30 Dis 2008

KEMBARA DI RANAH MINANG (2)

meh kita sambung lagi..ramai yang minta untuk tahu kisah yang sepenuhnya...ringkas-ringkas sahajalah ye..ni semester dah buka semula..kuliah dah jalan semula..bermula rutin balik..agak sibuk sekarang...

hari pertama dibumi minang aka pagar ruyung...

kami di bawa oleh pak supir dan pak erdy, melawat ke ngarai sianok, ke tasik singkarang, tabek patah, paya kumbuh dan pandai sikek. Jadi ada dua agenda pada hari tersebut, melawat tempat sulaman dan melawat tempat-tempat bersejarah.

Pagi bermula seawal 7 pagi dengan breakfast di Royal Denai Hotel Bukit Tinggi. Pukul 8 pagi kami bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ke kedai sulaman Hajjah Rosma di Kampung Baso. Di sepanjang jalan ke sana, kami melalui jalanraya yang terletak ditengah-tengah dua gunung yang terkenal iaitu Gunung Singgalang (2880m) and Gunung Merapi (2891m) Pemandangan memang sangat indah hingga saya kehilangan kata-kata untuk menceritakan keindahan pemandangan bumi pagar ruyung ini.





Mungkin gambar yang bisu dapat memberi jawapan kepada pembaca semua tentang keindahan pemandangan yang telah saya lihat disana. Malangnya saya bukan jurugambar yang berbakat yang dapat memantulkan keindahan itu ke dalam kamera yang digunakan.



Boleh juga akses di url ini untuk lihat gambar bumi minang dari jurugambar profesional.




Saya memang tertarik dengan sulaman yang terdapat di Kedai Hajjah Rosma ini kerana kehalusan dan keunikan corak sulamannya yang berbeza dari tempat-tempat lain. Orang minang memang terkenal dengan kepakaran dan bakat mereka di dalam sulam menyulam fabrik. Memang kalau pembaca datang ke sini, belilah barang sehelai dua hasil kerta tangan sulaman orang minang ini kerana bakat yang mereka warisi ini bukan bakat setahun dua tetapi warisan yang dipusakai ratusan tahun lamanya. Mungkin juga kerana bumi minang yang sejuk dan indah ini membentuk peribadi mereka hingga menyebabkan mereka hebat di dalam kerjatangan sulaman ini.

Sayang sekali gambar sulaman mereka tidak dapat saya pertontonkan di dalam blog ini kerana saya sibuk mengambil gambar-gambar sulama tersebut menggunakan handy cam sehingga saya terlupa menggunakan kamera untuk snap sulaman-sulaman tersebut. Saya cukup tertarik dengan sulaman yang dihasilkan, cukup halus dan berseni dan harganya untuk sehelai kain yang boleh dibuat baju kurung atau kebaya adalah di sekitar RM150-300 sepasang. Nampaknya saya hanya beli kain tersebut ke dalam handy cam saya sahajalah. Walaupun cantik, tetapi saya kira membazir pula untuk menghabiskan sehingga beratus-ratus ringgit hanya untuk sehelai baju...hehehe..Bukan apa, yang saya minat tu harganya lebih daripada itu..jadi, saya hanya membeli sehelai telekung yang harganya tidak sampai rm100 pun walaupun di Malaysia, telekung solat seperti itu harganya menjangkau rm150. Cukuplah sehelai untuk dijadikan kenang-kenangan dari sulaman Hajjah Rosma. Hajjah Rosma ini merupakan perintis awal perusahaan sulaman di Bukit Tinggi ini.




Perjalanan diteruskan lagi menyusuri desa paya kumbuh untuk ke tabek patah di mana di situ ada diusahakan perusahaan membuat kopi dan makanan ringan seperti pisang salai, kerepek, sagun, dan sebagainya.

Perjalanan ke tempat ini memang indah sekali kerana van kami menyusuri bukit-bukit dengan di bawahnya kelihatan lembah-lembah yang subur dengan tanaman terutamanya sawah padi yang di airi oleh sungai-sungai yang jernih airnya. Saya sempat turun menikmati pemandangan desa paya kumbuh.





mengapa saya mengambil gambar di depan kayu api?...sebenarnya itulah kayu kulit kayu manis yang banyak terdapat di bumi minang ini...mereka juga gunakan pokok ini sebagai kayu api untuk memasak. Mungkin juga kerana itu masakan rendang mereka memang cukup enak dan berlainan sedikit rasanya dengan rendang kita di Malaysia. Kalau orang Arab memasak menggunakan kayu zaitun, orang minang pula dengan kayu kulit manis.

Cuaca memang sejuk, sebab itu pashmina itu tidak bercerai dari saya..hehehe..

Tiada ulasan: