21 Apr 2009

MENGAPA ADA PIHAK TIDAK "BERPOLITIK" ?

Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat.

Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.

Sabda Rasulullah SAW:

Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan dia juga akan tergolong dalam kaum itu.

Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti.

Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dari mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka.

Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman.

Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini berbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.

Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.

Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik ataupun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam.

Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tctapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan berdakwah di luarnegeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu? Islam pura-pura!

Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar.

Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin? Inikah negara Islam yang kita cita-citakan?

Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dari cinta kepada Allah semata-mata.

Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya ’kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman.

Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata.

Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam) Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!

Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pcngalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macarn kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.

Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.

Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dart diikuti dengan memberi tarbiah.

Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi tentu dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.

16 Apr 2009

INIKAH PERJUANGAN ISLAM ? (3)

Saya terjumpa artikel ini, kemungkinan besar seorang peminat fanatik TGNA, sila lah rujuk kepada artikelnya yang memberi gambaran tentang didikan sebenar parti PAS kepada orang Islam di Malaysia ini.

AL-BAKISTANI KE FIKRAH HAI; KENAPA AKU BENCI UMNO

SILA KLIK DI SINI

Saya tahu jika ada peminat fanatik TGNA membaca artikel ini mereka akan bersetuju dengan propaganda artikel di atas, dan memang realitinya begitu di dalam masyarakat mereka.

Mereka juga akan menuduh saya seorang kafir kerana tidak menyokong parti PAS seperti mana mereka menganut ajaran PAS. Tidaklah menghairankan saya kerana bagi mereka PAS itu adalah passport ke syurga. Ahaa...

Namun alhamdulillah, saya rasa masih ramai pembaca di sini yang masih berfikir dengan rasional dan tidak jumud, yang sedar bahawa betapa bahayanya pegangan seperti ini dan betapa mereka telah jauh dari ajaran sebenar yang dibawa oleh RSAW.

Cuba lihat apa ulasan dan alasan penulis ini di dalam bab mengapa MASJID boleh dijadikan tempat BERPOLITIK

Dan aku juga masih ingat, hujjah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid dengan hujjah beliau;

”mengapa masa kita azan, kita sebut ”Asy-hadu alla ilaha illallah” atas masjid. Dan kenapa kita sebut ”Asy-hadu anna muhammad rasulullah” atas masjid juga. Sedangkan, Allah maha suci. Dan nabi muhammad ini adalah manusia yang sama jenis dengan kita kencing dan berak??”


Sungguh mereka ini memandang RSAW itu seperti sama taraf dengan mereka sahaja, jadi apakah ini bermakna jika RSAW boleh menggunakan masjid untuk mendidik orang islam maka mereka juga berhak seperti RSAW menggunakan masjid untuk memancing undi parti mereka ?...

Sedarkah mereka apa bezanya ajaran dan dakwah RSAW dan akhlak RSAW yang mulia itu dengan dakyah dan ceramah pemimpin-pemimpin parti mereka di dalam masjid? Tentu mereka tidak sedar kerana mereka sendiri sebut RSAW itu hanyalah "manusia yang sama jenis dengan kita....." dengan penambahan ayat yang saya rasa sungguh kasar dan biadap untuk disebut dan dirujuk kepada RSAW. Sehingga untuk saya tulis semula ayat tersebutpun, saya merasa tidak sanggup kerana merasa sungguh tidak beradab menyamakan RSAW sebegitu sekali..namun apakan daya begitulah tren pemikiran orang islam yang hanya ada ilmu Islam tetapi ilmu mereka hanya sampai di halkum sahaja. Inilah golongan yang RSAW sebut sangat ramai di akhir zaman, di mana mereka begitu sombong dan angkuh hingga merasa layak disamakan taraf dengan RSAW sendiri walaupun dari segi logiknya tidak salah, tetapi sedarlah, mereka sudah kehilangan ROH islam di dalam diri mereka. Mereka ini ibarat rangka yang tidak ada isinya, lompang roh iman dan taqwanya.

Mereka merendahkan kemuliaan RSAW walaupun mereka mendakwa parti mereka adalah parti syurga. Inilah didikan mereka di dalam ceramah-ceramah mereka dan tidak hairan mengapa semakin lama semakin mereka di istidrajkan oleh Allah SWT.

(Saya terkilan sekali apabila dlm artikel ini, mereka menggunakan nama seorang ulamak yang berkecuali dari politik untuk mengumpan pembaca agar merasakan mereka di sokong oleh golongan ini....bicara berhelah juga antara kepandaian penulis artikel itu)

Baiklah kita sambung artikel INIKAH PERJUANGAN ISLAM..


Cara dan strategi peperangan fikiran tidak sama dengan peperangan senjata. Dalam perang senjata, kita boleh terus menyerang tetapi berdisiplin dan tidak menzalim. Tetapi secara politik, untuk pancing undi dan menarik simpati orang yang yakin cara itulah perjuangan, tentu tidak boleh gopoh dan main kasar. Kita kena berlembut, kalau boleh biar lebih lembut gigi dari lidah. Supaya orang tertarik dan tertawan dengan kita. Kita disuruh berakhlak. Itulah strategi namanya. Dan ia pula memang diperintah oleh Islam. Kerana ia adalah buah ibadah dan buah perjuangan.

Tetapi sayang, orang-orang politik ala Barat ini berkasar dengan orang. Mudah menyerang, mudah mengata-ngata, menuduh dan melempar tohmah tanpa usul periksa. Ini se­mua meramaikan musuh, bukan meramaikan kawan. Orang lari, bukan orang mendekati. Ceramah mereka panas, hanya berslogan, berpropaganda, menghasut dan membangkitkan semangat marah. Lalu tercetuslah di tengah masyarakat pe­rasaan gelisah, tegang, benci-membenci, rasa permusuhan, dendam, dengki, buruk sangka, kata-mengata dan lain-lain lagi.

Punah segala kasih sayang, harmoni, kedamaian, bertolak ansur, maaf-bermaafan, perikemanusiaan, hormat-menghor­mati dan lain-lain sifat mulia dari umat Islam. Sedangkan Islam membawa segala kebaikan ini dan kerana inilah ia kelihatan indah, cantik dan dapat menawan hati manusia. Kalau itu semua tidak ada, di mana keindahan dan kecantikan Islam itu?

Struktur kepimpinan dalam parti politik yang dijadikan platform perjuangan Islam itu selalu berubah-ubah dan bertukar ganti, yang berpunca daripada krisis-krisis peribadi, perebutan jawatan, jatuh-menjatuhkan hingga tercetus ber­bagai kern dan team dalam parti. Kadang-kadang pemimpin nombor dua lebih popular daripada pemimpin nombor satu. Perbuatan sepak terajang hingga pemimpin tergolek dan terguling, biasa berlaku. Naiklah orang lain memegang ja­watan yang diidamkannya. Sungguh tidak patut sekali hal ini berlaku dalam parti yang bernama Islam. Namun begitulah realitinya. Betapa malang­nya kita kalau hal begini terjadi dalam negara Islam yang mereka laung-Iaungkan dan idam-idamkan. Kemungkinan terjadi memang besar. Sebab dalam parti pun boleh terjadi, apalagi dalam negara? Sedangkan dalam negara Islam tulen, kepimpinan seorang khalifah adalah untuk seumur hidup. Pengikut taat, kasih dan cinta serta terhutang budi padanya seperti terhutang budinya kita kepada ayah, guru dan sahabat.

13 Apr 2009

INIKAH PERJUANGAN ISLAM ? (2)

Terhadap serangan musuh, orang politik yang katanya memperjuangkan Islam itu memberi respon penuh emosi, bukan dengan penuh bijaksana, matang dan strategik. Seperti orang melatah diusik, melompat-lompatlah ia dengan penuh aksi, geram, melulu dan tidak sabar hingga menyusahkan diri sendiri.

Bila musuh tuduh perkara yang tidak sepatutnya, maka dengan geram dan gelisah, dibuatlah serangan balas yang kadang-kadang tersalah cakap, terlebih hukum, terlajak sikap hingga menguntungkan musuh. Musuh memang suka kita asyik menjawab. Agar masa kita terbuang dengan menjawab. Supaya kita tidak ada masa untuk berbuat dan membangun. Memang itulah yang musuh mahu.

Tetapi pemain politik yang guna nama Islam ini seperti tidak faham niat jahat musuh terhadapnya. Dia fikir musuh betul-betul tersalah tuduh, maka tertipulah dia. Kalau mereka faham tipu daya musuh, tentu mereka tidak teruk ditipu. Mereka tidak praktikkan doktrin bahawa ‘peperangan itu tipu daya’.

Sedangkan ahli politik Islam seharusnya lebih bijak, lebih matang dan lebih berstrategi dari musuh dalam menipu daya dan bermuslihat. Pejuang Islam sepatutnya sentiasa dapat menipu dan mengalahkan musuh dan bukan sebalik­nya. Mereka sepatutnya berada dua tiga langkah di hadapan musuh dan dapat membaca gerak-geri musuh. Kalau tidak, di mana keistimewaan Islam? Lagi pula, Islam mengajar penganutnya selalu bertenang dengan ujian agar tidak meng­hilangkan kebijaksanaan di dalam tindakan.

11 Apr 2009

INIKAH PERJUANGAN ISLAM ? (1)

Terhadap individu atau kumpulan yang tidak seperjuang­an atau lain gaya perjuangan, dituduh dan mudah dijatuhkan hukuman fasik, zalim, kafir, murtad dan lain-lain. Hukuman semberono dan melulu ini dibuat menggunakan ayat AI Quran dan Hadis tanpa takut dan malu dengan Allah. Hal ini berlaku sejak badan politik yang ingin memperjuangkan Islam melalui pilihan raya ini ditubuhkan. Ia terjadi di mana-mana di dunia ini.

Hukuman atau menghukum jadi seperti mainan bibir untuk tujuan menghina dan memalukan orang Islam lain serta menarik orang kepada parti sendiri. Penuh bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya amat menderita bilamana terpaksa menjatuhkan hukuman. Takut kalau-kalau tersilap hingga hukuman itu kembali menimpa muka sendiri dan Allah akan tempelak di Akhirat nanti.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a., kalau dirasa­kan cakapnya sudah menyakiti hati orang Islam, lantas dia minta qisas atau mengadu pada Rasulullah SAW supaya dia segera dihukum. Begitulah iman orang mukmin yang mem­perjuangkan hukum-hukum Allah; sangat takut dengan Allah. Kerana itu, mereka berhati-hati dalam menghukum.

Sikap mudah menuduh-nuduh dan menghina-hina dengan tidak menggunakan hujah yang benar dan terhormat, akan membuatkan orang benci dan lari dari kita. Hingga terjadilah perpecahan yang dahsyat hasil perjuangan kita itu. Dalam sebuah masjid, ada dua imam yang mengimami sembahyang dalam satu masa. Pernah terjadi di Terengganu, dua ceramah dengan dua mikrofon dalam satu masjid. Walhal perjuangan Islam bermaksud meramaikan dan menyatu padukan ahli jemaah di bawah satu imam dalam satu masjid.

Tapi politik Barat ala pilihan raya mengecil, menyempit dan memecah­belahkan umat Islam dalam masjid. Juga membuatkan orang Islam tidak makan sembelihan orang Islam lain. Dan nikah kahwin sesama Islam dianggap tidak sah kerana berlainan pandangan politik. Inikah kebenaran?

Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berpecah. Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berkrisis. Kalau begitu, apa bukti Islam yang diperjuangkan itu agama selamat, membawa keamanan sejagat dan keharmonian masyarakat? Politik pilihan raya tidak akan dapat menyelesaikan ke­melut ini. Ia hanya akan menambahkan masalah. Bahkan ia adalah punca masalah ini.

Harapan sekarang hanya tertumpu kepada politik Islam yang penuh kasih sayang.

MUHASABAH UNTUK PEJUANG

Ingin kukatakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan
kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang
dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula
berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya di dalam keluarganya
di dalam tindak-tanduknya. di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf
kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini
apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan

ke mana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti?


Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?

Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah di dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu
untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi dan bukan tujuan menghentam orang

9 Apr 2009

POLITIK ISLAM MEMBAWA KASIH SAYANG




Hari ini umat Islam menganggap apa yang dikatakan politik itu ialah politik Barat. Ini kerana rujukan mereka pada definasi poltik ialah kepada Barat. Mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam, yakni Al Quran dan Sunnah. Bahkan di kalangan alim ulama dan pejuang-pejuang Islam pun, politik yang mereka faham adalah politik Barat atau sistem politik berpilihan raya.

Bila kita tanya kepada kebanyakkan tokoh politik Islam, mengapa mereka turut serta dalam politik kotor Barat itu, biasanya mereka menjawab, “Tiada pilihan lain.” Ya, seolah-olah secara tidak langsung mereka menganggap Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik. Seolah-olah Islam tidak sempurna, ia kekurangan cara untuk berpolitik walaupun rata-rata mereka mengaku Islam itu syumul. Rasulullah telah menunjukkan jalan tersebut. Bukankah Rasul lahir di zaman politik jahililah menguasai dunia? Namun baginda tidak pun menyertainya. Tanpa membuat alasan konon tiada pilihan lain, baginda berjuang menampilkan politik Islam, lalu membunuh politik karut itu.

Hari ini Umat Islam mengamalkan politik yang tidak Islamik. Pada mereka itulah politik. Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam. Mereka menghalalkan cara. Mana-mana jemaah atau badan Islam yang tidak terlibat dalam politik Barat yang kotor itu dicap tidak berpolitik. Lalu bertungkus-lumuslah mereka berjuang atas platform yang tidak Islamik itu, yakni politik Barat.

Mereka berjuang secara piliharaya dengan mendaftarkan diri dan kumpulan sebagai parti politik. Untuk memilih pemimpin-pemimpin yang dinamakan wakil-wakil rakyat, mereka menempuh sistem pengundian dan pemilihan dalam tempoh beberapa tahun sekali. Semua lapisan rakyat tanpa kecuali dilibatkan dalam pemilihan pemimpin atau pemerintah. Parti yang calonnya paling ramai memenangi kerusi parlimen, maka parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan. Tanpa mengira lagi cara-cara yang digunakan dalam proses kemenangan yang dicapai sama ada baik atau tidak. Tanpa mengambil kira peribadi-peribadi calon itu sama ada boleh memimpin atau tidak, orang baik atau orang jahat. Tanpa mengenal pasti kemungkinan adanya musuh menyamar.

Dengan tertubuhnya kerajaan, maka dilantiklah jemaah kabinet, senator, anggota dewan senat, pengerusi-pengerusi untuk institusi-institusi penting dalam kerajaan dan melantik duta-duta ke luar negara untuk perhubungan antarabangsa.

Lalu perlembagaan dan undang-undang negara akan menjadi dasar pemerintahan kerajaaan pilihanraya ini dibuat sendiri oleh mereka itu. Kalaupun ada kitab rujukan, tentunya daripada Barat yang mengasaskan politik sekular ini. Sama sekali mereka tidak merujuk kepada Allah dan Rasul, yakni Al Quran dan Sunnah.

Untuk membuktikan kebenaran undang-undang yang dibuat, ianya dibentangkan di parlimen. Kemudian dibahaskan dan diundi. Bilamana dipersetujui oleh majoriti, kerana memang bilangan mereka majoriti, maka akhirnya undang-undang itu disahkan. Kalau ada suara-suara membangkang dari parti pembangkang yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap mana-mana undang-undang, tetap tertolak kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

Demikianlah politik yang di puja oleh umat Islam hari ini. Juga oleh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulama. Politik yang menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kemenangan dalam perebutan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa cara-cara itu semuanya bertentangan dengan Islam, membeli undi, mengupah “gedebe-gedebe” untuk mengungut mana-mana pengundi yang dijangkan tidak mengundi partinya, menuduh, memfitnah, melarikan peti undi, berbohong, menghina dan sebagainya, yang digunakan oleh calon pemimpin itu, semuanya perkara-perkara haram yang dimurkai oleh Allah. Tetapi mereka halalkan semua itu dengan alasan tiada cara lain. Katanya lagi, nanti bila menang semua itu diharamkan semula.

Begitulah mereka bermain-main dengan Allah SWT demi mencapai kepentingan diri, bukan kepentingan agama Allah. Mereka mengambil sebahagian hukum Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mereka melupakan ingatan Allah Taala:

Maksudnya : “Apakah kamu mengambil sebahagianisi kitab dan menolak sebahagian yang lain ? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85)

Orang-orang Islam yang berpolitik cara Barat ini menempuh jalan yang begitu kotor dan silap. Politik kotor digunakan untuk mendapatkan negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Mungkinkah tercapai ? Sedangkan kita semua maklum bahawa kebaikan itu hanya akan didapati dengan cara baik, melalui jalan-jalan yang baik.

Air kalau di hulu sudah keruh, tentunya hilirnya juga keruh. Andaian mereka ialah sekiranya tidak menempuh laluan itu, bagaimana boleh dapatkan negara Islam ? Mereka sebenarnya sengaja tidak mahu mempelajari sejarah bagaimana Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin menegakkan negara Islam.

Lalu dengan sikap-sikap aneh itu, mereka bermusuh dengan jemaah-jemaah Islam yang memulaukan politik Barat yang kotor itu. Konon kerana kelompok itu menafikan satu aspek penting dalam ajaran Islam yakni politik. Mereka seperti tidak tahu bahawa politik Islam itu mempunyai pengertian yang amat berbeza dengan apa yang mereka laksanakan. Mereka hakikatnya tidak berpolitik kerana mengamalkan sesuatu (politik) yang bertentangan dengan Islam.

Ibadah mesti menempuh lima syarat. Kalau satu saja dari syarat-syarat itu tidak dipenuhi, amalan itu tidak akan mendapat pahala ibadah. Politik yang mengikut idea-idea syaitan dan fikiran orang kafir itu sebenarnya tidak diterima di sisi Allah. Lalu hakikatnya perjuangan itu tertolak di sisi Allah. Bahkan diejek-ejek oleh manusia dan dipersoal oleh manusia.

Politik Islam samada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’i atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan politik Islam, kita tidak perlu lagi merujuk walaupun seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Politik itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh politik Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya-Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasi dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.


ASHAARI MUHAMMAD

7 Apr 2009

PILIHANRAYA TUHAN vs PILIHANRAYA MANUSIA

(Gambar ini tidak ada kena mengena dengan tajuk artikel, sekadar hiasan sahaja)


TAJUK LAGU : ILHAM PUJANGGA
PENYANYI : ISMAIL HARON
SUARA LATAR : CIKGU ZAHARAH

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Suara Latar :
Ia anak muda itu tidak mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya

berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan


Berikanlah tenaga untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu



Suara latar :
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara


Suara Latar :
Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...

Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.


Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf muda dan mudi
Kususun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa


Saya perasan setiap kali pilihanraya, lagu ini sering dikumandangkan di dalam radio. Bagaimanapun, itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya memang meminati lagu ini, lagu ini antara lagu kegemaran saya, seperti juga saya menyukai lagu-lagu lama yang lain. Walaupun saya bukan ahli muzik tetapi saya suka menghayati muzik. Muzik bagi saya adalah getaran jiwa yang diterjemahkan ke dalam bentuk suara dan irama, ia memberi hiburan yang memang menjadi fitrah manusia.

Apapun, kadang-kadang apa yg menyebabkan sebuah lagu itu saya minati kerana keserasian irama dan liriknya dan penghayatan penyanyinya. Seorang penyanyi yang baik adalah penyanyi yang menyanyi dengan hati, bukan sekadar mengucapkan ayat demi ayat. Seorang penyanyi perlu pandai bercerita di dalam lagunya. Dan biarlah cerita itu membawa pendengarnya kepada mengingati kebaikan, bukan berunsurkan kemaksiatan.

Mengapa di saat orang sibuk bercerita pasal pilihanraya, saya pula bercerita tentang lagu. Mungkin ini tanda bahwa saya kurang peduli dengan sistem pilihanraya demokrasi ini, kerana di hati saya lebih menyenangi sistem pilihanraya Tuhan malah saya yakin jika Islam mahu di daulahkan di negara ini, hanya pilihanraya Tuhan yang akan membawa misi dan visi tersebut, hanya satu kaedah, tidak dua, dan tidak tiga. saya ulang kembali, Hanya satu kaedah kerana kebenaran itu satu, tidak dua dan tidak tiga.

Apapun, keputusan pilihanraya nanti, saya mengharap semua menerima dengan redha, dan ingatilah bahwa setiap apa yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun yang terbaik itu mungkin sesuatu yang pahit untuk ditelan, namun Allah tahu ia adalah UBAT untuk diri kita.

Sekian. Wallahualam.

(p/s : Pilihanraya Tuhan sudah bermula beberapa tahun yang dulu, bermula dari gelombang Kuning..)

30 Mac 2009

ULAR YANG MEMBELIT DUNIA


Salah satu cara atau kaedah Yahudi menguasai dunia ialah dengan menggunakan gerak gaya ular menyusuri peta dunia. Yahudi sebenarnya meniru perjalanan sahabat RSAW di dalam menegakkan agama Islam, mereka menjejaki untuk memusnahkan jejak-jejak DAULAH tersebut dan cuba untuk menghentikan jejak tersebut dari menjadi sempurna, dari asal kembali kepada asal.

(saya tambah info baru, bukti kepada pernyataan saya di atas yang diambil dari blog sangtawal.blogspot.com)

Abad ke-18 lagi dimana pada Kongres Zionis Sedunia 1897 berdasarkan peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi lokasi terpilih mereka bermula dari Yunani pada tahun 429 sebelum masihi,selepas itu meliliti Rome di zaman Maharaja Augusta-tahun 69 Masihi,Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V 1552 Masihi,Paris pada 1790 di zaman Raja Louis XVI,London pada 1814 selepas Napoleon jatuh,Berlin selepas perang Perancis –Rusia 1871 dengan kepala ular berada di St.Petersburg,Rusia 1881.



Walaupun peta lama menunjukkan perjalanan ular tamat pada 1881,namun ramai yang percaya ia masih bergerak dan melilit Amerika pada awal abad 20,selepas itu ia kembali semula ke Rusia,selepas itu ke Istanbul,Turki di zaman kerajaan islam Othmaniah sebelum berakhir di Jerusalem ! lalu kita melihat natijah rancangan jahat mereka ini berjalan lancar dimana kita melihat kejatuhan Kota Mekah dan Madinah ketangan keluarga Bani Saud yang ternyata amat memusuhi anak cucu keturunan Rasulullah dan saidina Ali.

Penguasaan mereka di Palestin adalah merupakan fasa kemuncak penaklukan mereka terhadap dunia sebelum meneruskan misi mereka ke destinasi seterusnya iaitu Nusantara!



Oklah, saya belum cukup bersedia untuk menulis tentang belitan ULAR zionis tersebut, saya bercerita tentang berita yang saya dapat hari ini.

Pertama, tentang ada 13 keturunan Iluminati yang dipergunakan oleh Yahudi untuk menguasai dunia dan mengangkat dajal menjadi penguasa dunia. Salah satu keluarga tersebut adalah keluarga Lee dan keturunannya, namun begitu mereka berada di Asia ini, di manakah keluarga itu? Jawapannya di Singapura.

Nampaknya, pendapat saya di dalam artikel saya yang sebelum ini telah disokong oleh berita tersebut.

Jadi, saya harap saya telah mejawab komen para pembaca yang menyatakan saya tersilap di dalam mentafsir hal Nizar, Ngeh dan Nga di Perak, sedangkan sebenarnya Nizar sudah dijadikan boneka oleh keturunan Lee ini, namun begitu saya mendoakan Nizar diberi hidayah oleh Allah agar sedar apa sebenarnya yang telah di BALA ke atas dirinya. Ngeh dan Nga pada anggapan saya sangat-sangat mempunyai kekariban dengan keluarga Lee ini, Perak, Penang dan Singapura adalah tempat keluarga ini merancang untuk membina empayarnya sekaligus menjatuhkan raja-raja Melayu dan orang Islam.

(catatan : Keluarga Lee Kuan Yew)

Diberitakan juga, Georgetown Penang merupakan penempatan Yahudi yg paling awal di Malaysia sehingga pernah ada jalan yang diberi nama Jalan Yahudi di sana. Bagaimanapun sekarang ini jalan tersebut sudah di tukar nama. Golongan Yahudi ini sudah juga berasimilasi dengan orang-orang China di Penang, ada di antara mereka yang berhijrah ke Singapura, Australia dan tentu sekali keturunan ini juga berada di Malaysia ini dan tahu mengenai asal keturunan mereka itu.

Nampaknya begitu dramatik pernyataan saya kali ini, namun begitu saya harap tidak ada yang melatah dengan saya. Fikir dan renung, bawalah bermunajat di malam hari yang hening.

Kedua, diberitakan bahawa DSAI adalah Mustafa Kamal Atarturk in the making...walaupun saya sudah lama tahu hal ini, namun hari ini saya war warkan bahawa saya 100 % mempercayai bahawa DSAI adalah BONEKA di kalangan orang Melayu di dalam membantu agenda Iluminati aka Yahudi di negara Malaysia yang penuh barokah ini. Ada beberapa orang yang lain lagi (melayu Islam), walaupun mungkin tidak sama kepartian dengan DSAI tetapi mereka sama seperjuangan dengannya. Hal ini tidak pelik kerana Zionis amat bijak dan sangat bijak menyusup di sebarang kelompangan yang ada.




Agenda Iluminati sekarang menumpukan sepenuh perhatian DI SINI...ingat itu ,DI SINI...baru-baru ini patung singa di negara Yahudi Asia sudah di panah petir dan hancur, dan ini sebenarnya petanda awal untuk mereka berjuang bermati-matian untuk memastikan agenda mereka tidak diganggu gugat. Di samping itu, mereka tetap mempergiatkan serangan ke atas Gaza, Palestin kerana final battle ialah di sana. Mereka cuba melemahkan dan merosakkan segala apa yang dapat melambatkan janji Allah namun begitu siapa yang lebih berkuasa, mereka atau Allah? Janji Allah itu pasti dan kejayaan akan bersama orang yang benar-benar mengikhlaskan diri kepadaNya.

Mungkin ada yang kurang senang dengan artikel saya kali ini, mereka adalah penyokong kepada DSAI. Kepada mereka saya mendoakan, tingkatkan keikhlasan di dalam beribadah, jangan jadikan ibadah sebagai ritual semata, jangan sekadar ingin mengejar pahala sahaja, perkara-perkara begini amat merosakkan hati dan menjadikan hati jauh dari Allah SWT..bila jauh maka syurga akan dianggap neraka dan neraka akan dianggap syurga. Bila sang Dajal dan bonekanya ber retorik merekalah lebai malang yang menang sorak kampung tergadai..tapi kali ini, bukan sahaja kampung yang akan tergadai, malah iman pun turut akan tergadai, islam pun akan terjual.

Sekian, wallahualam.

20 Mac 2009

ALAM ITU MENGAMIT SETIAP INSAN DI DUNIA INI


Beberapa minggu yang lepas dan hingga ke hari ini, memang sibuk..betul-betul sibuk dan bukan buat-buat sibuk...tetapi yang pelik tu, dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga menjenguk alam siber..huhuhu..inilah bahananya bila PC di depan mata, dan maklumat dihujung jari..syukur pada kewujudan internet yang menyempitkan dunia dalam alamnya sendiri...cuma jangan tinggalkan alam realiti sudahlah..alam siber jadi dominan, alam realiti jadi sampingan..itu namanya GILA siber..banyak bentuk gila ni ruphernya..

Bercakap tentang alam realiti, alam ilusi, teringat pula pada alam yang lagi satu..alam roh..di mana ia sama ada sukarela atau paksa rela, setiap kita harus tempuh..di situ juga ada mahkamah..mahkamah yang paling AGUNG dan di adili oleh yang maha AGUNG...ngerikan?

Eloklah mengambil berkat hari Jumaat ini, kita renung-renung sebentar nasib kita di alam yang satu itu...sesungguhnya, nasib kita belum tentu lagi..sedihkan?...

Kita lupakan pergolakan ekonomi, politik dan isu semasa, kita hanya seorang di alam yang satu itu, di waktu itu, kita tidak ditanya parti apa, bangsa apa, bahasa apa, minat apa, undi siapa, ada jawatan apa, tetapi yang ditanya adalah iman kita, taqwa kita, amalan kita dan perbuatan kita..itulah yang akan ditanya...ohh..sayunya hati..rupa-rupanya dunia ini tidak ada nilaian pun di negara yang satu itu..

Sebenarnya, mengingati alam yang satu ini, adalah motivasi yang paling berkesan untuk meluruskan hati kita dan mententeramkan jiwa..ia satu TERAPi paling AGUNG untuk manusia...di situlah kedamaian abadi bagi mereka yang dimengertikan hikmah kehidupan ini..

Dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Memadailah dengan mati itu sebagai pengajaran (penasihat, peringatan)." (Riwayat Tabrani)


Marilah kita semua menyuburkan jiwa agar sentiasa segar, ceria, bermaya, teguh dan utuh. Kerana ini merupakan modal penting dalam pertarungan di sudut atau aspek apapun. Kalau kita menyingkap sejarah orang-orang yang berjaya, di sana terselit satu rahsia yang jarang tersingkap iaitu kekuatan jiwa.

Bajailah jiwa dengan banyak mengingati mati serta perkara yang bersangkutan dengannya. Rasulullah SAW meletakkan kedudukan mengingati mati itu sebagai mencukupi dan memadai sebagai juru nasihat, pemberi ingat, menjadi iktibar dan tali kekang, pengawal hala tuju kehidupan umat Islam.

Mengingati mati membawa natijah kepada pembinaan sifat-sifat positif dan menguatkan jiwa. Ianya juga sebagai pengawal dari terjerumus kepada perkara-perkara negatif. Apabila seseorang akan terlajak atau terlanjur, dengan mengingati mati nescaya akan kendur nafsu yang rakus dari berbuat kejahatan.

Apabila terasa lemah dalam menghadapi godaan dan pujuk rayu syaitan, kekuatan jiwa akan kembali segar apabila ingat bahawa kita akan berhaadapan dengan Allah SWT selepas mati. Seseorang tidak akan mudah terpesong aqidahnya dan tidak mudah jatuh ke lembah maksiat dan mungkar sekiranya dia ingat bahawa hidup ini sementara yang sedetik bagaikan mimpi. Sebaliknya Akhirat kekal dan abadi.

Kesenangan dan kesusahan dunia ini terlalu kecil berbanding kesenangan dan kesusahan Akhirat. Oleh itu janganlah kerana memburu kesenangan yang sedikit dan takut kepada kesusahan yang kecil sampai menderhakai Allah SWT hingga terlepas dari kesenangan yang hakiki dan abadi serta dilemparkan ke Neraka yang merupakan azab sengsara yang hakiki.

Kesimpulannya, saya ajak kawan-kawan maju ke depan, dengan selalu mengingati mati kerana itulah sebaik-baik ubat untuk jiwa yang mahu menjadikan dunia ini sebagai sebaik-baik persinggahan...