2 Mac 2009

PEJUANG ISLAM YANG TERTIPU


Ramai pejuang-pejuang berani berjuang menentang musuh-musuh lahimya.

Mereka terlalu ghairah, berjuang menumpaskan musuh-musuh yang nampak di mata.
Tapi malang sekali, mereka lemah berjuang terhadap musuh batinnya.
laitu nafsu dan syaitan yang amat jahatnya.
Bahkan setengah-setengah pejuang tidak minat langsung hendak berjuang terhadap musuh-musuh batinnya.

Lantaran itulah di dalam perjuangan mereka jadi militan, ganas, kasar dan buas.
Maki hamun orang, hasad dengki bukan kepalang, sombong takbur pakaiannya, jatuh-menjatuhkan budaya mereka.
Di dalam mereka berjuang, mereka dikudakan oleh hawa nafsu mereka.
Waktu mereka berjuang,
syaitan jadikan mereka bola, disepaknya dan diterjang ke mana-mana.
Mereka sangka wira-wira agama dan bangsa.
Sebenarnya mereka adalah petualang-petualang.
Mereka menyangka mendapat pahala, sebenarnya derhaka, bala dan Neraka.

Sebenarnya musuh-musuh pejuang bukan manusia tapi nafsu dan syaitan.

Berjuang terhadap manusia untuk di Islamkan
dan yang Islam hendak di tingkatkan iman mereka
agar mereka terselamat daripada Neraka.

Pejuang yang sebenamya adalah penyelamat, bukan pembunuh dan pemusnah.


Nafsu dan syaitan adalah musuh-musuh batin yang amat jahatnya.
Kerjanya hendak menjadikan manusia termasuk pejuang-pejuang menjadi derhaka,
agar Allah Taala murka,
supaya mereka-mereka semuanya masuk Neraka wal`iyazubillah

Begitulah cita-cita nafsu dan syaitan yang durjana terhadap manusia.
Sepatutnya kita manusia sibuk berjuang terhadap nafsu dan syaitan
kerana mereka itulah musuh-musuh utama manusia
Mereka memerangi kita tidak pemah rehat-rehatnya setiap detik dan masa
Di masa kita berjuang memerangi musuh lahir itulah
mereka mengambil peluang diharu-birunya kita
agar kita tersesat jalan.


Di tipu-dayanya kita agar kita menjadi ganas dan militan.
Didorong kita agar kita mengorbankan kasih sayang sesama manusia.
Diputuskannya silaturrahim,
dipecah belahnya kita,
di porak perandakan perpaduan.

Padahal kasih sayang itulah yang disukai oleh Tuhan


dan kasih sayang itulah yang diperlukan oleh semua manusia tidak kira apa bangsa.
Sedangkan pejuang-pejuang Islam berjuang
korbankan kasih sayang
seperti yang dikehendaki oleh nafsu dan syaitan.

Rupanya pejuang Islam berjuang bukan membawa kemajuan dan kejayaan
tetapi perjuangan mereka mendorong dan mengundang kejayaan nafsu dan syaitan.

Sebenamya mereka tertipu di dalam perjuangan.

5 ulasan:

Sofiya berkata...

Saya berpendapat, keadaan pemerintahan, ekonomi hari ini adalah untuk menunjukkan bahawa tiada yang kekal melainkan Allah sahaja.

Tidak salah manusia itu merekacipta sistem apa sekalipun asalkan tidak becanggah dengan agama islam dan ia utk kesejahteraan rakyat.

Sejarah zaman berganti zaman membuktikan, sistem beraja, negara republik, demokrasi dan komunis, pernah melalui zaman kehancuran.


TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH JUA.

Sepatutnya, masa telah sampai memikirkan bagaimana utk memulihkan keadaan. Salah menyalah satu kelompok dan kelompok lain hanya akan menambah pertikaian.

Cara menuding jari tanpa mencadangkan solution patutnya dilihat ramai sebagai ketinggalan zaman dan pencetus pertikaian.

Rakyat perlukan PEMIMPIN bukan pengkritik. Budak kecil yang 5-6 tahun pun skrg dah pandai mengkritik.

Solution @ PENYELESAIAN, ini lebih didambakan!

Sedingin Salju berkata...

ya betul. Mereka tertipu.

BERANIKAN HATI berkata...

Salam,
Malangnya mereka masih merasa mereka berada dipihak yang benar dan mereka berjuang kerana Allah.

infinity7 berkata...

askm..

maaff kan saya bukan kah

1.tarikat
2.syariat
3.hakikat
4.makrifat

ikuti kisah nabi di gua hiraq apa bila jibrail mengajar nabi menyebut dengan nama Allah...Tarikat pertama dengan perjalinan perantaraan jibrail Nabi S.A.W. mengenal Allah sebelum syariat dilengkapkan dengan ayat ayat AL-Quran diturunkan... maaf kan saya jika salah

Ihya berkata...

Hamas salah!! Mereka bukan berjuang di jalan Allah..yang berjuang di jalan Allah ialah fatah !!..