5 Jan 2010

KUFUR JIKA SOKONG GUNA NAMA ALLAH : PROF DR HARON DIN





Alhamdulillah, saya melihat kejujuran dan ketelusan Prof Dr Harun Din di dalam hal isu kalimah Allah ini. Saya mendoakan lebih ramai lagi yang sedar mengenai hal isu kalimah Allah ini bukan hal politik dan jangan sesiapa menjadi kufur kerananya dek kerana ketaksuban politik. Blog-blog PR yang terlanjur itu bawalah bertaubat dan akuilah kesalahan kerana telah songsang menyetujui pendapat yang tidak menurut laras kefahaman yang tepat. Secara peribadinya, saya mengenali Prof Harun Din sebagai seorang ilmuwan agama yang berfirqah ASWJ dan bertarekat. Ini menguatkan lagi hujah saya sebelum ini yang menyatakan bahawa jika seseorang itu berpegang kepada fahaman Sifat 20 yang dipelajari dari firqah ASWJ, maka ini akan menyelamatkan mereka dari kekufuran dan penyelewengan aqidah. Aqidah bukan perkara untuk diabai dan tidak dipeduli, apatah lagi bukan barang untuk dijual beli. Aqidah adalah kunci kepada iman dan taqwa kita dan amalan kita dunia dan akhirat. Bukan parti atau ulamak politik yang perlu kita rujuk di dalam hal aqidah tetapi ulamak sejati yang berpegang kepada aqidah ASWJ yang perlu kita jadikan panduan.

(Sayang sekali blog seperti Al Hussyein, blogger fanatik PAS menulis dengan mengelirukan pembaca dengan menyatakan PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian. Mereka ini memang pandai memutarbelitkan perkataan malah ayat Allah sendiri agar mengikut kepentingan nafsu mereka. Kedapatan juga di dalam komentar di blog tersebut yang mencaci dan menyuruh Zul Kulim dan Dr Haron Din untuk menjilat ludah sendiri, begitu hebat mereka sekarang, mereka sudah tidak peduli siapa lagi hatta yang bertaraf ulamak dalam PAS. Inilah jenis blogger yang kita perlu selidiki atas AGENDA dan siapa DALANG atau TANGAN AJAIB di belakang mereka.)

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.

4 ulasan:

gagasan_warisan berkata...

Dr Haron Din direct jerkk..berani dan tidak mengelirukan ...bukan macam Hasan Tantawi dan bekas muftis Dr Asri n yang lain2 kasi ayat sana ayat sini..pusing sana pusing sini....nampak macam tak sokong ....rupanya sokong cuma ada tambah skit jgn salah guna itu yang kita tak sokong....pala hotak drang!!!!

gagasan_warisan berkata...

Dr Haron Din direct jerkk..berani dan tidak mengelirukan ...bukan macam Hasan Tantawi dan bekas muftis Dr Asri n yang lain2 kasi ayat sana ayat sini..pusing sana pusing sini....nampak macam tak sokong ....rupanya sokong cuma ada tambah skit jgn salah guna itu yang kita tak sokong....pala hotak drang!!!!

10 BUDAK HITAM berkata...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

PUTERI berkata...

Salam 10 SBH,

Mungkin saudara tidak perasan, sudah beberapa hari saya letakkan blog saudara di dalam list BLOG PEJUANG MAYA.

Dan terimakasih kerana sudi menyenaraikan blog sy dalam blog saudara.

Selamat Berjuang !!!