5 Nov 2008

PERMAINAN BAHASA PARA ORIENTALIS

Sejak akhir-akhir ini kita mendengar suara-suara yang menyeru umat Islam menjadi umat yang moderate, umat yang “sederhana” atau pertengahan. Sederhana dalam segala tingkah laku dan bentuk perbuatan. Ini amat menyedihkan dan apa yang membimbangkan suara-suara tersebut juga datangnya dari golongan Islam yang berbangga jika mereka dikenali sebagai muslim moderate.

Istilah “moderate” ini dimunculkan dan dipopularkan oleh berbagai-bagai kalangan, baik cendekiawan, para pemimpin, atau tokoh-tokoh masyarakat dan agama.Ia adalah salah satu antara jerat istilah yang dipopularkan seperti juga istilah-istilah lainnya iaitu “Islam radikal”, “Islam militan” atau “Islam fundamentalis”.

Para orientalis seperti John Esposito dan John Voll yang dianggap oleh golongan muslim moderate sebagai "pembela Islam" telah berjaya memecahbelahkan aktivis Islam kepada tiga kelompok besar iaitu "Muslim Fundamentalis" (golongan yang berpegang teguh prinsip asas Islam), "Muslim Demokrat"(golongan sederhana) dan "Muslim Teroris" (golongan radikal).


Itulah label-label terhadap Islam yang berjaya diklasifikasikan oleh para orientalis ini. Disebarkannya pengkelasan itu kepada masyarakat melalui penulisan buku seperti "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) dan "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002).

Justeru itu, sudah menjadi seperti satu fakta di pelbagai media massa, bahawa pada zaman globalisasi, corak keislaman yang ‘baik’ adalah menjadi Muslim yang moderate atau mengamalkan Islam Moderat.

Apakah sebenarnya makna “Islam moderate”, yang kadang-kadang disamakan dengan istilah “ummatan wasatha”?

Istilah “moderate” (moderate) berasal dari bahasa Latin ‘moderare’ yang ertinya “mengurangkan atau mengawal”.

Kamus The American Heritage Dictionary of the English Language mendefinisikan moderate sebagai: (1) not excessive or extreme (tidak melampau/ekstrim) (2) temperate (sederhana) (3) average; mediocre (purata; sederhana) (4) opposed to radical views or measures (berlawan dengan radikal dari segi pendapat-pendapat atau langkah-langkah).

Menurut wikipedia pula, moderate membawa maksud "In politics and religion, a moderate is an individual who holds an intermediate position between two viewpoints, neither to be extreme or radical by those applying the term. The word "moderate" can also be used as an adjective describing such a position."

Jika difahami dari segi bahasanya, kita boleh katakan bahawa moderate ini merujuk kepada maksud pertengahan, iaitu tidak condong ke kiri dan juga tidak condong ke kanan, iaitu seimbang dan sederhana.

Sepanjang sejarahnya, Islam tidak menafikan kemungkinan mengambil istilah-istilah asing untuk diadaptasi menjadi istilah baru dalam khazanah Islam. Tetapi, istilah baru itu harus benar-benar diberi makna baru, yang sesuai dengan Islam.

Dari peradaban Barat saat ini, kita mengambil banyak istilah, seperti istilah “worldview”, “methodology”, dan sebagainya. Semua istilah ini boleh diadaptasi, asalkan sudah mengalami proses penyesuaian makna dengan makna Islam, sehingga tidak menimbulkan kekacauan makna.

Isu yang ingin kita bincangkan sekarang adalah mengenai surah Al Baqarah ayat 143. Ayat itu bermaksud:

"Demikianlah kami Tuhan menjadikan kamu adalah umat ( umat Muhammad) yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi."

Di waktu ini, terdapat kecenderungan menyalahgunakan makna al-Wastahiyyah (pertengahan) oleh beberapa kalangan, dan mereka menyamakannya dengan konsep moderatisme Islam yang kabur maknanya.

Malah, terdapat juga yang menggunakan istilah “Islam moderat” dengan makna yang sama dengan istilah “Islam Inklusif” atau “Islam Pluralis”. Melalui konsep yang bertopengkan istilah “Islam Moderat” itu pula, kemudian disebarkan fahaman “Pluralisme Agama” (At-Ta’addudiyah al-Diniyyah), yang menyatakan semua agama itu adalah sama dan benar.

Kerana munculnya berbagai-bagai kesamaran makna konsep “pertengahan” (al-wastahiyyah) atau “moderatisme” di kalangan masyarakat Muslim saat ini, maka sangat mendesak dilakukannya suatu pengkajian yang serius dan ilmiah terhadap konsep “al-wasathiyyah” dalam Islam, agar tidak terjadi kesamaran dan pengaburan makna.

Kita perlu menyarankan para cendekiawan dan tokoh-tokoh umat islam agar berhati-hati dalam menggunakan istilah “Islam moderat”, dan tidak begitu mudah menyamakannya dengan istilah “ummatan wasathan”. Jika terpaksa menggunakannya, berikanlah definisi yang jelas, yang berbeza dengan definisi yang dipopularkan oleh kaum liberal dan pluralis pada saat ini.

Sebab, “moderatisme Islam” ketika ini juga sedang dijadikan sebagai bahan propaganda untuk meliberalkan Islam, sebagaimana diprogramkan oleh penaja antarabangsa seperti The Asia Foundation dan sebagainya.

David E. Kaplan menulis dalam artikelnya, "Hearts, Minds, and Dollars", (www.usnews.com, April 2005), bahawa saat ini, Amerika melabur dana puluhan juta dollar dalam rangka propagandanya untuk – bukan hanya mengubah masyarakat Muslim – tetapi juga untuk mengubah Islam itu sendiri.

Menurut Kaplan, buat pertama kalinya White House telah bersetuju strategi rahsia, untuk Amerika memiliki kepentingan nasional mempengaruhi apa yang terjadi di dalam Islam.

Sekurang-kurangnya di 24 negara Muslim, Amerika secara diam-diam telah menaja radio Islam, acara-acara TV, kursus-kursus di sekolah Islam, pusat-pusat kajian, workshop (bengkel) politik, dan program-program lain yang mempromosi Islam moderat.

Amerika dan sekutu-sekutunya memang bermotif agar kaum Muslim tidak menjadi ancaman bagi hegemoni peradaban mereka. Kerana itu, mereka menjadikan umat Islam sebagai umat yang moderat di dalam versi mereka.

Mereka biayai begitu banyak lembaga Islam dan mahasiswa Islam agar memiliki pemikiran dan sikap hidup yang sesuai dengan kehendak mereka. Di dalam konsep mereka, Islam moderat adalah Islam yang tidak meyakini kebenaran agamanya sendiri, Islam yang ‘jinak’, tidak peduli dengan penderitaan dan penindasan yang dialami oleh saudara-saudaranya sesama Muslim.

Mereka (Barat) ciptakan istilah-istilah yang indah dan yang buruk, untuk memecahbelahkan umat Islam. Istilah “Islam moderat” dilagakan dengan istilah “Islam radikal”, “Islam militan”, “Islam fundamentalis”, dan sebagainya, yang maknanya tidak didefinisikan dengan jelas.

Kita berharap, para tokoh dan cendekiawan Muslim dapat lebih berhati-hati dalam mengadaptasi satu istilah yang bukan berasal dari khazanah Islam. Jangan sampai mereka hanya menerima istilah tanpa diberikan definisi (ta’rif) yang jelas. Jangan sampai pula, mereka hanya menjadi saluran untuk mempopularkan satu istilah yang maknanya sudah diprogram secara sistematik sesuai dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan umat.

Pada zaman yang penuh dengan ‘fitnah’ seperti sekarang ini, kita perlu lebih berhati-hati lagi dalam menyebarkan maklumat, jangan mudah tergoda, kerana kita yakin, segala amal perbuatan dan ilmu kita akan dipertanggungjawabkan di Hari Akhirat kelak.

Sebenarnya, jika kita umat Islam menghayati Islam dengan benar-benar serta kembali kepada ajarannya yang murni, kita akan dapati, Islam itu sendiri adalah agama pertengahan dan sederhana dalam asas-asas pendidikannya.

Dalam memperjuangkan cita-cita kita dan dalam hendak memperjuangkan cita-cita Islam memerlukan ilmu yang mendalam dan ilmu yang seni. Mesti memahami ilmu dunia dan mesti memahami ilmu akhirat. Kalau tidak, Islam itu tidak dapat diperjuangkan dengan tepat.

Sebenarnya waktu ini, Islam telah disalah gambarkan. Islam telah disalah tafsirkan. Bahkan Islam telah disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat Islam sendiri. Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat sama ada dari segi Tauhid atau samada mereka menjadi pasif atau militan. Kini, kedua-dua golongan ini sangat ditakuti.

Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam.

Di sini, diperjelaskan sedikit dari sudut pandangan Islam antara dua golongan ini dengan membawa pandangan yang ketiga.

Kita harap pandangan ketiga ini adalah yang tepat. Ini penting supaya imej Islam itu pulih semula dan supaya kalau orang bukan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi mereka boleh menerima kewujudan Islam dan umat Islam. Juga supaya Umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar.

Mari kita cuba huraikan dan memperjelaskannya. Moga-moga akan terserlah Islam yang sebenarnya. Bukan Islam yang kiri dan bukan yang kanan. Bukan juga Islam yang pasif dan bukan yang militan. Tetapi di tengah-tengah antara dua golongan ini.

Allah memberitahu kita dalam ayat tadi bahawa Tuhan menjadikan umat Muhammad itu umat pertengahan. Apa yang dimaksudkan dengan pertengahan ? Kalau kita menganggap bahawa umat Muhammad itu datang ke dunia sebagai umat pertengahan, itu tidak logik kerana umat Muhammad ini di hujung zaman dan di hujung usia dunia. Jadi,jelas bukan itu yang dimaksudkannya.

Kalau yang dimaksudkan umat Muhammad itu datang sebagai umat pertengahan di antara umat ke umat, dengan sendirinya kenyataan itu ternafi kerana hakikatnya umat Muhammad ini berada di hujung usia dunia. Rasullullah adalah Rasul yang terakhir maka umat ini adalah umat yang terakhir. Kalau itu yang dimaksudkan, kenyataan tadi batal dengan sendirinya. Jadi, bukan itu maksudnya.

Jadi, apa yang Allah maksudkan tentang umat Muhammad ini umat pertengahan ialah umat yang sederhana, tidak terlalu ke kiri dan tidak terlalu ke kanan. Maksudnya, ajaran yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad adalah ajaran terakhir daripada seluruh ajaran yang disampaikan kepada nabi-nabi. Kalau ianya boleh difahami dan menjadi ilmu serta boleh dihayati, diaplikasi dan boleh diperjuangkan, umat Islam tidak akan menjadi pasif dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkannya.

Kenapa? Kalau kita baca sejarah dunia, kedatangan agama-agama atau kedatangan ahli-ahli falsafah ke dunia yang masing-masing ada peranan yang sangat berbeza. Kedatangan ahli-ahli agama sebelum Rasullullah membawa agama yang betul-betul berbentuk ibadah selain daripada masalah-masalah aqidah yakni soal hati. Soal-soal lahirnya adalah benar-benar ibadah seperti sembahyang dan puasa. Ia tidak ada hubungan dengan dunia. Tidak ada hubungkait dengan kemajuan dan pembangunan. Soal dunia ini kalau hendak dibuat boleh dibuat tetapi kalau tidak dibuat, tidak mengapa. Kerana soal dunia tidak dianggap agama.

Jadi, golongan pertama terlalu menjurus kepada akhirat dan golongan yang kedua sangat berbentuk keduniaan. Tetapi masya-Allah, maha besar Tuhan, ajaran yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir, pemimpin dari Tuhan untuk dunia yang terakhir membawa ajaran yang merangkumi kedua-duanya sekali. Ertinya, bukan hanya ibadah menjadi ibadah dan bukan hanya ibadah menjadi agama. Tuhan mahu umat Muhammad menjadi maju tetapi diIslamkan. Membangun kemudian diIslamkan. Berkemajuan kemudian diIslamkan. Segalanya mengikut peraturan-peraturan dari Tuhan. Akhirnya apa sahaja yang dilakukan dengan meletakkan agama itu sebagai asas, ia tetap agama, diberi pahala, mendapat keredhoan Tuhan dan mendapat kasih sayang Tuhan.

Apabila dunia yang dibangunkan, kemajuan yang dibangunkan dan tamadun yang dibangunkan diaplikasikan dan diIslamkan mengikut ajaran-ajaran Tuhan maka di sini dapat dua keuntungan. Itu juga ibadah dan itu juga kemajuan. Itu juga ibadah dan itu juga tamadun. Itu juga ibadah dan itu juga pembangunan.

Ertinya, keseluruhan hidup termasuk pembangunan kemajuan itu sudah menjadi agama.

Jadi, ianya tidak boleh dipandang dalam dua bentuk lagi, ia sudah menjadi agama. Maksudnya, ibadah, kemajuan dan pembangunan, semuanya yang dilakukan berlandaskan ajaran agama Islam mendapat pahala, keredhoaan dan kasih sayang dari tuhan.

Inilah yang dimaksudkan umat Muhammad itu umat pertengahan.

Tidak dunia semata-mata dan tidak akhirat semata-mata. Akhirat dan dunia digabungkan. Yang akhirat tetap akhirat, yang dunia pun bernilai akhirat. Yang akhirat menjadi ibadah dan diberi pahala. Kemajuan dunia pun sudah menjadi ibadah. Kemajuan itu juga sudah menjadi ibadah. Kalaulah fahaman ini dapat dipersembahkan kepada masyarakat, Islam menjadi sangat cantik dan indah. Akhirat dan dunia tidak ada pemisahan dan tidak ada bezanya.

Semua itu menjadi agama. Itulah yang dimaksudkan dalam satu ayat yang lain yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama itu semuanya untuk Allah."

Maksudnya, siapa yang ada di dunia ini, selagi diusahakan oleh manusia, ia menjadi agama. Agama untuk keredhoan Tuhan. Inilah cantiknya ajaran Islam yang disampaikan kepada Rasullullah saw. Kalau begitulah yang kita faham dengan hanya berdasarkan dari satu ayat yang pendek kemudian dapat dipersembahkan, diperjuangkan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita, ia sangat cantik. Tidak timbul pasif dan tidak timbul militan kerana Islam membawa kasih sayang.

31 Okt 2008

Generasi Masa Depan




Tengok gambar dulu...nanti saya sambung kemudian ceritanya....

Okay, mengapa saya ambil gambar anak-anak ini?...kerana dalam masa 20 tahun lagi merekalah yang akan menjadi dewasa dan akan menggantikan kita sebagai generasi yang akan menjadi warga yang akan menjadi pelapis kepada kita semua.

Apakah masa depan mereka dalam 20 tahun lagi?

Hari ini kita lihat mereka sungguh islamik, sejak kecil lagi sudah menunjukkan ciri keislaman dalam diri dan wajah mereka cukup bersih dan menyejukkan. Dendangan dari bibir mongel mereka bukan lagu-lagu cinta tetapi adalah nasyid-nasyid yang mengingati Allah dan RasulNya.

Cuba bayangkan 20 tahun lagi...jika kita di hari ini tidak menjaga negara kita dari dicemari dengan kebudayaan hedonistik, tak mustahil anak-anak ini yg pada asalnya begitu naif dan dibesarkan dalam suasana keislaman akan turut dipengaruhi oleh persekitaran yang sangat tidak islamik.

Di mana tanggungjawab kita utk memastikan keislaman terus subur di hati mereka?

Marilah kita renungi sama-sama..kerana itulah tanggungjawab kita bersama yang akan ditanya di akhirat nanti.

28 Okt 2008

NYANYIAN OMBAK





Kau campakkan
Dan kau terlantarkan
Kembang yang kupersembahkan kepadamu
Sepenuh hati

Kau diamkan
Bahkan kau tinggalkan
Aku yang tertegun di dalam rindu
Di dalam sepi

Benarkah telah kering kasih sayang di jantungmu
Layaknya musim ini
Berkaca pada sikapmu
Ranting-ranting patah gemertak
Belalang pun terbang mencari hijau
Sisi ladangku tak lagi subur
Untuk tumbuhkan cinta kasihmu

Kau dengarkan
Dan coba renungkan gelombang di laut
Nyanyian rindu
Menikam kalbu.


Terimakasih kepada seorang kawan (perempuan), yang dikenali menerusi Internet yang seringkali berinteraksi dengan saya lewat emel. Jauh dari sudut hati, saya menghargai perkenalan dan persahabatan ini.

Senang sekali berbicara santai dengannya, bertukar fikiran dan berkongsi cerita suka dan duka. Satu perkenalan yang unik tetapi cukup mengesankan.

Buat seorang kawan,

walaupun hadirmu bukan dalam realiti
tapi
kau mengisi realiti hari-hari mendatangku



Nyanyian Ombak, sering membuat saya terpegun mendengar iramanya...tatkala ombak menyentuh bebatuan di pantai dan mengheret pepasir ikut bersamanya, cukup menghiburkan. Saya kira saya boleh berlama-lama di tepian pantai menikmati orkestra dan simfoni ciptaan Allah itu..Indah mengasyikkan dan menginsafkan..

Saat matahari terbenam, menginjak pepasir putih di pantai, di tengah kemilau ombak yang memercik warna kemerahan di permukaan hamparannya, adalah satu detik yang mengusik rasa dan menyentuh jiwa dan ia adalah detik TERINDAH yang Allah ciptakan untuk dinikmati oleh hambaNya.

BERPUISI DALAM LAGU

16 Okt 2008

NOVEL INTERNET

Pagi tadi saya dapat satu emel dari seorang kawan, menyatakan dia menemui novel saya di dalam SCRIBD, ia di upload oleh seseorang yang saya tidak kenali. Aha, dalam hal ini, saya tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh penghantar tersebut walaupun tidak meminta permission saya utk meletakkannya sebagai tatapan umum.

Biarkan sahajalah, sekurang-kurangnya saya hargai inisiatifnya C & P novel saya tersebut dan meletakkannya di dalam alam siber. Saya dapati ia diupload pada 16 Jun 2008, baru 4 bulan rupanya. Hari ini 16 oktober 2008. Telah dilihat seramai 908 orang. Satu jumlah yang besar dalam masa yang singkat. Saya yakin peng upload tersebut tidak kenal saya, dan saya juga tidak kenal dia walaupun fotonya ada di dalam SCRIBD itu. Sayapun tidak berniat untuk bertanya atau menghantar mesej kepadanya, biarkan sahajalah ia di situ , saya tidak perlukan apa-apa kredit walaupun saya penulis novel tersebut.

Novel tersebut saya tulis tanpa dirancangpun, malah saya sendiri tidak tahu saya boleh menghasilkan sebuah karanganpun apatah lagi sebuah novel seperti itu. Tetapi kadang-kadang di dalam hidup ada peristiwa dan kejadian yang memberi kesan kepada kita lalu memberi idea dan ilham untuk menulis sesuatu dari dalam lubuk hati. Maka itu novel itu dihasilkan.

Tidak ada apa yang menarik di dalam novel tersebut, hanya 79 mukasurat sahaja. Ia hanya satu percubaan santai saya untuk menulis. Tidak saya sedari pula ada yang berminat untuk mengkomersialkannya di alam siber. Apapun saya cukup senang, kerana tidak ada siapa yang tahu siapa penulisnya.

Tentu ada yang mahu tahu apa tajuk novel tersebut..hermm...biarlah menjadi rahsia...novel itu kenang-kenangan sahaja, sayapun tidak mahu orang tahu siapa penulisnya. Cukuplah dihayati luah bicara dan perasaan penulisnya sahaja.

Kawan saya itu menjumpai novel saya apabila dia mencari novel terkenal AYAT-AYAT CINTA. Hermm, baru saya perasan novel AYAT-AYAT CINTA ini ada 313 mukasurat rupanya. Sebuah novel yang menarik, dan saya tertarik kerana ia memaparkan suasana di CAIRO. Saya pernah seminggu tinggal di CAIRO tapi banyak perkara yang saya pelajari ttg kehidupan masyarakat di sana. Jadi novel itu sangat menarik hati sy, kerana dapat mengimbau kenangan saya di sana, malah nama-nama tempat yang ditulis di dalam novel tersebut juga pernah saya kunjungi. Selama seminggu di CAIRO saya tinggal di Rabiatul Adaweya. Tempat di mana watak utama dalam novel itu tinggal. Menarikkan bila kita boleh bayangkan suasana tersebut walaupun menerusi novel?

Novel saya yang picisan itu juga menggunakan nama-nama tempat yang tepat dan menggambarkan suasana di dalam realiti, cuMa adapun namanya novel, ia adalah getaran fikiran dan idea yang tidak dapat dibezakan adakah ia realiti atau fantasi atau sekadar satu ilusi.

15 Okt 2008

MADAH UNTUK PENGEMBARA

Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.


Semalam saya terpaku apabila menghayati madah ini. Kerana maksudnya yang dalam dan sangat TEPAT menjadi panduan. Seringkali insan selalu mengenang-genang kebaikan yang telah dilakukan, mengungkit-ngungkit apa kebaikan yang telah dilakukan apabila hatinya sakit dan dikhianati. Seorang insan akan berkata "Tidak patut sipolan itu, tidak mengenang budi orang langsung". Biasa dan seringkali kita dengar ucapan yang begini.

Tetapi jarang pula kita dengar, orang berkata, "Tidak mengapalah dia menzalimi aku atau berbuat jahat kepada aku, mungkin ada dosa aku yang dulu, Allah balas sekarang supaya aku ingat kejahatan aku dan bertaubat".

Setiap kenangan dan pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup ini adalah PAKEJ dosa dan pahala yang akan diadili di akhirat di sana. Sama ada amalan atau kebaikan di beri pahala dan dibalas dengan nikmat atau sama ada dosa akan diampun atau dihukum, di Akhirat sanalah penentuannya.

Maka, yang sangat-sangat kita perlu perihatin atau ingatkan bukan kebaikan yang telah kita amalkan, kerana bukan hak kita untuk menilainya tetapi yang perlu kita ingati dan takuti ialah kita terlupa dengan kejahatan yang kita pernah lakukan dan terlupa untuk bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan.

Maka tepat sekalilah MADAH tersebut.

Jangan kerana kita membenci kenangan yang pahit dan kesilapan yang kita lakukan di dalam hidup hingga kita terus melupakannya. Ingatilah selalu dosa dan kejahatan yang kita pernah lakukan, dengan penuh penyesalan dan memohon keampunanNya.

Mati itu datang tidak bertangguh walau sesaatpun.

8 Okt 2008

PERSIDANGAN TERKINI



Persidangan ini menarik perhatian saya kerana ia memberi maklumat mengenai salasilah keturunan kesultanan Terengganu yang bersusurgalur dari Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor ke 18.

Jika para pengunjung blog ini pernah melayari blog SALASILAH KETURUNAN yang saya sertakan linknya di dalam blog ini, tentu saudara/i menyedari bahawa susurgalur Tun Habib Abdul Majid ini adalah susurgalur keturunan saya juga.

Saya mendapat maklumat bahawa YAYASAN SULTAN MIZAN telah mengeluarkan dana sebanyak rm400,000 untuk menjalankan penyelidikan mengenai SUSURGALUR TUN HABIB ABDUL MAJID ini dan penyelidikan oleh beberapa orang Profesor Akademik itu akan dibentangkan pada 17-19 Oktober ini di Kuala Terengganu.

Teringin saya hadir ke persidangan tersebut tetapi apakan daya, tugas hakiki perlu diutamakan. Bagaimanapun, saya harap seorang kawan saya di Univ Darul Iman di mana persidangan itu akan diadakan dapat membantu saya memperoleh kertaskerja yang dibentangkan itu. Saya sangat menghargai pertolongan beliau tersebut.

26 Sep 2008

SATU SEJARAH YANG PANJANG : KEBANGKITAN RAKYAT

Di awal pagi ini, saya membuka akhbar online dan ada dua berita yg
menarik hati saya di pagi ini.

Pertama, kita mula dgn berita di peringkat global,
AS diramal hilang kuasa kewangan dunia
Krisis Kepimpinan Britain memuncak


Semalam, saya dikuliahkan mengenai teknologi roh yang semakin
berperanan dalam situasi sekarang ini, di mana berlakunya pertarungan kemuncak antara teknologi roh dengan teknologi ideologi (ciptaan manusia).
Apabila kita memperkatakan mengenai teknologi ideologi, ia bukan bermakna hanya meliputi isme-isme sahaja tetapi segala produk dalam pelbagai bentuk yang bersumberkan kepada ilmu sekular.

Seperti yg kita ketahui, kewangan dunia ini dikuasai oleh sistem ekonomi kapitalisme yang menjadikan RIBA sebagai satu ALAT menggerakkan sistem kewangan ini. Sistem kapitalisme ini ciptaan yahudi yang bertujuan utk menguasai dunia dan masyarakatnya. Ia adalah senjata mereka ke arah mencapat matlamat tersebut. Apapun perancangan mereka sekrg ini ibarat SENJATA yang MENEMBAK Tuannya sendiri. Mereka tersungkur dikalahkan oleh sistem yang mereka ciptakan sendiri. Siapakah yang mengalahkan mereka?

Itulah Teknologi ROH yang berperanan mengalahkan mereka.

Seterusnya, kepada sistem kepimpinan BRITISH yang sudah berkurun lamanya malah dijadikan sebagai satu CONTOH sistem untuk negara-negara lain ambil jadikan PERLEMBAGAAN termasuklah Malaysia. Siapa yang mengkaji sejarah sangat tahu bahwa asas perlembagaan negara kita ini adalah merujuk kepada BRITISH yang merupakan negara yang pernah menjajah kita sebelum merdeka dahulu.

Sistem BRITISH adalah sistem raja berpelembagaan di mana raja hanyalah satu SIMBOL kepada negara tanpa ada peranan dalam sistem eksekutif pentadbiran dan kepimpinan negara.

Telah lama Yahudi Zionisme merancang utk menjatuhkan sistem beraja di dalam dunia ini kerana mereka merasakan bahwa mereka adalah RAJA kepada semua bangsa di dunia ini. malah mereka mengatakan mereka adalah Anak Tuhan yang turun ke bumi untuk menguasai bumi.

Kenaikan DEMOKRASI sebagai faktor UTAMA dlm pemilihan sistem pentadbiran dan kepimpinan di seluruh dunia ini dan hanya meletakkan RAJA sebagai SIMBOL tanpa ada apa-apa peranan itu adalah perancangan mereka sejak berkurun lamanya.

Suatu ketika dulu, di Eropah, raja adalah pemimpin teratas dlm kepimpinan dan berkuasa kepada pemerintahan negara dan ia diwarisi. Apa yang berlaku, melalui slogan KEBANGKITAN RAKYAT, sistem BERAJA ini dijatuhkan satu persatu melalui satu SEJARAH yg sgt panjang, maka jatuhlah pemerintahn beraja di Perancis, Rusia, British (terpecah
sebahgian menjadi Amerika), dan lain-lain lagi.

Yahudi berjaya menjatuhkan sistem BERAJA ini di Eropah dan sebenarnya motif mereka adalah satu pembalasan kepada AGAMA KRISTIAN yang memusuhi mereka.

Yahudi melaga-lagakan KRISTIAN dan ISLAM di dalam perang SALIB, dengan bertujuan melemahkan kedua-dua pihak ini, kerana itu mereka mampu utk menguasai dan menjatuhkan pemerintahn beraja di dunia ini dan menaikkan diri mereka sebg RAJA yg sebenar tanpa disedari.

Apa yg berlaku kepada umat ISLAM yg merupakan musuh UTAMA Yahudi pula adalah Yahudi berusaha melumpuhkan sistem kekhalifahn ISLAM. Pada waktu itu ada 2 tempat yang mereka ATTACK. Pertama di MEKAH dan MADINAH, di mana YAhudi menggunakan WAHABI utk menaikkan bani SAUD sebagai pemimpin dan menguling pemerintahan, mengusir mereka malah membunuh ahlulbait2 yg sebelum itu dipimpin oleh Syarif Mekah, pemimpin dari
bani hasyim dari keturunan saidina HAssan RA.

Seterusnya Yahudi menaikkan pula Kamal Atarturk sebagai BONEKA mereka untuk mensekularkan Turki dan menggulingkan sultan Turki dan sistem kekhalifahannya. Banyak fitnah dan cerita buruk di sebarkan dan dimanipulasikan untuk memburukkan sistem kekhalifahn islam di Turki sehingga akhirnya RAKYAT menentang SULTAN TURKI dan menaikkan Kamal Atarturk, itu adalah strategi YAHUDI dari dulu, kini dan juga sekarang.

(Jadi, moral of the story berhati-hatilah dengan PAKATAN RAKYAT)

Seterusnya mereka bergerak ke tempat2 lain malah ke nusantara ini dengan meruntuhkan satu demi satu pemerintahan beraja di nusantara ini.

Kita perlu tahu satu perkara, mengapa YAHUDI sgt membenci permerintahan beraja/khalifah ini?

Ini kerana, menurut sejarah, meskipun di negara yang bukan ISLAM, permerintahan BERAJA mereka adalah diwarisikan kepada keturunan yang baik-baik yang bersusur galur dari keturunan nabi-nabi. Walaupun ada yang tidak menerima islam seperti kristian tetapi YAHUDI tetap juga memusuhi keturunan ini kerana DENDAM mereka terhadap para nabi2 dari bangsa lain yang tidak akan pernah padam sampai kiamat.

Dalam permerintahn beraja/khalifah di negara islam, DENDAM Yahudi ini lebih dahsyat lagilah kerana di waktu itu, keturunan yang memerintah ini memang dari keturunan BANI HASYIM iaitu keturunan ahlulbait RSAW.

Sebab itulah RSAW pernah bersabda sehingga mengalir airmatanya, bahawa keturunan bani hasyim ini akan ditimpa fitnah di akhir zaman ini sehinggalah didatangkan semula pemimpin di kalangan mereka yang akan dikumpulkan kembali di dalam satu pemerintahan daulah islam.

Sebenarnya di Nusantara ini, pemerintahan beraja suatu ketika dulu, memang mempunyai susur galur keturunan dari bani hasyim ini, dan sebenarnya bumi nusantara ini sangat makmur dan sejuk kerana di sini juga ramai berkumpul keturunan bani hasyim ini selain dari bumi ARAB.

Ini semua perancangan Allah, walaupun begitu yahudi sangat tahu tentang hal yang ada dan belaku di NUSANTARA ini. Yahudi ini wataknya sangat kenal musuh mereka lebih dari mereka kenal ANAK mereka sendiri.

Maka apa yg mahu saya jelaskan di sini, saya ringkaskan, bahawa apabila KEPINCANGAN PEMERINTAHAN DEMOKRASI berparlimen yang diwujudkan oleh yahudi berkurun yang lalu sudah semakin pincang dan jatuh, ibarat SENJATA yang makan tuannnya sendiri, maka ini bermakna,

Teknologi ROH sudah mula mengalahkan teknologi IDEOLOGI dan saatnya makin hampir, untuk dinaikkan kembali dan didatangkan pemimpin yang sebagaimana di sebut oleh RSAW di dalam hadisnya itu.

Mari kita renung dgn hati yang berzikir hadis RSAW tesebut :

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah)


Sekian wallahualam.

18 Sep 2008

MARI KITA KAJI SEJARAH MALAYSIA

Saya tidak mahu menjadi warga yang pekak, bisu dan tuli tentang sejarah bangsa dan negara. Saya dilahirkan dibumi bertuah ini. Saya kenal keturunan saya sejak beratus tahun yang lampau. Mereka adalah pejuang-pejuang yang terbukti sanggup mengadaikan nyawa untuk menentang penjajahan dan menentang dengan berani apabila agama dan maruah mereka dipertikai dan cuba dipolitikkan oleh kafir dan munafik. Mereka berjuang dengan ikhlas, ada yang terkenal dan ada juga yang tidak langsung dikenal, tetapi Allah SWT sangat kenal pada hambaNya yang ikhlas mempertahankan agama dan maruah mereka sebagai hambaAllah yang WAJIB menjaga AGAMA mereka dan SISTEM ALLAH dari dicabul.

Dalam diri saya mengalir darah perjuangan itu bersama darah merah yang mengalir, tetapi saya dididik untuk berjuang dengan berHIKMAH, bukan dengan semborono atau berjuang menggunakan kaedah YAHUDI untuk membela AGAMA.

Marilah kita mengkaji sejarah perjuangan RSAW dan para sahabatnya, kerana itulah KAEDAH yang satu-satunya amat ditakuti oleh Yahudi dan Musyrikin serta Munafik.

Apapun, sebagai INFO marilah kita mengkaji kronologi PERANCANGAN YAHUDI yang hampir berjaya memusnahkan ISLAM satu masa dulu tapi dengan barokah bumi para wali dan janji ALLAH, Malaysia masih mempunyai peluang untuk mengembalikan maruah AGAMA dan diperjuangkan hingga ke hari ini.





WAHAI IBUBAPAKU, PELIHARALAH HAK-HAK KAMI SEMENTARA KAMI MEMBESAR

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

22 .03.1944 ; Mesyuarat “War Cabinet” membincangkan mengenai dasar untuk menyatukan Tanah Melayu.


25 .04.1944
; Pejabat Tanah Jajahan telah menerima memorandum daripada Kesatuan Melayu Great Britain membuat suatu jangkaan bhw matlamat akhir orang Melayu dalam perjuangan politik ialah menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia.

31.05.1944 ; “War Cabinet” bersetujui mengenai rancangan masa depan Tanah Melayu dan Borneo, di bawah satu perlembagaan dengan kuasa memerintah diserahkan kepada King’. Terbuktilah bahawa kerangka Malayan Union telah disediakan lebih awal.

12 .08.1945
; Perjumpaan Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanudin Al-Helmy dgn Soekarno & Hatta di Taiping, merungsingkan kerajaan British terutamanya hubung kaitnya dengan konsep Melayu Raya (iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia).

3 .09.1945 ; Kabinet British mempersetujui dasar mengenai ‘penyatuan’ Tanah Melayu dan bersetuju dengan lawatan Sir Harold MacMichael ke Tanah Melayu.

13.09.1945 ; Kerajaan British terima telegram dari Mountbatten, Panglima Agung Asia Tenggara meminta supaya menyegerakan misi ke Tanah Melayu kerana ‘sikap berbaik-baik di kalangan Raja-raja’ masih ada.

21.09. 1945
; Draf akhir Triti Malayan Union telah diluluskan oleh Setiausaha Tanah Jajahan.

4 .10.1945 ; Akhbar Majlis menyeru orang Melayu supaya bersatu. Majlis menyeru supaya persatuan politik Melayu di Semenanjung bersatu dan mengemukakan ‘suara ramai Melayu di dalam membela nasib orang-orang Melayu’.

10.10.1945 ; Pengumuman secara rasmi mengenai rancangan Malayan Union di Parlimen British. Antara perkara-perkara penting ialah kuasa Raja-raja akan diserahkan kepada King dan taraf kerakyatan di Tanah Melayu dipinda. Esoknya MacMichael pula tiba untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja
11.10 1945 ; Ketibaan Harold MacMichael untuk misi Malayan Union. MacMichael langsung tidak tahu mengenai adat istiadat orang Melayu, malah tidak faham mengenai kuasa Raja-raja.

13.10. 1945 ; Majlis menyuarakan pendapat bahawa rancangan Kesatuan Malaya (Malayan Union) ‘dijangka akan disambut baik oleh orang-orang Cina dan India tetapi akhbar itu tidak dapat mengukur lagi perasaan & pandangan orang Melayu’.

17 .10. 1945 ; Majlis mula menyatakan kebimbangannya dan memohon Raja-raja memberi pertimbangan yang sehalus-halusnya terhadap cadangan ini.Orang-orang Melayu seluruh tanah air mula mencurahkan suara hati mereka mengenai maruah & hak bangsa Melayu .

20.10.1945
; Triti yang dibawa oleh MacMichael ditandatangani oleh DYMM Sultan Johor.

24 .10.1945;
DYMM Sultan Selangor menandatangani Triti MacMichael.
2.11.1945; DYMM Sultan Pahang menandatangani Triti MacMichael.

10.11.1945
; Majlis Menyatakan bahawa di Kedah telah tercetus perasaan tidak puas hati orang Melayu terhadap persamaan hak kerakyataan di bawah Malayan Union. Majlis memberi amaran kepada British mengenai resmi orang Melayu yang memendamkan perasaan dan boleh diumpamakan seperti api di dalam sekam.

14.11.1945; DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tandatangan Triti MacMichael.
22.11.1945; DYMM Sultan Perak menandatangani Triti MacMichael.
2.12. 1945; DYMM Sultan Kedah menandatangani Triti MacMichael.
4.12.1945; DYMM Raja Perlis menandatangani Triti MacMichael.
17 12.1945 DYMM Sultan Kelantan menandatangani Triti MacMichael.
21.12.1945; DYMM Sultan Terengganu menandatangani Triti MacMichael. Perlu diingat bahawa MacMichael berjaya mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dalam tempoh lebih kurang 83 hari sahaja.

28.12.1945; Satu demonstrasi raksaksa yang disertai oleh hampir 10,000 orang yang membawa sepanduk anti-Malayan Union.
19.01.1946; Satu perarakan raksaksa dan rapat umum oleh 50,000 orang diadakan di Alor Setar yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Kedah untuk menentang Malayan Union dan kenaikan harga harang. Sepanduk yang paling menarik di bawa oleh kanak-kanak sekolah yang menyatakan ‘Wahai ibu bapaku, peliharalah hak-hak kami sementara kami membesar’. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika itu berumur 21 tahun juga terlibat dalam demonstrasi menentang Malayan Union.

24.01.1946; Majlis melaporkan mengenai seruan Dato’ Onn Jaafar supaya diadakan Kongres Persatuan-perastuan Melayu di Semenanjung.
29.01.1946; Geroge Hall mengumumkan nama Gabenor Janeral Malaya iaitu Malcolm Mac-Donald dan Gabenor Malayan Union iaitu Edward Gent.

10.02.1946; 15,000 orang Melayu (termasuk 450 wanita) telah mengadakan demonstrasi
13.02.1946;George Hall memaklumkan di Parlimen mengenai bantahan terhadap Malayan Union daripada Sultan Kedah dan Sultan Perak.

15.2.1946; DYMM Sultan Johor memaklumkan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa Baginda menuntut balik tandatangan dari Triti MacMichael.
1.03.1946; 115 wakil dari 41 Persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur untuk menubuhkan Kongres Kebangsaan Melayu Se-Malaya yang menjadi teras kepada UMNO. 3,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dilaporkan berhimpun beramai-ramai di upacara itu yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor.
1.04.1946; Upacara perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Upacara ini diboikot oleh Raja-raja Melayu, orang-orang Melayu mengadakan demonstrasi dan berkabung. Tarikh pentadbiran Tanah Melayu di bawah Malayan Union dimulakan.

2.04.1946; Edward Gent menawarkan kepada Raja-raja untuk berunding mengenai cadangan Malayan Union. Raja-raja menolak cadangan ini.
12.04.1946; DYMM Sultan Johor menulis surat kepada Raja-raja mencadangkan baginda semua berangkat ke London untuk mengemukakan bantahan kepada King.
13.04.1946; DYMM Sultan Pahang hantar telegram ke London menyatakan Raja-raja akan ke London.

8.05.1946; Majlis memaklumkan mengenai keputusan Raja-raja untuk berangkat ke London untuk membatalkan Triti dengan MacMichael.
11.05.1946; UMNO ditubuhkan di Johor Bahru di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.
21.05.1946; Malcolm MacDonald tiba di Singapura untuk memegang tugas sebagai Gabenor Genral Malaya.
22.05.1946; Perlantikan Malcolm MacDonald sbg Gabenor General Malaya. Raja-raja boikot majlis ini.
25.05.1946; Gammans sampai di KL dalam rangka lawatan ke Bandar-bandar di Tanah Melayu untuk meninjau pendirian orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.
28/23.05.1946; Lawatan Gammans dan Theodore Adams ke Kuala Kangsar disambut 6,000 orang Melayu berhimpun untuk menyampaikan bantahan rancangan Malayan Union.
29.06.1946; UMNO mengemukakan cadangannya kepada Malcolm MacDonald, Gent dan Raja-raja Melayu.
2.07.1946; Persidangan UMNO di Ipoh mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan berganjak dari keputusan tidak mengiktiraf Triti MacMichael dan membantah Malayan Union.
23.11.1946; Persidangan di antara Raja2, UMNO dengan British mengenai Perlembagaan Tanah Melayu untuk menggantikan Malayan Union.

7 .12.1946; Pengumuman Creech-Jones, SU Tanah Jajahan British, Malayan Union akan dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Negeri-negeri Melayu.

13.01.1947 ; Persidangan UMNO di Alor Setar telah menerima pada dasarnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
24.07. 1947; Kertas Putih Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu diumumkan di London.

20.10.1947 ; Mogok Hartal yang dianjurkan oleh AMCJA, PUTERA dan Dewan Perniagaan Cina untuk membantah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
21.01.1948; Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di Kuala Lumpur yang mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu.
1.02.1948; Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan menggantikan Malayan Union.

16.09.2008 ;

60 TAHUN KEMUDIAN ADA PULA PEMIMPIN MELAYU NAK HIDUPKAN SEMULA MALAYAN UNION VERSI BARU DENGAN NAMA MALAYSIAN MALAYSIA (KETUANAN RAKYAT)!



Orang Dulu tolak - Malayan Union...
Orang Sekarang terima - Malaysian Malaysia...

Dua Generasi berbeza (Orang Dulu-Orang Sekarang)...
Dua perkara yang Sama (Malayan Union-Malaysian Malaysia)...

Orang Dulu pandang masa depan....
Orang Sekarang pandang ke belakang..

Orang Dulu susah payah membangunkan Agama, Bangsa dan Negara...
Orang Sekarang Senang meruntuhkan Agama, Bangsa dan Negara...

Orang Dulu menangis... kesusahan
Orang Sekarang Ketawa... Kesenangan

Orang Dulu fikir anak cucu...
Orang sekarang fikiran celaru...

Fikirkan Kembali Sejarah lalu..