Kita ambil berkat hari Jumaat..Sebenarnya saya tidak ada idea atau ilham untuk menulis apa-apa. Sejujurnya begitulah..
Tetapi saya terkenang paparan di dalam TV semalam, tentang YB Ibrahim Ali menyatakan "Saya amat benci pada pemimpin yang munafik, yang jika kalau untungkan dia, semua perkara positif, jika tidak menguntungkan dia, semua perkara jadi negatif, pemimpin seperti ini adalah sangat menjijikkan...., ", beliau bercakap dengan penuh perasaan...sambung YB lagi, "semua orang boleh bercakap, bercakap macam-macam, rakyat mendengar percakapan mereka, dan menerima janji-janji mereka tetapi kalau setakat bercakap, ramai orang pandai bercakap, sayapun pandai bercakap", ujarnya lagi.
Sebenarnya, di Malaysia ini, memang masyarakat agak terkebelakang dari segi menafsir dan menganalisis situasi, mereka kurang kemahiran tersebut lebih-lebih lagi kepada generasi yang di bawah 45 tahun sekarang. Mereka hanya memandang kepada yang di depan mata, apa yang dipamir di depan mata, dan tidak pandai merenung ke depan atau menoleh ke belakang untuk mempertajamkan pandangan dan memperdalamkan analisis.
Golongan inilah yang senang diperkotak katikkan oleh ahli-ahli politik bajingan yang hidupnya berkepentingan dan penuh kemunafikan. Tidak perlulah kita menuding kepada parti mana, bagi saya semua parti PAS ke, UMNO ke, PKR ke, selagi DUNIA lebih dicintai, KUASA dan JAWATAN lebih disayangi daripada Allah dan Agamanya maka sedikit sebanyak ciri-ciri itu di dalam diri mereka...
Untuk menjadi orang POLITIK memang perlu pandai bercakap, tahu untuk berhujah dan bertindak untuk meyakinkan pendengar dan para pengundi, semakin hebat berhujah dan bercakap, semakin orang ramai suka..tak ubah seperti BADUT yang berlawak di pentas dan di tengah orang ramai..semakin hebat mereka beraksi semakin ramai orang bertepuk tangan dan bergembira...padahal semua tahu, lawak jenaka itu hanyalah mempermainkan PERSEPSI dan segalanya hanyalah kata-kata ILUSI dan RETORIK untuk mempersonakan penonton. Namun jiwa penonton yang kosong ini, tidak tahu bagaimanakah cara untuk mencari keseronokan dan kepuasan hati, lalu mereka membiarkan diri diperbodohkan dan bermimpi dan terus berilusi. Sehingga cerita Melayu mmbuat sindiran halus mengenai hal ini di dalam kisah Pak Kaduk, dengan pepatahnya, "Menang Sorak, Kampung Tergadai".
Jadi bagaimana sebenarnya, garispanduan masyarakat untuk kenal pemimpin yang benar-benar boleh memimpin? Apakah ciri-ciri pemimpin yang sepatutnya layak menjadi pemimpin dan digelar pemimpin?..
Mari kita renungkan bicara di bawah :
Pemimpin yang baik sangat menjaga apa yang datang dari luar. Samada yang berbentuk lahir mahupun batin. Samada berbentuk luaran ataupun rohaniah. Kerana takut bangsanya rosak. Takut semua yang ada dalam negara itu rosak. Sebab itu setiap negara ada border. Ada imigresen, ada kastam, ada pengawal keselamatan untuk lihat apa yang masuk. Kalau orang yang masuk, dia perhati samada orang jahat atau intelligence. Tidak terus dibenarkan masuk. Begitu juga bahan-bahan yang dibawa akan diperiksa. Adakah ia boleh merosakkan akhlak atau tidak?
Begitu juga jenis makanan atau ubatan. Apakah ia boleh rosakkan fizikal atau akal?Itulah tanggungjawab pemimpin untuk menjaga bangsanya. Itulah sebab mengapa bangsa perlu rumah iaitu negaranya. Alangkah malangnya kalau apa yang datang dari luar tidak dikawal hingga rosak bangsa itu. Suatu bangsa yang telah rosak, tidak rosak hanya untuk 50/60 tahun. Paling singkat, 200 tahun. Kalau bangsa itu telah dirosakkan oleh bahan luar maka kerosakan itu mengambil masa 200 tahun untuk dipulihkan. Dalam Islam, untuk pulihkan kerosakan itu, bukan oleh pemimpin biasa tetapi oleh pemimpin yang Tuhan tunjuk iaitu Rasul-rasul. Waktu Rasul tidak ada, Tuhan lantik mujadid. Sekalipun pemimpin itu waraq, kalau tidak ditunjuk Tuhan, dia tidak mampu baiki kerosakan itu. Sekadar untuk keselamatan dirinya sahaja. Sebab itu diutuskan mujadid, yang datang 100 tahun sekali.
Alangkah malangnya kalau pemimpin itu sendiri merosakkan bangsanya, agamanya, ekonomi, budayanya dan lain-lain lagi. Bukan dirosakkan dari luar tetapi dari dalam sendiri. Bukan oleh rakyat tetapi oleh pemimpin sendiri. Hari ini kita lihat negara umat Islam, seolah-olah negara itu bukan rumah untuk menjaga maruah bangsa itu. Kalau pun mereka bertindak, hanya di sesetengah sudut sahaja yang mereka sibuk hendak jaga. Mereka jaga, takut ajaran sesat masuk. Akhlak jahat masuk, tidak apa. Bahan bacaan rosak masuk, tidak apa. Individu luar masuk, bercakap atas nama kebudayaan bangsa itu, hendak tunjuk peha atau dada, tidak dianggap rosak. Yang hendak dijaga sangat, ajaran sesat. Itupun tidak tahu sejauh mana sesatnya sebab kesesatan tidak boleh diukur oleh sesuatu kelompok. Sesat atau tidak, itu dari ukuran Tuhan. Tetapi itulah yang diriuh rendahkan. Unsur-unsur lain yang merosakkan roh, merosakkan akhlak, merosakkan ekonomi, itu didiamkan kerana pemimpin dapat untung. Yang untung musuh.Ini paling malang. Kita sendiri yang merosakkan. Ayah dalam rumah, merosakkan anak-anakya. Ini lebih-lebih lagi malang.
Kalau yang merosakkan itu dari luar, itu biasa. Seorang ayah, kerana tidak mampu pertahankan diri hingga anaknya diambil orang, itu biasa. Tapi kalau ayahnya sendiri merosakkan anak, itulah yang malang.
Begitulah keadaan pemimpin negara umat Islam hari ini. Negara tidak jadi tempat untuk pertahankan maruah lagi. Pemimpin bukan jadi orang yang merancang untuk pertahankan bangsanya bahkan pmimpin itu sendiri bawa masuk bahan-bahan yang tidak sihat samada bahan bacaan, makanan, minuman yang merosakkan akal dan fizikal, kebudayaan dan lain-lain lagi. Bahan-bahan itu tidak dikawal hingga rosak bangsa itu.
Sekarang sekolah jadi tempat kerahan tenaga sebab bangsa telah rosak. Setiap hari bergaduh. Kerana pemimpin negara itu tidak pertahankan rakyatnya. Tidak kawal dan tidak displinkan. Yang dia tidak hendak, dia kawal supaya tidak masuk. Yang dia hendak, dia beri masuk. Ini sudah jadi masalah dunia Islam. sebab semua sudah rosak. Ia bermula dari merdeka lagi tidak dijaga sistem pendidikan, kebudayaan, ekonomi, perhubungannya menyebabkan negara itu boleh dibolosi oleh musuhnya. Akhirnya yang kena attack, pemuda pemudi atau remajanya.
Kadang-kadang kita pun prejudis dan rasa curiga bila hendak naik pemimpin baru, " Jangan-jangan inilah pemimpin yang akan merosakkan lagi negara." Sebab kita sudah ada pengalaman puluhan tahun. Kedatangan pemimpin menyebabkan kita fobia. Apa lagi yang dia hendak rosakkan pada bangsanya.
Ini sebagai asas berfikir, macamana pandangan Islam terhadap negara. Negara adalah rumah bangsa, tempat hendak jaga maruah. Jangan dirosakan oleh unsur luar. Pemimpin kena bertangungjawab supaya unsur luar tidak masuk.
Kesimpulannya, jika kita fahamlah, pemimpin itu orangnya sangat berakhlak dan sentiasa menjaga akhlaknya dan hubungannya dengan Allah dan akhlak/hubungannya dengan manusia. Jikalau pemimpin itu melakukan maksiat( tidak menjaga hubungan dengan Allah) atau tidak mendidik pengikutnya dengan AKHLAK (tidak menjaga hubungan dengan manusia) maka mereka bukanlah pemimpin yang sepatutnya menjadi pemimpin.
Walaupun pemimpin itu ada ilmu islam dan layak digelar tuk guru sekalipun, atau ada PhD dalam ilmu agama sekalipun, namun jika kedua-dua perkara ini tidak dijaga, maka mereka bukanlah pemimpin yang akan membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang aman damai serta harmoni. Apatah lagi jika kita dapati kepimpinan mereka hanya membentuk peribadi yang agresif, membudayakan akhlak buruk, dan taksub dengan golongan atau kepartian mereka sahaja.
Pemimpin adalah pencorak kepada pengikut atau masyarakat, apa yang dilakukan atau dicakapkan oleh pemimpin akan mencorakkan orang yang dipimpinnya.
Sayang sekali, ramai yang apabila mendapat kuasa dan jawatan, menggunakan peluang itu untuk kepentingan diri semata, sinonimnya mereka memang pandai bercakap, tetapi cakap-cakap sahaja, ibarat tong kosong, hanya bunyi yang berdengung, tetapi tidak memberi apa-apa manafaat pada pendengarnya.
Sekian.
6 ulasan:
Suatu artikal yang padat dan penuh berisi.
Berbeza percakapan orang yang dihatinya ada dirinya dengan orang yang bercakap, hatinya khusyuk, Yang Maha Esa penuh dihatinya.
Salam,
Saya setuju. Sekarang malah ada yang lebih arif dalam bab undang-undang melebihi mantan ketua hakim negara sendiri. Tanyalah rakyat Pakatan.
SALAM ADIK PUTERI...
EMMM IBRAHIM ALI KATA TU SEOLAH-OLAH KHAS DITUJUKAN BUAT TUAN GURU NIK AZIZ....
HE HE HE.....
Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.
Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.
Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.
Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.
Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.
Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.
Salam GOMO,
saya memang tahu YB IBrahim Ali memang tuju khusus paad TGNA Al Jembali masa dia cakap tu..Tu pasal org PAS melatah dan mengamuk, udah nk minta Ibrahim Ali letak jawatan..heheh..
Catat Ulasan