-karya beliau, terbayang di mata saya akan keindahan bumi Minang itu..walaupun sekadar dari imiginasi tanpa melihat sebarang gambar sekalipun, saya dapat membayangkan keindahan yang cuba digarap lewat penulisan oleh HAMKA, salah seorang penulis yang sangat saya minati.


Saya mengimpikan untuk menjejak kaki ke bumi Minang..dan sekarang nampaknya impian itu akan menjadi kenyataan...hehhe..terfikir juga saya, mengapa saya tidak bayangkan menjadi seorang puteri raja di istana waktu saya kecil dulu...manalah tau tercapai impian tersebut..sekadar satu jenaka di tengahari rabu yang mendung ini.

Sedar-sedar sudah hampir jam 12 tengahari, hujanpun sudah berhenti..tadi pagi, saya terdengar lagu lama bertajuk HUJAN, nyanyian Sudirman Haji Arshad...nanti saya carikan liriknya..tunggu ye..

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

hah...dalam lirik itu ada disebut SEMESRA, singkatan nama sekolah menengah saya...apa yang menarik dan terkaitnya sekolah saya ini ialah ia terletak di Kampung Pintu Padang Raub Pahang. Sebuah penempatan yang asalnya dibuka oleh orang Minangkabau juga.


Sekian, kerana sudi membaca saya merapu di hari ini.

9 Dis 2008

SELOKA MELAYU

Taat dan takwa kepada ALLAH
Taat kepada janji dan sumpah
Taat memegang petua amanah
Taat memegang suruh dan tegah

Bercakap lurus berkata benar
Tahu menimbang bijak menakar
Ramah kepada kecil dan besar
Pantang sekali berlaku kasar

Benar menyukat adil menimbang
Pantang memilih membezakan orang
Anggukan sama muka belakang
Tegaknya kukuh tahan digoyang

3 Dis 2008

BUAH CATUR DUNIA


Sewaktu saya sedang memandu ke tempat kerja pagi tadi, saya mendengar berita dari radio yang menyatakan kepimpinan di bawah sistem demokrasi di Kanada mengalami saat kejatuhannya dan ia ditumbangkan oleh Parti Kebangkitan Rakyat yang membawa aliran liberalisme.

Saya terkenangkan rupanya kepolitikan di seluruh dunia ini sudah mula digerakkan oleh pencatur dunia Yahudi Zionis untuk menaikkan aliran liberalisme atau nama lainnya, senjata DAJAL akhir zaman bagi menguasai dunia.

Sesungguhnya, pencatur dunia ini atau nama lainnya yang lebih tepat, ANAK DIDIK DAJAL ini sudah meletakkan di setiap negara, anak-anak subdidik DAJAL atau kader-kader DAJAL ini bagi melaksanakan NEW WORLD ORDER mereka yang merupakan KLIMAKS kepada usaha mereka sejak ratusan malah ribuan tahun lagi.

Mula-mula mereka musnahkan sistem kekhalifahan atau sistem beraja, mereka naikkan sistem pilihanraya dengan aliran demokrasi, ini adalah satu langkah permulaan untuk mereka melemahkan minda dan pemikiran masyarakat di sesebuah tempat tesebut. Mereka beri racun yang tidak kuat dosnya, tetapi mencukupi untuk meracuni pemikiran masyarakat dalam jangkamasa panjang. Mereka sudah menjauhkan minda masyarakat dari agama mereka sendiri di dalam perundangan negara dan pemerintahan.

Sekarang mereka istiharkan aliran demokrasi banyak korupsi, tidak adil, tidak saksama, menipu rakyat dan sebagainya, maka mereka perkenalkan aliran LIBERALISME untuk sistem pemerintahan negara pula. Inilah dia "KEBANGKITAN RAKYAT", itu slogan mereka..atau inilah dia " PARTI ATAU PAKATAN RAKYAT".

Licik percaturan mereka, bagaikan dunia ini hanya sebuah PETA di atas MEJA mereka sahaja. Mereka mencatur dunia seperti mereka adalah TUHAN di dunia ini dan bangsa lain hanyalah HAMBA kepada mereka. Itulah sebenarnya MATLAMAT mereka ini iaitu matlamat Yahudi Zionis dan Ketuanya, si DAJAL LAKNATULLAH.

Serangan dilakukan secara besar-besaran sekarang, siapa yang berkata bahawa perang DAJAL belum bermula, amat silap. DAJAL sudah mula bergerak melangkah negara-negara dan wilayah-wilayah, dan sedang mengumpulkan pengikut-pengikutnya.

Sebut sahaja negara dan wilayah apa, di setiap tempat tersebut ada boneka-boneka mereka yang sedang menunggu ARAHAN untuk menyerang dan mengacaubilaukan masyarakat dan kepimpinan sesebuah negara tersebut.

Apa yang saya tulis ini memang agak mengejutkan kepada sesetengah orang tetapi jika ada keperihatinan tuan dan puan selama ini kepada gaya, strategi, dan gerak gempur DAJAL dan pengikutnya, tentu tuan dan puan akan memahami maksud yang ingin saya sampaikan.

RSAW pernah berkata, "Akan sampai satu masa, kamu akan mengikuti Yahudi dan Nasrani sehingga ke lubang yang paling kecil sekalipun"...inilah zamannya, dan malangnya ramai yang tidak mengetahui, dan antara yang ramai itu tidaklah kurang ilmu dan ijazahnya di dalam pengajian Islam, namun merekalah antara pelopor pemikiran keyahudian atau kedajalan yang diadaptasi ke dalam akidah, syariat dan tasauf islam yang diajarkan mereka kepada masyarakat.

Dajal hanya akan kalah dengan teknologi ROH yang hanya dapat dikuasai oleh orang yang bertaqwa. Dan golongan yang bertaqwa ini amat sedikit bilangannya di akhir zaman ini. RSAW menyebut mereka sebagai IKHWAN, dan IKHWAN ini adalah dari keturunan RSAW sendiri dan para sahabatnya. Di dalam genetik mereka, telah diwarisi kekuatan ini, kekuatan yang sangat ditakuti oleh Yahudi dan Ketuanya, Dajal. Namun kekuatan itu hanya dapat kepada keturunan RSAW dan para sahabatnya jika mereka berusaha menjadi orang yang bertaqwa, yang seratus peratus mengikut jalan RSAW dan para sahabatnya.

Teknologi DAJAL adalah melalui aliran SEKULARISME yang membuahkan pelbagai sistem yang memisahkan pemikiran manusia dari agama, manakala teknologi ROH pula adalah satu kekuatan/POWER yang diberi oleh Allah SWT kepada hambaNya yang bertaqwa yang bersusurgalur dari keturunan RSAW dan para sahabatnya.

Kedua-dua teknologi ini sudah mencapai KLIMAKS masing-masing, dan inilah satu peperangan MAHA HEBAT yang akan berlaku di dalam situasi yang amat AJAIB dan MENAKJUBKAN.

Jika dizinkan Allah SWT, kita akan saksikan bersama-sama.

27 Nov 2008

RAHSIA DI SEBALIK 1 MEI

Terkejut apabila saya terjumpa dengan artikel mengenai RAHSIA TARIKH 1 MEI.

Mengapa? Sebab 1 MEI adalah tarikh hari kelahiran saya. Bagaimanapun, ia hanya merupakan tarikh yang tertulis di atas kertas sedangkan saya lahir dua hari lebih awal dari tarikh tersebut iaitu pada 29 April. Bagaimanapun, dari sudut pengiraan astronumerologi, kedua tarikh kelahiran tersebut mempunyai MAKNA yang sama di sebaliknya bila dilakukan pengiraan tarikh dan tahunnya. Itu hanya mengikut MAKSUD di sebalik MAKNA nombor. Satu kaedah yang dipanggil astronumerologi, ia sekadar satu TEORI pernomboran sahaja.

Apa-apapun, cuba kita sama-sama membaca artikel RAHSIA di SEBALIK 1 MEI di bawah yang saya kutip dari blog http://dajal.wordpress.com :

Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.

Tarikh 1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei? Kenapa tidak 1 Jun, Julai atau Ogos?



Logo Illuminati

Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Apakah Illuminati ?


Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.

Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia

Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.
Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.

Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia

Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.
Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.

Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.

Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller


Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.
Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.
Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.
Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta

Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.

Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi. Lihat artikel ini.

Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio

Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.

Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”
-Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. Rujuk link ini.
Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam

Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

(Gambar) Sebahagian bangunan Universiti Rockefeller

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.

Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology, The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.

Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.

Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust


Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.

Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.

Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.


(Gambar) Belia Israel mementaskan drama sempena Hari Holocaust di Tel Aviv pada 30 April 2008 baru-baru ini.

Kesimpulan


Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu, penulis terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.
Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.
Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

17 Nov 2008

MENGIMBAU SEJARAH KAMPUNG KELAHIRANKU : KG KEMAHANG, KUALA LIPIS

“Kalau orang tidak tahu sejarah, ia tidak akan faham masa kini, apalagi masa depan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini terjadi kerana kita tidak tahu sejarah.” Pramoedya Ananta Toer




Saya ini anak kelahiran yang berasal dari Kg Kemahang, Kuala Lipis Pahang, di mana ayah saya pula adalah anak kelahiran Kg. Relong Kuala Lipis Pahang dan ibu saya turut dilahirkan di Kg Kemahang Kuala Lipis Pahang.

(catatan tambahan : Bakal PM kita Datuk Najib Tun Razakpun lahir di Kuala Lipis, Pahang)

Kebetulan juga, suami saya juga berasal dari Kg Bukit Betong, Kuala Lipis (masa mula-mula kenal tak tahupun dia orang negeri mana...kebetulan belaka), beliau pula berketurunan Wan, yang dikatakan berasal dari keluarga diraja pagar ruyung yang datang ke Kuala Lipis semenjak 1500an lagi dan fasa kedua kedatangn keturunan diraja pagar ruyung ini adalah selepas keturunan diraja pagar ruyung dimusnahkan oleh golongan wahabi di dalam Perang Padri iaitu pada 1800an.

[ CATATAN : Di Bukit Betong Lipis iaitu di daerah Hulu Pahang telah sekian lama bertapak satu kelompok dari keturunan Raja Pagar Ruyung juga memegang teraju Orang Besar Berempat Pahang turun temurun.


Gambar bandar Kuala Lipis




Yang dimaksudkan adalah keluarga Orang Kaya Indera Perba Jelai atau Tok Raja Jelai yang mengikut catatan sejarah keluarga mereka, Seri Maharaja Perba adalah nenek moyang mereka yang pertama datang dari Pagar Ruyung ke Lipis pada Tahun 1591. Nama kampong asal Seri Maharaja Perba di Pagaruyung ialah Kabung Pagar Teras.

Ikut bersama Seri Maharaja itu ialah dua saudaranya yang laki-laki iatu Maharaja Indera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak dikenal pasti namanya. Saudara beliau yang perempuan ini berkahwin denmga ulama Tun Bandan Patani dan zuriat mereka inilah menurunkan kaluarga Maharaja Perba Jelai sehingga kini kerana Seri Maharaja Perba itu tiada berzuriat. ]

Sila rujuk url ini : "http://lipis-zaini.blogspot.com/2008/07/salasilah-orang-lipis-berasal-dari.html"

Gambar keturunan beliau, (nampak ada iras-iras wajah suami saya esp gambar budak dalam gbr tu, hehehe)



Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris (1827-1919) bersama anaknya Tok Raja Wan Chik dan seorang cucunya di Bukit Betong 1885.

Keunikan Kuala Lipis, ada tanda KM 0, mengapa begitu, sayapun tidak tahu



Difahamkan keturunan sebelah ibu saya juga merupakan keturunan dari pengasas atau orang yang membuka kampung Kemahang tersebut. Jika di teliti nampaknya, keturunan ayah saya dan ibu saya adalah dari keturunan Melayu PAHANG JOHOR. (Melayu + Arab + Bugis)

Keturunan ayah saya adalah dari Raja Ahmad, http://rajaahmad.blogspot.com

yang bersusurgalur dari Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid (Tahun 1699 – 1721)

Manakala pengasas atau pembuka Kg Kemahang pula adalah Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman adalah keturunan Tun Ibrahim, anak kepada Sultan Abdul Jalil Syah II.

Sila lihat rentetan pemerintahan kesultanan Johor di bawah dan kaitan antara Sultan Abd Jalil II dan Sultan Abd Jalil IV

Raja-raja Kesultanan Johor-Riau (1528-1824)

1.1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Syah II (Raja Ali/Raja Alauddin)

2.1564-1570: Sultan Muzaffar Syah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)

3. 1570-1571: Sultan Abd. Jalil Syah I (Raja Abdul Jalil)

4. 1570/71-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (Raja Umar)

5. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Syah III (Raja Mansur)

6. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Syah (Raja Mansur)

7. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Syah III (Raja Bujang)

8. 1677-1685: Sultan Ibrahim Syah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)

9. 1685-1699: Sultan Mahmud Syah II (Raja Mahmud)(Mahmud Mangkat Dijulang)

(Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, meninggal tidak berwaris dan digantikan dengan keturunan Bendahara sebagai sultan iaitu Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana)

10. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)

11. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)

12. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
(Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)

13. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah

14. 1761: Sultan Ahmad Riayat Syah (Raja Ahmad/Tok Linggi)

15. 1761-1812: Sultan Mahmud Syah III (Raja Mahmud)

16. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah (Tengku Abdul Rahman)

SEJARAH KAMPUNG KEMAHANG

ASAL USUL KEMAHANG DAN KEMAHANG HILIR (PERLONG)

http://kemahang-jkkk.blogspot.com/

Kampung Kemahang dibuka pada tahun 1708 oleh Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman apabila hubungan di antara Pahang dan Johor kembali pulih setelah sekian lama retak selepas Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677) menyerang Pahang pada tahun 1638 menyebabkan ramai yang terbunuh.

Hubungan Pahang dan Johor pulih semula selepas tahun 1641 apabila Sultan Abdul Jalil Syah II melantik sepupunya Raja Bajau (Putera Sultan Abdullah Maayat Syah) sebagai Yamtuan Muda di Pahang.

Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman adalah keturunan Tun Ibrahim, anak kepada Sultan Abdul Jalil Syah II.

Sebuah masjid lama di kampung Kemahang



Semasa adik kepada Tun Ibrahim iaitu Tun Abbas menjadi Bendahara yang memerintah di Pahang, Panglima Gantang telah mudik di sungai Pahang melalui sungai Jelai terus ke sungai Lipis, sungai Rengai, sungai Kemahang mudik sehingga sungai Asah. Oleh kerana sungai itu semakin ke hulu semakin sempit perahu tongkang beliau terkandas di muara sungai Asah. Setelah sekian lama rangka perahu tongkang masih lagi dapat dilihat di situ.

Nama Kemahang diberi bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai kemahang (colocasia) atau biasanya dipanggil keladi. Sehingga kini masih terdapat pelbagai spesis keladi di Kemahang. Keladi jenis kemahang juga terdapat di kampung-kampung berhampiran seperti Budu, Tanjung Besar, Chat, dan Peruang. Keladi kemahang juga boleh dibeli di pekan sari Benta pada setiap ahad.

Di bawah ini adalah gambar KELADI KEMAHANG yang dimasak dengan TEMPOYAK dan dinamakan keladi kemahang masak tempoyak



Keunikan keladi jenis kemahang di Kemahang ialah ianya tidak berasa gatal apabila dimakan. Sekiranya dimakan dan terasa gatal maka sahlah bukan keladi yang ditetak (dipetik) dari Kampung Kemahang.


Mengikut lagenda, puak Panglima Gantang telah berperang dengan puak orang asli diketuai oleh Tok Batin Piah yang tinggal di Bukit Taching iaitu di kaki Bukit Raya. Pokok asam jawa yang ada sekarang adalah sempadan di antara dua puak. Orang asli telah menggunakan getah keladi untuk menuba air sungai Kemahang sehingga menjadi racun bagi sesiapa yang meminumnya. Air tersebut telah terminum oleh anak Panglima Gantang yang kacak dan tampan yang ketika itu sedang bercinta dengan anak perempuan Tok Batin yang tidak kurang cantik menawan. Laksana Romeo dan Juliet, demi cinta, anak perempuan sanggup minum air yang beracun itu. Nama Kemahang diberi setelah keladi kemahang yang beracun pada ketika itu telah ditawar oleh Panglima Gantang.

Mengikut kajian ekologi pula, Kemahang mempunyai sumber air bumi yang mengandungi kandungan mineral yang cukup tinggi dan tulen serta menghasilkan tumbuhan yang amat segar termasuk keladi sehingga tidak merasa gatal jika dimakan. Jalan Bukit Gantang pula diberi sempena nama Panglima Gantang

Gambar Kampung Kemahang secara keseluruhan



Kemahang Hilir pada asalnya dikenali sebagai Perlong. Mengikut kajian sejarah, Datuk Perlong adalah generasi ke empat Tun Ibrahim. Sungguhpun keturunan yang bergelar Tun, Tok Perlong terpaksa menggugurkan gelaran tersebut setelah beliau mengahwini orang kebanyakan.

Tok Perlong menyusur masuk menggunakan beberapa perahu jalak bersama pengikut-pengikutnya melalui sungai Lipis ke sungai Rengai sehingga ke sungai Kemahang di Kuala Kemahang tetapi tidak boleh mudik ke hulu lagi sepertimana kapal tongkang Datuk Panglima Gantang dahulu kerana sungai sudah semakin sempit. Pada masa itu ramai orang di situ tidak terhingga sehingga adanya pekan sari bertempat di sebuah bukit yang dinamakan Bukit Kedai yang ada sehingga hari ini.

Cara pengistiharan dahulu kala sebagai perasmian membuka sesebuah kampung adalah dengan menebang pokok yang paling besar yang terdapat di kawasan itu. Tok Perlong memilih sepohon mahang yang paling besar dan tinggi di tengah-tengah Kampung tersebut untuk ditebang sebagai upacara pengisytiharan. Beliau mendirikan rumah tongkah berhampiran pokok mahang itu bagi upacara penebangan dan pengisytiharan. Apabila batang mahang itu jatuh ke tanah maka diisytiharlah pembukaan Kampung tersebut Beliau sendiri menebang pokok Mahang yang sungguh besar sehingga seramai 400 orang boleh duduk di atasnya setelah ianya tumbang melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itulah dikatakan asal nama KAMPUNG KEMAHANG. Fakta ini mengandungi perselisihan kandungan dengan fakta sejarah Kemahang Hulu. Walaubagaimana pun, yang pasti, Kampung Perlong diambil bersempena dengan nama Tok Perlong.

http://kemahang-jkkk.blogspot.com/

Begitulah sedikit sebanyak kisah mengenai kampung saya yang sekarang ini sudah berusia 300 tahun (1708 - 2008). Kebetulan tahun kampung saya di buka bersamaan dengan tahun bermulanya kesultanan melayu Trengganu yang bermula oleh Sultan Zainal Abidin I yang merupakan anak kepada Bendahara Padang Saujana Tun Abd Majid.

Dan jika ke Kuala Lipis, jangan lupa cari keladi kemahang kerana keunikan rasanya dan keunikan ceritanya yang menjadi lagenda percintaan sejati. Di samping itu, di Bukit Raya Kg Kemahang, masih ada tinggalan tanaman pokok buah-buahn yang keluarga kami warisi turun temurun sejak ratusan tahun lalu, buah duriannya sangat enak malah lebih enak dari durian2 dari tempat lain, spesies durian ini dipanggil durian tembaga. Spesies durian ini hanya terdapat di Bukit Raya Kg Kemahang. Bukit Raya adalah suatu tempat yang indah kerana dibawahnya mengalir air sungai yang sungguh jernih dan segar airnya.

Di Kg Kemahang juga ada spesies rambutan yang sangat sedap rasanya, isinya sgt lekang dan rasanya teramat manis, ia dipanggil rambutan gula batu.

Keenakan bubur, pengat dan dodol dari Kuala Lipis juga mengundang keistimewaan yang tersendiri kerana menggunakan GULA KABUNG. Gula ini dihasilkan dari nira yang diambil dari pokok kabung yang tumbuh subur di dalam hutan Kuala Lipis.

Di bawah ini adalah gambar gula Kabung




Seronok juga sekali sekala mengimbau sejarah kampung dan keistimewaannya.

Ada yang rasa teringin untuk melawat kampung saya?

7 Nov 2008

ILHAM DARI PUJANGGA


Salah satu hobi saya ialah mendengar muzik, dan salah satu hobi saya juga membaca dan menghayati madah, pujangga dan falsafah..

Jadi apabila kedua-dua ini digabungkan maka ia begitu indah rasanya di hati saya,,

Pagi tadi saya terdengar lagu ini dari radio kereta saya, sebuah lagu lama yang mengembalikan ingatan saya bahwa ini adalah salah satu lagu kegemaran yang saya anggap masterpiece kerana keunikannya.

Lagu itu bertajuk ILHAM PUJANGGA

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau salah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia

Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Ya anak muda tidak mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya

berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara

[ Kau katakan pada aku sekarang jua, apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...

Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.]


Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa



Cuma saya rasa ada sedikit perubahan lirik yang diperlukan di situ,

Elok juga jika ditukarkan dari Tepuk dada tanya selera, kepada Tepuk Dada Tanya Iman...tentu lebih berkesan daripada tanya selera...

Apa kaitan gambar Yang Dipertuan Agong di atas dengan posting saya ini ?

Saya terfikir tentang kroniknya masyarakat Malaysia sekarang kerana kerakusan ahli politik yang sibuk merebut jawatan dan kuasa, mengadaikan keharmonian negara dan fitnah pula melata seperti cendawan yang tumbuh di pagi hari.

Pendidikan kita selama ini hanya melahirkan remaja/pemuda-pemudi yang mengejar sijil dan kecemerlangan, mereka tidak cukup terdedah dengan realiti kehidupan dan sepak terajang pemimpin-pemimpin yang hanya pandai berretorik dan rakus merebut kuasa. Mereka cepat menerima bulat-bulat apa yang disampaikan kepada mereka tanpa mengkaji dengan rasional dan menyiasat dengan teliti. Jika inilah coraknya golongan pelapis negara, saya kira kita akan menghadapi zaman di mana negara kita yang tercinta ini akan kehilangan jati negara disebabkan warganya sudah hilang jati diri.

Mereka hanya akan menjadi penurut, peniru, dan tidak yakin terhadap kemampuan jati diri sendiri...mereka akan hidup seperti buih-buih ombak di pantai..walaupun banyak tetapi tidak ada makna apa-apa.

Wahai anak bangsa Melayuku, kembalilah menyoroti jati diri bangsamu sendiri, yang meletakkan ISLAM sebagai tunggak kepada bangsa Melayu. Kelak nanti kau akan temui MUTIARA yang hilang itu.

OBAMA CHANGE


Sekurang-kurangnya Obama Change sudah memperlihatkan satu kejayaan membuat perubahan iaitu Presiden Amerika pertama dari kulit hitam. Perubahan dan pembaharuan lain masih menjadi tanda tanya. Memperkatakan sesuatu perubahan sebagai bahan kempen memang mudah. Dan selalunya akan lebih mudah menjadi halwa telinga, amat sedap didengar.

Namun perlu diingat bahawa Obama Change bukan Aladin yang membawa lampu ajaib. Dasar-dasar Amerika tidak bebas dari memperhitungkan untung rugi Israel. Presiden Bush berjaya menggantung Saddam, dan menghuru harakan Iraq sehingga kini. Selepas itu Bush menggertak negara-negara Islam lain seperti Syria, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Gertakan itu dibuat sebenarnya bagi pihak Israel. Kalau Obama Change mampu membebaskan dirinya dan dasar-dasar Amerika dari pengaruh serta kepentingan Israel, waktu itu barulah kempen Change dianggap berjaya.

Ekonomi dunia dijangka pulih akhir 2009. Itu pun sangat bergantung kepada pulihnya ekonomi Amerika. Bagimana agaknya kalau dalam tempuh pemulihan ekonomi era Obama, Israel tawar hati dengan Amerika dan berubah selera lalu bersekongkol dengan negara-negara lain? Umpamanya Israel berganding dengan Eropah dan Cina bagi melumpuhkan Amerika. Ini bukan mustahil berlaku kerana sudah sampai masanya Tuhan mahu hancurkan induk demokrasi kapitalis. Tuhan lakukan melalui tangan-tangan mereka sendiri. Runtuhnya ‘empayar’ Soviet dulu pun bermula dengan angin perubahan yang diperkenalkan oleh Presiden Gorvechev. Mungkinkah laungan Change Obama juga sengaja Tuhan buat sebagai isyarat awal bahawa AS bakal menjunam keseluruhannya. Maka bermulalah jatuhnya sebuah lagi ‘empayar’ zalim yang selama ini terlalu banyak dosa dalam menjadikan dunia huru hara. Selama ini sudah berbagai bentuk bencana yang menimpa AS, silih berganti tanpa henti, namun belum cukup untuk menjadi iktibar. Seperti Firaun sebelum kejatuhannya Tuhan datangkan berbagai bencana, namun tidak dihiraukan oleh Firaun.

Begitulah caranya yang mungkin Tuhan lakukan. Dan selepas itu giliran Israel pula Tuhan lumpuhkan melalui gandingan Cina dan negara-negara Islam. Jongkang jongkit ini sedang dan terus berlaku hingga akhirnya Tuhan perlihatkan keajaibanNya menjadikan dunia aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

Hari ini dunia telah menyaksikan AS berubah, bermula dengan kempen Change. Obama naik pun sudah dianggap satu perubahan. Selepas ini dunia bakal menyaksikan berbagai keajaiban yang lebih besar lagi yang Tuhan lakukan. Bukankah Tuhan itu Maha Ajaib. Waktu itu barulah Change yang di bawa Obama benar-benar terjadi. Tetapi bukan ditangan Obama, tetapi ditangan orang yang Tuhan pilih kepada siapa yang Tuhan kehendaki. Bukan pilihan menusia tetapi pilihan Tuhan. Pada waktu ini kuasa politik dan kuasa ekonomi beralih ke Timur. Hanya perlu difahami bahawa apabila induk demokrasi kapitalis musnah maka yang lain akan turut musnah. Bersedialah untuk mengganti sistem yang musnah itu dengan sistem yang membawa kedamaian dan keharmonian kepada dunia, iaitu sistem Tuhan.

ShareThis : www.eratimur.com

5 Nov 2008

PERMAINAN BAHASA PARA ORIENTALIS

Sejak akhir-akhir ini kita mendengar suara-suara yang menyeru umat Islam menjadi umat yang moderate, umat yang “sederhana” atau pertengahan. Sederhana dalam segala tingkah laku dan bentuk perbuatan. Ini amat menyedihkan dan apa yang membimbangkan suara-suara tersebut juga datangnya dari golongan Islam yang berbangga jika mereka dikenali sebagai muslim moderate.

Istilah “moderate” ini dimunculkan dan dipopularkan oleh berbagai-bagai kalangan, baik cendekiawan, para pemimpin, atau tokoh-tokoh masyarakat dan agama.Ia adalah salah satu antara jerat istilah yang dipopularkan seperti juga istilah-istilah lainnya iaitu “Islam radikal”, “Islam militan” atau “Islam fundamentalis”.

Para orientalis seperti John Esposito dan John Voll yang dianggap oleh golongan muslim moderate sebagai "pembela Islam" telah berjaya memecahbelahkan aktivis Islam kepada tiga kelompok besar iaitu "Muslim Fundamentalis" (golongan yang berpegang teguh prinsip asas Islam), "Muslim Demokrat"(golongan sederhana) dan "Muslim Teroris" (golongan radikal).


Itulah label-label terhadap Islam yang berjaya diklasifikasikan oleh para orientalis ini. Disebarkannya pengkelasan itu kepada masyarakat melalui penulisan buku seperti "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) dan "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002).

Justeru itu, sudah menjadi seperti satu fakta di pelbagai media massa, bahawa pada zaman globalisasi, corak keislaman yang ‘baik’ adalah menjadi Muslim yang moderate atau mengamalkan Islam Moderat.

Apakah sebenarnya makna “Islam moderate”, yang kadang-kadang disamakan dengan istilah “ummatan wasatha”?

Istilah “moderate” (moderate) berasal dari bahasa Latin ‘moderare’ yang ertinya “mengurangkan atau mengawal”.

Kamus The American Heritage Dictionary of the English Language mendefinisikan moderate sebagai: (1) not excessive or extreme (tidak melampau/ekstrim) (2) temperate (sederhana) (3) average; mediocre (purata; sederhana) (4) opposed to radical views or measures (berlawan dengan radikal dari segi pendapat-pendapat atau langkah-langkah).

Menurut wikipedia pula, moderate membawa maksud "In politics and religion, a moderate is an individual who holds an intermediate position between two viewpoints, neither to be extreme or radical by those applying the term. The word "moderate" can also be used as an adjective describing such a position."

Jika difahami dari segi bahasanya, kita boleh katakan bahawa moderate ini merujuk kepada maksud pertengahan, iaitu tidak condong ke kiri dan juga tidak condong ke kanan, iaitu seimbang dan sederhana.

Sepanjang sejarahnya, Islam tidak menafikan kemungkinan mengambil istilah-istilah asing untuk diadaptasi menjadi istilah baru dalam khazanah Islam. Tetapi, istilah baru itu harus benar-benar diberi makna baru, yang sesuai dengan Islam.

Dari peradaban Barat saat ini, kita mengambil banyak istilah, seperti istilah “worldview”, “methodology”, dan sebagainya. Semua istilah ini boleh diadaptasi, asalkan sudah mengalami proses penyesuaian makna dengan makna Islam, sehingga tidak menimbulkan kekacauan makna.

Isu yang ingin kita bincangkan sekarang adalah mengenai surah Al Baqarah ayat 143. Ayat itu bermaksud:

"Demikianlah kami Tuhan menjadikan kamu adalah umat ( umat Muhammad) yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi."

Di waktu ini, terdapat kecenderungan menyalahgunakan makna al-Wastahiyyah (pertengahan) oleh beberapa kalangan, dan mereka menyamakannya dengan konsep moderatisme Islam yang kabur maknanya.

Malah, terdapat juga yang menggunakan istilah “Islam moderat” dengan makna yang sama dengan istilah “Islam Inklusif” atau “Islam Pluralis”. Melalui konsep yang bertopengkan istilah “Islam Moderat” itu pula, kemudian disebarkan fahaman “Pluralisme Agama” (At-Ta’addudiyah al-Diniyyah), yang menyatakan semua agama itu adalah sama dan benar.

Kerana munculnya berbagai-bagai kesamaran makna konsep “pertengahan” (al-wastahiyyah) atau “moderatisme” di kalangan masyarakat Muslim saat ini, maka sangat mendesak dilakukannya suatu pengkajian yang serius dan ilmiah terhadap konsep “al-wasathiyyah” dalam Islam, agar tidak terjadi kesamaran dan pengaburan makna.

Kita perlu menyarankan para cendekiawan dan tokoh-tokoh umat islam agar berhati-hati dalam menggunakan istilah “Islam moderat”, dan tidak begitu mudah menyamakannya dengan istilah “ummatan wasathan”. Jika terpaksa menggunakannya, berikanlah definisi yang jelas, yang berbeza dengan definisi yang dipopularkan oleh kaum liberal dan pluralis pada saat ini.

Sebab, “moderatisme Islam” ketika ini juga sedang dijadikan sebagai bahan propaganda untuk meliberalkan Islam, sebagaimana diprogramkan oleh penaja antarabangsa seperti The Asia Foundation dan sebagainya.

David E. Kaplan menulis dalam artikelnya, "Hearts, Minds, and Dollars", (www.usnews.com, April 2005), bahawa saat ini, Amerika melabur dana puluhan juta dollar dalam rangka propagandanya untuk – bukan hanya mengubah masyarakat Muslim – tetapi juga untuk mengubah Islam itu sendiri.

Menurut Kaplan, buat pertama kalinya White House telah bersetuju strategi rahsia, untuk Amerika memiliki kepentingan nasional mempengaruhi apa yang terjadi di dalam Islam.

Sekurang-kurangnya di 24 negara Muslim, Amerika secara diam-diam telah menaja radio Islam, acara-acara TV, kursus-kursus di sekolah Islam, pusat-pusat kajian, workshop (bengkel) politik, dan program-program lain yang mempromosi Islam moderat.

Amerika dan sekutu-sekutunya memang bermotif agar kaum Muslim tidak menjadi ancaman bagi hegemoni peradaban mereka. Kerana itu, mereka menjadikan umat Islam sebagai umat yang moderat di dalam versi mereka.

Mereka biayai begitu banyak lembaga Islam dan mahasiswa Islam agar memiliki pemikiran dan sikap hidup yang sesuai dengan kehendak mereka. Di dalam konsep mereka, Islam moderat adalah Islam yang tidak meyakini kebenaran agamanya sendiri, Islam yang ‘jinak’, tidak peduli dengan penderitaan dan penindasan yang dialami oleh saudara-saudaranya sesama Muslim.

Mereka (Barat) ciptakan istilah-istilah yang indah dan yang buruk, untuk memecahbelahkan umat Islam. Istilah “Islam moderat” dilagakan dengan istilah “Islam radikal”, “Islam militan”, “Islam fundamentalis”, dan sebagainya, yang maknanya tidak didefinisikan dengan jelas.

Kita berharap, para tokoh dan cendekiawan Muslim dapat lebih berhati-hati dalam mengadaptasi satu istilah yang bukan berasal dari khazanah Islam. Jangan sampai mereka hanya menerima istilah tanpa diberikan definisi (ta’rif) yang jelas. Jangan sampai pula, mereka hanya menjadi saluran untuk mempopularkan satu istilah yang maknanya sudah diprogram secara sistematik sesuai dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan umat.

Pada zaman yang penuh dengan ‘fitnah’ seperti sekarang ini, kita perlu lebih berhati-hati lagi dalam menyebarkan maklumat, jangan mudah tergoda, kerana kita yakin, segala amal perbuatan dan ilmu kita akan dipertanggungjawabkan di Hari Akhirat kelak.

Sebenarnya, jika kita umat Islam menghayati Islam dengan benar-benar serta kembali kepada ajarannya yang murni, kita akan dapati, Islam itu sendiri adalah agama pertengahan dan sederhana dalam asas-asas pendidikannya.

Dalam memperjuangkan cita-cita kita dan dalam hendak memperjuangkan cita-cita Islam memerlukan ilmu yang mendalam dan ilmu yang seni. Mesti memahami ilmu dunia dan mesti memahami ilmu akhirat. Kalau tidak, Islam itu tidak dapat diperjuangkan dengan tepat.

Sebenarnya waktu ini, Islam telah disalah gambarkan. Islam telah disalah tafsirkan. Bahkan Islam telah disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat Islam sendiri. Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat sama ada dari segi Tauhid atau samada mereka menjadi pasif atau militan. Kini, kedua-dua golongan ini sangat ditakuti.

Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam.

Di sini, diperjelaskan sedikit dari sudut pandangan Islam antara dua golongan ini dengan membawa pandangan yang ketiga.

Kita harap pandangan ketiga ini adalah yang tepat. Ini penting supaya imej Islam itu pulih semula dan supaya kalau orang bukan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi mereka boleh menerima kewujudan Islam dan umat Islam. Juga supaya Umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar.

Mari kita cuba huraikan dan memperjelaskannya. Moga-moga akan terserlah Islam yang sebenarnya. Bukan Islam yang kiri dan bukan yang kanan. Bukan juga Islam yang pasif dan bukan yang militan. Tetapi di tengah-tengah antara dua golongan ini.

Allah memberitahu kita dalam ayat tadi bahawa Tuhan menjadikan umat Muhammad itu umat pertengahan. Apa yang dimaksudkan dengan pertengahan ? Kalau kita menganggap bahawa umat Muhammad itu datang ke dunia sebagai umat pertengahan, itu tidak logik kerana umat Muhammad ini di hujung zaman dan di hujung usia dunia. Jadi,jelas bukan itu yang dimaksudkannya.

Kalau yang dimaksudkan umat Muhammad itu datang sebagai umat pertengahan di antara umat ke umat, dengan sendirinya kenyataan itu ternafi kerana hakikatnya umat Muhammad ini berada di hujung usia dunia. Rasullullah adalah Rasul yang terakhir maka umat ini adalah umat yang terakhir. Kalau itu yang dimaksudkan, kenyataan tadi batal dengan sendirinya. Jadi, bukan itu maksudnya.

Jadi, apa yang Allah maksudkan tentang umat Muhammad ini umat pertengahan ialah umat yang sederhana, tidak terlalu ke kiri dan tidak terlalu ke kanan. Maksudnya, ajaran yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad adalah ajaran terakhir daripada seluruh ajaran yang disampaikan kepada nabi-nabi. Kalau ianya boleh difahami dan menjadi ilmu serta boleh dihayati, diaplikasi dan boleh diperjuangkan, umat Islam tidak akan menjadi pasif dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkannya.

Kenapa? Kalau kita baca sejarah dunia, kedatangan agama-agama atau kedatangan ahli-ahli falsafah ke dunia yang masing-masing ada peranan yang sangat berbeza. Kedatangan ahli-ahli agama sebelum Rasullullah membawa agama yang betul-betul berbentuk ibadah selain daripada masalah-masalah aqidah yakni soal hati. Soal-soal lahirnya adalah benar-benar ibadah seperti sembahyang dan puasa. Ia tidak ada hubungan dengan dunia. Tidak ada hubungkait dengan kemajuan dan pembangunan. Soal dunia ini kalau hendak dibuat boleh dibuat tetapi kalau tidak dibuat, tidak mengapa. Kerana soal dunia tidak dianggap agama.

Jadi, golongan pertama terlalu menjurus kepada akhirat dan golongan yang kedua sangat berbentuk keduniaan. Tetapi masya-Allah, maha besar Tuhan, ajaran yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir, pemimpin dari Tuhan untuk dunia yang terakhir membawa ajaran yang merangkumi kedua-duanya sekali. Ertinya, bukan hanya ibadah menjadi ibadah dan bukan hanya ibadah menjadi agama. Tuhan mahu umat Muhammad menjadi maju tetapi diIslamkan. Membangun kemudian diIslamkan. Berkemajuan kemudian diIslamkan. Segalanya mengikut peraturan-peraturan dari Tuhan. Akhirnya apa sahaja yang dilakukan dengan meletakkan agama itu sebagai asas, ia tetap agama, diberi pahala, mendapat keredhoan Tuhan dan mendapat kasih sayang Tuhan.

Apabila dunia yang dibangunkan, kemajuan yang dibangunkan dan tamadun yang dibangunkan diaplikasikan dan diIslamkan mengikut ajaran-ajaran Tuhan maka di sini dapat dua keuntungan. Itu juga ibadah dan itu juga kemajuan. Itu juga ibadah dan itu juga tamadun. Itu juga ibadah dan itu juga pembangunan.

Ertinya, keseluruhan hidup termasuk pembangunan kemajuan itu sudah menjadi agama.

Jadi, ianya tidak boleh dipandang dalam dua bentuk lagi, ia sudah menjadi agama. Maksudnya, ibadah, kemajuan dan pembangunan, semuanya yang dilakukan berlandaskan ajaran agama Islam mendapat pahala, keredhoaan dan kasih sayang dari tuhan.

Inilah yang dimaksudkan umat Muhammad itu umat pertengahan.

Tidak dunia semata-mata dan tidak akhirat semata-mata. Akhirat dan dunia digabungkan. Yang akhirat tetap akhirat, yang dunia pun bernilai akhirat. Yang akhirat menjadi ibadah dan diberi pahala. Kemajuan dunia pun sudah menjadi ibadah. Kemajuan itu juga sudah menjadi ibadah. Kalaulah fahaman ini dapat dipersembahkan kepada masyarakat, Islam menjadi sangat cantik dan indah. Akhirat dan dunia tidak ada pemisahan dan tidak ada bezanya.

Semua itu menjadi agama. Itulah yang dimaksudkan dalam satu ayat yang lain yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama itu semuanya untuk Allah."

Maksudnya, siapa yang ada di dunia ini, selagi diusahakan oleh manusia, ia menjadi agama. Agama untuk keredhoan Tuhan. Inilah cantiknya ajaran Islam yang disampaikan kepada Rasullullah saw. Kalau begitulah yang kita faham dengan hanya berdasarkan dari satu ayat yang pendek kemudian dapat dipersembahkan, diperjuangkan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita, ia sangat cantik. Tidak timbul pasif dan tidak timbul militan kerana Islam membawa kasih sayang.

31 Okt 2008

Generasi Masa Depan




Tengok gambar dulu...nanti saya sambung kemudian ceritanya....

Okay, mengapa saya ambil gambar anak-anak ini?...kerana dalam masa 20 tahun lagi merekalah yang akan menjadi dewasa dan akan menggantikan kita sebagai generasi yang akan menjadi warga yang akan menjadi pelapis kepada kita semua.

Apakah masa depan mereka dalam 20 tahun lagi?

Hari ini kita lihat mereka sungguh islamik, sejak kecil lagi sudah menunjukkan ciri keislaman dalam diri dan wajah mereka cukup bersih dan menyejukkan. Dendangan dari bibir mongel mereka bukan lagu-lagu cinta tetapi adalah nasyid-nasyid yang mengingati Allah dan RasulNya.

Cuba bayangkan 20 tahun lagi...jika kita di hari ini tidak menjaga negara kita dari dicemari dengan kebudayaan hedonistik, tak mustahil anak-anak ini yg pada asalnya begitu naif dan dibesarkan dalam suasana keislaman akan turut dipengaruhi oleh persekitaran yang sangat tidak islamik.

Di mana tanggungjawab kita utk memastikan keislaman terus subur di hati mereka?

Marilah kita renungi sama-sama..kerana itulah tanggungjawab kita bersama yang akan ditanya di akhirat nanti.

28 Okt 2008

NYANYIAN OMBAK





Kau campakkan
Dan kau terlantarkan
Kembang yang kupersembahkan kepadamu
Sepenuh hati

Kau diamkan
Bahkan kau tinggalkan
Aku yang tertegun di dalam rindu
Di dalam sepi

Benarkah telah kering kasih sayang di jantungmu
Layaknya musim ini
Berkaca pada sikapmu
Ranting-ranting patah gemertak
Belalang pun terbang mencari hijau
Sisi ladangku tak lagi subur
Untuk tumbuhkan cinta kasihmu

Kau dengarkan
Dan coba renungkan gelombang di laut
Nyanyian rindu
Menikam kalbu.


Terimakasih kepada seorang kawan (perempuan), yang dikenali menerusi Internet yang seringkali berinteraksi dengan saya lewat emel. Jauh dari sudut hati, saya menghargai perkenalan dan persahabatan ini.

Senang sekali berbicara santai dengannya, bertukar fikiran dan berkongsi cerita suka dan duka. Satu perkenalan yang unik tetapi cukup mengesankan.

Buat seorang kawan,

walaupun hadirmu bukan dalam realiti
tapi
kau mengisi realiti hari-hari mendatangku



Nyanyian Ombak, sering membuat saya terpegun mendengar iramanya...tatkala ombak menyentuh bebatuan di pantai dan mengheret pepasir ikut bersamanya, cukup menghiburkan. Saya kira saya boleh berlama-lama di tepian pantai menikmati orkestra dan simfoni ciptaan Allah itu..Indah mengasyikkan dan menginsafkan..

Saat matahari terbenam, menginjak pepasir putih di pantai, di tengah kemilau ombak yang memercik warna kemerahan di permukaan hamparannya, adalah satu detik yang mengusik rasa dan menyentuh jiwa dan ia adalah detik TERINDAH yang Allah ciptakan untuk dinikmati oleh hambaNya.

BERPUISI DALAM LAGU

16 Okt 2008

NOVEL INTERNET

Pagi tadi saya dapat satu emel dari seorang kawan, menyatakan dia menemui novel saya di dalam SCRIBD, ia di upload oleh seseorang yang saya tidak kenali. Aha, dalam hal ini, saya tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh penghantar tersebut walaupun tidak meminta permission saya utk meletakkannya sebagai tatapan umum.

Biarkan sahajalah, sekurang-kurangnya saya hargai inisiatifnya C & P novel saya tersebut dan meletakkannya di dalam alam siber. Saya dapati ia diupload pada 16 Jun 2008, baru 4 bulan rupanya. Hari ini 16 oktober 2008. Telah dilihat seramai 908 orang. Satu jumlah yang besar dalam masa yang singkat. Saya yakin peng upload tersebut tidak kenal saya, dan saya juga tidak kenal dia walaupun fotonya ada di dalam SCRIBD itu. Sayapun tidak berniat untuk bertanya atau menghantar mesej kepadanya, biarkan sahajalah ia di situ , saya tidak perlukan apa-apa kredit walaupun saya penulis novel tersebut.

Novel tersebut saya tulis tanpa dirancangpun, malah saya sendiri tidak tahu saya boleh menghasilkan sebuah karanganpun apatah lagi sebuah novel seperti itu. Tetapi kadang-kadang di dalam hidup ada peristiwa dan kejadian yang memberi kesan kepada kita lalu memberi idea dan ilham untuk menulis sesuatu dari dalam lubuk hati. Maka itu novel itu dihasilkan.

Tidak ada apa yang menarik di dalam novel tersebut, hanya 79 mukasurat sahaja. Ia hanya satu percubaan santai saya untuk menulis. Tidak saya sedari pula ada yang berminat untuk mengkomersialkannya di alam siber. Apapun saya cukup senang, kerana tidak ada siapa yang tahu siapa penulisnya.

Tentu ada yang mahu tahu apa tajuk novel tersebut..hermm...biarlah menjadi rahsia...novel itu kenang-kenangan sahaja, sayapun tidak mahu orang tahu siapa penulisnya. Cukuplah dihayati luah bicara dan perasaan penulisnya sahaja.

Kawan saya itu menjumpai novel saya apabila dia mencari novel terkenal AYAT-AYAT CINTA. Hermm, baru saya perasan novel AYAT-AYAT CINTA ini ada 313 mukasurat rupanya. Sebuah novel yang menarik, dan saya tertarik kerana ia memaparkan suasana di CAIRO. Saya pernah seminggu tinggal di CAIRO tapi banyak perkara yang saya pelajari ttg kehidupan masyarakat di sana. Jadi novel itu sangat menarik hati sy, kerana dapat mengimbau kenangan saya di sana, malah nama-nama tempat yang ditulis di dalam novel tersebut juga pernah saya kunjungi. Selama seminggu di CAIRO saya tinggal di Rabiatul Adaweya. Tempat di mana watak utama dalam novel itu tinggal. Menarikkan bila kita boleh bayangkan suasana tersebut walaupun menerusi novel?

Novel saya yang picisan itu juga menggunakan nama-nama tempat yang tepat dan menggambarkan suasana di dalam realiti, cuMa adapun namanya novel, ia adalah getaran fikiran dan idea yang tidak dapat dibezakan adakah ia realiti atau fantasi atau sekadar satu ilusi.

15 Okt 2008

MADAH UNTUK PENGEMBARA

Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.


Semalam saya terpaku apabila menghayati madah ini. Kerana maksudnya yang dalam dan sangat TEPAT menjadi panduan. Seringkali insan selalu mengenang-genang kebaikan yang telah dilakukan, mengungkit-ngungkit apa kebaikan yang telah dilakukan apabila hatinya sakit dan dikhianati. Seorang insan akan berkata "Tidak patut sipolan itu, tidak mengenang budi orang langsung". Biasa dan seringkali kita dengar ucapan yang begini.

Tetapi jarang pula kita dengar, orang berkata, "Tidak mengapalah dia menzalimi aku atau berbuat jahat kepada aku, mungkin ada dosa aku yang dulu, Allah balas sekarang supaya aku ingat kejahatan aku dan bertaubat".

Setiap kenangan dan pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup ini adalah PAKEJ dosa dan pahala yang akan diadili di akhirat di sana. Sama ada amalan atau kebaikan di beri pahala dan dibalas dengan nikmat atau sama ada dosa akan diampun atau dihukum, di Akhirat sanalah penentuannya.

Maka, yang sangat-sangat kita perlu perihatin atau ingatkan bukan kebaikan yang telah kita amalkan, kerana bukan hak kita untuk menilainya tetapi yang perlu kita ingati dan takuti ialah kita terlupa dengan kejahatan yang kita pernah lakukan dan terlupa untuk bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan.

Maka tepat sekalilah MADAH tersebut.

Jangan kerana kita membenci kenangan yang pahit dan kesilapan yang kita lakukan di dalam hidup hingga kita terus melupakannya. Ingatilah selalu dosa dan kejahatan yang kita pernah lakukan, dengan penuh penyesalan dan memohon keampunanNya.

Mati itu datang tidak bertangguh walau sesaatpun.

8 Okt 2008

PERSIDANGAN TERKINI



Persidangan ini menarik perhatian saya kerana ia memberi maklumat mengenai salasilah keturunan kesultanan Terengganu yang bersusurgalur dari Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor ke 18.

Jika para pengunjung blog ini pernah melayari blog SALASILAH KETURUNAN yang saya sertakan linknya di dalam blog ini, tentu saudara/i menyedari bahawa susurgalur Tun Habib Abdul Majid ini adalah susurgalur keturunan saya juga.

Saya mendapat maklumat bahawa YAYASAN SULTAN MIZAN telah mengeluarkan dana sebanyak rm400,000 untuk menjalankan penyelidikan mengenai SUSURGALUR TUN HABIB ABDUL MAJID ini dan penyelidikan oleh beberapa orang Profesor Akademik itu akan dibentangkan pada 17-19 Oktober ini di Kuala Terengganu.

Teringin saya hadir ke persidangan tersebut tetapi apakan daya, tugas hakiki perlu diutamakan. Bagaimanapun, saya harap seorang kawan saya di Univ Darul Iman di mana persidangan itu akan diadakan dapat membantu saya memperoleh kertaskerja yang dibentangkan itu. Saya sangat menghargai pertolongan beliau tersebut.

26 Sep 2008

SATU SEJARAH YANG PANJANG : KEBANGKITAN RAKYAT

Di awal pagi ini, saya membuka akhbar online dan ada dua berita yg
menarik hati saya di pagi ini.

Pertama, kita mula dgn berita di peringkat global,
AS diramal hilang kuasa kewangan dunia
Krisis Kepimpinan Britain memuncak


Semalam, saya dikuliahkan mengenai teknologi roh yang semakin
berperanan dalam situasi sekarang ini, di mana berlakunya pertarungan kemuncak antara teknologi roh dengan teknologi ideologi (ciptaan manusia).
Apabila kita memperkatakan mengenai teknologi ideologi, ia bukan bermakna hanya meliputi isme-isme sahaja tetapi segala produk dalam pelbagai bentuk yang bersumberkan kepada ilmu sekular.

Seperti yg kita ketahui, kewangan dunia ini dikuasai oleh sistem ekonomi kapitalisme yang menjadikan RIBA sebagai satu ALAT menggerakkan sistem kewangan ini. Sistem kapitalisme ini ciptaan yahudi yang bertujuan utk menguasai dunia dan masyarakatnya. Ia adalah senjata mereka ke arah mencapat matlamat tersebut. Apapun perancangan mereka sekrg ini ibarat SENJATA yang MENEMBAK Tuannya sendiri. Mereka tersungkur dikalahkan oleh sistem yang mereka ciptakan sendiri. Siapakah yang mengalahkan mereka?

Itulah Teknologi ROH yang berperanan mengalahkan mereka.

Seterusnya, kepada sistem kepimpinan BRITISH yang sudah berkurun lamanya malah dijadikan sebagai satu CONTOH sistem untuk negara-negara lain ambil jadikan PERLEMBAGAAN termasuklah Malaysia. Siapa yang mengkaji sejarah sangat tahu bahwa asas perlembagaan negara kita ini adalah merujuk kepada BRITISH yang merupakan negara yang pernah menjajah kita sebelum merdeka dahulu.

Sistem BRITISH adalah sistem raja berpelembagaan di mana raja hanyalah satu SIMBOL kepada negara tanpa ada peranan dalam sistem eksekutif pentadbiran dan kepimpinan negara.

Telah lama Yahudi Zionisme merancang utk menjatuhkan sistem beraja di dalam dunia ini kerana mereka merasakan bahwa mereka adalah RAJA kepada semua bangsa di dunia ini. malah mereka mengatakan mereka adalah Anak Tuhan yang turun ke bumi untuk menguasai bumi.

Kenaikan DEMOKRASI sebagai faktor UTAMA dlm pemilihan sistem pentadbiran dan kepimpinan di seluruh dunia ini dan hanya meletakkan RAJA sebagai SIMBOL tanpa ada apa-apa peranan itu adalah perancangan mereka sejak berkurun lamanya.

Suatu ketika dulu, di Eropah, raja adalah pemimpin teratas dlm kepimpinan dan berkuasa kepada pemerintahan negara dan ia diwarisi. Apa yang berlaku, melalui slogan KEBANGKITAN RAKYAT, sistem BERAJA ini dijatuhkan satu persatu melalui satu SEJARAH yg sgt panjang, maka jatuhlah pemerintahn beraja di Perancis, Rusia, British (terpecah
sebahgian menjadi Amerika), dan lain-lain lagi.

Yahudi berjaya menjatuhkan sistem BERAJA ini di Eropah dan sebenarnya motif mereka adalah satu pembalasan kepada AGAMA KRISTIAN yang memusuhi mereka.

Yahudi melaga-lagakan KRISTIAN dan ISLAM di dalam perang SALIB, dengan bertujuan melemahkan kedua-dua pihak ini, kerana itu mereka mampu utk menguasai dan menjatuhkan pemerintahn beraja di dunia ini dan menaikkan diri mereka sebg RAJA yg sebenar tanpa disedari.

Apa yg berlaku kepada umat ISLAM yg merupakan musuh UTAMA Yahudi pula adalah Yahudi berusaha melumpuhkan sistem kekhalifahn ISLAM. Pada waktu itu ada 2 tempat yang mereka ATTACK. Pertama di MEKAH dan MADINAH, di mana YAhudi menggunakan WAHABI utk menaikkan bani SAUD sebagai pemimpin dan menguling pemerintahan, mengusir mereka malah membunuh ahlulbait2 yg sebelum itu dipimpin oleh Syarif Mekah, pemimpin dari
bani hasyim dari keturunan saidina HAssan RA.

Seterusnya Yahudi menaikkan pula Kamal Atarturk sebagai BONEKA mereka untuk mensekularkan Turki dan menggulingkan sultan Turki dan sistem kekhalifahannya. Banyak fitnah dan cerita buruk di sebarkan dan dimanipulasikan untuk memburukkan sistem kekhalifahn islam di Turki sehingga akhirnya RAKYAT menentang SULTAN TURKI dan menaikkan Kamal Atarturk, itu adalah strategi YAHUDI dari dulu, kini dan juga sekarang.

(Jadi, moral of the story berhati-hatilah dengan PAKATAN RAKYAT)

Seterusnya mereka bergerak ke tempat2 lain malah ke nusantara ini dengan meruntuhkan satu demi satu pemerintahan beraja di nusantara ini.

Kita perlu tahu satu perkara, mengapa YAHUDI sgt membenci permerintahan beraja/khalifah ini?

Ini kerana, menurut sejarah, meskipun di negara yang bukan ISLAM, permerintahan BERAJA mereka adalah diwarisikan kepada keturunan yang baik-baik yang bersusur galur dari keturunan nabi-nabi. Walaupun ada yang tidak menerima islam seperti kristian tetapi YAHUDI tetap juga memusuhi keturunan ini kerana DENDAM mereka terhadap para nabi2 dari bangsa lain yang tidak akan pernah padam sampai kiamat.

Dalam permerintahn beraja/khalifah di negara islam, DENDAM Yahudi ini lebih dahsyat lagilah kerana di waktu itu, keturunan yang memerintah ini memang dari keturunan BANI HASYIM iaitu keturunan ahlulbait RSAW.

Sebab itulah RSAW pernah bersabda sehingga mengalir airmatanya, bahawa keturunan bani hasyim ini akan ditimpa fitnah di akhir zaman ini sehinggalah didatangkan semula pemimpin di kalangan mereka yang akan dikumpulkan kembali di dalam satu pemerintahan daulah islam.

Sebenarnya di Nusantara ini, pemerintahan beraja suatu ketika dulu, memang mempunyai susur galur keturunan dari bani hasyim ini, dan sebenarnya bumi nusantara ini sangat makmur dan sejuk kerana di sini juga ramai berkumpul keturunan bani hasyim ini selain dari bumi ARAB.

Ini semua perancangan Allah, walaupun begitu yahudi sangat tahu tentang hal yang ada dan belaku di NUSANTARA ini. Yahudi ini wataknya sangat kenal musuh mereka lebih dari mereka kenal ANAK mereka sendiri.

Maka apa yg mahu saya jelaskan di sini, saya ringkaskan, bahawa apabila KEPINCANGAN PEMERINTAHAN DEMOKRASI berparlimen yang diwujudkan oleh yahudi berkurun yang lalu sudah semakin pincang dan jatuh, ibarat SENJATA yang makan tuannnya sendiri, maka ini bermakna,

Teknologi ROH sudah mula mengalahkan teknologi IDEOLOGI dan saatnya makin hampir, untuk dinaikkan kembali dan didatangkan pemimpin yang sebagaimana di sebut oleh RSAW di dalam hadisnya itu.

Mari kita renung dgn hati yang berzikir hadis RSAW tesebut :

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah)


Sekian wallahualam.