26 Mei 2009

MUTIARA YANG HILANG


Apabila saya menceritakan mengenai teknologi ROH, ada yang memberi pelbagai ulasan, dan ada ulasan yang saya tidak pamirkan di dalam blog kerana saya tidak mahu memanjangkan isu.

Saya sedar tidak semua mempunyai aliran fahaman yang sama kerana dikalangan kita ada yang wahabi, ada yang syiah, ada yang anti hadis dan sebagainya. Sedangkan jika saya sendiri katakan bahawa saya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaahpun, ada yang akan bertanya versi yang mana. Jadi kita lupakanlah soal aliran ini, kerana teknologi ROH dan ROH itu adalah hak milik semua insan yang bernama manusia.

Teknologi ROH seperti yang saya katakan sebelum ini adalah dari kuasa cahaya yang disebut sebagai cahaya dari segala cahaya yang berasal dari Nur Muhammad. Ia berlainan dengan kuasa api, malah kekuatan cahaya ini mampu melawan kuasa api dengan sangat mudah.

Contohnya apa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim, sewaktu beliau dicampak ke dalam kawah api yang besar, mukjizat yang dimiliki oleh beliau ialah beliau tidak sedikitpun terbakar dan terjejas dalam api, walaupun berada di dalam lautan api tersebut selama 40 hari 40 malam. Jikalah di akalkan oleh akal kita, sudah tentu sejirimpun sudah tidak wujud lagi fizikal Nabi Ibrahim AS. Inilah yang dinamakan khawariqul adah. Sesuatu yang mencarik akal. Sesuatu yang tidak mampu dilogikkan oleh akal. Inilah contoh kekuatan teknologi ROH yang dengan mudah menandingi kuasa API.

Bagaimana Nur Muhammad ini sudah mula berfungsi di waktu zaman Nabi Ibrahim dan nabi-nabi sebelumnya ?

Sila baca catatan di bawah ini.


Ketika dia sampai kepada Nama ar-Rahman (Maha Kasih), pandangan ar-Rahman jatuh kepadanya dan ruh itu mulai berkeringat karena kerendahan hatinya.
Tetesan keringat jatuh dari padanya, sebanyak yang jatuh itu menjadi nabi dan rasul, setiap tetes keringat beraroma mawar berubah menjadi ruh seorang nabi.

Mereka semua berkumpul di sekitar lampu di pohon itu, dan Azza wa Jala berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Lihatlah ini sejumlah besar nabi yang Aku ciptakan dari tetesan keringatmu yang menyerupai mutiara.”

Mematuhi perintah ini, dia memandangi mereka itu, dan ketika cahaya mata itu menyentuh menyinari objek itu, maka ruh para nabi itu sekonyong konyong tenggelam dalam Nur Muhammad s.a.w., dan mereka berteriak, “Ya Allah, siapa yang menyelimuti kami dengan cahaya?”

Allah menjawab mereka, “Ini adalah Cahaya dari Muhammad Kekasih Ku, dan kalau kamu akan beriman kepadanya dan menegaskan risalah kenabiannya, Aku akan menghadiahkan kepada kamu kehormatan berupa kenabian.”

Dengan itu semua ruh para nabi itu menyatakan iman mereka kepada kenabiannya, dan Allah berkata, “Aku menjadi saksi terhadap pengakuanmu ini,” dan mereka semua setuju. Sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang Suci:

Dan ketika Allah bersepakat dengan para nabi itu : Bahwa Aku telah memberi kamu Kitab dan Kebijakan; kemudian akan datang kepadamu seorang Rasul yang menegaskan kembali apa-apa yang telah apa padamu–kamu akan beriman kepadanya dan kamu akan membantunya; apa kamu setuju? Dia berkata. Dan apakah kamu menerima beban Ku kepadamu dengan syarat seperti itu. Mereka berkata, ‘Benar kami setuju.’ Allah berkata, ‘Bersaksilah demikian, dan Aku akan bersama kamu diantara para saksi.’
(Ali Imran, 3:75-76)

Sila rujuk :

PENCIPTAAN NUR MUHAMMAD (ENGLISH)

PENCIPTAAN NUR MUHAMMAD (BAHASA MELAYU)



Jadi jelas kepada kita kedudukan Nur Muhammad itu yang bermula sejak awal dunia ini terjadi, dan kesemua para nabi dan rasul sebelum RSAW sendiri mengetahui rahsia ini dan mereka di beri teknologi ROH tersebut melalui Nur Muhammad ini membawa risalah Allah kepada umat-umat manusia.

Teknologi ROH ini memberi kekuatan ROH kepada para nabi dan rasul di dalam bentuk mukjizat dan juga kepada para-para wali di dalam bentuk yang dipanggil karomah. Kepada para-para wali, kekuatan ROH ini bergantung kepada tahap kewalian mereka dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Contoh yang pernah berlaku di Malaysia ini adalah seperti kisah yang berlaku di zaman Tokku Paloh yang mempertahankan bumi Terengganu dari dicampur tangan oleh penjajah, Tokku Paloh diberi karomah untuk membantu Terengganu dari dijajah oleh British dengan menimbulkan ketakutan kepada British.

Mengikut ceritanya, telah berlabuh beberapa kapal penjajah di Terengganu dengan tujuan untuk menakutkan para pemerintah di Terengganu agar tunduk kepada tuntutan penjajah ini. Lalu apa yang berlaku, Tokku Paloh pergi ke tepi pantai di mana kapal-kapal itu berlabuh dan memutar-mutar dan mengibas-gibas serbannya, apa yang berlaku kepada kapal itu adalah satu khawariqul adah, di mana kapal-kapal itu dengan tidak semena-mena bergoyang-goyang seperti dilanda ombak besar hinggakan kelasi-kelasi di dalamnya merasa takut yang amat sangat. Maka mereka menjadi ketakutan dan beredar bersama kapal tersebut dari pantai Terengganu.

Cubalah kita kaitkan di mana logiknya hanya dengan gerakan serban atau semutar itu boleh membuat sebuah kapal yang besar dilanda gegaran yang maha menakutkan..

Inilah kekuatan ROH, inilah teknologi ROH yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang sudah menguasai teknologi ROH itu, walaupun hanya seorang namun kekuatannya mampu bersamaan dengan satu bala tentera yang memerlukan kepakaran dan peralatan yang canggih untuk melakukan hal yang sedemikian.

Teknologi ROH ini sangat ditakuti oleh Hidden Hand kerana mereka tahu inilah satu-satunya teknologi yang mampu mengalahkan mereka dengan mudah. Selama ratusan tahun, tenologi ROH ini cuba mereka lenyapkan ilmunya dari umat Islam, Nur Muhammad itu mereka sesatkan dan mereka rangka satu aliran yang bertopengkan Islam untuk menghilangkan ilmu ini dari orang Islam.

Salah satu caranya ialah Hidden Hand dengan liciknya mencipta satu fahaman baru di dalam Islam iaitu fahaman wahabi untuk menjadikan umat Islam tidak yakin dan ragu-ragu tentang hal teknologi ROH ini, mereka hanya melihat Islam dan menghayati ilmu ISlam hanya dengan akal yang bersandarkan LOGIK AKAL semata-mata. Ini adalah fahaman yang disebarluas oleh HIDDEN HAND agar umat Islam akhirnya tidak mengetahui satu-satunya TEKNOLOGI yang Allah khususiah untuk umat Islam di dalam menghadapi fitnah akhir zaman ini.

Teknologi ROH adalah mutiara yang sekian lama hilang di kalangan umat Islam hari ini.

Ia adalah MUTIARA yang hilang yang perlu kita gali kembali dengan mengusahakan TAQWA yang sebenar-benar TAQWA.

2 ulasan:

Anakbukitgantang berkata...

Puteri Nafisah,

Saya percaya apa yang puan katakan.

Teknologi roh sebenarnya boleh dikuasaai oleh orang biasa, dengan syarat mereka bertaqwa, beribadat dan beriman.

Orang Melayu, jika benarlah mereka dari keturunan Mu, dan dari empayar Lemuria yang hilang sudah tentu dapat menguasai Teknologi Roh ini.

Malah, di USSR, semasa mereka menakluki negara Islam seperti Uzbezkistan, telah merampas ribuan kitab ilmu penguasaan Teknologi Roh. Hasilnya mereka kembangkan ESP,Telepathy, Mind Reading,Aura, Aura Healing, Mind Power, Dream Surfing yang mana digunakan dengan banyak semasa perang dingin.

Pernah dengar tentang Neuro Linguitic Programming dan keupayaan mencantas waktu? Yang ini diambil dari kitab orang Islam dan diajarkan balik oleh orang barat.

Alangkah baiknya jika orang Islam mengambil pelajaran daripada ini. Kita orang Islam telah diberikan banyak kelebihan, terutamanya bilamana kita membaca al quran atau berdzikir, maka akan datanglah ilham dari Allah kepada kita. Walaupun belum ke peringkat yang lebih besar seperti karomah para wali, kita mampu untuk menggunakannnya bagi membuat satu keputusan yang bijak.

Rujukan: Classical Islam and The NASHABANDI Sufi Tradition oleh Syeikh Muhammad Hisham Kabbani

PUTERI berkata...

Terimakasih atas info tersebut..terjawablah sudah bagaimana mereka ini mendapat ilmu2, rupa2nya dari kitab org islam sendiri yg menulis mengenai teknologi ROH ini.

Ini adalah ERA di mana teknologi ROh akan kembali menguasai dan dikuasai org Islam. Mari sama-sama kita mulakan kembali.