Petang semalam, tiba-tiba ada kawan berkata dan melontarkan pertanyaan, Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini, keluhnya.
Ya keluhan kawan saya itu memang tidak menghairankan malah memang dijangkakan.
Memang benar katanya, memang gawat situasi sekarang, bagi yang perihatin dengan masalah yang berlaku di dalam Malaysia ini, kata mereka inilah saat paling kritikal untuk Malaysia, dari segenap segi, sebutlah apa sahaja, ekonomi dengan isu inflasinya, harga minyak naik dsbnya , sosial dengan pelbagai masalah jenayah, budaya hedonisme, kebejatan akhlak dsbnya, pendidikan pula dilihat tidak membawa manusia ke arah pembinaan insan yang terbangun hanyalah akal yang selalu menambah masalah kerana kecerdikan yang tidak bersandarkan kepada cinta dan takut Tuhan, agama yang diserang dari segenap sudut oleh pelbagai fahaman yang menarik 1001 macam aliran fahaman islam yang tidak murni lagi , dan paling memeningkan kepala di saat ini adalah pertarungan kuasa-kuasa politik dan kepimpinannya yang membuat masyarakat kebingungan dan meluat.
Saya tersenyum sambil berkata, Terjadilah apa yang akan terjadi.
Kawan saya dengan muka berkerut, menandakan kehairanan bertanya, Mengapa kau kata begitu ?
Saya tanya kembali kepadanya, Apakah ada masa depan pada politik malaysia hari ini untuk kembalikan negara ke suatu situasi yang lebih
baik atau kalau tidakpun, tidak segawat sekarang?
Kawan saya berkata; Saya sudah hilang keyakinan dengan orang-orang politik sekarang..saya tidak nampak siapa yang boleh mengembalikan
Malaysia kepada keadaan yang aman dan sentosa.
Sambungnya lagi, Kau tahu ada antara kawan kita yang dah jadi gundah gulana, its effect her so much..sampai dia kata, tak sanggup lagi hidup di Malaysia ini, tetapi persoalannya, nak lari ke mana?
Beginilah kata saya, mari kita lihat sebuah hadis RSAW yang menyebut :
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah
zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah
mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang
berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana
yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah
zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah).
Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian
Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan
penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana
yang Allah kehendaki.
Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa
a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian."
(Riwayat Ahmad)
Saya menjelaskan kepadanya, Kita sekarang ini hidup di zaman fitnah yang mengigit, zaman penindasan dan kezaliman pemerintahan, sebab itu
saya kata di awal tadi, terjadilah apa yang akan terjadi kerana demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku.
Ada satu pengharapan kita sebenarnya, melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Itulah yang perlu kita rintihkan dan doakan, kita tidak ada jalan keluar lagi selain dari kembali kepadaNya, belajar untuk menjadi hambaNya, dalam erti kata lain, belajar untuk takut dan cinta pada Tuhan.
Apa yang berlaku kini adalah pengajaran kepada kita, bahwa bilaman kita sudah membelakangkan Tuhan dan bertuhankan akal yang kecundang dalam mengenal dan mentaati Tuhan maka inilah bahana dan balasan yang harus kita tempohi.
Dengan tersenyum saya mengakhiri kata-kata saya, Saya yakin dengan janji Tuhan, saya yakin Malaysialah akan jadi pencetus kepada zaman
kekhalifahan itu dan di sinilah akan muncul pemimpin yang dimaksudkan di dalam hadis itu.
Hati kecil saya berkata, "Cukuplah maklumat yang saya berikan untuk hari ini padanya. Kelak nanti akan saya sambungkan lagi. Ini maklumat baru padanya, memang dia tidak pernah tahu tentang hadis tersebut,
saya akan berikan masanya untuk memperhalusi hadis tersebu. InsyaAllah, di lain kali akan saya susuli pula selepas ini tentang siapa figur-figur pemimpin yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut.
Di petang itu, saya beredar dari biliknya dengan memanjatkan doa agar cepatlah zaman kekhalifahn itu berlaku, kerana dunia ini sudah cukup kritikal dengan 1001 malapetaka yang wujud dari dosa-dosa dan kelalaian manusia itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan