8 Sep 2009
HIDDEN HAND vs SACRED LIGHT
Agenda Hidden Hand sudah sampai ke kemuncaknya, mereka sudah tahu di mana akan menyinar kembali SACRED LIGHT. HIDDEN HAND semakin ketakutan tetapi mereka tidak pernah berputus asa, seperti juga IBLIS yang sudah berjanji untuk menyesatkan ANAK ADAM dari siratalmustaqim di dunia ini.
Hidden Hand beroperasi dengan mengaburi mata hati manusia, mereka membawa perkara yang meragukan, mereka mengajar manusia supaya cenderung kepada kesamaran, kekelabuan. Mereka mendidik agar meningkatnya kebencian, prasangka, agar dengan itu fitnah dan kezaliman serta kejumudan dan kebebalan berleluasa di antara manusia.
Hidden Hand merasakan perjuangan harus dilagangkan pada tahap maksimum dan beliau dan pengikutnya sedar, inilah kemuncaknya dan selepas ini mereka akan dikalahkan walaupun masih tidak dilenyapkan kerana sudah begitu perjanjian bahawa hanya KIAMAT penamat kepada keiblisan dan kesyaitanan mereka.
Tanda-tanda kejatuhan mereka memang sudah ada, seperti juga tanda-tanda bahawa CAHAYA SUCI akan menyinar kembali di mukabumi ini. Berlakulah perlawanan antara dua kuasa iaitu kegelapan dan cahaya suci.
Yang pasti mereka kini sedang mencari seramai mana pengikut untuk bersama-sama mereka terjun ke jurang kesesatan. Manusia yang berpenyakit al wahan adalah tawanan mereka, yang akan menjadi pengikut mereka untuk dibawa jauh dari CAHAYA SUCI itu. Hidden Hand sangat menyukai jika ada yang menggunakan AGAMA tetapi dalam masa yang sama memperjuangkan agenda Hidden Hand ini. Senang sekali bagi Hidden Hand menipu dan memperdaya mereka ini, kerana mereka menjual agama untuk mendapat sedikit kesenangan dunia. Inilah orang-orang yang amat disukai Hidden Hand untuk ditunggangkan menggunakan modus operandi Hidden Hand yang sangat halus dan licik.
Allah SWT membiarkan sipengikut bertopeng agama ini diulit kepalsuan oleh Hidden Hand tanpa sedikitpun mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya semakin jauh di dalam kesesatan. Mereka merasa mengejar syurga yang dibawa oleh Hidden Hand tetapi hakikatnya mereka mengisi ruang-ruang untuk bersama Hidden Hand di neraka. Sayang sekali, hati mereka sudah buta kerana dahsyatnya sifat ego dan sombong itu memperdayakan mereka.
Siapakah yang akan selamat dari agenda Hidden Hand ini?...
CATATAN :
Hidden Hand = Dajal
Sacred Light = Nur Muhammad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan