25 Feb 2009
PERKHABARAN INI JADIKAN IKTIBAR
(Setahun yang lalu, telah dikhabarkan kepada kita...)
Yang Dipertuan Agong
Tentang Tuanku Yang Dipertuan Agung, kamu janganlah salah faham. Kalau Yahudi tahulah yang dia ialah Agung yang akan merubah Malaysia, nescaya baginda akan dirosakkan juga Islamnya seperti dirosakkan raja-raja lain.
Tuhan merahsiakannya dari musuh hatta dari keluarganya sekalipun; bahawa baginda akan bernasib baik menjadi Raja Muda yang cintakan Tuhan. Hasil dididik di Istana Hinggap sahaja! namun di situ segar amalan zikir dan wiridnya.
Baginda Tuanku, sepertilah rakyat Malaysia yang lain yang ditukar hati dari cinta dunia kepada cinta Islam, mengalami perubahan oleh gelombang dakwah yang melanda. Maka Istana Negarapun berubah watak, dari sekular kepada Islam. Bahkan Baginda bercita-cita untuk Islamkan Malaysia, sebenarnya.
Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajah, raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin.
Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.
Lalu oleh Yang di Pertuan Agng yang ini, baginda rasa bertanggungjawab untuk mencatur Negara politik yang sudah teruk!.
Lalu hiduplah semula kuasa raja.
Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campurtangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.
Anwar Ibrahim
Perihal Anwar Ibrahim, dia tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah terjadi sewaktu pilihanraya ke 12 tempohari. Dia pun orang yang sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju sebenarnya gelombang-gelombang yang sedang melanda ini. Dia terundang untuk masuk gelanggang semula sesudah jatuh yang seteruk-teruknya. Dia pun tak tahu siapakah yang memberi peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula setelah terkulai sekian lama. Lalu diapun mencubalah untuk menggapainya walaupun dia dalam keadaan lemah dan lemah sebenarnya.
Ketahuilah,sebenarnya tujuan Anwar Ibrahim itu dinaikkan semula ke gelanggang pertarungan ialah agar dia tahu, bahawa bukan sahaja dengan Tun Mahathir dia tidak mampu, bahkan dengan Pak Lah itu pun dia tidak berupaya. Dia tidak layak sebenarnya. Dia bukan orangnya.
Orang yang berlakon dan berpura-pura dengan Tuhan, nescayalah Tuhan akan permain-mainkan dia semahu-mahunya.
Nescaya dia akan hancur sehancurnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Tuhan itu maha adil. Jangan mempersendakan tuhan nanti buruk akibatnya. Itulah yang berlaku pada DSAI.
Catat Ulasan