10 Feb 2009

SISTEM DEMOKRASI adalah sistem RAKYAT


Apabila menyebut SISTEM, ia ada unsur input, proses dan output. Jika lengkap kitaran ketiga-tiga unsur ini maka ia dipanggil SISTEM. Itulah definisi SISTEM dari segi teoritikalnya. Jadi apabila menyebut SISTEM, maka kitaran itulah yang perlu kita gambarkan di dalam minda kita. Supaya kita dapat berfikir dengan akal yang rasional.


Jadi jika ada yang menyatakan bahawa di dalam SISTEM politik ada kuasa RAKYAT, di manakah kuasa RAKYAT ini berada?.. Di dalam input, proses atau output ?

JIka diteliti, sistem DEMOKRASI adalah kitaran yang meletakkan kekuasaan kepada RAKYAT atau manusia sahaja, iaitu dari proses input melalui UNDIAN pilihanraya, proses iaitu prosedur-prosedur dan undang-undang yang dicipta oleh manusia untuk memudahcarakan proses pengundian dan outputnya adalah kekuasaan atau jawatan yang diberi kepada rakyat melalui input kertas undian itu tadi.

Segala-galanya berkisar kepada manusia itu sendiri dan sepenuhnya RAKYAT.

Jadi di mana kita letakkan Allah SWT di dalam sistem ini?

Mungkin soalan saya kedengaran agak pelik tetapi itulah persoalannya yang perlu kita jawab...sebelum kita dapat memahami apa maksud di sebalik sistem DEMOKRASI yang diwujudkan oleh ideologi Yahudi ini.

Sesungguhnya, Yahudi itu sangat memperdayakan manusia atau bangsa lain. Mereka mengatur strategi secara jangkapanjang kerana mereka ada KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN yang sangat tinggi dengan menganggap bangsa lain adalah bangsa beruk seperti teori yang disebarluas oleh Darwin seorang yahudi. Hingga mereka lupa, Allah telah hinakan bangsa mereka satu ketika dulu hingga menjadikan ada di antara mereka menjadi beruk, mungkin kerana dendam tersebut, maka yahudi pula membalas takdir Allah itu dengan memberukkan bangsa-bangsa lain melalui teori Darwin.

Yahudi sebenarnya bangsa yang sangat SOMBONG hingga tertipu dengan kesombongan mereka sendiri. Mereka seperti Azazil yang tertipu dengan kesombongannnya sendiri sehingga dihalau dari syurga. Mereka si Yahudi ini ingin mengambil peranan Allah di mukabumi ini dan menjadi wakil kepada Allah di dunia ini tetapi kerana mereka sombong, mereka mahu kekuasaan melebihi Allah dan mereka sebenarnya memerangi Allah dan manusia yang taat kepada Allah.

Yahudi mencipta sistem-sistem daripada ideologi yang membuang peranan Allah di dalam kehidupan. Pertama mereka mencipta ideologi SEKULAR iaitu memisahkan dunia dari akhirat iaitu Allah. Mereka tidak mahu ada campurtangan Allah atau merujuk kepada perintah Allah di dunia ini. Yahudi cipta bermacam sistem di dunia ini dari ideologi SEKULAR tersebut. Sistem ekonomi kapitalis, sistem sosial liberal, sistem politik demokrasi, sistem budaya hedonisme, sistem berfikiran atheis, sistem kominis, sistem feudal dan sebagainya.

Saya tidak mahu menulis panjang, saya hanya mahu saudara-saudari berfikir, perjuangan untuk menaikkan suara RAKYAT untuk RAKYAT dan kepada RAKYAT itu sebenarnya satu sistem yang sudah mengasingkan dan menyingkirkan Allah SWT daripada kehidupan kita.

Apa yang berlaku di Malaysia ini dan di seluruh dunia hari ini, adalah agenda Yahudi untuk menguasai bangsa lain. Mereka melemahkan sistem ekonomi mereka, melemahkan sistem sosial mereka dan paling hebat mereka melemahkan sistem pemerintahan di negara mereka. Maka dengan ini LENGKAP dan SEMPURNA lah penguasaan Yahudi ke atas bangsa lain dan paling mereka BERBANGGA musuh mereka yang paling UTAMA iaitu orang Islam umat Nabi Muhammad RSAW telah dapat mereka kuasai majoritinya secara zahir dan batin.

Walaupun mungkin ada antara kita yang merasakan mereka memperjuangkan Islam melalui sistem demokrasi Yahudi ini, ketahuilah mereka juga antara orang yang terpedaya dengan Yahudi ini. Namun ibarat orang yang sudah dikuasai oleh YAHUDISME di dalam pemikiran dan tindakan, mereka akan memaki dan mencaci orang yang cuba menyedarkan mereka. Itulah kesombongan dan keangkuhan yang diwarisi oleh sang Yahudi kepada mereka.

Sedarlah saudara-saudariku, di akhir zaman ini hanya yang selamat daripada di kuasai minda dan fikiran Yahudi, hanyalah orang yang bersama-sama orang Tuhan, iaitu orang yang dilantik oleh Allah sebagai wakilNya di setiap awal kurun.

Wallahualam.

7 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

SALAM ...

SELAMAT DATANG KE MEDAN JIHAD SIBER.

UNTUK MEMBAWA MANUSIA KEPADA PENCIPTA.

UNTUK MEMBAWA PENCIPTA KEPADA MANUSIA.

UNTUK MENCIPTAKAN MANUSIA YANG INSANI DAN RABBANI.

UNTUK KITA MENJADI SEMAKIN RASA HAMBA BUKAN RASA SEPERTI PEMILIK SYURGA ATAU RASA SEOLAH OLAH MACAM RAJA ATAU BERLAGAK BAGAI TUHAN ALAM SEMESTA..

TENTU JAUH SEKALI...


SALAM DAN MARI KITA BUKA 'MINDA' DENGAN 'MINDA' YANG JERNIH LAGI SUCI..

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

rakyat? siapa rakyat?
semua orang dalam sesebuah negara yang merdeka ialah rakyat..dan sultan atau raja sahaja layak dikatakan bukan rakyat...

TUN mahathir pun dah jadi rakyat..

yang tak jadi rakyat dan mahu jadi sultan ialah Anwar Ibrahim...

Sedingin Salju berkata...

Tulisn encik sangat benar. Yahudi memang cerdik. Di negara kita juga ada agen mereka. Ini amat merbahaya.

PENA MINANG berkata...

CERCAAN, MAKI HAMUN, MEMFITNAH & MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM

Antara tanda-tanda orang bid'ah ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seorang muslim memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang lain terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.

Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :

"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut."
(SURAH TAHA, 20:44)

Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.

Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)

"Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa," *

*Rujuk Al-Jami'k Lia' Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.

Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." *

*Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)

Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"
(Al-Baqarah, 2:38)

Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah : "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran."*

*Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.

Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

"(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya"*

*Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).


Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.

Saudaraku yang ku kasihi,

Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.

semut berkata...

Assalamualaikum...
Salam perjuangan..selamat menganggotai BPN...usah takut berbicara andai itulah hakikatnya...

Sofiya berkata...

Saya setuju dengan pena minang..

Masalah skrg kerana ramai yg bukan ahli ingin menunjukkan mereka juga ahli lantas mau menjadi johan..

Ramai yg dah johan hendak lagi atas dari johan...

Tidak menghormati pemerintah atas dasar rakyat ingin bersuara...tapi salah pilih asbab untuk berbicara dan bersuara dan terus mengeluarkan kata2 kesat, maki dan hina...

Hasilnya tiada ada hidayah dan kemuafakatan tidak terhasil...

Menunjukkan betapa dunia hari ini...nilai2 islam telah tipis..kerana pendidikan selama ini tidak berteraskan agama...

Walaupun institusi tidak sangat menitik beratkan agama....sepatutnya tidak dipersalahkan pemimpin...usaha utk belajar adalah datang dari dalam diri..

Walaupun sekolah ramai yg pertikai kan sebagai sekolah sekular..bukankah diri masing2 boleh menimba ilmu...

Sebagaimana pandainya setiap org berkata2 dan punya masa baca blog dan menulis blog...mencari dan mencari ...

Jadi, sudang barang tentu dapat melakukan demikian juga untuk improvisasi diri lebih mendalami hal2 islam...

Malangnya ramai yg suka salahkan pemerintah..kerana sekolah sekular..padahal dulu dia sekolah pun sekolah kerajaan (penyakit lupa diri dan tak mengenal untung)

Ada yg sedang belajar agama....dengan penuh kusyuk lebih titik beratkan benda2 yg kecil...melampau batas menyakiti manusia lain..sedangkan itu tidak diajar dalam islam...memarahi org lain kerana gunakan islam utk politik tanpa melihat diri sendiri..

Bersyukurlah sepatutnya pada Allah kerana Malaysia ini pada dasarnya aman...dibandingkan dengan negeri org lain...

Mungkin barangkali perlu menimba pengalaman dengan berjalan atau melihat negeri org yg susah2...dan anda akan merasa bertuah berada di bumi malaysia...

dan tentu anda tidak akan mengungkit2 perkara kecil atau sekurang2nya akan fikir dulu sebelum berbicara..especially bila kata2 itu boleh memporak perandakan hidup masyarakat..

Fikirlah apa yg anda boleh sumbangkan untuk kebaikan semua dan memperbaiki keadaan tanpa menuding jari mencari kesalahan org lain..

Parpu Kari berkata...

Saya sedikit teruja setiap kali menulis mengenai Pakatan Rakyat. Mungkin kerana topiknya amatlah mudah untuk ditulis. Ada saja buah-buah fikiran yang mencurah-curah masuk ke dalam otak.

Suka saya ingatkan di sini bahawa tajuk artikel saya kali ini amatlah bertepatan dengan isi kandungannya. Jika anda bersetuju dengan tajuk di atas, tidak perlulah anda meneruskan pembacaan anda. Ini kerana mereka yang sudah masak dengan agenda Pakatan Rakyat sudah tidak perlu diberitahu lebih lanjut lagi. Sila berhenti membaca di sini. Terima kasih.

Jika anda tidak bersetuju pun, tidak mengapa. Tiada apa yang akan saya katakan akan masuk dek akal di kalangan mereka yang tidak sehaluan dengan blog ini. Anda boleh tekan butang ‘backspace’ sekarang. Terima kasih.

Sebenarnya, artikel kali ini ditulis kepada sesiapa yang telah melihat gelagat para penyokong Pakatan Rakyat pada hari Jumaat lepas.

Saya terpanggil untuk menganalisa apa yang berlaku selepas hari Jumaat tersebut. Kita tidak akan menyentuh mengenai keputusan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.



gambar ehsan dari blog Daulat Tuanku

Ini kerana, ramai yang tiba-tiba sudah khatam ijazah perundangan akan bertelagah sesama sendiri di sini. Ramai juga yang perasan menjadi tuan-tuan hakim untuk terus menerus menjatuhkan hukuman kepada Sultan Azlan. Walaupun sudah dikatakan bahawa baginda telah bertindak mengikut lunas undang-undang, ada juga yang akan menidakkan bidang kuasa baginda. Mereka akan berkata yang baginda mungkin tersilap kerana baginda hanya seorang manusia, akan tetapi mereka ini terlupa yang mereka juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Harap mereka ini dapat menarik dan menghela nafas keinsafan.

Seperti dikatakan dahulu, kita boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mahu.

Namun begitu, perkara yang tidak dapat diselesaikan di mahkamah adalah maruah baginda yang sudah tercemar akibat cacian para pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut para penyokong mereka supaya memberontak. Kelakuan ini sudah pun dikategorikan sebagai menderhaka.

Yang gelihatinya, apabila orang ramai berkata bahawa Pakatan Rakyat sudah menderhaka kepada Sultan, mereka cuba memulang paku buah keras dengan mengatakan Umnolah yang mula mula menderhaka kepada Sultan suatu masa dulu. Sungguh pelik sekali. Apabila dengan terang kita melihat Umno, Barisan Nasional, sebahagian rakyat, segelintir NGO dan para bloggers sedang berhempas pulas mempertahankan institusi diraja, Pakatan Rakyat dengan tidak segan silu menzahirkan perbuatan mereka dengan menyatakan ‘dulu orang lain pernah buat, kami pun hendak buat juga!’

Beginilah sebenarnya perangai pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan. Di mana-mana kita baca tidak terdapat satu blog pemimpin Pakatan Rakyat yang meminta maaf di atas keterlanjuran para penyokong mereka minggu lepas. Anwar Ibrahim telah bertungkus lumus menggembleng tenaga buruh (ada juga yang di import dari Indonesia) untuk membuat rusuhan yang secara tidak langsung merupakan kejadian paling biadap yang pernah kita saksikan sepanjang hayat kita.

Sewaktu Raja-Raja Melayu ingin tunduk kepada pihak British, orang-orang Melayu ketika itu telah berarak beramai ramai ke Station Hotel di Kuala Lumpur untuk memujuk raja-raja mereka agar tidak bersetuju dengan perjanjian Malayan Union. Kesultanan Melayu bernasib baik kerana Datuk Onn Jaafar telah memimpin perjuangan untuk mengembalikan kuasa Raja Raja Melayu dari dirampas oleh pihak British.

Hari ini kita dapat saksikan betapa gediknya blog-blog Pakatan Rakyat mengungkit cerita-cerita lama untuk mempertahankan kelakuan mereka tempoh hari. Akan tetapi mereka ini sudah berasa lebih tinggi dari raja hingga tidak terfikir oleh mereka untuk meminta maaf kepada Sultan Azlan. Mengapa perlu terkinja-kinja dan bersungguh-sungguh mengalihkan perhatian orang ramai? Mereka tidak sedar bahawa ianya tidak sama sekali memadam penderhakaan mereka. Ianya hanya dapat dimaafkan jika Anwar Ibrahim, Mohd Nizar dan seluruh barisan exco lama Perak memohon ampun di atas kesalahan mereka tempoh hari.

Oleh kerana Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang tidak bertanggungjawab, mereka akan terkial kial mencari sebarang justifikasi untuk membolehkan mereka menderhaka kepada Sultan. Dan dengan pantas, mereka menjumpainya. Tiada cara lain, kecuali dengan mengungkit sejarah. Mereka berharap sejarah akan berpihak kepada mereka. Sayang sama sekali, sejarah juga tidak akan melepaskan mereka dari kesalahan derhaka.

‘Orang lain boleh buat, mengapa kita tidak boleh? Yang penting, Umno juga perlu dilihat sebagai penderhaka.’ Itulah yang mereka lakukan.

Yang anehnya, dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim berkata yang beliau akan cuba mengembalikan kuasa Raja Raja. Bagaimana hendak mengembalikan kuasa raja-raja jika kita berkurang ajar kepada mereka? Saya khuatir Anwar Ibrahim akan sukar membuat ucapan kelak kerana lidahnya makin bercabang.

Ada yang lebih aneh lagi. Di dalam blog-blog pro Pakatan Rakyat, para penyokong mereka pula ingin melucutkan kuasa raja raja kerana marahkan kepada Sultan Azlan. Pelik bin ajaib! Telatah Anwar Ibrahim dan para pengikutnya ternyata mengaibkan institusi DiRaja.

Ingat, jika ingin mengungkit cerita lama seperti kes Tan Sri Ghazali Jawi dan insiden Datuk Idris Jusoh dengan pemangku Sultan Terengganu, maka janganlah anggap diri sudah terlalu sempurna dari sebarang kesalahan. Janganlah menganggap diri sudah terlalu gah dan sudah lebih makan garam dan telah banyak membuat jasa.

Tindakan tidak meminta maaf menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat percaya diri mereka kebal dan boleh melakukan sesuka hati terhadap raja mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Umno pernah berjasa besar kepada Raja Raja Melayu sebelum itu. Apakah jasa Pakatan Rakyat kepada Raja Raja Melayu kini?

Ada? Tunjuk isyarat lucah ada lah!

Ingin diingatkan bahawa kes Tan Sri Ghazali Jawi amatlah berlainan sekali dengan peristiwa Anwar Ibrahim dan Mohd Nizar menderhaka kepada Sultan Azlan. Tan Sri Ghazali Jawi berhenti walaupun mempunyai majoriti dari wakil rakyatnya. Tun Hussein Onn bagaimanapun telah menghormati kehendak Sultan Idris dan melucutkan jawatan Menteri Besarnya. Sultan Idris telah berkehendakkan sesuatu di luar batasan sistem perundangan Perak. Jika contoh ini yang diambil oleh Pakatan Rakyat, maka jika Sultan Azlan bernazar tidak mahu Mohd Nizar sebagai Menteri Besar baginda, adakah Anwar Ibrahim akan menghormati Sultan Azlan dan mengarahkan Mohd Nizar supaya bersabar dan menerima sahaja titah Sultan? Tidak sama sekali. Kita telah melihat, mendengar dan membaca mengenai kebiadapan mereka.

Oleh itu, tidak usahlah hendak mendabik dada berlagak hero. Bertelur sebiji, riuh sekampung. Contoh yang dikemukakan tidak boleh dipakai. Alangkah cocok dan manis jika kita dapat melihat para pemimpin Pakatan Rakyat menelan ego mereka dan meminta ampun kepada baginda Tuanku.

Adakah pemimpin PAS terlalu maksum untuk meminta ampun bagi pihak penyokong mereka? Anwar Ibrahim tidak mungkin akan meminta maaf kerana kita sudah tahu mengenai personalitinya. Beliau tidak akan sekali-kali merendahkan diri untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliau terlalu maksum untuk itu semua!

Atau adakah mungkin para pemimpin di dalam Pakatan Rakyat tidak percaya kepada institusi Raja lagi? Adakah seorang bernama Sultan Azlan tidak berhak mendapat sembah hormat yang sewajarnya? Atau mungkin mereka berfikir bahawa orang bernama Sultan Azlan hanya berhak ditempelak sahaja? Boleh dimaki dan dicerca di dalam blog, di dalam ceramah, di dalam surat-surat khabar Pakatan Rakyat, di mana-mana sahaja. Begitu? Jika lidah sudah bercabang, sifat sifat baik di dalam diri manusia dengan sendirinya akan terhakis.

Jika Pakatan Rakyat sudah tidak hormat kepada institusi Raja Melayu walaupun hanya baru berkuasa selama 11 bulan, mana mungkin mereka akan melindungi dan menghormati masyarakat madani di masa yang akan datang.

Inilah musibah yang akan menanti rakyat jika Pakatan Rakyat terus menerus didodoi oleh sokongan mereka yang terlalu taksub kepada sifat sifat orang yang lidah bercabang.

INI DARI BLOG JEBATMUSTDIE...