3 Mac 2009

ULAMAK POLITIK


Satu ketika dulu, saya pernah berkata kepada seorang kawan, saya tidak mahu ambil tahu soal politik demokrasi sebab politik demokrasi itu "kotor". Jadi saya menjauhkan diri dari membincangkannya dan berkata tentangnya. Tetapi hari ini kekotoran itu sudah menjadi terlalu amat kotor, walaupun jauh saya lari, baunya masih menghambat udara di sekeliling saya.

Saya sedih. Itu yang saya rasakan sekarang. Bilamana seseorang yang diperkenalkan ke tengah masyarakat sebagai ulamak, sanggup menjual agama malah "Allah" hanya semata-mata untuk survival politik dan kepentingan kuasa dan dirinya. Ini bukan hal yang remeh kerana apabila seseorang itu di iktiraf sebagai ulamak oleh masyarakat, pengaruhnya sangat besar dan masyarakat akan bertaqlid sebuta-butanya kepada mereka ini dan di dalam hal ini, rosaklah agama di kalangan masyarakat dek bahana perosak yang bertopengkan agama ini. Aduh busuknya. Perumpamaannya seperti membaca novel SHIT Shahnon Ahmad, mual dan menjijikkan.

Ketibaan Maulidurasul yang semakin hampir ini, membuatkan saya sangat merindui akan pemimpin yang mewarisi kepimpinan RSAW dan para sahabatnya. Di manakah penyelamat seperti mereka di akhir zaman ini? Jauh di sudut hati saya, saya berdoa muga dipercepatkanlah tiba kehadiran pemimpin yang sedemikian rupa yang mengikuti RSAW di dalam segala aspek agama dan kepimpinan. Tidak sanggup lagi saya melihat agama di jual beli untuk keperntingan dunia oleh pemimpin dan ulamak politik yang sedang buas bermaharajalela sekarang.

Saya tahu ada dikalangan kita yang dalam diam, sedar akan hal ini. Namun mereka kelihatan seakan mereka tidak ambil tahupun. Tetapi mereka ini mengusahakan kaedah lain untuk mencerminkan keperihatinan mereka. Rintihan mereka di malam hari di waktu hening sunyi, mengadu dan merintih kepada Ilahi agar diselamatkan diri, keluarga dan saudara seislam dari ditimpa BALA di atas kemungkaran yang berlaku ini. Jangan diremehkan usaha mereka ini walaupun yang bersikap begitu amat sedikit jumlahnya. Ini kerana Islam bukan bangkit kerana kuantiti tetapi kualiti umatnya. Kita sendiri tahu, kualiti umat di zaman RSAW walaupun jumlah mereka sedikit, tetaplah mereka dikenali sebagai umat yang paling gemilang dan mereka juga membawa kegemilangan itu ke seluruh dunia, hingga Islam menjadi agama yang paling dihormati dan Allah SWT dikenali dengan iman dan taqwa yang bersih dan mantap. Justeru itu, mungkin kerana doa mereka yang tulus ini, walaupun tanpa dikenali, mungkin dihina atau tidak dihargai, namun doa merekalah yang Allah lihat dan makbulkan.

Saya rasa semua yang diikhlaskan hatinya oleh Allah akan bersama-sama memperjuangkan Allah dan agamanya dan bersatu melawan musuh-musuh Islam yang cuba mengugat kesucian agama kita.

Saya tidak mahu memanjangkan kalam, saya rasa elok saya paparkan di sini sajak di bawah ini.

Muga kita mendapat manafaat bersama.


Mari kita mengenal Tuhan.
Tuhan kita ialah Allah,
Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah
Dia adalah zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi
Suci daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk-Nya di dalam semua hal
Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan,
Kalau dibayangkan satu pendustaan yang maha besar

Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan
Kerana Dia bukan jenis ciptaan, bahkan Pencipta seluruh alam
Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat
Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya
Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal
Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi
Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan,
atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan

Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan daripada perlu kepada tempat,
tidak mengambil ruang
Tidak ada di dalam pihak, atau di luar pihak,
kerana di luar pihak juga adalah pihak
Tidak terlibat dengan masa
Tidak terlibat dengan malam dan siang
Tidak terlibat dengan musim yang empat
Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya

Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya
Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan
Kudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas
Kerana kudrat-Nya bukan dari tenaga,
Ia dari zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya
Iradah-Nya atau kehendak-Nya bukan daripada dorongan nafsu-Nya

Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia
Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian adalah dengan kehendak-Nya
Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja,
Dia kata JadiĆ­, jadilah benda itu
Dia mentadbir, mengawal dan menjaga bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti
Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal
Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana
Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia

Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya
Sama ada kita dapat fikirkan mahupun yang tersembunyi hikmahnya
Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan

Mengetahui yang ada dahulu, yang sedang ada mahupun yang akan ada,
Sekalipun yang tiada Tuhan tahu
Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan

Hidup-Nya tidak ada berkesudahan, kerana Dia hidup bukan dengan nyawa
Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Nya
Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas zat-Nya yang hendak mematikan

Dia mendengar bukan dengan telinga,
Tapi daripada zat-Nya yang bersifat mendengar
Dia melihat tapi bukan dengan mata,
tapi daripada zat-Nya yang bersifat melihat
Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa tidak berperingkat-peringkat
Jauh dan dekat sama sahaja

Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri
Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat
Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian,
tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan
Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop
Tiada permulaan dan tiada berkesudahan
Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan
Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul
maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan
Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan
Maha Suci Tuhan

Dia menghukum dengan keadilan-Nya,
Memberi nikmat dengan rahmat-Nya
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain

Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir tidak pernah berhenti-henti
sekalipun sedetik atau sekelip mata
Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung
Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya

Betapalah nikmat-nikmat yang lain lagilah terlalu banyaknya
Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga, Penyelamat, Pengawal,
Dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya
Kalau satu detik pun kita terlepas daripada Tuhan pasti binasa.

Aduh siapa Tuhan?!
Dia adalah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa
Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih
Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya
lebih kasih daripada seorang ibu kepada anak-anaknya
Patut kita jatuh hati kepada-Nya
Bahkan cinta kepada-Nya
Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan,
menyanjung dan menyembah dan menakuti-Nya
Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia
Kita sangat perlu kepada Tuhan
Kerana itulah kita mesti memperjuangkannya
Hingga seluruh manusia mengenal-Nya dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya.

2 ulasan:

ONE berkata...

salam,

semoga Allah terus merahmati malaysia dengan pegangan islam yang btol dan dijauhi golongan yang telah rosak dan ingin menyesatkan..

hentikan agenda PR...

Tai berkata...

kenapakah mereka tergamak menjual agama semata-mata kerana politik?