28 Dis 2009

Hidayah dan Taufik adalah Hak Allah

Setiap manusia boleh berusaha,
Usaha tidak memberi bekas,
Ia hanya diperintah oleh Allah Taala,
Tapi hidayah dan taufik adalah hak Tuhan,
Ia adalah sangat berharga dan mahal,
Ia adalah rahsia Tuhan,
Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka,
Hasil usaha manusia dia jadi pandai,
Tapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapat,
Sekalipun hafaz Al Quran, Hadis di dalam kepala,
Tidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan,
Menjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak Tuhan,
Ertinya orang alim pun belum tentu ilmunya menjadi panduan,
Siapa pun boleh menceritakan Islam,
Tapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannya,
Kerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati oleh orang yang boleh menceritakan,
Beberapa banyak para motivator Islam,
Hanya dia sebagai saluran mencari makan,
Namun tukang cakap tidak mesti mengamalkan,
Pensyarah Islam tidak semestinya dia muslim,
Orang Islam pun tidak mesti mengamalkan Islam,
Memanglah hidayah dan taufik itu sangat mahal,
Penentu kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat,
Ia adalah hak Tuhan,
Ia adalah rahsia Tuhan kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikan,
Oleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada Tuhan,
Kerana ia adalah aset yang paling berharga untuk keselamatan insan.

Nukilan : Mursyidku

Catatan :

Membaca kisah para sahabat RSAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Usman Affan, Saidina Ali KWJ, Bilal, dan yang lain-lainnya sentiasa membuat hati merasa terharu dan terkesima dengan pengorbanan, kesungguhan dan kecintaan mereka kepada Allah, RSAW dan Islam.

Beruntunglah yang mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, kerana beroleh harta yang sangat bernilai dunia dan akhirat.

2 ulasan:

arizWanmerahs berkata...

Salam,

Jadi maksud dari artikel kat atas ni adalah; Hidayah itu lah yang paling utama.. Pohonkan hidayat itu setiap hari.. Ia hanya pemberian dari Pemelihara kita, bukan dari siapa2 pun.. Kn gitu?

PUTERI berkata...

Salam,

Ya setiap hari atau setiap detik waktu seboleh-bolehnya kita bertaubat atas segala kekhilafan dan dosa kita, di samping memohon hidayah dan taufik dari Allah SWT. Muga-muga kedaifan iman kita mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.

wallahualam.