Saya memandang dengan penuh keprihatinan tentang isu kalimah Allah yang diputuskan oleh mahkamah boleh digunakan oleh penganut agama lain. Saya melihat kejayaan pihak-pihak yang berkepentingan peribadi dan politik dalam usaha ini di kalangan orang Islam sendiri. Ringkas kata, orang-orang Islam yang sanggup menjual agamanya sendiri untuk kepentingan duniawi. Mereka ini dari golongan yang berlainan tetapi mempunyai kefahaman yang sama, mungkin berbeza parti, berbeza bangsa, berbeza fahaman tetapi hakikatnya mereka berada dilandasan yang sama. Puak-puak Islam ini akan bersekongkol walaupun "tidak ketara di mata kasar " dengan penganut agama lain untuk menjayakan KEDURJANAAN ini. Sesungguhnya yang selamat dan akan memahami dengan TEPAT isu sebenar kalimah Allah ini wajib dipertahankan adalah dari pihak yang masih berpegang kepada firqah Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Jika mereka orang Islam yang berfahaman liberal, wahabi, syiah, feminisme, sekular, dan yang sewaktu dengannya maka sekiranya mereka adalah ditarafkan sebagai TUK GURU atau ULAMAK di dalam komuniti mereka, maka kita akan lihat mereka tidak sedikitpun ada masalah dengan isu kalimah Allah ini. Mereka akan menjadi pemimpin yang memimpin orang Islam ke arah kekeliruan yang implikasinya boleh menjejaskan akidah orang Islam itu sendiri dan membawa kepada perpecahan dan pertikaian yang hebat di kalangan orang Islam. Ingatlah bukan ilmu yang tinggi yang tercatat di sijil-sijil atau pengiktirafan manusia ke atas mereka yang menjadi BUKTI bahawa mereka BENAR di dalam berijitihad. dan juga ingatlah, memahami dan menghayati iman dan taqwa bukan sekadar dengan ilmu apatah lagi bukan dengan akal logik semata-mata tetapi dengan roh Islam yang ada di dalam diri sendiri. ROH ISLAM itulah yang memerlukan HIDAYAH dari Allah, jika tiada hidayah maka matilah ROH ISLAM itu, jika tidak ilmu hanya tinggal sebagai ilmu tetapi tidak mampu difahami dan dicernakan, maka implikasinya akan berlaku kesongsangan dalam pemahaman dan pengamalannya.
Sayugianya, puak-puak ini adalah seperti duri dalam daging di dalam komuniti Islam dan sepatutnya dijauhi jika orang Islam yang lain mahu selamat dunia dan akhirat. Namun seperti yang pernah saya titipkan di dalam artikel-artikel yang sebelum ini bahawa HIDAYAH dan TAUFIK itu adalah hak Allah SWT maka tiada daya dan upaya kita sebagai makhluk selain dari memohon kepadaNya agar kita selalu dipandu di jalan yang lurus dan dijauhkan dari fitnah akhir zaman yang bagai semut hitam di malam yang gelap gelita.
Artikel yang saya link di bawah ini, sangat menarik untuk dikongsikan kerana jika tuan puan membacanya dengan penuh tertib dan memohon petunjuk dari Allah untuk melihat kebenaran dan menyingkap rahsia kebobrokan yang tersimpan, maka saya kira lebih mudah untuk tuan puan menyirat dari apa yang disuratkan.
-------------------------------------
Isu Nama Allah : Menjawab Kebobrokan Khalid Samad
SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily) : Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.
Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja."Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka. Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.
Ulasan Saya : Salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah mindanya ialah Ahli Parlimen Shah Alam - saudara Khalid Samad. Beberapa kenyataan beliau berhubung isu penggunaan nama Allah dalam penerbitan mingguan suratkhabar Herald - The Catholic Weekly , benar-benar mencerminkan kegagalannya dalam melihat realiti agama Islam di bumi Malaysia ini. Perbandingan dan hujah yang digunakan adalah sangat dangkal dan sama sekali tidak menggunakan kaedah usul fiqh bagi menyelesaikan persoalan yang rumit ini. Apakah ilmu beliau lebih tinggi jika dibandingkan dengan ulama-ulama yang menganggotai Majlis Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan?
Bukankah sudah jelas pendirian yang diberikan oleh Majlis Mufti berkenaan isu ini? Yang mana penggunaan nama Allah sama sekali tidak diizinkan penggunaannya di dalam penerbitan mingguan Gereja Katholik tersebut? Apakah Khalid Samad lebih alim dan bijak daripada mufti-mufti yang ada di Malaysia ini? Kebobrokan fikiran Khalid tampak jelas melalui kenyataannya yang saya "bold"kan dengan warna merah di atas. Dari mana agaknya Khalid Samad mendapat kefahaman Islam dengan hujah bahawa kononnya yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam bukanlah berpaksikan kepada tuhan orang Islam itu dipanggil Allah, dan tuhan orang bukan Islam itu pula tidak dipanggil dengan nama Allah, sebaliknya menurut Khalid lagi, yang membezakan antara orang bukan Islam dengan orang Islam adalah kefahaman mereka terhadap ajaran Islam itu sendiri.
Wah! mudah benar membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam melalui kaca mata Khalid Samad ini. Jadi, nampaknya selepas ini, bolehlah kita panggil para orentalis Barat yang hafal al-Quran sebagai ulama, dan kita jadikan tulisan-tulisan mereka sebagai rujukan, sekali pun mereka tidak beriman kepada Allah - kerana jika menurut Khalid untuk membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam hanyalah melalui sejauh mana seseorang itu memahami ajaran Islam.
Khalid Samad "agaknya" mungkin terlupa bagaimana lafaz syahadah untuk mengesahkan seseorang itu benar-benar sudah masuk Islam, lafaznya ialah (biar saya ingatkan Khalid Samad semula) 'Asyhaduallailahaillallah,wa Asyhaduannamuhammadarrasulullah' - bukankah dalam kalimah tauhid ini sudah jelas wujudnya perkataan Allah? Sekaligus membuktikan bahawa antara ciri yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah termasuk nama Tuhan yang kita sembah - dalam konteks ini, Tuhan yang kita sembah dan yakini ialah Allah! Dan orang kafir hanya mengakui Allah sebagai pencipta semata-mata, tetapi mereka sama sekali tidak mengakui Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Kekeliruan Khalid Samad semakin menjadi-jadi tatkala beliau cuba berhujah bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang masyarakat bukan Islam daripada mengakui Allah sebagai Tuhan mereka - memang benar Rasulullah tidak menghalang, (kerana sememangnya hakikat bahawa Allah ialah Tuhan semesta alam) tetapi dengan syarat mereka memahami Allah melalui ajaran yang hak, dan bukan untuk mewujudkan kekeliruan kepada manusia. Namun demikian, dalam konteks dan isu yang sedang kita hadapi pada kali ini - niat dan objektif surat khabar Herald yang beria-ria mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka sangat-sangat diragui matlamatnya! Mengapa baru sekarang isu ini timbul? Bukankah semua orang tahu isu ini hanya mengundang fitnah kepada umat Islam di Malaysia dan merosakkan pemikiran generasi muda pada masa akan datang! Sekali pun di dalam sunnah rasulullah terdapat petunjuk yang membenarkan orang bukan Islam menyebut dan menggunakan nama Allah - tetapi kondisinya sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita pada hari ini. Lantaran itu - para ulama harus menguasai ilmu Fiqh al-Waki bagi memastikan keputusan atau fatwa yang bakal mereka nyatakan dalam isu ini - benar-benar menepati suasana, keadaan dan realiti sesuatu masyarakat Islam itu.
Malah, adalah jelas perlu ada pertimbang dari aspek kesan jika penggunaan nama Allah diizinkan untuk digunakan di dalam terbitan surat khabar milik Gareja Katolik itu. Isu ini pernah saya sentuh sebelum ini, maka saya perturunkan sekali lagi jawapan-jawapannya :
Posting Saya Pada 15 March 2009 : Isu ini pada hakikatnya sudah selesai, apabila penggunaan nama Allah tidak diizin untuk digunakan oleh penerbitan dalam surat khabar kristian. Tetapi isu ini timbul semula, apabila terdapat segelintir bloggers yang mengutip pandangan Nik Aziz dan Dr Asri bagi menghalalkan perbuatan tersebut. Saya tidak menyalahkan Nik Aziz dan Dr Asri dalam hal ini, mereka menulis dengan ijtihad mereka, berasaskan kepada ilmu yang mereka miliki.
Namun demikian, pada pandangan saya hujah yang lebih menghampiri kebenaran berasaskan kepada (waki') atau realiti semasa, maka suka saya menerima hasil ijtihad Mufti Perak, Datuk Harussani. Dr Asri berhujah bahawa ada beza antara merebut nama Allah dengan mempertahankan aqidah, lantaran itu, Dr Asri melihat isu tersebut berasingan, maka kerana itu beliau tidak melarang penggunaan nama Allah tersebut.Dr Asri perpandangan, "Di samping, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan aqidah Islam dan selainnya bukanlah kepada rebutan atau sebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik, Di samping itu, kita harus bertanya kepada diri kita, mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah?" dari satu segi saya sependapat dengan Dr Asri, hal ini adalah kerana bukti-bukti yang sahih telah dikemukakannya dalam artikel beliau, namun begitu saya jelaskan isu tersebut bukanlah isu ringan pada masa kini dan ia perlu dilihat dari sudut yang lain.
Datuk Seri Harussani melihat isu tersebut dalam konteks fiqh waki' oleh sebab itu ijtihad beliau berbeza dengan Nik Aziz dan Dr Asri - Harussani lebih banyak terlibat dengan pelbagai isu kristianisasi sebelum ini, beliau lebih arif tentang bagaimana halusnya para pendakwah kristian untuk cuba menyesatkan umat Islam di negara ini - kita harus faham latar belakang Harussani dalam hal tersebut.Dalam usaha kita mengeluarkan ijtihad - kita harus menguasai fiqh waki' yakni fiqh yang menguasai hal-hal terkini, serta segala ancaman terbaru yang dihidangkan kepada umat Islam dan aqidahnya. Justeru itu, dalam hal ini - Harussani mendahului dari mufti-mufti yang lain. Harussani dapat melihat apa-apa yang kurang diberi perhatian oleh ulama lain, inilah yang mengagumkan saya berkenaan diri Harussani. Dalam mengemukakan sebarang ijtihad, kita tidak cukup sekadar menguasai ilmu hadis atau syariat semata-mata, sebaliknya pelbagai disiplin ilmu agama harus kita kuasai - khususnya untuk menghadapi ancaman terhadap umat Islam pada masa kini.
Ulama harus bijak menangkap tipu muslihat musuh-musuhnya, dan dari situ ijtihadnya akan lebih tepat dan berwibawa.Berbalik kepada isu di atas - Harussani melihat fasad (kerosakan) yang timbul akibat daripada penggunaan nama Allah dalam penerbitan pihak kristian itu jauh lebih besar daripada kebaikannya, terutama ketika umat Islam begitu lemah dengan pelbagai masalah dan kelemahan. Harussani berpandangan, jika diizinkan kelak - ia membuka pintu fitnah kepada agama Islam dan umatnya - inilah ancaman yang dibimbangi oleh beliau. Harussani dengan segala ilmunya melihat waki' atau realiti umat Islam, khususnya generasi muda di Malaysia sangat lemah dari segi aqidah dan akhlak, dan lebih mudah terpesong aqidahnya jika hal tersebut tidak dibendung dari sekarang. Dan untuk jangka masa panjang, hal ini sangat merbahaya kepada aqidah umat Islam.Lantaran itu, Harussani melihat isu tersebut dari kaca mata yang berbeza dengan Nik Aziz dan Dr Asri.
Beliau melihat secara holistik, yakni kesan terhadap "keizinan tersebut" pada masa akan datang kepada agama Islam dan umatnya. Sekarang ini, nama Allah merupakan maruah umat Islam - kita tidak mahu fitnah melanda atas nama Allah yang Maha Agung dan Maha Besar itu melalui permainan oranq-orang kafir yang tidak faham akan agaran Islam yang sebenar - kita tidak mahu generasi muda menyalah tafsirkan nama Allah dan kefahaman terhadap-NYA melalui penerbitan media kristian yang tidak amanah. Jadi, menurut Harussani - fasad atau kerosakkan yang melanda agama Islam adalah lebih besar daripada kebaikannya, sekiranya nama Allah diizinkan untuk digunakan oleh penerbitan kristian tersebut.
Malah, menterjemahkan perkataan "God" kepada Allah merupakan penyelewangan fakta yang jelas. Hal ini adalah kerana perkataan Allah datangnya daripada bahasa Arab, manakala God daripada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, Harussani berpendapat untuk jangka panjang hal tersebut boleh merosakkan aqidah dan nama baik agama Islam itu sendiri.Bertitik tolak daripada itu, kaedah fiqh adalah mudah, jika sesuatu perkara itu jelas membawa fasad atau kerosakan yang lebih besar daripada maslahatnya (kebaikannya) maka haruslah kita tinggalkan. Dan dalam isu ini, saya percaya ijtihad Harussani lebih menghampiri kebenaran , beliau yakin kerosakannya adalah besar kepada agama Allah ini jika kita tidak berhati-hati dalam isu tersebut - semoga Allah memberikan ganjaran terhadap perjuangannya. Wallahualam.
Posting Saya Pada 8 March 2008 : Inilah Kesannya Apabila Nama Allah Diizinkan Kepada Gereja Katolik baca Lirik Lagu : Allah Peduli - Nyanyian Agnes Monica :
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti,
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangKu simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengertiAllah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku Mengerti
Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang. Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas minda umat Islam dan generasi muda yang lemah iman dan kefahamannya.
Nah, sekarang cuba lihat lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi separuh bogel Indonesia terkenal - Agnes Monica di atas. Bukankah ia merosakkan aqidah umat Islam, khususnya dalam kalangan muda-mudi Islam apabila mereka turut sama menghafal lirik lagu tersebut? Lalu menyanyi-nyanyi dengan riang-ria tanpa sedar, sesungguhnya mereka telah menghina dan mensyirikkan Allah? Masih tidak nampakkah kesannya kepada kita dan umat Islam untuk jangka masa yang panjang? Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang?
Mula-mula mereka diizinkan dalam penerbitan majalah, lama-kelamaan nama Allah dipersenda dan dipermainkan dalam pelbagai cara. Inilah yang sangat kita bimbangkan.Lirik tersebut - perkataan Allah Yesus Ku - sangat jelas boleh memesongkan aqidah para remaja Islam yang masih lemah aqidah dan pegangannya. Sedarlah kita bahawa sesungguhnya - agama Islam makin terancam, lantaran pemimpin-pemimpinnya lebih sibuk berpolitik daripada mempertahankan aqidah penganutnya.
Soal aqidah dan iman harus dipandang serius, baik PAS mahupun UMNO. Hal ini adalah kerana, kekuatan umat Islam adalah bergantung sejauh mana kekuatan aqidah dan iman mereka kepada Allah. Kita bimbang, tanpa sedar musuh-musuh Islam memasukkan racun dalam minda generasi muda bagi memastikan mereka jauh daripada agama dan aqidah Islam. Inilah sebabnya mengapa kita sangat menentang penggunaan nama Allah dalam penerbitan majalah Kristian tersebut. Seluruh ulama di Malaysia harus seia-sekata dalam hal ini, jangan hanya Mufti Perak sahaja yang bersuara. Wallahualam.
Posting Saya Pada Februari 2008 : Maafkan saya, kerana agak lambat sedikit untuk memberi komen berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan dengan agama Kristian - kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut sebenarnya tidak hanya "mengejutkan" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani semata-mata, bahkan sekalian monyet, beruk, beruang dan semua haiwan dan binatang di hutan-banat pun akan terkejut "beruk" dengan keputusan tersebut.
Apakah jenisnya manusia ini jika hal yang sangat asas dalam agama Islam pun, kita seolah-olah masih jahil dan tidak tahu membezakan antara niat menghina dengan niat untuk berdakwah. Kita harus faham kalimah Allah bukan daripada perkataan Melayu yang boleh diterjemahkan menjadi perkataan "Tuhan", itu salah dan terpesong jauh daripada kebenaran. Kalimah Allah adalah daripada bahasa Arab - ia mengandungi makna dan pengertian tertentu - tidak seperti pengertian umum perkataan "Tuhan" itu.
KDN harus memahami hal ini semua. Jika tidak arif tanyalah para mufti, jangan bertindak mengikut logik akal.Sebab itu, kita dari sekolah menengah lagi sudah diajar asas-asas tauhid dan mengenal Allah yang Esa - tak akan kita masih tidak tahu semua itu. Malah, agak ganjil jika para pegawai di KDN tidak tahu membezakan antara kalimah Allah dengan perkataan Tuhan secara umum. Apakah kita begitu jahil sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengenal Allah yang Maha Esa? Apakah kita selama ini tidak pernah belajar tentang tauhid Rububiyah (yakni menyakini bahawa Allah yang tunggal menciptakan langit dan seluruh alam ini dan menyakini bahawa tiada sebarang persamaan dari segi kuasa yang menyamai kekuasaan Allah ini.
Allah yang mencipta, mentadbir, mengurus, memiliki dan menguasai alam ini) dan tauhid Uluhiyah (yakni menyakini Allah yang tunggal yang berhak untuk dicintai, dipatuhi, ditunduki secara mutlak. Dan tiada lain yang boleh disifatkan sedemikian.) Malah, apakah selama ini, kita juga tidak pernah belajar erti tauhid Asma wa Sifat (yakni meyakini bahawa Allah yang tunggal memiliki semua sifat sempurna. dan tiada sifat Allah yang sama dengan sifat ciptaan-Nya.)Lantaran itu, jika kita memahami konsep tauhid ini, maka bagaimanakah kita boleh terfikir dan mengizinkan orang lain memandai-mandai mentakrif kalimah Allah itu sama dengan perkataan "tuhan" yang mereka fahami dalam agama mereka?
Kebodohan yang semacam mana lagi yang hendak kita katakan kepada diri kita andaikata hal yang semacam ini pun kita tidak fahami? saya tiada masa untuk meleret-leret panjang dalam soal ini, saya semakin sakit hati - apabila ada segelintir orang Islam yang beria-ria pula menyokong, agar diizinkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama Kristian. Jika tujuan untuk menerangkan tentang Islam dan ajarannya - itu lain, tetapi jika untuk menterjemahkan takrif Allah kepada perkataan "tuhan" yang difahami oleh agama kristian - itu sudah melampau. Malah itu adalah jelas untuk menghina atau ada niat tersembunyi bagi merosakkan pemikiran dan aqidah umat Islam di negara ini.Saya fikir sudah semakin ramai yang berani mempermainkan nama Allah dan agama kita. Sudah tiba masanya agar umat Islam di Malaysia bersatu hati menolak segala macam penghinaan kepada agama.
AZLI SHUKRI BLOGSPOT : ISU NAMA ALLAH MENJAWAB KEBOBROKAN KHALID SAMAD
3 ulasan:
SALAM PERJUANGAN DARIPADA YEOP PARIT.
Link artikel : Guna kalimah ‘Allah’: Agenda tersembunyi pihak Gereja
http://yeopparit.blogspot.com/2010/01/guna-kalimah-allah-agenda-tersembunyi.html
Salam Cik Puan.. blogger satuhala, www.satuhala.blogspot.com, menjelaskan kenapa puak kristian di Malaysia seharusnya diharamkan menggunakan kalimah Allah.. dia menjelaskan bahawa isu kalimah ini merupakan sebahagian dari projek 'Mengkristiankan Seluruh Negara' oleh 14 kumpulan Kristian.. lagi pula, mereka tidak hanya menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, tetapi kalimah Allah turut digunakan untuk merujuk kepada Firaun, tuhan-tuhan palsu dan berhala-berhala buatan manusia.. kalau tak silap artikel tu dengan tajuk 'Gerhana awal 2010'.. wajib baca.. dan dapat kita fahami bahawa Nik Aziz dan Dr. Asri terkhilaf dalam memberi pandangan kerana mereka tal memahami isu ini pada objektif tujuan penggunaan nama tersebut.
Salam Hakimi,
Terimakasih atas info...memang terang lagi bersuluh konspirasi pihak kristian yang di dalangi tangan ajaib tersebut, dan saya amat MAKLUM tentang hal tersebut.
Cuma saya tidak berterusterang tentang kekhilafan dan kedangkalan pencernaan akal Nik Aziz dan Dr Asri kerana mahu pembaca merenung dan menyirat apa yang tersurat.
Sama-samalah kita berjuang untuk menyedarkan masyarakat dan berharap agar sultan dan raja melayu tidak berdiam diri dalam hal ini.
Catat Ulasan