24 Feb 2009

DARI BICARA TOK FAKIR



1. Sultan & Raja hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin adalah mereka yang tidak dilantik melalui sistem demokrasi undi dan mereka juga adalah kesinambungan kepada Sistem Khilafah.

2. Kelemahan yang ada tidak boleh dijadikan sebab untuk kita menderhakai mereka. Mereka adalah teras dan benteng terakhir dalam pertahanan Ummat dalam konteks ini ialah Kaum Muslimin Melayu.

3. Sebarang usaha terutamanya dari pihak munafiq Liberal yang disokong oleh mana-mana pihak untuk menderhakai Sultan & Raja hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin adalah sama dengan tindakan munafiq Liberal yang dahulu yang menjatuhkan Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah oleh mereka yang sama jenisnya.


(Gambar Bapa Sekularisme Turki, Kamal Atarturk yang telah meruntuhkan sistem kekahalifahan di Turki)

4. Dahulu, pelupur kepada kerosakan ini adalah JamaludDin Al-Afghani As-Syi'i Al-Masuni, yang mengakibatkan Khilafah menjadi Khilafah Berpelembagaan Sekular yang lemah tidak berdaya. Munafiq Liberal JamaludDin ini disokong oleh Ulama-Ulama Sesat seperti Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Muhammad Ibn Abdul Wahhab laknatuLlah 'alaihim ajmaiin.

5. Ianya adalah tiruan kepada Revolusi Peranchis yang menghancurkan Sistem Berajanya kepada penyembahan kepada kuasa Rakyat yang benci kepada Agama.

6. Kaum Muslimin Melayu tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan pandangan hidup sebegini, kerana Raja-Raja Melayu hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin adalah benteng kepada Agama Islam yang Haq. Sikap menentang mereka juga adalah sama dengan sunnah yang dibawa oleh kaum Salafi Muktazilah dan Wahabi Su'udi dahulu terhadap Khilafah.

7. Jika kita memperkuatkan Institusi Raja Melayu maka dengan sendirinya Agama juga menjadi kuat. Ianya adalah sesuatu yang bertimbal-balik. Yang perlu ialah Ulama-Ulama wajib bersatu di bawah satu payung Ahl Sunnah Wal Jama'aah supaya mereka dengan itu dapat menjadi kekuatan yang dihormati oleh Raja-Raja Pemerintah.

8. Kesinambungan ini mesti dijaga kerana Islam akan kembali berkuasa melalui jalan yang menghampiri kepada Sistem sebegini yakni Sistem Shura dan Ahl Halli Wal Aqd; bukannya Sistem Demokrasi Berpilihanraya yang banyak memecah-belahkan manusia atas sebab kepentingan kepartian. Ulama-Ulama wajib meninggalkan Sistem Demokrasi Berpilihanraya dan membentuk Shura mereka jika mereka betul-betul ikhlas untuk Agama dan menjadi penasihat kepada Pemerintah.

9. Seluruh Ummat Islam Sedunia telah menjadi hina-dina sekarang kerana telah berarak membantu Yakjuj Makjuj Imperialis Barat dahulu untuk menyingkir Khilafah Islamiyyah. Mereka kononnya mendapat 'kemerdekaan' dari Khilafah dan dapat menentukan perlembagaan kuasa rakyat mereka. Tetapi, hidup mereka penuh terhina mengharap belas ihsan Yakjuj Makjuj Barat dan Al-Masih Ad-Dajjal Israel. Maka silakan berarak lagi untuk anda kemudiannya mengulangi peristiwa yang sama wahai Kaum Muslimin Melayu !.


WALLAHU'ALAM

TokPakir

3 ulasan:

Tai berkata...

Tapi sayang, sebahagian umat islam di sini telah tertipu oleh puak yang ingin melihat kejatuhan raja-raja dan sultan.

PUTERI berkata...

Ada di dalam Protokol Zionis sebenarnya, Strategi menjatuhkan Raja-raja untuk menaikkan BONEKA mereka...boleh dicari Statement tersebut.

Tanpa Nama berkata...

artikel yang agak kelakar.tahukah anda bagaimana perangai dan akhlak raja-raja melayu selain sultan kedah dan terengganu?majoriti hidup sekular,liberal,kaki minum dan melakukan perkara bertentangan dengan islam.ini lebih teruk berlaku terhadap kaum kerabat raja melayu.ana pernah berkerja di rempat yang selalu bertenbung dengan diorg dulu.ini kah dikatakan khalifah?inikah kah payung agama?sistem raja monarki dan berpelembagaan bukan lah cara islam dan langsung bertentangan dengan islam.nyatakan nas al quran maupun sunnah sistem beraja itu menurut islam ada ana nak dengar.tidak ada sama sekali.pewarisan takhta kepada anak dan kaum kerabat juga bertentangan dengan islam.jikalau ada dah lama rasulullah dah lantik kaum kerabat dia jadi khalifah pertama.dan jelas ada hadis sahih yg ber bunyi 'jikalau ada dua khalifah,bunuh yang kedua'..jelas dalam islam khalifah itu wajib dan tidak dilantik bedasarkan keturunan sanak saudara dan tidak boleh dan haram adanya dua pemimpin umat islam.yang ada cuma wali wilayah atau penguasa wilayah yang bidang kuasanya hanya menurut perintah khalifah.dia tidak berhak membuat apa jua keputusan..harap enta jelas.buang jauh jauh semangat bangsa melayu dan semangat bangsa.sebab nabi menegah berbuat begitu.sebaliknya kuat kan semangat islam.itu sewajarnya.assalamualaikum.