3 Jan 2010
MENGAPA PEJUANG POLITIK ISLAM, MAKIN BERJUANG MAKIN TERHINA?
Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan.
Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam.
Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.
Sabda Rasulullah SAW: Terjemahannya:
Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu.
Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti.
Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dait mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.
Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak, Islam atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!
Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun taraf hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macam ke mewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dart krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.
Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secam bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!
Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa. Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing
terus dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.
Firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya tidak ada jawapan dari orang mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul menghukum di antara mereka melainkan ucapan: Kami dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An Nur : 51)
Melalui ayat ini, jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah. Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di mana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam. Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin negara.
Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat. Tidak ada nas secara jelas dan Qat’ie menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pemah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik . . . Tidak ada! Tidak pernah kita temui kalimah maksudnya:
“Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik.” Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti:
Terjemahannya: Hendaklah kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.
Firman Allah lagi:
Terjemahannya: Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya.
(An Nahl : 125)
Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah. Dan hikmah yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.
Selanjutnya, Firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan. (Surah Al Maidah : 99)
Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan” melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat).
Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui Dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan mengamalkan ajar-an Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah.
Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu... tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi. Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam. Dari hati, tanpa dolak-dalik lagi.
Jadi kewajipan para da’i dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah. Kalaulah ulama dan para da’i mesti memerintah,mengapakah para-para ulama di zaman dahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara, sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah. Ini membuktikan: mengambilalih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti! Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu di peringkat Makkah). Tetapi beliau menolaknya.
Mengapa Rasulullah tidak memikirkan untuk bermain strategi dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam? Ini kerana Rasulullah sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dan tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah juga sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak boleh dibuat secara berseorangan. Mana hendak dicari individu seramai itu, sedangkan masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima peraturan-peraturan Islam? Jika pun dapat dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini, Rasulullah tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.
Tindakan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti bejaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah. Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal. Malah semakin berjuang, semakin terhina. Ini bukan sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam di Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang seumpamanya di seluruh dunia.
Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat, samada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip.
Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat individu-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak Islam. Jarang benar para ulama dan para da’i memberi nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya, pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan nista antara parti-parti yang bertentangan.
Ada pihak yang berpendapat, politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Feqah ia dihukumkan wajib aradhi. Ini berdasarkan kaedah usul feqah yang berbunyi:
“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu dikira wajib juga.”
Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga. Begitulah pendapat mereka! (Catatan Puteri : Rujuk Hj Hadi Awang)
Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak. Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada jalan-jalan lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib. Contohnya, kita wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai tidak ada, air tasik, air laut dan sebagainya tidak ada.Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.
Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam. Ada berbagai-bagai jalan lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati syariat.
Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi memperjuangkan Islam? Sudah tertutupkah jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis silaturrahim untukmenarik manusia kepada Islam? Tidak! Jalan-jalan ini masih terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar dakwah kita.
Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu samada secara sedar ataupun tidak.
Mengapa? Ini kerana seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas dan tepat untukmenegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan yang berat!
Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita terpaksa mengambil kaedah orang barat? Tidak sekali-kali. Sedangkan yang sebenarnya Allah SWT melalui Rasul-Nya telahpun menggariskan satu garis perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita.Mustahil kita tidak dapat melihatnya.
Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun yang berkata demikian ulama, terutama ulama-ulamak politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid.Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin.
Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin. Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama yang seorang itu lebih bemilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam agama.
Sebenamya, usaha menegakkan negara Islam mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam, hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya.
Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang masing-masing.
Jadi jelas menunjukkan mengIslamkan diri itu lebih penting datipada mengIslamkan negara kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendiri-nya tertegak Islam dalam negara.
Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi- peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal!
Sebab itu Hukamak ada berkata, “Tegakkan Islam pada dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu.”
Firman Allah:
Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka.
(Surah At Tahrim : 6)
Melalui ayat ini Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhimya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya. Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat sekeliling.
Seperkara lagi, orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita hanya pandai berteori tentang kesempumaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak serpih! Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah memka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?
Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam samada Habluminallah mahupun Habluminannas dalam sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalanamalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan?
Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah? Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai alternatif ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang di dalam jemaah mereka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?
Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui jemaah yang telah kita kuasai. Tetapi jika melalui jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain.
Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri! Lebih malang lagi jika sesuatu jemaah Islamiah itu bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal
memberi khidmat kepada anggotanya sendiri.
Kebajikan ahlinya terbarai, pendidikan anak-anak tidak disediakan, tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada ahli-ahli yang miskin tidak dibantu dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Malah akhlak mereka hancur dan tidak melambangkan keindahan Islam yang penuh kasih dan sayang. Ini akan menghilangkan keyakinan semua orang. Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah bahkan ahli-ahlinya nanti akan bosan dan akhirnya mengundurkan diri daripada perjuangan.
Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya ataupun di mana sahaja mereka berada. Mudah-mudahan perjuangan kita diredhai Allah. Amin.
-----------------------------
Artikel ini ditulis oleh penulisnya pada tahun 1988...namun sangat relevan untuk direnung kembali kerana persoalan yang dibawanya itu mungkin tidak ketara pada tahun 1988 tersebut tetapi sekarang ini, terserlah kebenaran dari pendapatnya.
Apa yang berlaku pada hari ini, pejuang politik Islam Malaysia khususnya PAS dan para pemimpinnya, sudah semakin terhina dan dihina Allah SWT. Hanya dengan jalan bertaubat dan bermuhasabah diri serta mengamalkan sikap tawaduk dan kehambaan yang tinggi sahaja mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, kita nantikan sahaja takdir untuk mereka, perancangan Allah SWT itu sangat sempurna.
Tentang isu kalimah Allah, saya berpendapat memang benar bahawa Allah adalah Tuhan untuk semua makhluk, TETAPI Allah bukan Tuhan untuk semua agama. Hanya agama Islam yang bertuhankan Allah yang sifatnya Esa. Tetapi agama lain tidak bertuhankan Allah, mereka bertuhankan berhala, triniti , nabi Isa dan sebagainya. Mereka ada Tuhan-tuhan dan Islam hanya ada satu Tuhan iaitu Allah yang Esa. Besar perbezaan itu, mengapa masih ada yang keliru? Penganut agama lain selain dari Islam tidak boleh menggunapakai nama Allah untuk Tuhan mereka kerana istilah Allah dalam pemahaman mereka ialah Tuhan-tuhan. Jika mereka faham bahawa Allah itu Esa, sudah tentu mereka beragama Islam dan waktu itulah baru mereka BOLEH menggunapakai kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.
Bawa2lah bertaubat... kalau istilah Allah dan sifat2 Allahpun tak faham bagaimana nak kenal Allah? itulah BALA kepada PAS nampaknya, sibuk sgt politik dan kemaruk kuasa, sampai hal-hal berkaitan akidahpun masih mahu dipolitikkan juga. Sungguh mengaibkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tindakan yg kurang bijak mungkin memburukkan lagi imej islam... islamfobia..
saya bersetuju komen Pu3..
ulama rabbani memang menjadi rujukan dan berada di atas kuasa politik..
bukan mengejar kuasa politik sama naik dgn ahli politik yg lain..
artikel yg menarik...
Catat Ulasan