Di sebalik penguasaan sains dan teknologi dunia yang membuat ramai orang menjadi tidak percaya kepada perkara yang diluar dari pancaindera yang lima, yang menjadi pencinta sains dan teknologi yang membabi buta, yang akhirnya di tahap ekstrimis hingga tersungkur sebagai ATEIS kerana Allah itu tidak dapat dibuktikan dengan pancaindera dan peralatan makmal yang ada, ada tersembunyi rahsia yang halus dan licik, satu perancangan hidden hand yang sengaja mengula-gulakan manusia dengan KEGILAAN dan KETAKSUBAN kepada sains dan teknologi. Hingga ada yang bertuhankan sains dan teknologi ini.
Sedangkan hakikatnya, sains dan teknologi hanyalah satu pembuktian kepada kekuasaan Allah sahaja. Ia bukan penciptaan baru hanyalah sekadar penemuan ilmu baru yang selama ini masih belum ditemui manusia. Ilmu Allah itu maha luas, sehingga kiamatpun manusia tidak mampu mempelajarinya atau habis menerokainya.
Manusia yang bertuhankan sains dan teknologi ini dan yang masuk di dalam perangkap yang dibina oleh hidden hand ini, akan menjadi seorang yang tidak langsung mahu membuka akal dan hati mereka untuk melihat apa yang di luar pancaindera mereka. Segala yang tidak dapat dijangkau oleh akal yang terbatas itu dan tidak dapat dirasa, disentuh, dilihat dan dihidu, dianggap sekadar ILUSI atau fartamorgana. Mereka mahukan pembuktian SAINTIFIK dan jika tidak ada tangible value atau measurement, mereka melihat ia bukan REALITI atau BUKTI.
Tidak salah mempelajari sains dan teknologi tetapi jangan sampai menganggap AKAL yg sifatnya terbatas itu mampu mengukur dan memahami semua perkara di dalam bentuk saintifik. Ada yang tidak terjangkau dek akal tetapi hati yang tawaduk dapat mencernakannya dari ilmu wahyu Allah yang tidak terbatas sifatnya dan berlapis=lapis itu.
Hidden Hand telah berjaya dgn cemerlang mengula-gula malah mensyirikkan manusia dgn sains teknologi, tetapi hidden hand dan pengikutnya sangat mempercayai hal-hal yang ghaib ini malah mereka cuba menguasai setiap ilmu yang ghaib ini contohnya seperti ilmu SIHIR. Mereka adalah orang yang sanggup menjelajah, meneroka dan mempelajari dgn apa cara sekalipun agar tenaga GELAP dari ilmu-ilmu sihir ini dapat digunakan untuk mengalahkan musuh mereka. Terutama orang-orang Islam yang mereka tahu mempunyai satu ANUGERAH dari RSAW berupa Nur Muhammad, satu cahaya yang mampu mengalahkan mereka dan cahaya ini lah yg sangat mereka takuti.
Namun begitu, malang sekali ada antara org Islam malah yang ada ilmu Islam bertaraf PhD sekalipun, bersekongkol dgn Hidden Hand ini dalam menghalang umat Islam mengetahui KEKUATAN mereka di dalam mengalahkan Hidden Hand dan pengikutnya. Mereka ini sebenarnya telah disihir dengan pendidikan yang dicelup dari AKIDAH YAHUDI ke dalam sistem pengajian mereka. Memang benar mereka ilmuwan Islam, tetapi mereka sudah hilang ROH atau WASILAH RSAW itu di dalam ilmu mereka. Ilmu mereka tidak mempunyai LINK kepada NUR MUHAMMAD maka jadilah ilmu islam yang ada di akal mereka berhujah menurut akidah yang telah didajalkan. Sekarang ini kita tidak pelik apabila melihat ramai lulusan PascaSiswazah Islam yang berlumba-lumba untuk belajar di Barat kerana di sana lebih mudah mendapat PhD daripada di negara Timur Tengah. Lihatlah guru mereka, siapa guru mereka? Tentu sekali para orientalis yang sudah dicelup akidah dajal. Mereka kembali ke Malaysia ini membawa ilmu islam bertaraf PhD dan menjadi pakar di universiti-universiti seterusnya menghasilkan satu rantaian ilmu yang berakidahkan dajal ini. Rantaian itu amat kuat sekrg,dan sukses sekali Hidden Hand merancangkannya.
Sebenarnya, satu rahsia yang mungkin ramai tidak tahu, sudah ratusan tahun si pengikut Dajal turut menyusup ke dalam pendidikan di Universiti Al Azhar yang tersohor itu. Ia bermula kononnya dengan mengajar subjek-subjek ilmu selain dari Islam di mana dipinjamkan guru-guru yang direkrut hidden hand ini untuk mengkaji sistem pendidikan di sana. Dan sekarang apa yang boleh kita lihat di Azhar malah di universiti Timur Tengah yang lain? Yahudi mengajar ilmu Islam kepada orang Islam sendiri. Kenyataan ini agak polemik, saya mohon maaf tetapi siapa yang mahu menafikannya? Ia memang benar berlaku.
Kerosakan ini memang teruk tetapi yang selamat akan selamat juga. Mereka ini yang lurus hati dan ikhlas dengan agamanya, namun yang selamat ini, Allah pelihara mereka dari terperangkap dari ditimpa kerosakan dari perancangan hidden hand ini mungkin disebabkan didalam diri mereka sendiri sudah terbina dengan link dari WASILAH RSAW yang menghalang mereka kesurupan dengan modus operandi hidden hand ini.Hanya Allah yang mengetahui sebabnya.
Demikian buat kali ini. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan