Untuk memudahkan pemahaman kita semua mengenai perbezaan TEKNOLOGI ROH dan TEKNOLOGI SAINS, saya kira elok kita letakkan beberapa fakta untuk membuatkan ia lebih jelas.
TEKNOLOGI SAINS adalah dari IDEOLOGI MANUSIA di mana alat/tools dibina oleh manusia menggunakan teknologi yang direkacipta.
TEKNOLOGI ROH adalah dari NUR MUHAMMAD yang diberikan oleh Allah SWT kepada makhlukNya yang beriman dan bertaqwa. Justifikasi penerima-penerima teknologi ini tidak ada pengukuran berbentuk MATERIAL walaupun kedapatan hasilnya boleh dizahirkan kepada pancaindera fizikal manusia.
Perlu diingatkan bahawa TEKNOLOGI SAINS ini tidaklah bermaksud bukan berasal dari Allah SWT kerana manusia itu sendiri adalah makhluk ALLAH SWT dan akal pemikiran mereka adalah dari pemberian Allah SWT jua. Cuma yang ingin diperbentangkan dan didiskuskan sekarang adalah TEKNOLOGI SAINS itu ada keterbatasan dan kemampuan untuk digunakan di dalam memahami dan menakrifkan pelbagai perkara di dalam dunia ini.
Tidak ada kesalahan kita menggunakan TEKNOLOGI SAINS kerana ia merupakan pemudahcara kepada manusia dalam kehidupan di dunia ini tetapi KEBERGANTUNGAN kepada SAINS hingga memandang SAINS adalah FAKTA untuk memahami segala kehidupan di dunia dan diakhirat adalah pemahaman yang akan membawa manusia TERSESAT di dalam pemikiran mereka.
Penulis ingin mencuit hati para pembaca semua agar tidak menganggap perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara GHAIB yang sukar untuk diterangkan dan diperjelaskan dalam bentuk TEKNOLOGI SAINS bukan bermakna ia tidak benar. Sebenarnya, kita sendirilah yang telah menyempitkan ISTILAH LOGIK tersebut kerana tersasar fikiran kerana tersimpang memahami TEKNOLOGI SAINS itu sendiri.
Ini kerana apabila TEKNOLOGI SAINS dan TEKNOLOGI ROH bertemu pada minda dan hati yang memahami konsep dan falsafahnya, keputusannya adalah TIADA MISTERI, Sesuatu yang kelihatan seperti MAGIK akan menjadi LOGIK, PELIK akan menjadi perkara biasa.
Jika kita benar-benar memahami TEKNOLOGI ROH ini, maka kita akan faham bahwa teknologi ROH inilah sebenar-benarnya LOGIK, THE TRUTH, malah KELOGIKANNYA adalah melebihi TEKNOLOGI SAINS itu sendiri.
Namun ibarat barang yang berharga, tentulah tidak mudah untuk kita mendapatkannya, memahami teknologi ROH ini dan meyakininya juga merupakan satu HIKMAH yang sangat berharga.
(bersambung)
1 ulasan:
salam..
nice info..tq..
Catat Ulasan