15 Sep 2009

KITA SERUMPUN, SATU NUSANTARA


Melihat beberapa demo yang dilakukan di Indonesia untuk memperlihatkan kepada mata dunia bahawa Malaysia bukan jiran yang baik, malah mahu di buluh runcingkan, mengejutkan saya.

Saya melihat hal ini adalah salah satu perancangan hidden hand yang sedang berusaha MEMPERLIWATKAN hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. Maafkan saya jika menggunakan perkataan yang agak jelek itu, tetapi ia sekadar ingin mengingatkan kepada semua ada satu hubungan antara hidden hand dengan perkataan tersebut. Salah satu JIHAD hidden hand adalah mempromosikan hubungan jelik ini dan melantik pemimpin-pemimpinnya dari kalangan yang menyukai hubungan jelek ini.

Jika kita celik sejarah kita akan mengetahui tidak ada bezanya Malaysia dan Indonesia suatu ketika dulu, tidak ada sempadan antara kedua negara ini. Ia adalah satu, begitu juga dengan Singapura dan Thailand. Namun perancangan hidden hand melalui agenda divide and rule mereka telah memusnahkan empayar ini, empayar melayu Islam yang gemilang dan terkenal di seantero dunia. Apakah perlu kita menyalahkan hidden hand sepenuhnya? Tidak. Sejarah telah mengajar kita bahwa bila kita meninggalkan syariat Allah serta tidak berpegang lagi kepada taliNya untuk menjalinkan hubungan Habluminallah (hubungan dengan Allah) dan Habluminannas (hubungan dengan manusia) maka umat Islam akan dikeronyok oleh orang kafir.

Maka atas kelalaian itu, umat Islam berpecah belah, tidak bersatu padu, berhasad dengki, tindas menindas, berebut kuasa dan sebagainya, maka senanglah musuh-musuh datang menangguk di air yang sudah keruh. Mereka sentiasa bersiap siaga menanti peluang terbaik, kerana itulah peranan mereka sebagai musuh. Jadi musuh tidak perlu disalahkan, yang penting kitalah yang perlu muhasabah sebelum menuding jari kepada orang lain. Perbuatan asyik menyalahkan orang lain itu, adalah perbuatan yang Allah laknat, itu perbuatan orang yang sombong mengakui kesalahan diri sendiri. Sifat ini menurut ilmu tasawuf adalah sifat mazmumah. Biar setinggi langit ilmu di dada, tetapi jika sifat ini jadi amalan atau pakaian, maka tidak bergunalah segala ilmu tersebut, hanya menjadi LIABILITI di akhirat nanti.

Berbalik kepada topik artikel ini, Kita Serumpun, Satu Nusantara, suka saya menegaskan, isu yang dipermainkan dan disentimenkan oleh segelintir rakyat Indonesia di Indonesia sana, bukanlah isu BESAR dan isu MAJORITI rakyat Indonesia. Rata-rata mereka mengetahui bahwa kita sebenarnya satu rumpun, dan mereka juga sukakan keharmonian dan kedamaian. Ia hanya satu permainan SENTIMEN dari salah satu perancangan hidden hand yang kaget dengan situasi yang diluar jangkaan mereka. Mereka kira boleh ulang kembali zaman Sukarno dengan mengembalikan nostalgia buluh runcing dan konfrantansi, namun mereka tidak sedar walaupun mereka mampu menjatuhkan Suharto yang sangat mereka benci itu, tetapi semangat Pak Suharto masih ada di hati para pemimpin Indonesia sekarang.



Semangat tulus Pak Suharto itu masih hidup dan segar. Saya percaya Pak Bambang dan barisan kepimpinannya sedang berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah ini. Saya yakin. InsyaAllah.

Apapun, saya mendoakan semua akan berjalan lancar dan saya mendoakan perancangan hidden hand untuk mengembalikan semangat era komunis di Malaysia ini akan tewas. Ingat lagi mengapa ada ura-ura membawa Chin Peng balik ke Malaysia? Itu juga satu dari rentetan perancangan tersebut.

Sekian wallahualam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam:
Apa yg berlaku di Indonesia sungguh menyedihkan hati, tetapi kalau kerajaan buat pengkajian yg lebih mendalam sudah pasti ada "tangan ghaib" yg bersengkokol dalam membara api penunjok perasaan. Di sini memerlukan pekerjaan "intelligence department" di bawah Menteri dalam negeri untuk melakukan penyelidikan supaya Dajjal yg membiayai dan bersengkokol harus di expose. Saya melihat intelligence department kalau wujud dalam kementerian, buat waktu ini sungguh mengecewakan, seolah olah takde yg intelligence. Ishh ishh ishhh. Mana perginya orang2 cerdik pandai kita, cerdik dari segi penyelidikan dan expose? Apa kah kita perlu mengambil orang2 seperti Karamjit wahlia, baru ada intelligence? Saya harap Hishamudin bole buta pekerjaan dengan lebih intelligence, tegas dan berkesan. Kalau tidak, harap lepaskan jawatan dan beri laluan kepada yg lebih arif, jangan membuang masa negara dan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

ni semua plan singapore