Telah agak lama saya tidak menulis kerana kesibukan kerja yang menghambat masa. Sehingga menyebabkan blog ini sepi tanpa sebarang artikel. Cuma ada laman web yang memerlukan komitmen istiqamah sahaja yang sempat saya updatekan dengan artikel-artikel terkini. Ya, blog peribadi hanyalah wadah sampingan sahaja, tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita perlu di dahulukan.
Ok, sedikit yang ingin saya sentuh. Beberapa hari ini di media massa perdana, banyak kisah-kisah tentang kekejaman Israel dan penderitaan rakyat Palestin dipaparkan. Gambar-gambar yang menyentuh jiwa terpampang di dada akhbar, mengusik simpati dan menikam perasaan kita. Berbaur 1001 rasa yang tidak terungkap dengan kata bicara. Hanya bahasa hati sahaja yang mampu diluahkan dalam kelu.
Kita lhat para pemimpin negara-negara Arab kebanyakannya seperti di ikat kaki, tangan dan mulut untuk mengambil langkah yang sewajarnya membantu bangsa mereka dan saudara seagaman mereka dan bersatu di dalam menentang ISrael dan sekutunya Amerika dan beberapa negara Eropah yang bersekongkol. Mereka ini diberi Allah SWT kekayaan dan kemewahan tetapi rupanya dengan segala kesenangan dunia itu telah menjadi ISTIDRAJ untuk mereka. Inilah sikap umat islam akhir zaman, dan janganlah kita hanya menuding jari kepada pemimpin-pemimpin sahaja tetapi eloklah kita semua muhasabah dengan berhalus kepada diri kita sendiri terlebih dahulu. Kita semua termasuk umat Islam akhir zaman juga yang mempunyai saham di dalam memartarbatkan agama Islam, tetapi di manakah peranan kita?
Apa sebenarnya yang menjamin kemenangan untuk umat Islam?
Apakah pada kekuatan senjata dan ketenteraan?
Apakah pada pembangunan ekonomi yang positif?
Apakah pada kekayaan umat Islam ?
Tepuk dada tanya iman masing-masing. Atau selalu-selalulah kita menggunakan hening malam yang sepi untuk bermunajat kepada Allah SWT, mengadu dan merintih padaNya kerana Dialah tempat kita bersandar harap dan tempat terbaik memohon bantuan. Bukan pada kekuatan senjata atau material untuk umat islam mendapatkan kemenangan hakiki.Jangan sampai kita tergelincir tentang hakikat kekuasaaan Allah SWT.
Sebenarnya, kekuatan umat Islam adalah pada ketaqwaan mereka. Allah SWT di dalam Al Quran tidak pernah menjamin keselamatan dan kemenangan hakiki kepada umat Islam tetapi Allah SWT bejanji akan memberi keselamatan dan kemenangan hakiki kepada umat Islam yang beriman dan bertaqwa.
Ini adalah faktor kerohanian bukan soal material seperti kekuatan senjata, kekuatan ekonomi dsbnya.
Jadi ia berkaitan dengan penguasaan umat Islam terhadap TEKNOLOGI ROH dan SISTEM MUTLAK ALLAH SWT bukan TEKNOLOGI SAINS atau SISTEM CIPTAAN MANUSIA yang digunapakai oleh kita dalam alam realiti hari ini.
Mungkin pernyataan saya ini akan membuat saudara/i termenung untuk memahami maksudnya, kerana untuk memahami tentang TEKNOLOGI ROH ini perlukan pimpinan ROHANI yang ada adab dan tertib di dalam memahami, menghayati dan mengamalkannya.
wallahualam.
1 ulasan:
sebenarnya hadis tentang akan kembali zaman khilafah menurut cara kenabian pasti berlaku. Kita sebagai umat islam mestilah berusaha keras dan berdakwah untuk meneggakkan semula khilafah dan mempunyai semula seorang khalifah yang akan menyatukan seluruh umat islam. Jelas nya umat islam skrg hanya mengamalkan islam dari aspek peribadi sahaja dimana hanya menjalankan acara ritual ibadah sahaja tidak lebih dari itu. Aspek politik kita tinggalkan.sedangkan khilafah itu sendiri tertegak dgn adanya gerakan politik. Nyata nya demokrasi ,sekularism dan kapitalis langsung tertolak dalam islam.Hukum kufur kita gunakan. sebaliknya islam ada acuan politiknya sendiri iaitu sistem khilafah yang sudah terbukti amat berjaya dan cukup kuat. Jadi tolak demokrasi dan sekular pasti umat islam akan bangkit.
Catat Ulasan