27 Dis 2008

KEMBARA DI RANAH MINANG

Nampaknya, saya terpaksa hentikan dulu sambungan artikel TEKNOLOGI ROH vs TEKNOLOGI SAINS kerana saya ingin menceritakan kisah kembara saya di RANAH MINANG secara ringkas sahaja adanya.

Perjalanan bermula pada 23 Disember 2008, dengan menaiki AIR ASIA ke Padang, Sumatera Barat. Bagaimanapun berlaku kelewatan penerbangan hingga menyebabkan tertunda selama hampir 3 jam di LCCT Airport. Sebenarnya tidak ada penerbangan terus ke Padang jika menggunakan MAS Airlines, jadi AIR ASIA adalah satu-satunya pilihan yang kita ada jika hendak ke bumi minang ini.

Kami sampai di Padang pada jam 3.15 (mungkin 3.13??) waktu Sumatera, ini bermakna di Malaysia adalah pada pukul 4.15 petang. Sesampainya di Bandara International Airport Padang, Pak Erdy sudah menunggu kami, beliau adalah pemandu pelancong kami selama 4 hari di sana, dan merupakan staf di RaunSumatra Travel Agency. Terus menaiki van KIA PREGIO ke Bukit Tinggi, perjalanan adalah selama 1 jam setengah. haha, PREGIO pulak, ...bukan PREGIO (itu jenama sos spagheti) tapi KIA PERGIO..

Dingin sudah terasa dan syukur ada pashmina yang menjadi teman setia sepanjang di bukit tinggi...jika tidak, memang sejuk di sini...namun begitu, nyaman sekali cuacanya...tidak perlu aircond di bilik hotel kerana suasana sekitar memang sudah semulajadi berhawa dingin...memang sesuai untuk tempat berhoneymoon...hehehe..

Ini makanan yang disajikan kepada kami di tengah perjalanan ke Bukit Tinggi, nama restorannya Pak Datuk Restoran, pernah dikunjungi oleh Presiden Indonesia, Pak Bambang. Jadi restoran ini sudah terkenal dan memang masakan minangnya memang enak sekali...terutama ikan bilis goreng, babat dan rendang dagingnya...tengok tu bukan main banyak makanan yang disajikan, dan kami apa lagi, bismillah, syukur pada Allah yang memberikan kami rezekiNya.



Sebelum itu, kami sempat singgah untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah dan solat di restoran LAMUN OMBAK. Di restoran ini ada murtabak yang sangat enak yang dinamakan MURTABAK MESIR..memang enak sekali...pencicahnya memang marbeles...ada juga jus adpokat aka avocado...inipun enak jua deh...alamak, mungkin selama 4 hari di sumatera, berat saya sudah bertambah 4 kilo lagi..hehhe..satu kilo sehari...



Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi saya dapat menikmati pemandangan yang sangat indah..dengan air sungai yang mengalir di celah bukit bukau dapat saya lihat dari kenderaan. Bagaimanapun, waktu itu hari hampir malam, suasana sedikit gelap...kami sempat singgah di air terjun Lembah Anai pada waktu maghrib...jadi gamabr-gambar yang diambil di situ agak gelap...dan yang sedikit memelikkan saya ada objek-objek pelik yang kelihatan di dalam gambar tersebut..mungkin biasan flash kamera dan percikan air membentuk objek2 tersebut.



Apapun, saya sempat merasai kedinginan air terjun tersebut dengan membasuh muka...kata Pak Erdy, nanti bisa awet muda kalo dbasuhkan muka...hehehe...memang segar air tersebut kerana ia merupakan air terjun yang turun dari gunung...maaflah gambar dah kabur sebab dah malam.



Kami sampai di hotel Royal Denai Bukit Tinggi hampir pukul 9.00 malam waktu sana. Hotel ini 2 star sahaja tetapi cantik juga, saya rasa lebih cantik dari hotel bertaraf tiga bintang yang ada di Malaysia ini, kalau mahu dibanding dengan De Palma Hotel atau Seri Malaysia, hotel ini lebih cantik dan selesa lagi. Ini gambar hotelnya.




Nampaknya perjalanan kami pada hari itu sampai kepenghujungnya dengan selamat. Syukur kepada Allah SWT kerana memelihara hamba-hambaNya. Hotel yang saya ini menginap ini tidak ada aircond malah kipaspun tak ada, tapi selesa juga, kerana suasana udara di sana memang dingin. Swimming pool hotel ini langsung tidak pernah saya nampak ia digunakan walaupun terjaga rapi, mungkin cuaca yang sejuk menyebabkan tetamu hotel tidak sampai hati untuk mandi manda di dalamnya.

Sehari telah berlalu, esoknya 24 Disember kami di bawa melawat tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi. Aktiviti bermula jam 7 pagi dengan sarapan di coffee house hotel. Makanan breakfast biasa sahaja, tetapi mengenyangkan. Lupakan diet dan sebagainya, nikmatilah makanan selagi termampu..hehehhe...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..puteri..

Jeles lar...u gi sana..maan souviner utk ana? So dah jumpa susur galur di sana? Oh!Ya..Yg Dpertuan Besar N9 sekarang pun mmg susur galur pagar ruyung kan..
Moga2 baginda membawa peranan Ahlul-Bait kan..Amin!!!