Saya hanya manusia biasa yang ada perasaan, bila tercuit hiba, tentu sahaja bisa mengalirkan airmata. Ya, airmata saya keluar tanpa dijangka, tatkala melihat bangsa sendiri menghina raja dan sultannya sendiri. Teringat tentang perjuangan pejuang bangsa dahulu kala, malah sejarah Perak juga tidak kurang ulungnya. Raja, ulamak dan para pembesar bangkit menentang penjajahan British yang diketahui ada maksud tersembunyi ingin menghancurkan Islam dan melemahkan kuasa Raja-raja kerana mereka amat kenal apa peranan insititusi Beraja di dalam sebuah pemerintahan di tanahair kita yang tercinta ini.
Tetapi hari ini, saya amat hiba kerana melihat bangsa Melayu melupakan sejarah bangsa, melupakan adab dan adat, hingga sanggup menghina bangsa sendiri dan raja sendiri. Jika di sini saya menangis tanpa suara, terpaku hiba menatap angkara bangsa sendiri yang sudah ditimpa bala.
Bukan saya meletakkan bangsa lebih dari agama, tetapi fahamilah STRATEGI Yahudi yang sudah lama mahu meruntuhkan sistem beraja di nusantara ini, mereka si Yahudi laknatullah ini tidak akan berhenti dari usaha mereka untuk menghapuskan sistem beraja di bumi nusantara ini kerana mereka tahu Islam akan bangkit kali kedua di bawah sistem kekhalifahan, dan institusi beraja inilah yang akan mengembalikan sistem kekhalifahan itu di bumi nusantara ini. Yahudi berjaya meruntuhkan sistem beraja di Indonesia, berjaya di Thailand, berjaya di Filipina, berjaya di Singapura tetapi ia tidak mampu memusnahkan sistem beraja ini di Malaysia dan Brunei. Tetapi itu tidak bermakna mereka akan berputus asa, kerana Yahudi ini amat tahu jadual akhir zaman, dan mereka cuba menjadikan ia tidak berlaku ataupun sekurang-kurangnya dapat dilambatkan atau ditangguhkan.
Sesungguhnya mereka mencatur, tetapi caturan Allah itu lebih hebat lagi.
Di Malaysia ini, usaha Yahudi ini diserap ke dalam sistem demokrasi yang digunapakai kerana mereka sangat tahu akan kelemahan sistem ini kerana sistem demokrasi ini ciptaan mereka sendiri untuk menguasai bangsa-bangsa lain.
Mereka tahu, melalui sistem demokrasi mereka dapat naikkan keturunan yang jahat, manusia yang tidak berakhlak, manusia yang cintakan kuasa, kerana melalui sistem demokrasi ini, sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk melobi diri dan menonjolkan diri bisa saja menjadi pemimpin kepada masyarakat.
Dengan sistem demokrasi ini akan wujud manusia-manusia hipokrit atau munafik yang boleh menggunakan apa cara sahaja untuk memancing undi kepada mereka. Mereka gunakan duit, gunakan ilmu, malah gunakan agama untuk mencapai kemenangan mereka di dalam pertarungan di pentas politik.
Sesungguhnya saya melihat terlalu ramai bangsa Melayu tertipu atas nama agama dan keulamakan di dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada sistem demokrasi ini.
Dajal itu amatlah pandai mempengaruhi orang, berdoalah dan takutilah fitnah Dajal kerana para sahabat RSAW sendiri bila RSAW menceritakan mengenai dajal kepada mereka, merasa ketakutan kerana mereka faham fitnah dajal itu amat dahsyat.
Bagi saya, Yahudi amat faham bahawa Melayu itu Islam. Mereka tahu dan faham mengapa Hang Tuah menyatakan, "Tidak Melayu Hilang di Dunia". Mereka sangat faham tetapi ramai di antara kita yang tidak faham dan tidak mahu ambil tahu.
“Melayu” adalah suatu kalimah yang baik, juga suatu kalimah yang berjiwa,sarat dengan falsafah, mengandungi satu pengembaraan jiwa mencari hubungan seni Islam dan makna disebalik kata ucap, kata tinta (seni kaligraf), saya kira, yang serasi sebagai satu manifestasi bangsa ini; yang punya maksud yang mendalam dan tujuan mengapa makhluk (manusia) dijadikan, iaitu supaya sentiasa bersikap me-layukan diri (tunduk) dan sujud (ibadah) kepada yang menciptakan.
Setiap bangsa akan membentuk kebiasaan tabiat dan adab budaya mereka sendiri. Begitu juga bangsa ini; Melayu berbudaya dan beradat. Kelebihan para nabi adalah kerna kehebatan mukjizatnya, ketinggian manusia pula adalah kerana kelebihan sikap muafakatnya. Tatkala tunas dipanggilnya muafakat, tatkala sudah berakar dipanggil akan dia ADAT. Apabila bangsa ini menerima Islam sebagai suatu cara hidup di dunia fana ini maka adat bangsa terus sahaja di ikat dengan syarak (syariat) Tuhan yang Maha Esa. Inilah makna HAKIKAT bangsa Melayu “Adat bersendikan syara”.
Antara keduanya tidak harus dilihat terpisah¡; macam roh dengan jasad, atau kias bahasa yang paling klasik sepanjang zaman seperti irama dan lagu; pincang lagu sumbang irama; andai dipisah. Pertautan ini sangat unik dan sungguh kukuh bagai Akar pada sang pokok sehingga terbit satu tanggapan bahawa setiap ‘Melayu itu Islam’. Dan tidak keterlaluan kiranya dikatakan, inilah rahsia sebenar mengapa selama ini aqidah bangsa ini sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah swt walaupun telah dijajah oleh tentera salib selama beratus-ratus tahun dahulu. Tak kan hilang Melayu di dunia, tak akan hilang Islam di alam Nusantara ini.
Kita bangsa Melayu kembalilah kepada akar umbi sejarah, carilah kaitan tentang Melayu dan Islam, dan yang penting kembalilah merujuk kepada Allah SWT, jangan Allah dikesampingkan, Iman dan Taqwa itulah benteng pertahanan bangsa kita, bila kita melupakan Allah SWT, lebih mengagumi ideologi bikinan manusia, angkuh dan sombong dengan dunia yang kita miliki, inilah BALA yang telah menimpa.
Perpecahan, pergaduhan, perbalahan, hilang perpaduan, hilang kasihsayang, hidup tidak ada kedamaian. Kelak nanti agama, bangsa dan negarapun akan tergadai jika kita terus-terusan leka dan khayal begini.
Bukan ekonomi, bukan ilmu, bukan budaya yang buat kita lemah di bumi sendiri tetapi kerana kita lemah iman dan taqwa. Itulah yang perlu difahami oleh semua kita.
Kita masih belum terlambat. Bumi Malaysia ini belum tergadai lagi.
Bersatulah kita kembali, lupakan perbezaan kepartian masing-masing, mari kita promosi Allah dan RasulNya, bukan taksub dengan politik atau kuasa.
Saya tetap optimis, bangsa Melayu bisa mengegarkan dunia ini dan akan jadi satu bangsa yang dihormati dalam sejarah dunia akhir zaman. InsyaAllah.
Bukan baju sembarangan baju
Baju ditenun dari Negeri Bilah
Bukan Melayu sembarangan Melayu
Melayu itu adalah Khalifah Allah
[Nyanyi sunyi Amir Hamzah]
9 ulasan:
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah........serahkan balik kuasa pada rakyat, apa masalah, itukan jalan tengah , takde memihak mana2 pihak, kalau buat macam tu tak dernya rakyat nak protes.......raja bukan maksummm macam nabi.......
Berhati-hati saudara bila berkata-kata, sebagai seorang Islam, sebarang KUASA adalah patut diserahkan kepada kuasa ALLAH, bukan kuasa Rakyat.
Menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat adalah seperti menyekutukan Allah dengan manusia.
Ini semua agenda Yahudi wahai saudaraku..berfikirlah dengan jelas dan rasional, jgn emosi..bila emosi, nafsu sangat mempengaruhi ke arah kejahatan.
Sekian. Wallahualam.
Assalamualaikum. Semoga dirahmati Allah.
Tulisan saudari ini telah disebarkan dengan meluas melalui email oleh penyokong-peyokong UMNO lantaran saya mencari penulis asalnya. Mungkin saudari orangnya.
Saudari perlu mengenali terlebih dahulu siapakan sultan perak dan susun galurnya. Sultan perak bukan berdarah diraja sebaliknya dari susun galur bendahara dan kemudian jawatan bendaharan dihapuskan oleh Sultan Azlan.
Bapa dan datuk sultan azlan pernah melakukan perkara yang jelik di mata rakyat perak. Menghalal dan menyimpan puluhan gundik manakala sultan idris pernah merampas isteri orang yang masih dalam idah atau tidak jelas status cerainya.
Hari ini, sultan Azlan secara berterusan mengambil minuman beralkohol sebagai minuman hariannya dan sifat tercela ini diwarisi oleh anaknya Raja Nazrin.
Jika benar saudara juga berketurunan diraja Johor, saya pasti saudara juga tahu penyelewengan sultan Azlan apabila melantik anaknya Raja Nazrin terus menjadi Raja Muda. Sepatutnya jawatan Nazrin sekarang ialah Raja Kecil Besar. Tidak boleh sama sekali melangkau jawatan Raja Di Hilir kerana keturunan Raja Di Hilir masih ada dan sehingga kini keturunan Raja Di Hilir menyimpan dendam dengan sultan Azlan.
Kedudukan sultan tidak boleh disanggah walau apa akhlak yang ditunjukkan sekalipun. Jadi memang benar sebagai orang Malayu, kita tidak boleh menghina sultan.
Saudari perlu mengkaji dan memehami strategi orang yahudi. Mereka tidak ada menyertakan di dalam protokol zionis untuk menghancurkan institusi beraja. Seperti yang kita semua maklum, zionis amat berjaya dalam usaha untuk menjatuhkan sesuatu institusi, menguasi dunia pendidikan dan kesihatan. Tetapi kenapa mereka tidak menjatuhkan kesultanan melayu? kerana kesultanan melayu tidak menjaga dan bukan lambang kekuatan keiman umat Islam. Kita tidak boleh membuat tuduhan melulu terhadap strategi kaum kuffar untuk memusnahkan umat islam kecuali jika kita benar-benar mengetahuinya atau terlibat secara langsung dengan gerakan-gerakan dahwah islamiah.
Di Malaysia, institusi beraja berada di kedudukan tertinggi dalam perlembagaan sejak zaman kesultanan melaka lagi. Sultan atau raja tidak pernah campur tangan atau berjuang untuk memerdekakan tanah melayu (kecuali jika sultan atau raja itu menyeleweng). Sultan dan raja adalah "alat" atau kunci untuk orang luar menjajah Tanah Melayu. Sekiranya hari ini kuasa besar seperti Amareka ingin menjajah Malaysia, mereka bukan menggunakan orang cina seperti yang disangka oleh kebanyakkan orang, tetapi Amareka akan menggunakan institusi beraja.
Apabila British ingin menyerang Tanah Melayu, mereka telah belajar daripada kesilapan portugis dan belanda. Mereka tidak boleh menawan melaka membuta tuli tanpa memenangi hati institusi kesultanan melaka. Tidak seperti negara-negara eropah, utara afrika dan tanah arab, apabila sesuatu tanah dijajah, penduduknya juga akan terjajah. Tetapi di Tanah Melayu, untuk menjajahnya, mereka perlu menundukkan sultan melalui sistem residen. Bermula dari Perjajian Pangkor lah seluruh Tanah Melayu terjajah.
Apabila Jepun menakluk sesuatu negara, mereka akan menangkap dan membunuh pemimpin tempatan serta merampas istana-istana pemimpin tempatan. Tetapi Jepun tidak pernah membunuh sultan atau raja melayu sebaliknya menjalin hubungan dengan institusi kesultanan dan keluarga diraja dibenar terus menetap di istana masing-masing.
Orang melayu yang cerdik akan mentafsirkan institusi kesultanan ini bersekongkol dengan mana-mana kuasa yang boleh memberikan kekuatan ekonomi kepada istana. Hakikat sebenarnya, penjajah dan penakluk menggunakan institusi kesultanan untuk menakluk negara ini.
Mereka yang terawal menghidu dan menjumpai "kunci" pintu masuk ke negeri Perak ini telah menggunakan kesempatan mempergunakan sultan.
Rakyat perak tidak berani membaling kasut atau menghina sultan dengan istilah "natang" seperti di Terengganu. Tetapi mereka berkata "Daulat Tuanku, patik pohon perkenan bubarkan dun".
Tidak ada unsur-unsur menghina sesiapa pun dalam situasi di perak ini.
Sultan perak dijaga oleh jin sehinggakan apabila seseorang sultan ditabal, jin atau qorin yang menjaga sultan itu juga akan ditabalkan sekali. Dajal ialah ketua kapada iblis dan jin, mana mungkin dajal hendak menjatuhkan jinnya sendiri.
Sebagai umat islam, raja diangkat untuk menjadi ketua agama. Kita mahu dinaungi oleh pokok yang apabila dilemparkan batu, digugurkan buah yang memanfaatkan. Kita tidak mahu pokok yang menggugurkan buah yang memabukkan.
Terimakasih, saya tidak tahu tulisan saya disebarluas oleh mana-mana pihak kerana blog sy ini sebenarnya hanyalah blog personal.
Mengenai perilaku Sultan Perak itu saya tidak mahu memberi ulasan, saya serahkan kepada Allah SWT jua.
Adapun hal peribadi mereka bukan hak kita untuk mempersoalkannya, kecuali ia benar-benar berlaku didepan mata kita, wajiblah kita untuk menegurnya itupun dengan penuh hikmah.
Saya tetap yakin bahwa usaha meruntuhkan institusi beraja di nusantara ini adalah perancangan Yahudi kerana mereka tahu mengenai jadual akhir zaman yang di dapati mereka dari hadis-hadis RSAW.
Hal ini sangat terang dan jelas kepada sesiapa yang difahamkan, tetapi tidak semua orang akan dapat difahamkan dengan mudah.
Saudara seorang yang ada ilmu tentang metafizik, sepatutnya saudara menggunakan kelebihan itu untuk cuba memahami strategi Yahudi yang tersirat daripada yang mereka suratkan di dalam protokol zionis mereka.
Saya tidak mahu berhujah panjang tentang hal ini kerana masa amat singkat untuk disia-siakan dengan berdebat.
Sesiapa yang mahu percaya, silakan. Jika tidak mahu percaya juga silakan.
Sekian.
Encik, betul kata-kata encik. Yahudi memang sial. merekalah punca semua masalah. Agenda yahudi sangat halus.
malang sekali, mengapa orang melayu tidak menyedarinya? Malah, orang melayu jpulak yang mengagung-agungkan demokrasi ala yahudi itu.
Salam puteri,
Mudah2an dengan izin ....
Teruskan menulis seperti ini. Sudah ramai umat melayu ini yang lupa jatidiri, membenci dan memperlekeh batang hidung sendiri.
Setuju dengan puteri, perancangan Allah lah Yang Maha Sempurna.
Yahudi tetap yahudi, mereka menjalankan tugas mereka sebagai yahudi. Umat Islam kena la menjalankan tugasnya sebagai umat Islam sepertimana yang telah dipertanggungjawabkan. Jika tidak, kita tak mensyukuri nikmat keamanan, jika tiada kekacauan. Adakah mudah kita kata beriman tanpa didatangkan ujian.
Mudah2an kita tidak Me-"layu" dengan kekecewaan kerana tergadai maruah dan tanahair dek slogan kesamarataan, bagaikan bangsa lain yang memperjuangkan Islam. Mudah2an kita Me-"layu", tunduk patuh, sentiasa dalam penyerahan.
Salam
orang melayu?
semua orang terpedaye ---....,
x sedar bukan kerna bodoh alang dan taksub, tetapi lebih kerna x mengetahui~
Dear Miss/Madam
Salam. You are a real confuse person. Not everything leave to Allah. I suppose you stay at home and wait for Allah to bring food for you on the table, is it?
You have a real cluttered confusion between religion, royalty and human laws.
Simple thing, if there is no traffic laws which is made by human(since allah dont make such laws), the road will be a mess everyday.
Human being should sembah Allah and NOT SEMBAH RAJA. Sembah raja tu syirik kan..
please read (iqraq bismiraq..) to clear your mind..
p/s my appologies, if my writing offended you. It is not my intention. Thousand apologies
Salam Puteri,
Mudah2an dengan izin ..
Untuk Dr. Rafick,
"Not everything leave to Allah. I suppose you stay at home and wait for Allah to bring food for you on the table, is it?"
Saya cadangkan Dr. melihat kembali
asas tauhid qada' qadar dan kedudukan usaha dan ikhtiar. Saya juga cadangkan Dr. yang telah keliru.
Untuk kata "Sembah" tentu Dr. Rafick pernah belajar akan prosa klasik dan bahasa istana semasa disekolah dahulu sekiranya Dr. bersekolah di Malaysia ini.
Bukanlah sembah ini keadaanya dan tujuannya sama
seperti solat menyembah Allah Ta'ala. Rasanya telah pun tuanpunya blog ini menerangkan. Sembah diraja bukan perbuatan men'tauhid'kan Raja itu tuhan. Sebaik-baiknya jangan ambil sembrono makna jika anda hanya melihat dan memahami di permukaan sahaja.
Salam
Catat Ulasan