4 Mac 2009
SEMUA MANUSIA SEDANG KEHILANGAN
Hari ini saya tidak mahu bercerita tentang politik, saya hanya mahu menceritakan tentang kehilangan. Sesuatu yang hilang tetapi kita LUPA ia sudah hilang. Alangkah tragisnya. Lebih tragis daripada kehilangan nyawa, harta benda dan saudara mara dan sahabat handai.
Bila kita kehilangan yang SATU ini, maka kita ibarat seperti layang yang putus talinya, mengikut arah angin yang membawa, terbiar dan akhirnya terdampar musnah terhempas ke tanah. Di saat itu, airmata darah dan keringat sekalipun sudah tidak mampu membantu kita.
Kehilangan apakah itu ?
Jawapannya, Kita sudah kehilangan Tuhan.
Di dunia hari ini walaupun manusia percaya dengan Tuhan tapi sudah kehilangan Tuhan. Baik umat Islam mahupun bukan Islam, sudah kehilangan Tuhan. Sekalipun percaya Tuhan tapi sudah hilang di hatinya. Padahal kehilangan Tuhan adalah satu musibah yang besar. Tidak ada musibah yang paling besar pada manusia melainkan musibah kehilangan Tuhan. Kalau kehilangan wang, kuasa dan lain-lain,itu masalah yang kecil. Tapi bila manusia sudah kehilangan Tuhan, cinta Tuhan sudah tiada, maka itu adalah musibah yang besar.
Sedangkan cinta Tuhan itu cinta yang agung. Tuhan itu sangat memberi kasih sayang pada hambanya.
Bukti cinta Tuhan pada kita, bila satu pemberian Tuhan tidak ada maka yang lain tidak ada erti. Kalau Tuhan tidak memberi nafas, ertinya kita akan mati. Waktu itu, rumah dan kekayaan sudah tiada erti.
Kehilangan Tuhan, kehilangan kasih sayang
Jadi kalau manusia sudah tidak cinta dan kehilangan Tuhan, padahal Tuhan itu patut dicintai, maka automatik tidak cinta sesama manusia. Kenapa? Atas alasan apa kita dapat mencintai orang lain, sedangkan Tuhan yang sangat berjasa kepada kita, tidak kita cintai.
Kerana itu bila sudah tidak cinta Tuhan, automatik cinta pada sesama manusia sudah tidak murni. Akibatnya kesan negatifnya terlalu banyak. Tidak berkasih sayang, tidak pemurah, tidak amanah, tidak ada tenggang rasa, tidak ada perikemanusiaan, keadilan dan kerja sama. Kalaupun ada kerjasama bukan kerana cinta, tidak ikhlas dan ada kepentingan, mungkin kerana ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri. Kerana itu ikatannya terlalu tipis dan dapat berpecah bila-bila masa sahaja.
Orang yang kehilangan Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat, bahkan orang yang solat pun sudah kehilangan Tuhan. Walaupun mereka banyak di mesjid, tapi sebenarnya tidak mencintai Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang, tidak lahir pemurah, kerja sama, bermaaf-maafan. Akibatnya di dalam masjid pun dapat terjadi pertengkaran dan perkelahian.
Kalau orang yang tidak sayang Tuhan itu orang yang tidak ikut syariat, masih dapat diterima. Tapi apa yang terjadi, yang menjadi pembohong, memfitnah, menipu adalah di kalangan mereka yang solat, naik haji, umrah dll. Ibadahnya tidak berbuah.
Itulah tandanya ikut Islam tapi tidak kenal Tuhan sekalipun di kalangan orang yang bergelar ulamak. Bukan saja orang politik, bahkan orang yang digelar ulamakpunpun sudah terpisah dengan Tuhan. Ibarat seorang anak yang berbuat baik dengan ibunya bukan kerana ingin berkhidmat, tapi kerana ingin memanfaatkan ibunya untuk tujuan dapat harta. Begitulah manusia bila sudah kehilangan Tuhan, amal ibadat mereka bukan berkhidmat dan memperhambakan diri kepada Tuhan tetapi sekadar satu rutin dan juga terselit kepentingan keduniaan di dalamnya. Renungkanlah hal ini, dan mari kita muhasabah diri.
Sebab itulah dunia hari ini sudah sangat kronis. Bila cinta tidak ada, maka kasih sayang tidak ada. Sedangkan kasih sayang makanan jiwa. Bila jiwa tidak diberi makan, maka orang kaya akan gila kuasa, sakit jiwa dan tidak ada kebahagiaan. Masalah masyarakat hari ini banyak melanda orang yang bertaraf tinggi, ada kuasa, pemimpin. Antara masalah yang sering dihadapi ialah anak-anak terlibat dadah, isteri lari, isteri tidak taat, masing-masing tidak sehaluan. Perpecahan dalam rumah tangga begitu terlihat nyata. Walaupun ada wang, rumah besar, kedudukan tinggi tapi anak-anak berkelahi satu sama lain. Inilah akibatnya bila Tuhan sudah hilang.
Bila cinta pada Tuhan sudah tidak ada, maka hilanglah cinta sesama manusia.
Bila kehilangan kasih sayang, terjadi gangsterism di kalangan anak-anak sekolah. Akibat tidak ada kasih sayang, perpecahan di antara parti politik dan sesama anggota parti makin ketara. Adakah ini dapat diubati dengan dengan kekayaan, nama dan glamour? Maknanya masalah kasih sayang ini tidak dapat diubati dengan kekayaan. Kalau kekayaan dapat mengubati manusia, tidak akan terjadi isteri lari, anak terlibat dadah dll. Kalaulah kekuasaan dapat menjalinkan kasih sayang, maka tidak akan terjadi pemerintah yang paling banyak berjasa, tapi rakyat benci.
Kita harus sedar, bahawasanya :
Inilah akibat masing-masing sudah kehilangan Tuhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
posting yang menarik..mashaAllah
SALAM PUTERI...
EMM SEMEMANGNYA KEHILANGAN INI AKAN TERUS-TERUSAN BERLAKU.
SELAGI ANWAR AL-JUBURI NI ADA MAKA SEGALA PENYATUAN UNTUK MENYATUPADUKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU TIDAK AKAN TERCAPAI!!!
SALAM...
Itulah dia manusia.
Catat Ulasan