28 Sep 2009

NASI MANDEE GOMBAK : MENGEMBALIKAN NOSTALGIA DI TIMUR TENGAH

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk menjamu selera masakan Arab di sebuah cafe di Batu 5 Jalan Gombak. (saya dapat tahupun pasal restoran ini dari satu blog di alam siber). Sebenarnya saya sudah lama merasa rindu dengan masakan Arab setelah jatuh cinta dengan masakan mereka sewaku saya bermusafir selama 21 hari pada tahun 2007 di tiga buah negara Arab iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan kerana kembara yang dilakukan adalah berdasarkan pakej persendirian, pakej bajet di mana sebenarnya saya hanya memerlukan kurang dari RM5k untuk perjalanan selama 21 hari itu termasuk tiket penerbangan, perjalanan, penginapan dan makanan. Shopping?...Tidak ada istilah shopping kerana pemergian saya dengan bajet yang amat sedikit dan sebenarnya saya bagaikan bidan terjun sahaja dipanggil untuk turut bersama dengan rombongan tersebut.

Walaupun tanpa penginapan hotel atau perjalanan yang terancang, malah segala macam pengangkutan saya naiki. Kapalterbang hanya digunakan untuk perjalanan pergi dan balik dari Malaysia sahaja manakala pengembaraan merentas Mesir, Jordan dan Syria menggunakan pengangkutan laut dan darat. Satu pengalaman mengujakan apabila saya menaiki kapal laut membelah Laut Merah dari Mesir ke Jordan. Apapun, pengembaraan yang lasak itu memang memerlukan energi dan kesihatan yang baik. Mujur Allah SWT mengizinkan saya memperoleh kesihatan yang sangat baik disepanjang kembara itu.

Kami bernasib baik kerana mendapat rezeki yang murah disepanjang kembara tersebut kerana beberapa kali kami dijemput menjamu makan masakan Arab di beberapa buah rumah kenalan berbangsa Arab di Jordan dan Syria. Sudah menjadi tradisi Arab, yang sangat meraikan tetamu, dan kerana itu saya jatuh cinta dengan masakan Arab yang memang lazat.

Baiklah, berbalik kepada nasi mandee gombak tersebut, saya menyarankan pembaca sekelian mencuba masakan di restoran tersebut. Nama restoran itu ialah Nasi Mandee Nour, dan terletak bertentangan dengan Pasaraya Ong Tai Kim Batu 5 Jalan Gombak. Harganya sangat berpatutan kerana lokasinya yang sederhana memungkinkan harga yang ditawarkan lebih murah dari restoran masakan Arab yang selalunya berada di kawasan elit seperti dikawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.





Antara makanan yang dipesan ialah nasi mandee berlaukkan ayam dan kambing. Gambar di bawah menunjukkan nasi Mandee yang dihidangkan.



Walaupun hanya sepinggan besar, sebenarnya nasi dan lauk ini mencukupi untuk seramai lima orang dewasa untuk makan sehingga kenyang. Itulah istimewanya nasi Mandee sebenarnya. Teringat saya sewaktu di Jordan dan Syria sewaktu kami dijamu seekor kambing, beberapa ekor ayam dan sedulang besar nasi Mandee, waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa kenyangnya kami walaupun rombongan kami kira-kira seramai 20 orang.

Seterusnya ini adalah gambar Laban, sejenis yogurt Arab yang sangat sedap dijadikan pencicah kepada lauk dan lempeng Arab. Juga air teh berperisa pudina.





Disebabkan saya adalah pengemar tegar kambing, maka saya turut memesan Lamb Ausal (Tika) yang memanglah sedap rasanya. Ini dia masakan tersebut.



Begitulah antara beberapa jenis masakan yang telah dicuba di restoran tersebut. Dikhabarkan bahawa tuan punya restoran ini merupakan bekas pelajar Malaysia yang belajar di Syria manakala yang memasaknya adalah isteri beliau yang berketurunan Syria.

Sekian coretan kali ini. Terlepas sudah rindu saya pada nasi Mandee berlauk kambing yang saya cari-cari selama ini. Gombak ada segala-galanya. Dari kasut Gombak hingga ke nasi Arab Gombak.

Selamat mencuba!!!.

3 ulasan:

penggemar full (ahlatasnim@yahoo.com) berkata...

Memanng best, itu lah yang dapat saya comment pasal nasi mandi kat situ, saya difahamkan bukan itu saja ada banyak lagi yang tersembunyi disebalik restorant bawah jambatan tu,, ,,ada hidangan full mudammas, hommous, tabbuleh dan banyak lagi,,yang membuatkan saya khayal teringatkan negara arab dan aweknya sekali.

kembara juga berkata...

Memang best, jangan tengok orang dari luar aje, mungkin hati dalam baik, pendekata mengingatkan saya kat awek arab 7 8 tahun dulu. selain nesee mandi nya yang beraroma, full mudammas dan hommous yang terangkat abis. cuba lah

kembara di Kuwait berkata...

batu lima? jln gombak?...specific sikit bolh x?
dah meleleh air lior ni