3 Mac 2008

IKAN YANG HIDUP KEBAL DI LAUTAN YANG MASIN




Allah SWT menjadikan lautan dengan rasanya yang masin. Rasa itu tidak berubah dari dulu hingga kini dan Insyaallah sampai bila-bila. Allah SWT juga menjadikan ikan hidup dan membiak di laut yang masin itu.


Selagi ikan itu hidup, masinnya air laut itu tidak pernah menyerap ke dalam daging ikan. Tetapi bila ikan itu mati, cukup sekadar direndam dalam air garam untuk tempoh seketika, ikan itu sudah berubah menjadi ikan masin.


Begitulah halnya dengan manusia apabila dalam keadaan hatinya sentiasa berjiwa tauhid, yakni memiliki rasa kehambaan yang mendalam serta memiliki rasa berTuhan yang tinggi maka dirinya tetap kebal biarpun berada ditengah-tengah pelbagai cabaran, dugaan dan ujian. Tidak terjejas biarpun berada di tengah-tengah maksiat dan kemungkaran.


Apabila manusia kehilangan iman dan taqwa yakni sudah tiada atau luput rasa kehambaan dan rasa berTuhan, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dia sendiri yang akan dilanda oleh taufan nafsu rakus dan buas. Dia sendiri yang akan menjadi pencetus kerja mungkar dan maksiat

Tiada ulasan: