Apabila saya membuka tajuk ini, banyak idea yang ingin saya sampaikan. Bila saya menyebut satu fakta, ia terkait dengan pelbagai fakta lain. Ini sangat mengujakan, kerana saya membiarkan akal saya mengikut gerak hati untuk terus menulis (merapu barangkali?)..Yang bagusnya adalah ini blog persendirian, jadi tidak ada siapa yang dapat membataskan penulisan saya selagi saya tidak menyentuh isu-isu sensitif, betul begitu?
Ok kita sambung lagi.
Artikel sebelum ini saya ada menyentuh TEKNOLOGI yang digunapakai oleh ahli-ahli sihir, bomoh-bomoh berilmu hitam dan jin-jin yang kafir. Walaupun teknologi seperti ini juga tidak dapat dikesan oleh pancaindera fizikal manusia tetapi teknologi ini berasal dari tenaga API yang berada di dalam bentuk yang tidak nampak oleh PANCAINDERA kita. Ia bersifat panas dan membakar.
Adapun TEKNOLOGI ROH adalah teknologi yang saya jelaskan adalah dari sumber yang suci, yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhlukNya sama ada manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Oleh kerana kita tergolong di dalam makhluk yang dipanggil manusia maka ada dua bentuk teknologi ROH yang dapat diterima oleh manusia, satu yang khusus untuk para nabi dan rasul yang dipanggil MUKJIZAT dan kepada golongan biasa ia dipanggil KAROMAH dan MAUNAH. Kerana itu timbul, sebutan KERAMAT, ia berasal dari perkataan KAROMAH tersebut.
TEKNOLOGI ROH ini adalah bersumberkan tenaga CAHAYA. Jangan samakan ia dengan tenaga dari API. Tenaga CAHAYA ini bersifat dingin dan tenang. Allah SWT menyebut tidak dijadikan dunia ini jika bukan disebabkan NUR MUHAMMAD. Nabi Adam AS orang pertama di dunia ini sudah mengenali RSAW kerana beliau melihat NUR MUHAMMAD ini yang sudah wujud lebih awal daripada waktu beliau dicampakkan ke dunia, malah lebih awal dari beliau dijadikan sendiri. Nama MUHAMMAD itu sendiri adalah yang pertamakali digunakan oleh RSAW, sebelum itu tidak ada manusia sebelumnya yang memakai nama MUHAMMAD ini.
NUR MUHAMMAD inilah perantaraan dari ALLAH SWT kepada semua makhlukNya di dunia ini. Kerana itu di hari pengadilan nanti, RSAW yang akan mengetuai manusia di hari pengadilan dan dengan syafaat RSAW (Nur Muhammad) maka pengadilan dilakukan. Tidak ada nabi dan rasul lain yang dapat membantu umat manusia dan jin waktu itu kecuali dengan adanya syafaat dari RSAW.Kerana itulah umat Muhammad adalah umat yang pertama yang akan diadili di hari pengadilan itu nanti.
Konsep NUR MUHAMMAD ini sangat ditakuti oleh Yahudi sebenarnya. Malah ada dikalangan cendekiawan Islam yang berpegang kepada keyakinan bahwa mempercayai NUR MUHAMMAD itu sesat. Kita tidak menafikan ada yang menyalahgunakan istilah NUR MUHAMMAD ini dan membawa ajaran sesat tetapi itu tidak bermakna bahwa NUR MUHAMMAD itu suatu kepercayaan yang sesat. Ada bezanya, jangan terburu-buru menilai dengan dangkal. Begitu juga ada segolongan orang islam sendiri yang memandang serong TARIKAT dan memukulrata bahawa TARIKAT itu sesat. Alangkah mengigaunya mereka ini, kerana merujuk kepada ajaran TARIKAT yang sesat lalu terus menyesatkan semua pengamal TARIKAT.
Apapun, contoh golongan islam seperti ini yang suka sesat dan menyesatkan sesuatu dengan melulu adalah satu golongan yang dipanggil MUBTADIAH, pembawa bidaah namun berselindung dengan menyatakan diri mereka adalah penghapus BIDAAH.
(bersambung)
1 ulasan:
Mohon kunjungi blog kami terupdate di http://airsetitik.tk
Terima kasih dan salam,
Airsetitik Team
Catat Ulasan