20 Mac 2009

ALAM ITU MENGAMIT SETIAP INSAN DI DUNIA INI


Beberapa minggu yang lepas dan hingga ke hari ini, memang sibuk..betul-betul sibuk dan bukan buat-buat sibuk...tetapi yang pelik tu, dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga menjenguk alam siber..huhuhu..inilah bahananya bila PC di depan mata, dan maklumat dihujung jari..syukur pada kewujudan internet yang menyempitkan dunia dalam alamnya sendiri...cuma jangan tinggalkan alam realiti sudahlah..alam siber jadi dominan, alam realiti jadi sampingan..itu namanya GILA siber..banyak bentuk gila ni ruphernya..

Bercakap tentang alam realiti, alam ilusi, teringat pula pada alam yang lagi satu..alam roh..di mana ia sama ada sukarela atau paksa rela, setiap kita harus tempuh..di situ juga ada mahkamah..mahkamah yang paling AGUNG dan di adili oleh yang maha AGUNG...ngerikan?

Eloklah mengambil berkat hari Jumaat ini, kita renung-renung sebentar nasib kita di alam yang satu itu...sesungguhnya, nasib kita belum tentu lagi..sedihkan?...

Kita lupakan pergolakan ekonomi, politik dan isu semasa, kita hanya seorang di alam yang satu itu, di waktu itu, kita tidak ditanya parti apa, bangsa apa, bahasa apa, minat apa, undi siapa, ada jawatan apa, tetapi yang ditanya adalah iman kita, taqwa kita, amalan kita dan perbuatan kita..itulah yang akan ditanya...ohh..sayunya hati..rupa-rupanya dunia ini tidak ada nilaian pun di negara yang satu itu..

Sebenarnya, mengingati alam yang satu ini, adalah motivasi yang paling berkesan untuk meluruskan hati kita dan mententeramkan jiwa..ia satu TERAPi paling AGUNG untuk manusia...di situlah kedamaian abadi bagi mereka yang dimengertikan hikmah kehidupan ini..

Dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Memadailah dengan mati itu sebagai pengajaran (penasihat, peringatan)." (Riwayat Tabrani)


Marilah kita semua menyuburkan jiwa agar sentiasa segar, ceria, bermaya, teguh dan utuh. Kerana ini merupakan modal penting dalam pertarungan di sudut atau aspek apapun. Kalau kita menyingkap sejarah orang-orang yang berjaya, di sana terselit satu rahsia yang jarang tersingkap iaitu kekuatan jiwa.

Bajailah jiwa dengan banyak mengingati mati serta perkara yang bersangkutan dengannya. Rasulullah SAW meletakkan kedudukan mengingati mati itu sebagai mencukupi dan memadai sebagai juru nasihat, pemberi ingat, menjadi iktibar dan tali kekang, pengawal hala tuju kehidupan umat Islam.

Mengingati mati membawa natijah kepada pembinaan sifat-sifat positif dan menguatkan jiwa. Ianya juga sebagai pengawal dari terjerumus kepada perkara-perkara negatif. Apabila seseorang akan terlajak atau terlanjur, dengan mengingati mati nescaya akan kendur nafsu yang rakus dari berbuat kejahatan.

Apabila terasa lemah dalam menghadapi godaan dan pujuk rayu syaitan, kekuatan jiwa akan kembali segar apabila ingat bahawa kita akan berhaadapan dengan Allah SWT selepas mati. Seseorang tidak akan mudah terpesong aqidahnya dan tidak mudah jatuh ke lembah maksiat dan mungkar sekiranya dia ingat bahawa hidup ini sementara yang sedetik bagaikan mimpi. Sebaliknya Akhirat kekal dan abadi.

Kesenangan dan kesusahan dunia ini terlalu kecil berbanding kesenangan dan kesusahan Akhirat. Oleh itu janganlah kerana memburu kesenangan yang sedikit dan takut kepada kesusahan yang kecil sampai menderhakai Allah SWT hingga terlepas dari kesenangan yang hakiki dan abadi serta dilemparkan ke Neraka yang merupakan azab sengsara yang hakiki.

Kesimpulannya, saya ajak kawan-kawan maju ke depan, dengan selalu mengingati mati kerana itulah sebaik-baik ubat untuk jiwa yang mahu menjadikan dunia ini sebagai sebaik-baik persinggahan...

1 ulasan:

arizWanmerahs berkata...

kita hidup dalam dunia yang kerdil, ini terbukti dengan terciptanya segala macam peralatan perhubungan multimedia yang serba canggih.. Namun beribu tahun yang lalu Rasulullah telah pun mengkhabarkannya, yakni ketika mereka masih lagi mengenderai unta.. Dan hanya itu satu2nya alat perhubungan buat mereka. Maka percayalah, dunia semangkin kerdil hari demi hari sehinggakan terasa kesesakan didada lalu pecah dan tersingkaplah alam lain yang sebenar2nya luas mata memandang dalam pandangan hakikat...