21 Jan 2013

PENGALAMAN SAYA SEORANG PESAKIT STROKE (1)

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini, sejak saya masuk bekerja semula setelah habis pengajian PHD saya...sementelahan lagi kemudiannya saya telah ditawarkan untuk memegang jawatan pengurusan kanan di tempat saya bertugas...jadi saya pegang dua tugas dlm satu masa...bertambahlah sibuknya...

Kenapa saya kini kembali berkarya?...seperti tajuk posting saya di atas, ye saya kini ada byk masa di rumah kerana saya bercuti sakit...kerana stroke..

Alkisahnya, saya telah diserang stroke pada 1/11/2012 jam 11.30 malam...Serangan stroke ini menyebabkan bahagian kanan badan saya dari muka hingga ke kaki menjadi tidak normal, muka saya sedikit herot ke kanan, percakapan saya kurang jelas, kaki dan tangan saya terus tidak boleh bergerak.

Saya terkejut dengan serangan stroke itu, tanpa ada apa-apa sign yg jelas..Saya terus dikejarkan ke hospital berdekatan..mujur ada saya ambil insurans jadi saya tidak ada masalah utk menerima rawatan di hospital swasta berdekatan..agak selesa sedikit dari hospital kerajaan yg berdekatan ..tahu-tahu sajalah..

Sampai di hospital, saya terus di masukkan ke wad kecemasan...setelah diperiksa, pihak hospital membawa saya utk dibuat ct scan...apa yg saya rasa ketika itu?..saya tidak tahu nak fikir apa..1001 persoalan bermain di fikiran..seperti tdk percaya bahwa usia seperti saya boleh terkena stroke...oh Tuhan, saya terbayang bagaimana rupa org stroke..dah tidak normal spt org biasa..dah tidak boleh bercakap dgn jelas...saya cuba tenangkan hati...




Kemudian saya dibawa ke UNIT ICU...sekali lagi saya terkejut...kritikal sangatkah aku?...saya belum faham sepenuhnya situasi yg berlaku...

Doktor pakar neuro datang berjumpa saya..Dia mengesahkan saya diserang stroke...kerana tekanan darah tinggi...bahagian otak saya ada scar..kerana kapilari darah di otak saya mengembang dan putus...jadi kerosakan itu menyebabkan saya menghadapi masalah utk menggunakan bahagian kanan badan saya...

sila lihat penerangan mengenai stroke di sini;

APA ITU STROKE..

Saya cuba bercakap dengan doktor waktu itu..percakapan saya sudah pincang...tidak jelas...takutnya saya bila doktor kata..... mungkin saya nanti kena terapi percakapan jika dlm masa 24 jam ini, saya masih tk boleh bercakap dgn normal...dan kemungkinan juga, otak saya perlu dilakukan pembedahan jika diperlukan rawatan itu.

bersambung..

5 ulasan:

tokpakirkd berkata...

Salam,

Semoga tabah dan dipermudahkan Allah subhanahu wa ta'ala kesembuhan dari ujianNya.

Amiin birohmatika ya Arhamar Rohiimin !

TokPakirKD

PUTERI berkata...

terimakasih atas doa tokPakir...

setiap yg berlaku ada hikmahNya..

insyaAllah..

Unknown berkata...

Salam,
Syukur alhamdulillah,puan dikurniakan ketabahan menghadapi dugaan hidup ini.Semoga puan terus tabah dan dipermudahkan dalam segala urusan

Unknown berkata...

salam,

Semoga puan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Andai puan ingin ikhtiar saya ada menjual tilam biovelocity dimana ia dapat membantu juga buat pesakit stroke. Kita hanya berusaha dan tuhan yg tentukan. Hubungi sy jika puan berminat azasuhaiza@gmail.com. Sy mendoakan kesihatan puan. TK

Unknown berkata...

As Salam..Takperlu berurut, makan ubat, takperlu disuntik, hanya rawat dari rumah, hanya selimut atau lapik tidur sahaja.. nenek saya juga slh seorg pesakit strok dan juga dah nampak perubahan positif setelah menggunakan rawatan semulajadi ini..Boleh contact saya di talian 010-9333205, SMS, Whatapps, Wechat, apa saja cara yang menyenangkan anda, Tq.